Sesuci Embun Kasih

Continue Sesuci Embun Kasih @ SEK

Entah bila agaknya dia terlena. Maira Atisya terpisat-pisat bila tiba-tiba dia terjaga. Suasana di dalam bas itu sudah mula sepi. Kalau sebelumnya kedengaran rancak penghuninya berbual, kini masing-masing mungkin sedang diulit mimpi. Baru dia tersedar di sebelahnya kini bukanlah Thania seperti sebelumnya, tapi sudah berganti dengan orang lain. Hatinya berdebar hebat bila terlihat Fizz Haizal sedang lena. Mulus benar kelihatan wajah anak muda itu pada pandangannya. Entah mengapa Maira Atisya jadi asyik memerhatikan wajah anak muda yang berada di sebelahnya. Setiap inci wajah itu tidak terlepas dari renungannya.

"Apa yang Atisya fikirkan bila merenung saya sedemikian?" Terdengar suara Fizz Haizal berbisik lembut. Kalut Maira Atisya. Segera pandangannya dilarikan dari anak muda itu. Hatinya benar-benar cemas. Marahkah dia dengan tingkahnya sebentar tadi? Ah!

Terdengar anak muda itu mengelit kecil. Membetulkan urat dan duduknya dari lenguh yang barangkali sudah terasa. Dikerling sekilas pada jam di pergelangan tangan. Sudah menunjukkan ke pukul 1.30 pagi. Dia tersenyum bila mata nakalnya sempat mencuri pandangan ke wajah kalut gadis di sebelahnya itu.

Maira Atisya masih membisu. Rasa segan dan malu yang dirasa masih bersisa bila perbuatannya sebentar tadi disedari oleh anak muda itu. Dia tahu Fizz Haizal masih menanti jawapan darinya.

"Maafkan saya atas ketelanjuran sikap saya tadi. Sebenarnya saya mamai. Ingatkan Thania yang tengah lena. Tak sangka pula encik yang duduk di sebelah ni. Maafkan saya." Maira Atisya mereka cipta alasan walaupun dia sedar tiada relevent langsung akan apa yang diperkatakannya itu.

Fizz Haizal tersenyum. Bukan sukar baginya mengesan kegugupan gadis itu biarpun cuba disembunyikan. Mereka kembali membisu. Membiarkan perasaan menggapai ketenangan yang tadinya sudah terbang.

"Sebenarnya Thania menyertai yang lain berbincang di belakang. Kesian pulak saya lihat dia berdiri dan cuba mengimbangi tubuhnya mengikut rentak perjalanan bas ini. Jadi saya suruh dia duduk di tempat saya. Apapun bukan nita saya nak ambil kesempatan duduk di sebelah Atisya. Saya nak minta ubat yagn mummy berikan tadi. Sebenarnya saya belum makan lagi untuk malam ini. Tak sangka pulak Atisya dah lena. Tak sampai pulak hati saya nak gerakkan. Saya pun duduklah di sini sampai Thania selesai. Lama juga saya tunggu, bila saya toleh ke belakang rupanya semua dah lena. Jadi, saya tak punya pilihan. Dalam takut saya beranikan juga hati tumpang duduk dan akhirnya terlena. Maafkan saya," terang Fizz Haizal bersungguh-sungguh. Bimbang juga hatinya andai gadis itu menyangka semua itu adalah rancangannya semata-mata.
Dia terdengar Maira Atisya tertawa perlahan. Entah apa yang melucukan gadis itu dengan penerangannya sebentar tadi. Berkerut wajahnya menjamah wajah gadis di sebelahnya.

"Kenapa Atisya ketawa?" tanya Fizz Haizal kehairanan.

"Lucu dengar cara encik memberikan penjelasan. Macam dalam mahkamah," ucap Maira Atisya akhirnya. Segaris senyuman muncul di ulas bibirnya.

“Iyerlah. Kalau tak betul penjelasan saya, takut orang tak percaya. Nanti tak pasal-pasal kena sedas dua back hand. Sangka saya sengaja cari kesempatan.” Kedua-duanya tertawa perlahan. Bimbang perbualan dan suara mereka mengganggu konsentrasi penghuni yang lain.

