Di sinilah Aku......

Sabtu, 21 June yang lalu aku berada di sini... walaupun dalam keadaan yang tidaklah begitu memberangsangkan, tapi aku tetap cuba gagahkan diri....

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke Perpustakaan Kuala Lumpur. Sebelum ini tak adanyer pernah aku ke sini dan rasa-rasa macam aku tak tahu pun akan kewujudannya kerana aku lebih kerap menjengah dan menziarahi Perpustakaan Negera Malaysia. Kenapa pulak aku menyibuk kat sini... Ha! Kalau nak tahu... semuanya kerana kisah di bawah ini.......

Bengkel Penulisan yang dianjurkan oleh Publisher inilah yang telah memperkenalkan aku dengan Perpustakaan Kuala Lumpur. Itupun aku main enroll jer walaupun hakikatnya tarikh pendaftaran dah tutup. Sekadar mencuba nasib. Sepatutnya aku hadir bersama seorang teman, tapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, dia tidak dapat menghadirkan diri. Jadi dalam keadaan diri yang masih lagi belum stabil sepenuhnya aku memutuskan untuk mengikuti bengkel ini. Bukan senang nak dapat peluang sebegini lebih-lebih lagi kali ini KD dengan murahatinya telah mengadakan di Kuala Lumpur. Aku pernah juga ikuti bengkel pertama yang telah di adakan dulu tapi kala itu di Bangi. Puas jugalah aku pujuk ngah supaya menghantarkan aku ke destinasi yang hendak ku tuju. Awalnya ngah keberatan justeru kondisi aku yang sedemikian, tapi aku tetap gak degil nak pegi. Bukan senang tau nak dapat peluang macam ni lebih-lebih lagi aku yakin Kak Aina juga akan bertindak sebagai salah seorang pembentang bicara dalam bengkel. Mana boleh miss.
Tepat jangkaan ku. Kali ini Kak Aina tak lokek berkongsi tips yang cukup berguna malah aku rasa tiap peserta yang hadir tentunya bersetuju. Banyak yang diperturunkan, diselitkan juga dengan pengalaman yang beliau harungi dari sebelum bergelar penulis dan selepas memegang title Novelist.... cabaran dan dugaan yang dihadapi membuatkan beliau bertambah yakin dan bersemangat untuk terus melangkah. Terima kasih kak Aina.. kalaulah ramai penulis di luar sana bergabung dengan publisher dalam menyebarkan ilmu yang mereka ada dengan golongan insan seperti aku ni, alangkah bagusnya. Apapun syabas aku ucapkan pada Team KD dan Kak Aina sendiri. Bukan nak bodek tapi satu ucapan yang ikhlas. Moga publisher dan penulis lain akan membuka mata dan mungkin boleh turut melakukan apa yang dilakukan oleh pihak KD di masa akan datang. InsyaAllah.

Hari itu, aku tak hadir bersendirian, sebaliknya aku di temani oleh Si Dia. Nak tahu sapa Si Dia tu... Ha nilah dia....

Beg teddybear yang dibelikan oleh kak ngah. Nasib baiklah perutnya mampu menerima segala khazanah yang ku bawa. Tumble, notebook, pencil case, wallet dan juga handphone ku.

Tapi kan, korang nak tahu tak siapa yang aku jumpa masa bengkel KD tu... lihatlah wajah-wajah di bawah ini..... Para Novelist yang dah mengukir nama di pesada Penulisan Tanahair...... Rasa-rasanya korang kenal tak atau perlu ku perkenalkan....

11 Ulasan:

  Unknown

June 23, 2008 at 7:43 AM

amboi, pu3, mana awak korek gmbr khazanah ni sume? hehehe.

  Nursuzry

June 23, 2008 at 9:56 AM

kak pu3, su x sangka kite sama2 leh pergi kursus ni...hehehe

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

June 23, 2008 at 9:50 PM

heheheehe bib, kat mana saya korek khazanah gambar-gambar tu semua.... adalah... ;-) Tapi best... memang saya tak sangka dapat jumpa korang semua... perjumpaan luar jangka... seronok gak kan pertumuan tanpa perancangan....

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

June 23, 2008 at 9:51 PM

Nursuzry... kak pu3 pun tak sangka boleh jumpa suzry, kak zie dan Fad kat situ... seronok dan speechless... moga kita sama-sama dapat menfaatkan segala yang kita dapat sewaktu bengkel tempohari.... InsyaAllah....

  Mersik

June 24, 2008 at 2:01 AM

Uii seronok nye gi bengkel. Suka hati kita dapat bersua tuan pu3 yang maintain anggun, ceria dan penuh dengan ungkapan ruhsia hati nya kekeke..

Bengkel tersebut memang menarik dan berinfomatif. Makanannya juga sedap2.

Moga kita akan berjumpa di lain kali. Masa itu, harap2 lebih lama borak2nya.. kekekek

  dS

June 24, 2008 at 9:53 AM

amboi pu3, siap tampal gmbr2 kat pwtc.. err.. gmbr kat bengkel hr tu, tak de ke?

ds pun berkenan sgt kat teddy bear tu.. kiut! ke mana2 aje pu3 pergi, dia pun pergi gak!

Hehehe!

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

June 24, 2008 at 9:29 PM

Hai Pokcik.. Erm sudah sentunya seronok sewaktu menghadiri seminar tempohari... banyak yang dikongsi oleh kak Aina, dari sudut pengalaman beliau sendiri, semangat yang ditiupkan hinggalah tips yang sudi dikongsinya sebagai panduan. Jika perancangan kita bertemu dengan perancangan dan keizinan dari-Nya, insyaAllah kita semua akan bertemu lagi di bengkel yang lain pulak. Tapi jangan silap bengkel dah la ekk.. jangan pulak nanti sesat ke bengkel beskal ataupun motosikal... hahahahhaa

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

June 24, 2008 at 9:31 PM

Hehehehe kak DS.. janganlah marah. Gambar masa bengkel tak dan amik sebab camera lupa nak bawak, jadi rembatlah gambar yang ada dalam koleksi. Alamak! Berkenan ke ngan Cek Teddy tu... hehehehehe itulah teman pu3 sejak akhir-akhir ni. Ke mana sahaja dialah yang pu3 angkut...

  Anonymous

June 25, 2008 at 6:18 PM

makasih dah mngunjungi blog saya, tentu saja saya tdk kberatn mnjd teman anda. enaknya pnggl anda apa ya? kakak mngkn ya? mengingat sya lbh muda dri anda...

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

June 25, 2008 at 9:55 PM

Salam Tifandhaluhzan. Makasih jua sudi menziarahi ke istana kaca ku ini. Erm rasanya kamu bisa panggil saya Mbak Pu3 sama ertinya dengan kak Pu3. Harap Uhzan masih sudi untuk terus ziarah ke mari ya.

  Mersik

June 27, 2008 at 1:05 AM

Mujurlah pada hari itu.. pokcik agak terhensem sedikit kekekekek