Berbicara lagi....

Hari ini aku biarkan lagi jemari ini merenda. Menari walau iramanya aku sendiri kurang arif untuk melenggok dalam bunga tari yang sebagaimana. Erm gemalai ke tarian hari ini… entah… itulah pertanyaan dan jawapan sekeping hati. Lewat kebelakangan ini aku seakan tepercik dengan kerenah Nurul Izzah. Kenapa…. Tersampukkah aku atau mungkin benar antara aku dan Nurul Izzah punya persamaan… Namun siapa sebenarnya Nurul Izzah???? Ah! Aku tidak punya jawapan pada sebuah persoalan yang hadir secara tiba-tiba tanpa salam. Lantas akhirnya aku biarkan sahaja segalanya. Menari dan berlagu mengikut apa yang sudah tersedia.

0 Ulasan: