Sedikit intro.....

Bila hati terkurung dalam penjara kasih tak berkunci, pintunya pula dibawa entah ke mana. Penantian yang entah di mana paksi akhirnya. Tercari dan mencari dalam seribu kesamaran tanpa sebarang cahaya sebagai panduan. Namun semua itu tidak dihiraukan. Bila cinta sudah tersimpul, tak mungkin mudah untuk mengungkainya.....

Bukan tiada yang menghulur kasih dan cinta, tapi entah mengapa bila hati sudah terbuka, dusta dan khianat pula sebagai balasan hingga membuatkan Nurul Izzah merasakan harganya bagaikan barangan yang diperdagangkan di pasar malam lagaknya.... Justeru itu dibiarkan sahaja hati kembali sepi.......

Ah! Hadirmu membawa getar dalam diriku. Kau kocak emosi cinta dalam naluri wanita ku yang sedang diulit duka. Terkadang aku bertanya, apakah bunga-bunga cinta ini mula berkembang lantas mengharum bak setanggi di taman syurgawi??? Kau sentiasa ada di kala jiwaku meronta di hempas badai dugaan dari insan yang tidak sealiran bahasa. Dalam diam, aku membiarkan kasih sayang ini kian melebar antara kita. Engkau tidak ubah seperti pelangi… biar tak bercahaya namun kau masih mampu memercikkan seri lantas membiaskan diwajah yang mula sirna dari seri......

Pernah satu ketika dulu Nurul Izzah diulit bahagia di samping dia. Tiada sebesar zarah pun cacat cinta kasih sayang di antara mereka. Semuanya sempurna malah mampu membuai lenaku di dakapan bahagia. Namun entah di mana silapnya, hati yang penuh bebunga cinta terkulai layu ditinggalkan sang kumbang yang hilang tanpa berita..... Mengapa tega penderaan ini dihadiahkan pada sekeping hati miliknya dan mengapa secara tiba-tiba kehadiran menjelma kembali bagai menagih ruang di singgahsana sekeping hati....

Nantikan keseluruhan jawapan pada bicara ini.....

2 Ulasan:

  EBRIZA AMINNUDIN

February 15, 2008 at 8:42 PM

tak nak bubuh cbox ke?

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

February 18, 2008 at 12:01 PM

nak bubuh.. tapi nanti dulu.. can cari yang tak kena filter... sat ni payah pulak nak tengok....