Tentang URH.....

Dua feedback yang aku terima dari dua novelist yang tak perlu ku perkenalkan di arena penulisan tanahair. Salah seorang nya adalah John Norafizan yang telah menghasilkan novel terbarunya Garis-garis DeJavu. Ikutilah komen beliau....

Ulasan: Ungkapan Rahsia Hati

May 19th, 2008

Ungkapan Rahsia hati adalah tajuk buku yang diterbitkan oleh penerbitan Fajar Pakeer hasil karya pertama penulis bernama Puteri Imaneisya (PI).

Ia mengisahkan tentang gelora kehidupan dan percintaan watak protagonis novel ini, Nurul Izzah. Nurul Izzah digambarkan sebagai perempuan yang diuji cinta bila lelaki yang dipujanya bertukar jadi pengkhianat kasih dan cinta yang mereka pupuk selama ini. Kehadiran beberapa lelaki lain dalam hidup Nurul Izzah (dengan seribu kerenah dan ragam masing-masing) membuatkan dia kadang kala sukar untuk menentukan destinasi kasihnya.

Tetapi ketentuan takdir itu adalah milik Tuhan. Bagaimana Nurul Izzah dapat mengakhiri perjalanan kasihnya dan memberikan cinta itu pada yang benar-benar menanti? Dan adakah perjalanan hidup Nurul Izzah itu sendiri dihalang dengan dugaan yang maha berat?

Ungkapan Rahsia hati ditulis dan dikembangkan berpaksikan pada tema kekeliruan hati. Plotnya kadang kala boleh ‘melemaskan’ pada orang seperti aku yang tidak pernah diuji sebegini. Tetapi mungkin juga, ia boleh membuatkan sesetengah pembaca mengalirkan air mata kasihan pada watak protagonis.

Tambahan pula, banyak perkara dari buku ini yang boleh diambil dan digunakan dalam kehidupan seharian. Contohnya, tentang tajwid Al-Quran. Sesuatu yang bagus dan baik untuk pembaca.

Aku kira, cubaan novel pertama oleh PI ini boleh dikatakan berjaya. Tetapi aku mengharapkan sesuatu yang lebih baik lagi dari penulis ini untuk novel-novel seterusnya. Aku percaya beliau boleh melakukannya!


Apa kata aku sebagai penulisnya......
Ehem! Pertamanya aku nak sentuh... amboi nama aku dah dipendekkan .... Puteri Imaneisya jadi PI... hehehehehe tak kisahlah... dan Ya Allah Huakbar... melemaskan ke.. sempat ke hang sambaq tong oksigen untuk sambung penafasan.... heheheheee. Apa pun thanks atas kesudian hang beri komen terhadap usaha pertama ku untuk buah cinta ku ini. Mungkin agak melemaskan pembacaan buat novelist seperti dirimu, tapi aku tetap yakin tiap dari kita tentu punya cara dan gaya tersendiri dalam menggarap ilham yang diizinkan-Nya bertandang di minda. InsyaAllah aku akan cuba tingkatkan usaha untuk penghasilan sesuatu yang walaupun tidak melepasi tahap kepuasanmu, setidak-tidaknya ia tak akan 'melemaskan' pembacaanmu di masa akan datang... hehehhehe. Tapi janganlah hang letak harapan setinggi Gunung Jerai.. atau Gunung Ledang... aduhai saliha... jenuhlah aku nak mendaki.. Segala teguran akan ku semat dalam ingatan untuk memperbaiki langkah di masa akan datang. Thanks again.....

Lagi tentang URH.....

Seorang lagi adalah Ebriza yang telah menghasilkan Hanya Dikau yang telah dimandatkan sebagai best seller novel tahun lalu... Dengarkan komennya....

Monday, May 19, 2008

REVIEW: Ungkapan Rahsia Hati - Puteri Imaneisya


Tegakah membiarkan rasa hati terpendam begitu sahaja tanpa mahu meluahkannya. Bahagiakah jika rasa itu terus bersemadi di ufuk kamar jiwa tanpa diketahui oleh dia yang disayangi? Bagaimana pula sekiranya Ungkapan Rahsia Hati diluahkan namun tidak seperti yang diharapkan? Pasti kecewa bersorak riang, terluka bertepuk tangan dan cinta yang abadi akan terus merana dalam dakapan rindu yang tidak bertepian. Namun, jika ingin mengetahui sebuah kebenaran, risiko untuk TERLUKA harus diambil agar hati tidak dicarik dan dihiris sembilu lagi.

NURUL IZZAH- Seorang yang tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan walaupun hatinya dihiris dan disiat-siat oleh insan-insan bernama LELAKI yang disayanginya. Namun, dia tega menerima apa yang dipersembahkan untuknya dan mempercayai semua itu dugaan yang hanya menguji dirinya dan pasti kebahagiaan akan bertamu jua selepas begitu banyak dugaan telah ditempuhi. Dia tidak pernah merungut walaupun hatinya dilukai berkali-kali malah mampu mendoakan kebahagiaan orang yang telah melukai hatinya itu. Satu sikap yang terpuji yang harus dicontohi oleh semua insan yang masih bernyawa di muka bumi ini. Namun, adakah anda setabah Nurul Izzah sekiranya dugaan yang sama diturunkan kepada anda?

