Sebuah Cerita Cinta......

Teman tapi mesra
Firyal Rifdah membelek buku perakaunan yang terbentang di hadapanya. Sehelai demi sehelai di selaknya, tapi tumpuan minda bukan terfokus pada apa yang sepatutnya. Dia seakan hanyut dan kadangkala tenggelam, kadangkala pula timbul. Entah di pantai mana agaknya destinasi percandaan yang kini membawa diri gadis itu. Alisya yang sedari tadi menjadi pemerhati tidak rasmi menggelengkan kepala. Hairan ibni pelik melihatkan tingkah temannya lewat kebelakangan ini.

“Orang lain pun berdating juga, tapi taklah sampai seminggu di buai kenangan,” sindir Alisya sambil menjeling Firyal Rifdah. Menantikan reaksi temannya itu terhadap apa yang diucap sebentar tadi. Apa kena dengan minah ni…. Dah mula jadi sengal apa ke. Bisik hatinya sendiri.

“Firyal…..” sergah Alisya kuat.

“Opocot mak engkau.” Tidak semena-mena Firyal Rifdah meledakkan latah. Terkejut amat dengan sergahan tak bersalam yang dihamburkan kepadanya. Terkekeh-kekeh Alisya melihatkan telatahnya. Firyal Rifdah sekadar mampu meraut dadanya. Cuba menggapai kembali semangat yang seakan terbang seketika tadi.

“Engkau ni kenapa? Dah ilang akal apa ke? Engkau fikir aku ada nyawa spare dekat rumah ke?” marah Firyal Rifdah. Mukannya sudah cemberut. Geram melihatkan tawa yang masih kedengaran dari temannya itu.

“Engkau tu yang berangan. Buku akaun tu dari tadi engkau belek… selak sehelai sehelai, tapi confirm potong ayam satu pun tak masuk dalam kepala otak engkau. Jangan kata masuk, singgah pun belum tentu.”

“ISAlah... Otak aku, suka hati aku lah@ ISA. Nak masuk ke.. nak keluar ke.... nak singgah ke… nak photostat ke, aku tak ganggu otak engkau pun. Engkau dengki tu kenapa?” Firyal Rifdah menjeling geram pada Alisya. Buku akaun yang terbentang tadi pantas di tutupnya kasar.

“Ek eleh! Datang pulak angin kus-kus engkau. Ribut Lanina ke atau taufan Hadif Raizal Isyraf bersama twister cinta yang dah mengaut hati engkau?” sindir Alisya. Masih tidak mahu mengalah. Gelanggang yang mula hangat tidak dihiraukan. Biarlah kalau temannya itu hendak marah, bukan dia tidak biasa dengan angin kus-kus Firyal Rifdah yang tidak menentu pasang surutnya. Tak ikut sistem.

“Helo kawan! Mulut itu kasi insuran dulu yer. Baru boleh bagi statement maut macam tu. Sapa kata aku terangkut dalam angin twister cinta mamat mithali tu,” cebik Firyal Rifdah menafikan apa yang disangka oleh Alisya biarpun hakikatnya, hahahahaa mungkin betul kut…. Biarpun aku menafikannya. Alamak malunya aku.
“Rif, engkau tak cerita pun pada aku bagaimana date engkau dengan mamat poyo tu minggu lalu. Engkorang pegi mana ha? Tengok wayang ke?” Alisya mula teruja dengan pertanyaan. Rasa ingin tahunya membuak-buak. Dia membetulkan duduk agar lebih selesa untuk mendengar cerita yang bakal diperdengarkan oleh temannya itu.

Sorry and correction, yang poyo tu pakwe engkau. Si Farid bukannya Hadif Raizal Isyraf. Memang padanlah engkau berpakwekan si Farid tu. Sorang poyo dan sorang lagi kurang skru.” Sengaja Firyal Rifdah memprovok. Sekurang-kurangnya terbalas juga perbuatan Alisya yang menyergahnya sebentar tadi. Terhinjut-hinjut bahunya tertawa melihatkan wajah mencuka Alisya itu. Yes! Aku berjaya dan menang. Sorak hati kecilnya gumbira.

“Iyelah, iyerlah. Farid tulah yang poyo, sedangkan pakwe merangkap buahati engkau tu macho, handsome, berkarisma anak Kappor Barus dan segala yang sewaktu dengannya.” Muncung Alisya sudah panjang berdepa. Geram dengan ayat tak berinsuran Firyal Rifdah sebentar tadi.

“Ha! Tahu tak apa. Macam tulah. Mengaku aje mamat yang engkau suka tu memang poyo yang terkadang jadi tiga suku. Sebenarnya masa aku keluar hari tu, kami tak tengok wayang pun, tapi lebih pada jalan-jalan cari pasal.” Ucap Firyal Rifdah sambil meniru gaya dari rancangan yang popular mengenengahkan tempat menjamu selera sekali gus menaikkan peratusan berat badan pada yang terpengaruh.