“Ini ubat encik, tapi tak apa ke kalau encik makan sekarang? Ni dah masuk hari lain?” Maira Atisya menghulurkan paket ubat yang diserahkan oleh Puan Nor Hanna padanya tadi.

“Erm. Tak apalah. Esok sajalah saya makan. Just escape for one day, shouldn’t be no problem. Lagi pun saya dah sihat pun. Mummy memang macam tu. Payah nak percayakan saya.” Senyuman Fizz Haizal menguntum lantas mekar. Senang rasa hatinya bila mampu membuka mulut gadis di sebelah yang selama ini kerap terkunci.

“Maafkan saya encik. Sepatutnya saya tanya samada encik dah makan ubat atau belum. Erm, sebenarnya ibu encik tu sayangkan encik. Bukannya dia tak percaya. Dia sekadar ingin memastikan encik benar-benar sihat,” ucap Maira Atisya sambil menundukkan wajahnya. Dia ditamu rasa bersalah atas kecuaiannya.

“Habis... Atisya tak sayang saya?” bisik anak muda itu romantis. Wajah yang tunduk di angkat agar pandangan mereka setara. Dada Maira Atisya bagai mahu pecah mendengarkan pertanyaan yang tidak disangka. Cepat-cepat dilarikan pandangan sedang Fizz Haizal sudah tertawa lucu melihat wajah pucat gadis itu.

“Bisinglah... Orang nak tidur pun tak senang. Kalau iyer pun nak memadu asmara, ingat-ingatlah pada orang lain. Macam dah tak sempat tunggu siang.” Tiba-tiba meledak suara Alia Natasya. Dari tadi telinganya cukup berbulu mendengar pasangan love birds itu berbual mesra. Walaupun perlahan, tapi pendengarannya cukup tajam menangkap butir bicara keduanya. Hati yang sedia bengkak lebih membengkak bila melihat Fizz Haizal duduk di sebelah Maira Atisya. Marah dan dendamnya kembali meresap hati. Dia meregus geram.

Fizz Haizal menoleh ke arah tempat duduk Alia Natasya. Ringan sahaja mulutnya ingin menjawab, tapi pegangan tangan Maira Atisya beserta gelengan kepala mematikan hasratnya. Dia tahu gadis itu tidak mahu memanaskan keadaan yang mula terasa bahangnya. Fizz Haizal menggenggam tangan Maira Atisya. Dia faham apa yang dirasakan oleh gadis disebelahnya.
Mereka membisu. Maira Atisya melemparkan pandangan keluar jendela. Kepekatan malam yang menenggelamkan segala objek tidak dihiraukan. Fikirannya mula melayang. Berbagai pertanyaan hadir menyapa. Mengapa tega benar Alia Natasya mempertahankan kebenciannya. Apa kesalahan yang telah dilakukan oleh oleh Maira Atisya? Sejak kecil hubungan mereka tidak pernah aman. Sentiasa berantakan tanpa sebab dan musabab. Terkadang Maira Atisya merasakan bahawa dia mungkin sememangnya bukan anak kamdung Encik Lokman dan Puan Maimon. Bukan saudara kembar kepada Alia Natasya. Kehadirannya dianggap sebagai mengemis kasih sayang dan perhatian dari keluarga itu. Tiba-tiba hatinya jadi sayu. Dia tidak pernah meminta jauh sekali mengimpikan untuk hidup seperti sekarang. Perlahan-lahan diusapnya loket pemberian arwah ibunya. Dia terlalu rindukan kehidupan sewaktu berada di kampung. Biarpun serba sederhana, tapi dia bahagia. Airmata yang bertamu disekanya. Luka yang merobek hati cuba dibalut dengan kesabaran, tapi mampukan dia...

“Walau apa pun keadaan yang Atisya hadapi, please remember. You not alone. I’ll be always with you. Don’t forget that,” terasa jemarinya digenggam erat. Dia seakan lupa seketika bahawa Fizz Haizal masih ada disebelahnya.