SHAIFUL ZAHARI- Seorang yang penyayang. Terlalu takut insan yang disayangi terluka sehingga sanggup mengambil risiko walaupun tindakannya itu akan mengundang salah faham pada dia yang teramat dicintai. Begitulah yang telah Ayie lakukan pada Nurul Izzah. Namun, saya suka caranya menambat kembali hati Nurul Izzah walaupun gadis itu agak keras untuk menerima kembali insan yang pernah disayanginya semasa di alam persekolahan lagi. Sekurang-kurangnya Ayie telah menebus segala kekhilafannya sejak lima tahun yang lalu.

SHAIFUL IKHMAL- Seorang yang lincah. Happy go lucky. Kelakar dan sedikit loyar buruk. Memang jejaka idaman hati gadis malaya tapi yang kurengnya pada jejaka ini ialah sikapnya yang tidak menentu macam angin taufan membuatkan saya kurang menggemarinya. Sakit hati pun ada. Iyelah ... suka-suka hati, dia layan si Nurul Izzah, suka-suka hati dia biarkan Nurul Izzah dalam dilema sehingga rindu sarat bertamu di pinggir jiwa gadis itu. Suka-suka hati dia bersikap romantik dan suka-suka hati dia menyepi tanpa khabar dan berita. Ada ke patut. Memang saya geram. Kalau dah tak suka, berterus-terang saja, jangan biarkan dia terus menunggu sesuatu yang tak pasti. Kalau anggap sebagai sahabat juga harus berterus-terang, jangan bagi harapan yang menggunung tinggi sekiranya harapan itu tidak mampu ditunaikan. Jangan jadikan seseorang itu sebagai tayar ganti. Jika tidak ditemui yang sesuai di hati maka gadis itu yang akan menjadi pilihan. Tak elok tau. Fikirkan juga sekiranya pembalasan ini terjadi kepada anak anda, kakak anda, adik anda ataupun sepupu-sepupu yang anda sayang. Bagaimana? Renung-renungkanlah.

Dari Minda Ku:
Kekuatan :
- Kekuatan cerita ini adalah daripada segi jalinan perasaan yang melingkari perjalanan ceritanya amat berkesan di dalam hati saya kerana sepanjang saya membaca URH ini, ia seolah-olah sedang bermain dengan emosi kita. Cukup cantik jalinan emosi yang dihasilkan oleh penulis ini walaupun ia karya pertama beliau. Syabas.

- Terselit bahasa-bahasa asing seperti Arab dan Indonesia. Walaupun bahasa Indonesia sudah biasa di pendengaran telinga kita namun bahasa arab yang diselitkan memang menarik. Bukannya saya hendak mengagung-agungkan bahasa asing dan mengabaikan Bahasa Melayu tetapi sekurang-kurangnya dengan adanya bahasa asing ini kita boleh mempelajari sesuatu yang baru. Syabas lagi.

Kelemahan :
- Walaupun ia mempunyai kekuatan yang mampu mengacah perasaan anda namun novel ini juga tidak terlepas daripada kelemahannya yang telah dikesan semasa saya membacanya. Ini hanya pendapat saya tetapi saya tidak tahu pendapat orang lain kerana saya pernah menghasil novel sebegini namun ia mendapat kritikan hebat. Hehehe ... walaupun demikian, saya mempelajari daripada kesilapan untuk membetulkan apa-apa yang patut agar ia boleh menambat hati pembaca yang mengikuti perkembangan novel saya. Laa .. melalut pulak dah. Okey, inilah kelemahan yang saya temui, Permulaan cerita agak meleret, begitu jua dengan dialog-dialognya. Agaknya penulis mengutarakan apa yang tersirat di dalam hatinya dan sekiranya ia datang daripada luahan hati, memang beginilah hasilnya. (Saya pernah buat sebab tu saya tahu. Hehehe ... jangan marah haa. Novel saya yang mana satu? Hehehe ... kan ada 10 buah novel dah diterbit, carilah sendiri dan salah dua daripadanya adalah apa yang anda cari. :D).

* Ya Allah huakbar…. patut pun anak murid terikut, rupanya Cikgu dia dok buat dulu…hehehehhe, betui-betuilah kembaq sepusat sepusing…. Idea asing-asing….

- Kadang-kadang orang tidak gemar dialog terlalu bersastera dan panjang, namun ia masih tidak tersasar daripada isi yang hendak disampaikan. Mungkin penulis boleh memperbaiki kelancaranya pertuturan dialog. Biarkan ia mudah tidak mengapa. Namun ia masih mampu menjadi sebuah karya yang baik.

* Ya Salam…. Itulah padahnya bila diri dah terperangkap dalam dunia milik watak-watak ni. Walaupun ianya dicipta untuk yang tercipta, tapi terkadang tak mampu nak menarik diri dari tersasar ke dalam dunia mereka…. InsyaAllah next time harap tak berulang lagi.
Pengajaran :
- Jangan terlalu memendam perasaan kerana ia akan memakan diri sendiri. Luahkan ia sekurang-kurangnya ia tidak akan menjadi barah di dalam akibat terlalu memendam perasaan.

*Tak semua yang dirasa terkadang mampu dilafaz… menzahirkan apa yang terpendam lebih sukar daripada memendamkan apa yang terzahir di penglihatan.

- Jangan terlalu menguji sehingga akhirnya menimbulkan sikap putus asa untuk terus menanti dalam penantian yang tidak pasti. Kesabaran seseorang ada hadnya dan apabila kesabaran itu melangkaui had yang telah ditetapkan, maka bom atom akan meletup dan sesuatu yang tidak anda jangka akan berlaku. Fikirlah sendiri.

*Sesekali bom atom buatan tempatan meletup apa salahnya kan…. Sabar menjadi benteng iman…. Bila benteng itu teguh, segala ujian pasti redho menjadi senjatanya.

- Jangan menyesali apa yang telah diturunkan kepada anda, sebaliknya harungilah ia sebaik mungkin walaupun hanya sekejap, saya pasti akan ada rahmat dan bahagia yang menanti disebaliknya.

*Tiap dugaan dalam cabaran itu tanda kasihnya Allah pada tiap hamba-Nya. Rintangan dan ujian diberi sebelum dihadiahkan bahagia yang hakiki samada di dunia atau di akhirat nanti.

- Hmm ... jangan sedekahkan ubat-ubat anda di dalam tong sampah yang tidak mengerti akan penderitaan yang anda alami kerana kita hanya berusaha untuk memulihkan kesihatan walaupun kita tahu ia tidak akan ada penghujungnya. Sekurang-kurangnya, penderitaan dalam menghadapi kesakitan akan berkurangan. Redha dengan ujianNya.

*Hehehhehehe for this, no comment. Nanti kita minta Nurul Izzah comment ekk kenapalah dia jadi pemurah sampai sanggup bersedekah pada tong sampah untuk ubat yang seharusnya menjadi santapan perutnya.

Akhir kata, UNGKAPAN RAHSIA HATI adalah percubaan terbaik daripada Puteri Imaneisya walaupun mempunyai kelemahan. Namun, saya yakin dengan bakat terbesar anugerah Allah swt kepada dirinya, dia akan terus melangkah tanpa menoleh ke belakang dengan menjadikan kritikan anda pada hari ini sebagai sandaran untuk dirinya mencapai KEJAYAAN di masa akan datang. Teruskan perjuanganmu dan jangan sesekali patah semangat dalam mengharungi dunia penulisan yang tidak seindah biasa. Caiyukk!!


Apa pulak kata aku sendiri sebagai penulisnya.....

Terima kasih atas kesudian memberikan komen... keseluruhannya aku tetap berpuashati. Sebagai penulis baru aku akui, pola penulisan ku masih belum mantap. Aku sedar, terlalu banyak yang perlu aku pelajari dan pastinya perbaiki dari masa ke semasa untuk tulisan yang akan datang insyaAllah. Ungkapan Rahsia Hati adalah percubaan pertamaku.. keberanian dan keyakinan banyak ku himpunkan hanya kerana ingin melihat apa yang aku angan dan impikan jadi kenyataan disamping menunaikan perjanjian dengan banyak insan. Apapun aku ucapkan ribuan terima kasih atas teguran. Sesungguhnya yang baik itu tetap anugerah dari-Nya dan yang kurang itu adalah kelemahan diriku yang perlu di perbaiki dan atasi dari masa ke semasa. Inilah gunakan komen pembaca.... dan aku sentiasa yakin bahawa pembaca adalah mata yang mampu mengesah tiap kepincangan dalam apa jua yang dihasilkan oleh seorang penulis malah pembaca yang baik tidak akan berkompromi dalam mengenengahkan apa yang dilihat dan dikesannya. Terima Kasih Ebriza@Sifu yang sudah banyak membantu untuk aku memulakan langkah.

Sebuah Cerita Cinta......

Teman tapi mesra
Firyal Rifdah membelek buku perakaunan yang terbentang di hadapanya. Sehelai demi sehelai di selaknya, tapi tumpuan minda bukan terfokus pada apa yang sepatutnya. Dia seakan hanyut dan kadangkala tenggelam, kadangkala pula timbul. Entah di pantai mana agaknya destinasi percandaan yang kini membawa diri gadis itu. Alisya yang sedari tadi menjadi pemerhati tidak rasmi menggelengkan kepala. Hairan ibni pelik melihatkan tingkah temannya lewat kebelakangan ini.

“Orang lain pun berdating juga, tapi taklah sampai seminggu di buai kenangan,” sindir Alisya sambil menjeling Firyal Rifdah. Menantikan reaksi temannya itu terhadap apa yang diucap sebentar tadi. Apa kena dengan minah ni…. Dah mula jadi sengal apa ke. Bisik hatinya sendiri.

“Firyal…..” sergah Alisya kuat.

“Opocot mak engkau.” Tidak semena-mena Firyal Rifdah meledakkan latah. Terkejut amat dengan sergahan tak bersalam yang dihamburkan kepadanya. Terkekeh-kekeh Alisya melihatkan telatahnya. Firyal Rifdah sekadar mampu meraut dadanya. Cuba menggapai kembali semangat yang seakan terbang seketika tadi.