“La! Tak kan setakad walking to no way? Boring betul. Baguslah tu… dah kenalah. Si Sengal bertemu dengan Si Bingai.” Alisya tersengeh. Puas rasa hatinya dapat mengenakan Firyal Rifdah.

“Woi kawan! Vavavava… itu sudah lebihlah. Sapa yang sengal dan bingai ha? Cakap bebaik sikit yer. Nanti tak pasal je putus sahabat untuk seketika,” ugut Firyal Rifdah.

“Dah tu, aku tanya betul-betul, yang engkau pegi jawab ala-ala lawyer jual kain buruk tu kenapa. Padan dengan muka engkau.”

“Sebenarnya kami hanya jalan-jalan dekat Mall. Lepas tu aku temankan dia cari dvd telenovela Korea, Love Revolution,” terang Firyal Rifdah akhirnya. Tidak pulak diceritakan perihal Hadif Raizal Isyraf menyanyikan serangkap lagu Winter Sonata buat dirinya. Firyal Rifdah sekadar tersenyum bila kenangan itu melayang seketika. Nasib baik juga Alisya agak rabun tika itu hingga senyuman yang mula mekar tidak langsung terkesan di matanya.

“Apa! Mamat tu layan citer Korea? Wow! Tak sangka aku. Erm romantik gak dia yer. Aku ingatkan mamat figure mesti cari cerita berkaitan dengan angka. Tapi kenapa dia cari cerita tu, kan ke tu cerita dah lama. Dah basi pun,” tanya Alisya kehairan. Bukan sekadar hairan dengan perkhabaran terbaru yang diterimanya tapi hairan kerana anak muda itu masih mencari cerita yang sudah lama ditayangkan. Bukankah sekarang sudah berlambak cerita-cerita baru di pasaran, mengapa Love Revolution yang masih dicari? Musykil… musykil….

“Ikut suka hati dialah nak layan citer apa. Aku tak sibuk, yang engkau tiba-tiba terlebih perihatin ni kenapa?” bidas Firyal Rifdah.

“Tak adalah, aku sekadar hairan, seolah ada sesuatu dalam cerita itu hingga membuatkan dia tetap berusaha untuk mendapatkan dvdnya. Erm! Engkau tak berhajat nak layan cerita Korea ke Rif? Barulah ada persamaan,” Alisya memulakan agenda. Jala usikan ditebarnya seluas yang boleh. Ingin cuba memerangkap gadis yang sering berdalih dan berselindung disebalik alasan yang cukup tidak relevant bila perhubungannya di antara dirinya dan anak muda itu dikaitkan.

“Aku nak layan cerita macam tu? Malam sikit. Lebih afdal aku layan CSI, tertriple faedah yang aku dapat. Tak pun aku layan WWF, atau kalau dah tahap kronik sangat aku lebih rela layan Tom & Jerry atau Shin Chan. Lagi happening.” Jawab Firyal Rifdah selamba. Entah mengapa minat dan keinginannya untuk menonton telenovela dari Korea itu langsung tidak menjelma malah jangan kata mengusik, menyentuh nalurinya pun tidak sama sekali.

“Rif, kalau aku nak buat permohonan rasmi untuk mengemukakan satu soalan berunsur peribadi. Boleh ke?” Tiba-tiba Alisya bersuara serius. Wajahnya menjamah wajah Firyal Rifdah yang masih santai sardine sambil memeluk Garfieldnya. Isy anak dara sorang ni. Dah tua bangka pun nak peluk Garfield. Malanglah nasib engkau Hadif kalau minah ni jadi marka@ bini engkau nanti. Ngomel hati kecil Alisya.

“Apa yang engkau nak tanya? Pasal aku dengan dia ke?” bersahaja gadis itu menjawab. Wajahnya masih tidak berubah riak. Tetap maintain control ayu dan tenang.

“Ha’ah. Dah betullah tu. Engkau dengan si Hadif tu sebenar benarnya apa atau dengan lebih tepat apa hubungan korang. Tak kan tak bernama langsung?”

“Okeylah. Disebabkan engkau kawan aku merangkap teman bergaduh sekali sekala aku akan beritahu engkau. Sebenar benarnya dan tak ada yang benar melainkan benar belaka bahawa antara aku dengan Hadif adalah…. 'Dan kisahku yang masih panjang menambahkan berat yang memandang lantas ku pendam ku putusku kan Biarlah Rahsia…….'” Firyal Rifdah mendendangkan serangkap lagu hit dari Datuk Siti Nurhaliza membuatkan bantal yang berada di sisi Alisya kini melayang bagaikan Sayot yang pernah membawa Dr Sheikh Muzaffar ke ISS dulu. Hampehkelapa.com punya kawan…..

Berdua dengan mu
Pasti lebih baik
Aku yakin itu
Bila sendiri hati bagai langit
Berselimut kabus….. ahakzzzzz

0 Ulasan: