Ku sangat menghargai......


Biarlah kalau ada yang rasa aku ni masih lagi diulit kesyokkan sendiri dengan novel sulungku. Biarlah kalau ada yang masih nak sok sek sok sek perihal keperasananku terhadap novel yang masih belum ku tahu bagaimana sambutan sebenarnya. Biarlah kalau ada yang nak pulun kutuk aku dengan melabelkan aku dengan apa sahaja label yang sure dan tersangatlah aku pasti tak akan diiktiraf oleh sirim mahupun melepasi piawaian ISO Malaysia. Biarlah... Biarlah.... justeru aku tahu dan yakin apa yang aku rasa mungkin dapat difahami oleh mereka lantaran antara aku dengan sekelian makhluk tidak berkongsi otak dalam sebuah pemikiran dan penafsiran perasaan. Iyer itu yang paling aku yakin dan teramatlah berkeyakinan.

Erm sebenarnya aku sekadar ingin menitipkan sebuah ungkapan.... seucap kata yang mungkin tak daya aku lafazkan.... tak daya aku luahkan..... justeru itu aku memilih cara ini... cara yang aku rasa paling mudah untuk aku expression sebuah perasaan menerusi tulisan....

Insan-insan yang ada di dalam gambar di atas terlalu bermakna dalam sebuah kehidupan... kewujudan mereka besar ertinya.... malah tidak keterlaluan andai aku katakan tanpa mereka aku mungkin masih belum berada di sini.... masih belum mampu tersenyum dalam sendu yang bercanda bila melihat apa yang ada di hadapan mataku tempohari. Lantaran itu tidak salahkan andai perhargaan yang tidak seberapa ini ku persembahkan pada mereka.... tidak berdosakan jika kegembiraan yang aku rasa ingin ku berikan pada mereka.... dan tidak melanggar akta kemanusiaankan kiranya aku ingin berkongsi rasa syukur atas rahmat allah yang mempermudahkan segala usahaku bersama mereka. Merekalah sebahagian di antara kekuatan dan pendorong untuk aku teruskan langkah... meminjamkan semangat dan memberi perangsang agar aku terus berkeyakinan untuk melakukan percubaan pertama biarpun kebimbangan dan ketidakyakinan itu bagai sebuah sangkar yang membelenggu diriku. Tanpa mereka, sudah pasti aku bukan sesiapa... tanpa mereka sudah tentu aku masih terus bermain illusi dalam dunia fantasi ciptaanku sendiri... laksana seorang puteri yang terus menari di waktu dinihari dengan lengguk jemari di pentas kekunci nan bisu. Terima kasih tak terhingga atas segala yang telah dilakukan untuk memastikan aku berada di tahap sekarang. Walau bukan ternobat dalam senarai yang terbaik, tapi aku percaya aku sudah mencuba dengan sedaya yang aku mampu. Mempersembahkan sesuatu yang diizinkanNYA hadir agar garapan ilham bertukar menjadi plot, plot menjadi sebuah cerita, cerita menjadi sebuah buku dan buku menjadi bahan untuk di baca [Buat semua yang sudi menikmati apa yang aku persembahkan]. Moga mereka dan sekelian yang aku kenali akan terus bersamaku agar langkah yang sudah menapak ini akan terus mara dan mara hingga tiba pada matlamat dan tujuan.

Tak mampu ku balas segalanya, namun andai rasa bahagia yang bertandang dalam diriku yang sedikit cuma boleh ku berikan, aku rela memberikannya justeru kalian semua terlalu bermakna dan Tanpa Kalian Aku Bukan Sesiapa..... Tanpa kalian, aku tak bisa melihat impian dalam angan-angan menjadi reality santapan mata. Terima kasih segunung intan.... terima kasih selautan sayang... moga allah membalas segalanya dengan rahmat berlipat kali ganda untuk kesejahteraan dan kebahagiaan dalam hidup kalian selamanya... AMIN......

8 Ulasan:

  EBRIZA AMINNUDIN

May 2, 2008 at 9:55 PM

hang ni selalu mengusik perasaan aku. saja tau biaq ayaq mata aku bergenang walaupun tak tumpah.

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

May 2, 2008 at 10:56 PM

La! Tak baik tau habaq aku lagu tu. Mana aku sampai nak usik hang, jauh sekali perasaan hang. Tak sampailah MY dear.... hehehehehehe ala mengenang ayaq mata bukannya pape, tu contact lens hang tu soh tukaq baru.... ataupun tak cukup solution.... tu yang mengenang ayaq mata tu.... heheheeehhee

  Anonymous

May 3, 2008 at 12:12 AM

Apa yang you buat ni Mir? Gambar I pun tersenarai di sini? Now I knew kenapa you beriya sangat minta gambar I hari tu. Speechless jadinya, tak tahu nak buat apa dengan you. Actually I bagai terasa nak marah, terasa bangga, terasa terusik dan macam-macam lagi dengan tindakan you lewat kebelakangan ni yang memang tak mampu I ramal atau duga. Apa pun thanks a lot... I done nothing Mir. You yang berusaha dan you patut dapat apa yang you mahukan. Apapun keep a good job My dear.
-HRI-

  EBRIZA AMINNUDIN

May 3, 2008 at 12:17 AM

Ye la ... nanti aku tukaq lense ngan solution. U make me proud what ever you done. Tak pernah rasa dihargai sebegini tinggi. TQ.

Hang yang pertama dan Ara yang kedua. dia menghargai aku dengan caranya tersendiri dan hang menghargai aku dgn cara hg yg tersendiri.

Thanx for be here for me.

  Anonymous

May 4, 2008 at 1:54 PM

Mir, appreciated with what ever you done but think I tak layak untuk dihargai sebegitu sekali. It’s all depending to your hard working work and you really desire for it. I sekadar menyokong usaha you. Apapun terima kasih kerana menyenaraikan I dalam senarai orang2 yang penting dalam hidup you. Thanks once again Mir. I tak pandai untuk satu ungkapan, hanya ini yang mampu I lakukan. Kasih Tercipta Seribu Tahun Lagi Ketulusan Hati Kau Yang Satu Terlalu Istimewa Bertahta Di Hati.
–HRI-

  Mersik

May 4, 2008 at 11:17 PM

Pu3 , kim salam kat insan2 di atas tu.. Ada masa bley aa ngeteh2 hik hik..

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

May 4, 2008 at 11:28 PM

InsyaAllah pokcik... kalau saya jumpa saya sampaikan... atau saya wat ucapan kat sinilah.... buat Ebriza@honey... di sini saya ingin menyampaikan ucapan salam pokcik mersik yang tidak berlafaz dengan permintaan kalau ada masa bolehlah ngeteh bersama tidak ketinggalan juga buat HRI.

Honey... apa yang aku lakukan tidak setanding dengan apa yang telah hang berikan.... bukan niat ku untuk mengampu walaupun mungkin di lihat dari mata kasar macam sebegitu, tapi biarlah nawaitu ini hanya aku yang tahu dan insan2 yang sewaktu dengannya. Memang aku amat berterima kasih... amat bersyukur atas sebuah perkenalan yang terjalin antara kita.

HRI- actually saya dah speechless dah ni... tak tahu nak kata apa... nak ungkap apa... cuma jutaa terima kasih terutama pada perenggan yang akhir tu... so sweet. Tak sangka anda berjaya lakukan dengan baik, tapi janganlah selalu, nanti tak leh cari makan pulak saya..... thanks again.... erm ... tak pelah lain kali saya habaq na... ;-)

  Anonymous

May 14, 2008 at 3:06 PM

Dear puteri, can described how was inside the picture. Sure they are very special to you.-Lynn