“Engkau ni kenapa? Dah ilang akal apa ke? Engkau fikir aku ada nyawa spare dekat rumah ke?” marah Firyal Rifdah. Mukannya sudah cemberut. Geram melihatkan tawa yang masih kedengaran dari temannya itu.

“Engkau tu yang berangan. Buku akaun tu dari tadi engkau belek… selak sehelai sehelai, tapi confirm potong ayam satu pun tak masuk dalam kepala otak engkau. Jangan kata masuk, singgah pun belum tentu.”

“ISAlah... Otak aku, suka hati aku lah@ ISA. Nak masuk ke.. nak keluar ke.... nak singgah ke… nak photostat ke, aku tak ganggu otak engkau pun. Engkau dengki tu kenapa?” Firyal Rifdah menjeling geram pada Alisya. Buku akaun yang terbentang tadi pantas di tutupnya kasar.

“Ek eleh! Datang pulak angin kus-kus engkau. Ribut Lanina ke atau taufan Hadif Raizal Isyraf bersama twister cinta yang dah mengaut hati engkau?” sindir Alisya. Masih tidak mahu mengalah. Gelanggang yang mula hangat tidak dihiraukan. Biarlah kalau temannya itu hendak marah, bukan dia tidak biasa dengan angin kus-kus Firyal Rifdah yang tidak menentu pasang surutnya. Tak ikut sistem.

“Helo kawan! Mulut itu kasi insuran dulu yer. Baru boleh bagi statement maut macam tu. Sapa kata aku terangkut dalam angin twister cinta mamat mithali tu,” cebik Firyal Rifdah menafikan apa yang disangka oleh Alisya biarpun hakikatnya, hahahahaa mungkin betul kut…. Biarpun aku menafikannya. Alamak malunya aku.
“Rif, engkau tak cerita pun pada aku bagaimana date engkau dengan mamat poyo tu minggu lalu. Engkorang pegi mana ha? Tengok wayang ke?” Alisya mula teruja dengan pertanyaan. Rasa ingin tahunya membuak-buak. Dia membetulkan duduk agar lebih selesa untuk mendengar cerita yang bakal diperdengarkan oleh temannya itu.

Sorry and correction, yang poyo tu pakwe engkau. Si Farid bukannya Hadif Raizal Isyraf. Memang padanlah engkau berpakwekan si Farid tu. Sorang poyo dan sorang lagi kurang skru.” Sengaja Firyal Rifdah memprovok. Sekurang-kurangnya terbalas juga perbuatan Alisya yang menyergahnya sebentar tadi. Terhinjut-hinjut bahunya tertawa melihatkan wajah mencuka Alisya itu. Yes! Aku berjaya dan menang. Sorak hati kecilnya gumbira.

“Iyelah, iyerlah. Farid tulah yang poyo, sedangkan pakwe merangkap buahati engkau tu macho, handsome, berkarisma anak Kappor Barus dan segala yang sewaktu dengannya.” Muncung Alisya sudah panjang berdepa. Geram dengan ayat tak berinsuran Firyal Rifdah sebentar tadi.

“Ha! Tahu tak apa. Macam tulah. Mengaku aje mamat yang engkau suka tu memang poyo yang terkadang jadi tiga suku. Sebenarnya masa aku keluar hari tu, kami tak tengok wayang pun, tapi lebih pada jalan-jalan cari pasal.” Ucap Firyal Rifdah sambil meniru gaya dari rancangan yang popular mengenengahkan tempat menjamu selera sekali gus menaikkan peratusan berat badan pada yang terpengaruh.

“La! Tak kan setakad walking to no way? Boring betul. Baguslah tu… dah kenalah. Si Sengal bertemu dengan Si Bingai.” Alisya tersengeh. Puas rasa hatinya dapat mengenakan Firyal Rifdah.

“Woi kawan! Vavavava… itu sudah lebihlah. Sapa yang sengal dan bingai ha? Cakap bebaik sikit yer. Nanti tak pasal je putus sahabat untuk seketika,” ugut Firyal Rifdah.

“Dah tu, aku tanya betul-betul, yang engkau pegi jawab ala-ala lawyer jual kain buruk tu kenapa. Padan dengan muka engkau.”

“Sebenarnya kami hanya jalan-jalan dekat Mall. Lepas tu aku temankan dia cari dvd telenovela Korea, Love Revolution,” terang Firyal Rifdah akhirnya. Tidak pulak diceritakan perihal Hadif Raizal Isyraf menyanyikan serangkap lagu Winter Sonata buat dirinya. Firyal Rifdah sekadar tersenyum bila kenangan itu melayang seketika. Nasib baik juga Alisya agak rabun tika itu hingga senyuman yang mula mekar tidak langsung terkesan di matanya.