Pandangan mereka bertaut. Redup dan terus menembusi jendela mata hingga ke kamar hati. Hati yagn sebak bertambah sedih. Keakrapannya dengan Fizz Haizal sejak akhir-akhir ini sering membuatkan dia jadi takut. Jemari anak muda itu singgah di wajah. Menyeka airmata yang kini beruntai mambasahi pipi. Tida tega rasa hati melihat Maira Atisya bersedih.

“Fizz, kita nak singgah makan atau... Oppsss... Sorry... anggap saja aku tak nampak apa-apa.” Emil Roziman sudah tersengeh-sengeh sambil menggaru-garu kepalanya yang pasti bukan tempat permastautin kutu baboon. Maira Atisya diserbu rasa malu. Panas terasa kulit wajah bila tiba-tiba anak muda itu tersembul di antara mereka. Pantas ditundukkan wajahnya.

“Apa yang engkau lihat tidak sealiran dengan apa yang engkau fikirkan Ozim. Baik engkau simpan sahaja sengeh engkau yang langsung tidak membawa apa-apa makna tu.” Selamba Fizz Haizal menjawab bagaikan tiada apa yang salah di penglihatan rakannya sebentar tadi. Dia tahu ramai yang masih lena. Kalau ada yang sudah terjaga pun tiada yang mengamalkan sikap busybody dengan urusan orang lain. Hanya ada seorang yang dia benar-benar pasti tidak akan senang duduk tanpa mengetahui apa yang sedang dilakukannya. Emil Roziman masih tersengeh-sengeh. Pandangannya silih berganti pada kedua wajah teruna dara itu. Dua persepsi yang berbeda. Maira Atisya lebih gabra berbanding Fizz Haizal yang tetap berlagak selamba. Tidak melatah dengan telatahnya. Maira Atisya mengunci bicara. Enggan mencampuri urusan kedua sahabat yang pasti ingin mempertahankan definasi masing-masing dari apa yang terjadi. Entah siapa yang bakal memenangi perdebatan tanpa suara itu.

Well, what can I help you Encik Emil Roziman. Apa yang you nak tanya tadi?” Fizz Haizal menyoal sambil menentang wajah sahabatnya. Dia masih boleh melihat senyuman nakal yang cuba disembunyikan oleh anak muda itu.

“Aku nak tanya, kita nak berhenti rehat sekejap atau teruskan perjalanan?” tanya Emil Roziman seakan meminta pandangan dan arahan dari anak muda itu.

“Aku rasa lebih baik kita berhenti di mana-mana kawasan rehat. Kalau tidak makan pun, mungkin ada yang nak ke bilik air. Kemudian baru kita teruskan perjalanan. Okey aku setuju. Egkau pergi cakap pada driver tu. Aku rasa di apun tentu dah letih. Sekarang ni pun dah pukul 3.30 pagi.” Fizz Haizal memberikan arahan sambil melirik ke arah jam di pergelangan tangannya.

“Kenapa Maira, sejuk ke? Tanpa sedar Emil Roziman menegur bila terlihat gadis itu memeluk tubuh. Fizz Haizal turut sama memandang. Dia berdiri sambil mengalihkan laras penghawa dingin agar tidak terus mengenai gadis itu. Perlahan-lahan jaket kulit bewarna hitam yang membalut tubuhnya di buka lantas mendarat menutupi tubuh Maira Atisya.

“Eh! Tak payah Encik Haizal. Jaket saya ni masih mmapu menjalankan tugasnya.” Cepat Jaket anak muda itu dikembalikan. Dia sebenarnya kaget dengan perlakuan spontan Fizz Haizal. Tidak mahu di anggap mengada-ngada oleh teman-teman yang lain.

“Bila saya beri pada awak untuk di pakai, I really mean it. Jom Ozim kita jumpa driver kat depan,” ajak Fizz Haizal. Kedua-dua anak muda itu berhati-hati mengatur langkah. Maira Atisya sekadar memerhati sambil mengeluh. Tanpa sedar jaket yang kini menutupi tubuhnya diusap perlahan. Kadangkala tindakan Fizz Haizal memang diluar jangka.

1 Ulasan:

  sharmiza24

August 14, 2008 at 10:18 PM

sedeh dan kekecewaan