Sesuci Embun Kasih

Continue Sesuci Embun Kasih @ SEK

Petang itu bahagian kewangan agak kecoh. Masing-masing sibuk membelek dan mencuba baju seragam Kelab Bola Tampar yang baru mereka terima. Terpancar keriangan di wajah sebahagian pemain-pemainnya seramai sepuluh orang itu. Trek suit bewarna biru tertera loga syarikat. Perkataan Teras Chemara Sport Club yang disulam dibelakangnya berwarna uggu pekat amat cantik dan halus. Sudah cukup membanggakan para pemain yang bakal menyarungnya.

“Emil, engkau dah ambil baju engkau ke?” tanya Daniel sebaik sahaja terpandang wajah Emil Roziman melangkah ke arah mereka.

“Dah. Tadi lepas selesai mesyuarat aku terus pergi ambil. Belum keluarkan lagi dari beg ni.” Jawab Emil Roziman sambil menggoyang-goyangkan beg yang berda di tangannya.

“Baik engkau cuba. Mana tahu kut kurang padan ke,” usul Fakrul. Dia masih lagi membelek baju yang entah sudah berapa kali diacukan ke tubuhnya.

“Aku rasa tak ada masalah. Saiz baju aku tak pernah berubah. Lainlah engkau. Sekejap mengembang, tapi mengempisnya ambil waktu,” gurau Emil Roziman sambil memuntahkan tawa. Teman-teman yang lain turut sama menyertai pakatan tak berpengerusi itu membuatkan Fakrul terpaksa mempamirkan sengehan malu.

“Nak buat macamana Emil. Aku bukannya ada masa nak ke gym macam engkau. Banyak benda nak kena buat.” Pemuda itu cuba membela dirinya. Dia sedar akan kebenaran kata-kata temannya itu. Memang bentuk tubuhnya mudah benar berubah.

“Macamana nak ada masa kalau asyik berchenta.” Sela Ilham membuka rahsia. Sudah acapkali dia terserempak Fakrul bersama Balqis.

“Woi Kawan! Tolong sikit yer. Jangan engkau nak buka rahsia pulak yer. Kena sumpah tujuh petala bumi baru tahu.” Fakrul memberi amaran. Bahu Ilham sudah disinggahi satu tumbukan sebagai tanda peringatan.

Meledak tawa mereka mendengari kata-kata Fakrul itu. Bimbang benar hatinya andai perhubungan yang baru bercambah dapat dihidu oleh teman-teman yang lain.

“Ehem! Apa yang riuh sangat ni. Dari luar dah boleh dengar suara korang semua,” tegur Balqis yang masuk bersama Maira Atisya, Thania dan Laura. Ruang kerja yang lain sudah beransur kosong. Maklaumlah, jam sudah pun melepasi ke angka enam petang. Ramai di antara pekerja di bahagian kewangan sudah pulang.

“Amboi Cek Adik semua. Dari mana? Ingatkan dah balik. Rupanya ada lagi,” soal Ilham. Matanya menikam ke wajah Maira Atisya yang lembut itu. Sudah lama dia menyimpan hasrat untuk mengenali gadis itu tapi masih tidak bertemu cara untuk memulakan langkah. Lebih-lebih lagi dia perasan akan perhubungan diantara Maira Atisya dan Fizz Haizal bagaikan sedang mekar.

“Aku dengan Maira dari surau. Dalam perjalanan tapi jumpa pulak si Thania dengan Laura. Kata mereka baju seragam korang dah siap, tu yang diorang nak tengok,” terang Balqis. Tangannya sudah membelek baju milik Fakrul sementara Maira Atisya berlalu sambil duduk di tempatnya. Dia sekadar memerhati baju yang sedang tertayang di tangan Balqis. Memang cantik.

“Wow! Cantik beb. Seronoklah korang. Aku dengar baju kelab lain taklah secantik baju korang,” komen Thania tanpa di pinta. Dia turut membelek baju milik Fakrul yang kini sudah berpindah ke tangannya.

“Tengoklah siapa kaptennya. Kan ke boss kita. Korang bukan tak tahu Fizz Haizal tu kan cerewet dalam segala hal. Lebih mementingkan kualiti. Berapa kali dia reject contoh yang mereka hantar,” sampuk Emil Roziman.