“Apa! Mamat tu layan citer Korea? Wow! Tak sangka aku. Erm romantik gak dia yer. Aku ingatkan mamat figure mesti cari cerita berkaitan dengan angka. Tapi kenapa dia cari cerita tu, kan ke tu cerita dah lama. Dah basi pun,” tanya Alisya kehairan. Bukan sekadar hairan dengan perkhabaran terbaru yang diterimanya tapi hairan kerana anak muda itu masih mencari cerita yang sudah lama ditayangkan. Bukankah sekarang sudah berlambak cerita-cerita baru di pasaran, mengapa Love Revolution yang masih dicari? Musykil… musykil….

“Ikut suka hati dialah nak layan citer apa. Aku tak sibuk, yang engkau tiba-tiba terlebih perihatin ni kenapa?” bidas Firyal Rifdah.

“Tak adalah, aku sekadar hairan, seolah ada sesuatu dalam cerita itu hingga membuatkan dia tetap berusaha untuk mendapatkan dvdnya. Erm! Engkau tak berhajat nak layan cerita Korea ke Rif? Barulah ada persamaan,” Alisya memulakan agenda. Jala usikan ditebarnya seluas yang boleh. Ingin cuba memerangkap gadis yang sering berdalih dan berselindung disebalik alasan yang cukup tidak relevant bila perhubungannya di antara dirinya dan anak muda itu dikaitkan.

“Aku nak layan cerita macam tu? Malam sikit. Lebih afdal aku layan CSI, tertriple faedah yang aku dapat. Tak pun aku layan WWF, atau kalau dah tahap kronik sangat aku lebih rela layan Tom & Jerry atau Shin Chan. Lagi happening.” Jawab Firyal Rifdah selamba. Entah mengapa minat dan keinginannya untuk menonton telenovela dari Korea itu langsung tidak menjelma malah jangan kata mengusik, menyentuh nalurinya pun tidak sama sekali.

“Rif, kalau aku nak buat permohonan rasmi untuk mengemukakan satu soalan berunsur peribadi. Boleh ke?” Tiba-tiba Alisya bersuara serius. Wajahnya menjamah wajah Firyal Rifdah yang masih santai sardine sambil memeluk Garfieldnya. Isy anak dara sorang ni. Dah tua bangka pun nak peluk Garfield. Malanglah nasib engkau Hadif kalau minah ni jadi marka@ bini engkau nanti. Ngomel hati kecil Alisya.

“Apa yang engkau nak tanya? Pasal aku dengan dia ke?” bersahaja gadis itu menjawab. Wajahnya masih tidak berubah riak. Tetap maintain control ayu dan tenang.

“Ha’ah. Dah betullah tu. Engkau dengan si Hadif tu sebenar benarnya apa atau dengan lebih tepat apa hubungan korang. Tak kan tak bernama langsung?”

“Okeylah. Disebabkan engkau kawan aku merangkap teman bergaduh sekali sekala aku akan beritahu engkau. Sebenar benarnya dan tak ada yang benar melainkan benar belaka bahawa antara aku dengan Hadif adalah…. 'Dan kisahku yang masih panjang menambahkan berat yang memandang lantas ku pendam ku putusku kan Biarlah Rahsia…….'” Firyal Rifdah mendendangkan serangkap lagu hit dari Datuk Siti Nurhaliza membuatkan bantal yang berada di sisi Alisya kini melayang bagaikan Sayot yang pernah membawa Dr Sheikh Muzaffar ke ISS dulu. Hampehkelapa.com punya kawan…..

Berdua dengan mu
Pasti lebih baik
Aku yakin itu
Bila sendiri hati bagai langit
Berselimut kabus….. ahakzzzzz

Sebuah Cerita Cinta

Bidadari bertahta di hati

“Sejak bila awak belajar tengok drama Korea? Ha! Ni mesti terpengaruh dengan ‘Tok Kebayan Sekolah Tadika’ tu kan.” Firyal Rifdah menyergah Hadif Raizal Isyraf yang leka membelek dvd yang terdapat di kedai itu. Entah cerita apa yang dicarinya.

“Cuba jangan negetif thinking terhadap orang lain. Satu lagi, kan tak baik awak panggil dia macam tu. Bukankah dia ada nama, lebih manis kalau panggil guna nama dia kan.” Terdengar teguran anak muda itu tanpa menoleh ke arahnya. Firyal Rifdah membisu bila dirasa terkena tembakan sinis yang penuh kelembutan itu.

“Oh! Bila dia panggil saya ‘rebounding dinasour’ tu baik ke? Awak memang, mesti nak menangkan kaum sejenis,” tempelak Firyal Rifdah geram. Dasar lelaki, mesti akan membela kaum sejenis... Omelan perlahan terhunus juga dari bibir comel itu.

“Bukan macam tu. Saya pun tak suka dia panggil awak dengan panggilan sebegitu. Erm! Tak boleh ke awak berdua bawak berdamai? Kan itu lebih baik.” Terselit unsur pujuk dalam nasihat yang terungkap dari ulas bibir Hadif Raizal Isyraf. Namun dia tahu, masakan gadis itu akan sewenangnya menerima apa yang disarannya sebentar tadi.

Firyal Rifdah mencebik. Panas hatinya bila anak muda itu bagaikan hanya melihat salah dan silap dirinya, sedangkan sudah terang lagi bersuluh panggilan yang diberikan oleh Farid cukup menyakitkan hati dan pendengarannya.

