Satu kenangan.....



Terukir Senyuman Tersimpul Kemesraan...

Minggu lepas, aku menghabiskan waktu di PwTc. Pesta buku Antarabangsa sudah bermula, jadi ruang legar yang sebelum ini sepi mula hinggar binggar dibanjiri oleh ratusan pengunjung yang datang. Erm awalnya aku macam tak berapa confirm samada boleh menghadirikan diri atau sebaliknya memandangkan angah masih lagi di hospital dalam keadaan yang bolehlah dikatakan tak berapa stabil, tapi atas desakan darinya juga maka di situlah aku. Kata angah, tugasan itu amanah dan bila dah jadi amanah wajib untuk ditunaikan. Aduh! Fatwa yang meluncur dari ungkapan seungkap kata tak ada dalil yang mampu ku hujahkan. Erm aku tak nafikan memang best dua hari tu. Aku bertemu dengan Honey... berkepit sakan, di mana ada dia pasti aku ada dan yang paling tak sangka pada hari Sabtu kami mengenakan baju dari warna yang sama yakni HITAM.... dah memang macam kembaq sepusat sepusing je kami berdua ni. Berkongsi sense yang mungkin secara kebetulan.... hahahahhaha. Jumpa gak dengan bib, Fishah, Aleeya dan geng dari FB khususnya. So apa lagi heboh lah jadinya dengan gelak tawa kami semua. Walaupun baru bertemu, tapi kemesraan itu bagai sudah lama terjalin... Thanks a lot to all of us yang telah merelakan sebuah kemesraan lahir. Jumpa gak dengan penulis glamour KarnaDya, Pokcik Mersik dan president alaf21 FC. Kak Aina dan Kak Mimie aku jeling-jeling manja... takut dan malu nak tegur tapi wajah mereka tak lepas dari pandangan mataku. Maklum keduanya adalah antara novelist yang aku minati dan tak pernah miss untuk membeli karya mereka. Jumpa dengan Arjuna Chinta.... sempatlah borak-borak sambil bertanya khabar.... walaupun first time jumpa, tapi kami tak kekoh.... segalanya berjalan lancar... pertuturan tak lah pulak tersekat-sekat..... okey je..... Begitu juga dengan Lara yang kelihatan comel dalam keadaannya sekarang... Aku pulak yang tak sabar nak tengok baby dia... mesti cute dan comel macam dia juga.... hehehehehe tahniah lara.... untuk keduanya sekalilah ekk.... package. Your Novel and coming baby....

Hari Ahad, aku ke sana lagi.... temankan honey di Booth Buku Prima. Sambil tu aku sempat gebang sikit ngan Otai Malaya Alaf 21. Bertanyakan perihal kesinambungan Cinta Sang Ratu dan Bagaikan Puteri. Katanya Mss dah anta dan mungkin sekarang dalam proses editing kut. Apapun harap novelnya kali ini tidak lah mengalami nasib yang sama dengan Ungu Karmila yang sedikit mengganggu kosentrasi pembacaan bila ada kurang lancar, mungkin terlepas pandang sewaktu editing dijalankan. Borak gak dengan kak Aisya. Ha! Jangan tak caya, kak Aisya tu dulu pernah keja di company yang sekarang ni aku keja.....hahahahahaha tapi kejap je lah dan aku pulak waktu tu berada di lembayung syarikat subsidiri. Pastu aku pi jumpa kak Anis, awalnya bagi buku dan wat biasa je... [memang still aku susah nak perkenalkan diri] Bila Kak Anis tanya, aku just jawab Pu3 Chempakabiru... barulah kak Anis gelak dan kenalkan aku pada kak Meen. Nilah pu3 yang selalu dok kacau Anis dng sms...hehehehhehee sorry lah kak anis.... kacau-kacau sayang gitu.... apa pun buat semua... kenangan ini sesuatu yang cukup indah untuk diriku. Tak pernah ku bayangkan situasi sebegini akan aku rasakan dalam hidup. Thanks alot..... buat Darling and her lovely husband..... terharu dengan cenderahati yang dihulurkan.... dan malu sebab tak ada apa yang dapat aku berikan padamu. Moga kau tak serik yer darling dan inilah pu3 yang selama ini kau kenal di maya..... Begitu juga dengan Arjuna Chinta yang terlalu bermurah hati menaja makan tengahari kami di pizza pada hari Ahad walaupun kami sibuk mengomplain mengatakan itulah restoran pizza yang paling lembab yagn pernah kami masuk... ehhehehehehe AC.. leh jadi ilham untuk honey tu for her nx project..... hahahahhaaha

Harapan dalam doaku... kemesraan yang mula bertaut akan tetap utuh walau apa dan siapapun kita nanti... InsyaAllah.....

3 Ulasan:

  Anonymous

April 9, 2008 at 2:44 PM

ehehehe... moga-moga rezeki aku murah sebab belanja dua anak dara yang cantik manis dan seorang pokcik tua yang gigi tinggal 3 batang ni! ehehehehehe

  EBRIZA AMINNUDIN

April 9, 2008 at 8:26 PM

Aih aih ... kenapa nak masukkan dalam ilham aku? Hang dah teropong ka?

Hehehe .... bukan saja murah rezeki AC tapi akan bertambah2 murah. ye AC ye.TQ

  Mersik

April 15, 2008 at 10:37 PM

Huyoo.. bergambor ngan Abe RAM...
dasattttttttt.. hik hik