URH lagi.....

UNGKAPAN RAHSIA HATI.

Mengisahkan kekeliruan Nurul Izzah dalam mengharungi badai cintanya. Antara Syaiful Zahari yang meninggalkannya tanpa pesan kasihnya beralih pada Idham, namun malangnya Idham pula curang. Dan dia ingin melerai rasa pada Syaiful Ikhmal, tapi Syaiful Ikhmal pula membisu tanpa kata. Nurul Izzah terus-terusan memendam ungkapan rahsia hatinya. Sehingga dia disahkan mendapat malang yang memperjudikan hidupnya. Kala itu Syaiful Zahari menghulur salam, Idham mula mahu berpatah arah, cuma Syaiful Ikhmal yang masih enggan berbicara. Sedangkan Nurul Izzah setia menunggu. Siapakah yang dipilih Nurul Izzah? bacalah

Komen:- Novel ni memang best, tapi sad ending. Meleleh2 air mata aku semalam. Part sedih sangat tatkala Ikhmal menerima baju melayu yang di jahit sendiri oleh Nurul Izzah. Memang touching. Cara penyampaiannya pun bagus walaupun adakalanya agak mendatar. tapi karya pu3 lagak karya2 org professional yg dah menulis banyak novel. Syabas Inspektor Sahab... eh Pu3

Untuk pu3, aku rasa next novel jgn le taruk nama watak lelaki seakan sama, keliru. memula aku ingat Ayie tu hazri, rupanya Syaiful Zahari. Dah tu Syaiful Zahari dah ada, adapulak Syaiful Ikhmal. keliru aku. Hazri dan Zahari pun dkt sama namanya. Lagi satu nama samaran utk satu watak tu, terlampau banyak Nurul Izzah-Zaza, Baby, Nurul, Hariza, Anggerik Ungu, Porno-Citro.. aku dah naik pening masa baca.

aku dah habis baca... aku rasa karya pu3 ni matang... next time minta pu3 pelbagaikan dari segi perasaan. aku rasa watak Nurul Izzah tu cam manja keterlaluan. sampai masa dia nak bertunang tu sensitip sgt dgn kata2 mirzan. lagi satu pasal carl khuzairy tu aku rasa kalau watak carl tu yang menyintai nurul izzah diam2 tu dihighlightkan lebih menarik. tak perlu masukkan kes dia kena serang sebab kacau rmh tangga org. tapi kes izzah dipinang isteri ustaz tu ok la.

Itu komen dan pandangan dari Dina.

http://caluk.kangooclubmalaysia.com/index.php?topic=258.285

Thanks Dina kerana sudi berkongsi komen dan pandangan. InsyaAllah aku akan cuba perbaiki dari masa ke semasa.... erm pasal nama watak, sebenarnya ada yang tersirat di sebalik kewujudan nama yang hampir sama... bukan niatku untuk mengelirukan pembaca, tapi mungkin juga secara tak langsung pembaca akan lebih fokus dalam tumpuan terhadap apa yang mereka baca. Lagipun Shaiful Ikhmal mengingatkan Nurul Izzah kepada Shaiful Zahari, Hazri pulak bagaikan kembar kepada Shaiful Zahari. Tentang nama Nurul Izzah pulak.. semua nama itu mengikut kesesuaian keadaan... Zaza - panggilan teman-teman terhadap dirinya, baby panggilan keluarga, Nurul nama yang digunakan oleh Nozie dan Shaiful Ikmal, anggerik uggu/prono_citro nicknama chatting dan Hariza adalah gabungan nama antara Shaiful Zahari dan Nurul Izzah yang mereka gunakan sejak di alam persekolahan. Harap penjelasan ini mampu mengungkai persoalan mengapa ada banyak nama gelaran untuk watak utamanya......

Apapun aku akan ambil perhatian terhadap teguran itu. InsyaAllah dalam buah cinta yang akan datang, aku akan cuba mengurangkan kekeliruan terhadap nama.

3 Ulasan:

  dina

June 25, 2008 at 8:46 AM

adalagi ungkapan rahsia di sebalik nama... hehehehe... apa2 pun aku harap pu3 akan terus berjaya dalam novel2 akan datang...

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

June 25, 2008 at 9:05 AM

Ungkapan sebuah rahsia tiada pernah bertemu nokhtah penghujung. Tiap detik pasti akan ada rahsia baru yang wujud. Itu lumpah sebuah kehidupan, jika tidak masakan adanya tersirat di sebalik yang tersurat kan. InsyaAllah, apa yang pu3 terima hari ini akan menjadi pendorong dan penguat semangat untuk langkah yang seterusnya. Apapun yang terbaik dari apa yang pu3 lakukan itu tetap datang dari-Nya dan kekurangan adalah kekhilafan diri pu3 sendiri yang perlu pu3 baiki dari masa ke semasa. Terima kasih buat semua yang hadir disebalik Ungkapan Rahsia Hati. Tanpa kalian semua tentunya pu3 bukan sesiapa pun jua....

  Anonymous

June 27, 2008 at 2:22 PM

Yes. Aku setuju. Novel dia best. Bab touching, memang betul touching sampai aku yang lelaki ni pun dapat rasa kesedihan. Buat aku terfikir akan diri aku sendiri. Adakah aku juga seorang yang egois tentang perasaan terhadap orang lain? Banyak pengajaran dalam novel ini. Tentang hidup, perlakuan, dugaan dan macam-macam. Cukup segalanya. Aku rasa novel ini memang layak untuk disenaraikan sebagai novel terbaik dari seorang penulis baru seperti Puteri Imaneisya. Syabas. Aku harap novel terbarunya akan lebih mantap.-Sham