Yes... Dah dapat. Ada pun. Alhamdulillah.” Terdengar anak muda itu bersuara girang bila menemui apa yang dicarinya. Firyal Rifdah yang masih tergecat disebelah sekadar menjeling.

Apa kenalah dengan mamat sorang ni. Jumpa dvd macamlah jumpa harta Qarun atau pun khazahan peninggalan kerajaan Mesir.... Firyal Rifdah merenung wajah girang anak muda yang ada di hadapannya. Dia ditamu kehairanan.

“Apa yang dah dapat? Boleh saya tengok?” pinta Firyal Rifdah. Fikirnya pasti anak muda itu keberatan tapi ternyata sangkaannya meleset sama sekali. Hadif Raizal Isyraf menghulurkan dvd itu malangnya bila hampir dicapai selamba sahaja ditarik semula sambil tersenyum. Berulangkali keadaan sebegitu terjadi hingga membuatkan Firyal Rifdah rasa bosan.

“Tak payah nak main tarik tali dengan saya. Kalau tak nak bagi, saya pun tak kebulur nak tengok. Ni mesti awak beli dvd yang ‘gitu-gitu’, sebab tu takut nak bagi saya lihat,” cebiknya dengan wajah yang sudah berubah masam. Dia menjeling sekilas dan terlihat senyuman mengacah yang cuba disembunyikan oleh anak muda itu. Namun Firyal Rifdah belum termasuk dalam kategori rabun tahap kronik yang menyukarkan dirinya melihat apa yang telah terzahir.

“Budak-budak, kalau mereka merajuk tampak comel. Orang tua pulak jadi hodoh bila merajuk. Tambah-tambah bila tarik muka macam yang sedang awak lakukan sekarang. Berganda kehodohannya. Awak seakan mempercepatkan proses pembentukan kedut-kedut dan garis lanjut usia pada wajah. Tak takut ke kalau jadi otai sebelum waktunya.” Firyal Rifdah tergamam mendengar komen yang terhambur dari mulut anak muda itu. Amboi! Mulut terlebih insuran gamaknya. Ikut suka hati dia aje nak mengutuk aku. Ngomel Firyal Rifdah di dalam hati. Geram mula menjengah.

Satu jelingan maut dihadiahkan namun berbalas dengan senyuman dan huluran dvd tadi. Firyal Rifdah sekadar memandang tanpa reaksi. Bimbang andai dirinya dipermainkan sekali lagi.

“Ada ke awak tengok dvd tak senonoh kat sini? Satu lagi, apa maksud dengan dvd ‘gitu-gitu’. Saya tak faham.” Anak muda itu masih menghulurkan dvd yang bagai tidak langsung mendapat perhatian dari gadis itu. Dia tersenyum. Pasti rajuk sudah mula mengacah emosi. Tidak sukar bagi matanya mengesah perubahan yang mula terbias di wajah insan yang ada bersamanya.

“Nah! Ambillah dan tengok sendiri supaya hati awak puas. Kali ini saya tak main tarik tali. Lagi pun mana ada tali dekat sini cik adik ooiii. Kalau ada lebih baik saya gunakan untuk ikat awak dari main tarik-tarik,” gurau Hadif Raizal Isyraf sambil tertawa kecil. Melihatkan Firyal Rifdah masih teragak-agak, pantas dvd itu di letakkan ditanganya.

“Erm... Love Revolution? Awak ni fanatik betul dengan telenovela Korea yer, tapi ini cerita lama kan. Kenapa tak beli cerita-cerita baru yang ada bersepah sekarang ini?” soal Firyal Rifdah kehairanan sambil memulangkan semula dvd tersebut. Hadif Raizal Isyraf sekadar tersengeh memperlihatkan barisan gigi putihnya yang cantik tersusun.

Dia ni dah tersampuk spesis kerang terlebih masak agaknya. Tahulah gigi awak tu cantik. Tak payah nak buat iklan colgate di tempat yang tidak diperlukan. Gumam hatinya sendiri.

“Cerita ni best. Sepupu saya dah rembat dvd saya dan buat seperti harta peribadinya. Saya malas nak bising atau minta balik, jadi saya carilah yang baru sebagai ganti. Awak pernah tengok drama Korea?” Tanya Hadif Raizal Isyraf. Matanya sempat menjamah seraut wajah gadis di hadapannya itu.

“Tengok tak pernah, tapi lagunya biasalah saya dengar. Ada penyanyi yang suka nyanyikan secara live and free pada saya walaupun dengan pitching yang berterabur, tapi okeylah. Lagu Winter Sonata versi Melayu.”

Saat ku merindukan dirimu, jiwa meronta kau ku damba, Oh! gerhanalah seluruh pancaindera. Ku hilang dalam memori cinta, membakar seluruh jiwa raga, Hanya kau untukku, kau tiada dua. Firyal Rifdah tergamam bila terdengar anak muda itu mengalunkan lirik lagu tersebut. Biarpun perlahan tapi cukup romantis. Ada penghayatan pada tiap patah lirik yang disebutnya dengan pandangan yang cukup mengetarkan naluri kewanitaannya. Ah! Sudah…. Kenapa pulak aku tiba-tiba rasa semacam ni.

“Hai! Awak pun dah tersampuk ikut perangai ‘Tuk Kebayan Sekolah Tadika’ tu ke? Bezanya dia nyanyi lagu dangdut, tapi awak pulak kategori balada. By the way, not bad. Tak sangka awak punya telent yang terpendam dan terendam. Kenapa tak cuba masuk pertandingan realiti tv yang dok berlambak sekarang ni. Manalah tahu, kut boleh tambah koleksi penyanyi lelaki di Malaysia ni. Glamour apa,” sakat Firyal Rifdah tertawa. Pandangan anak muda itu masih terpaku pada wajahnya membuatkan dia diasak rasa serba salah. Pantas dialihkan pandangan, tidak betah untuk terus menentang sepasang mata yang seakan cuba berbicara tanpa kalimah.

Hadif Raizal Isyraf tersenyum melihat perubahan pada wajah gadis itu. Tampak comel bila muka itu mula berona kemerahan, persis tomato yang sedang masak ranum.

“Apa pandang-pandang? Ada hutang ke yang saya belum jelaskan? Dah tu senyum sorang-sorang. Cepatlah pergi bayar dvd yang awak dah rembat ni. Tak kan nak bertapa kat sini,” sergahan Firyal Rifdah benar-benar memeranjatkan Hadif Raizal Isyraf. Dia menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah gadis itu yang sukar diramal. Pertukaran anginnya langsung tidak memberi sebarang amaran.

“Tadi dah elok dengan gaya perempuan. Ni datang balik puting beliung awak. Isy... cuba bersopan sikit. Tengok semua orang pandang awak.” Hadif Raizal Isyraf mula mengatur langkah menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran.
Firyal Rifdah sudah menarik muka masam. Bengang bila ditegur sebegitu. Bukan dia sengaja ingin menyergah, tapi anak muda itu yang seakan hanyut dalam khayalan sambil merenung wajahnya. Entah apa yang bermain difikiran hingga sebegitu asyik.

Dia mengatur langkah keluar dari kedai itu. Menapak ke sebuah kedai cenderahati yang kebetulan bersebelahan. Sebelum masuk, masih sempat dia mengutus pandangan memberitahu anak muda itu di mana dia berada. Dibeleknya setiap perhiasan yang dipamirkan. Dari yang kecil hinggalah yang besar. Dari patung anak beruang yang comel, hinggalah kepada yang besar dan boleh dijadikan teman tidur. Dia mula teruja.... namun lebih teruja bila terpandangkan sebuah muzikal box yang dipamerkan disatu sudut. Pantas kakinya melangkah ke situ. Muzikal box tersebut kini sudah berada di tangannya. Matanya leka memerhati dua ekor angsa yang seakan menari mengikut rentak muzik yang cukup romantik.

“Jiwang juga awak ni yer. Saya fikir orang macam awak tak suka benda-benda macam ni. “ Entah bila Hadif Raizal Isyraf hadir di sisinya.

“Apa! Awak fikir saya tak ada perasaan ke?” soal Firyal Rifdah sambil menarik muka masam. Geramnya pada anak muda itu masih belum surut. Ini sudah ditambah lagi.

“Bukan macam tu, biasanya tak ramai orang yang suka dengan muzikal box ni. Tentu awak punya persepsi yang unik terhadap barang yang sudah berjaya mengikat pandangan dan tumpuan awak ni kan. Erm nak kongsi dengan saya?” Tanya Hadif Raizal Isyraf tersenyum.

Firyal Rifdah tertawa kecil. Macam tahu-tahu je mamat sorang ni apa yang ada dalam kepala aku. Isy tak kan dia ada belajar ilmu nujum Pak Belalang kut. Hadif Raizal Isyraf masih menanti jawapan dari ulas bibir comel itu. Amat yakin bahawa telahannya tidak mungkin salah.

“Nak share dengan awak? Erm! Ali anak Pak Dolah. Lain kali sajalah,” ucap Firyal Rifdah selamba.

Hadif Raizal Isyraf sekadar tertawa mendengarkan jawapan gadis itu. Ah! Kenapalah dia ni tak macam gadis-gadis yang lain. Hatinya berbisik sendiri. Dia memerhatikan tingkah Firyal Rifdah yang leka membelek dan mendengar muzik dari muzikal box yang masih betah di tangannya.

“Apa kata kalau saya beli dan hadiahkan pada awak. Nampaknya awak suka sangat dengan barang ni.” Muzikal box yang tadinya berada di tangan gadis itu sudah beralih ke anak muda itu. Belum sempat Hadif Raizal Isyraf mengatur langkah ke kaunter, Firyal Rifdah terlebih dahulu menghalang.

“Muzikal box ni punya maknanya tersendiri. Bukan suatu barang yang sewenangnnya dibeli dan diberikan mengikut suka-suka hati. Jadi awak tak perlu buat macam tu.” Ucap Firyal Rifdah.

Langkah sudah diaturnya untuk keluar dari kedai tersebut meninggalkan Hadif Raizal Isyraf terkulat-kulat. Ah! Adakala memang sukar baginya untuk memahami akan tingkah gadis yang ada bersamanya kini. Terlalu payah tanpa sebarang petunjuk yang boleh diguna pakai.

“Firyal, boleh tak kalau saya buat satu permintaan?” tiba-tiba Hadif Raizal Isyraf bertanya. Dia cuba menyaingi langkah deras yang sedang diatur oleh gadis itu. Aduh! Dia ni bukan setakad punya kelebihan bertutur cepat, sebaliknya dalam melangkah juga. Agaknya dulu dia salah seorang jaguh marathon kut. Bisik hatinya sendiri.

“Awak ingat ni stesyen radio ke? Siap nak buat permintaan lagi. Ha! Lagu apa yang awak nak saya perdengarkan dalam irama yang sumbang ibni sumbing?” Wajah anak muda itu ditentangnya.

Langkah sudah mula berubah, speed yang tadinya pantas sudah di minimumkan. Belas melihat anak muda yang asyik ketinggalan itu. Isy berjalan mengalahkan perempuan. Mengatur lenggang. Macam nak menari inang aje. Apalah dia ni. Kutuk hati Firyal Rifdah.

“Saya bukan nak minta lagu, sebaliknya saya nak minta awak berdamai dengan Farid dan kalau boleh jangan panggil dia dengan panggilan yang tiada hubung kait dengan namanya. Boleh?” pinta Hadif Raizal Isyraf lembut. Firyal Rifdah mengeluh. Itulah kelebihan anak muda itu. Sentiasa bijak dalam menguasai medan pertuturan mereka malah diplomasi yang dimiliki dalam apa yang dipinta sering membuatkan Firyal Rifdah bagai hilang kata untuk mengatakan tidak.

“Saya je yang selalu kena berdamai... kena mengalah dengan mamat sengal tu. Habis bagaimana pulak dengan dia. Oh! Bila saya panggil dia ‘Tuk Kebayan Sekolah Tadika’, awak marah. Tak baiklah... tak eloklah, tak sopanlah, tapi dia gelar saya ‘rebounding dinasour’ tak apa pulak. Awak ni memang tau... “ Firyal Rifdah mengomel sambil memasamkan muka. Suaranya juga sudah berubah, tidak membentak sebaliknya lebih kedengaran sedih dalam sayu.

Sebenarnya dia sengaja memprovok emosi anak muda itu. Sengaja ingin melihat sejauhmana keperihatinan terhadap perubahan tingkahnya. Dia tahu Hadif Raizal Isyraf pasti menyangka dia akan melenting dengan permintaan yang dibuat sebentar tadi. Justeru itulah Riryal Rifdah mengubah cara.

“Tak salahkan apa yang saya pinta malah saya tahu dan yakin ianya tidak memberatkan awak untuk menunaikan. Saya akan lebih sayang awak kalau awak boleh panggil Farid dengan nama yang dah diberikan oleh kedua orang tuanya,” pujuk Hadif Raizal Isyraf lembut. Wajah gadis itu ditatapnya. Sejalur senyuman sudah mengacah dan menghiasi wajah.

“Tapi mamat poyo tu masih lagi panggil saya dengan panggilan....”

“Saya janji dengan awak, Farid tak akan panggil awak dengan panggilan sedemikian lagi. You can take my words as promise.” Pantas anak muda itu mencantas sebelum mulut gadis itu meneruskan kata-kata.

“Iyerlah... iyerlah... saya tak akan panggil dia ‘Tuk Kebayan Sekolah Tadika’ lagi.” Akhirnya Firyal Rifdah menyimpul persetujuannya walau wajahnya tidak langsung mengambarkan keikhlasan.

“Sebab itulah saya suka kawan dengan awak dan rasanya saya akan lebih suka dan sayang pada awak kalau awak lakukan semua itu dengan ikhlas. Thanks. That’s my Ifdah.” Cukup romantis intonasi anak muda itu menyapa pendengaran Firyal Rifdah malah nama yang baru digunakan sebentar tadi mengudang satu rasa yang sukar diungkap menerusi kata-kata.

Suka hati dia aje panggil aku dengan nama tu, tapi kenapa pulak hati aku rasa semacam aje.. isy.. parah..... hati ni dah mulalah tu. Nak lawan tokey..... Ifdah… erm best gak nama tu, lebih-lebih lagi bila disebut perlahan. Aduh! Romantis siot… gumam Firyal Rifdah. Dia tersenyum sumbing.

“Senyum tu sedekah, tapi jadi makruh bila senyum sorang-sorang. Apa pun boleh saya tahu kenapa tiba-tiba awak boleh senyum?” tanya anak muda itu perlahan.

Mata mereka mula menyapa.... bertentang lantas berbicara... Kali ini Firyal Rifdah gagal mengelak lantas membiarkan hati bebas mengungkapkan kata. Lidah sudah kelu bagi disapu dengan gam Uhu. Akhirnya gadis itu tunduk dan Hadif Raizal Isyraf tertawa perlahan.....

Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu sebenar
Kau cinta sejati
Kusandarkan jiwa