“Kalau tidak kerana cerewat dia, kualiti baju ini tak seperti yang korang lihat sekarang. Nak kutuk tu pun fikir-fikirlah dulu.” Tiba-tiba Maira Atisya bersuara. Wajahnya masih lagi betah merenung skrin komputernya.

“Tu dia... peguambela Fizz dah bersuara. Relexlah Maira. Tak kan itu pun nak terasa kut. Abang gurau ajelah. Eh! Sebut pasal Fizz, mana dia ha! Aku tak nampak pun bayang mamat tu. Tak kan dah balik kut?” tanya Emil Roziman. Dia tersengeh melihat wajah cemberut Maira Atisya dengan usikannya sebentar tadi. Mata teman-teman turut sama memanah ke wajah gadis itu seolah meminta penjelasan.

“Kenapa pandang Maira? Bukannya Maira tahu mana dia pergi,” jawab Maira Atisya bila tersedar pandangan teman-teman mengandungi maksud tersirat. Dihadiahkan satu jelingan maut pada Emil Roziman yang sudah mengulum senyum. Mamat ni kan... saja. Kalau sehari tak sakat aku agaknya boleh putus nyawa kut. Bebel hatinya sendiri.

“Bukan Fizz selalu beritahu Maira ke mana dia nak pergi. Tak kan kali ini dia escape camtu aje.” Emil Roziman masih belum puas memprovok. Sengaja melancarkan jarum usikannya. Seronok melihat perubahan tone di wajah gadis itu.

“Abang Emil, Maira bukannya secretary dia. Kalau abang nak tahu, tanyalah Balqis. Dia yang jaga schedule Encik Fizz Haizal.” Maira Atisya mengetap bibir menahan geram sedang Emil Roziman sudah tesengeh-sengeh dengan muka selamba kodok. Teman-teman yang lain turut sama tersenyum. Terhibur dengan pertikaman lisan yang sedang berlaku.

“Apa sengeh-sengeh?” sergah Maira Atisya membuatkan semuanya memuntahkan tawa melihat wajah tenang itu sudah berubah gelisah.

“Relexlah Maira. Emil sengaja usik you. Balqis, Fizz Ada appointment di luar ke? Rasanya dari tengahari tadi I tak nampak pun dia.” Tanya Thania cuba meredakan keadaan. Simpati melihat wajah Maira Atisya yang sudah terbias gelisah itu.

“I ada dekat sini.” Suara Fizz Haizal tiba-tiba kedengaran. Dia melangkah sambil menjinjit sebuah beg, merapati tempat Maira Atisya lantas melabuhkan duduk di sebelah gadis itu. Terpancar keletihan di raut wajahnya. Air di dalam tupperware di atas meja di capai lantas di teguknya. Menghilangkan dahaga yang sudah menjerut rongga kerongkongnya. Semua mata memanah wajah selamba Fizz Haizal. Seakan perlakuannya itu merupakan satu kesalahan yang membolehkan dia di hukum di bawah akta gantung sampai mati.

“Engkau dari mana Fizz? Setengahari hilang. Lain kali kalau terasa nak jadi halimunan, jangan lupa ajak aku. Barulah best.” Giat Emil Roziman. Senyuman berbaur usikan dihantar pada Maira Atisya tapi dibalas dengan jelingan maut dari gadis itu.

“Aku yang jadi halimunan atau engkau yang hilang sampai tak dapat di kesan?” sinis suara anak muda itu membalas gurauan sahabatnya. Emil Roziman dan yang lain tertawa. Bukan sukar mengesan rasa ketidakpuasan hati yang lahir dari ungkapan tadi.

“Encik Fizz dari mana? Rasanya hari ini saya tak aturkan apa-apa temujanji atau mesyuarat di luar. Pelik pulak saya bila tiba-tiba encik tak ada di pejabat. Untung juga tak ada orang yang cari, kalau tak masak gak saya nak mereka alasan.” Balqis memberanikan diri bertanya. Dalam hati dia berdoa mudah-mudahan apa yang ditanya tidak berbalas fire oleh bossnya itu.

Unexpected meeting. Sepatutnya Roziman yang pergi tapi bila dia ghaib entah ke planet mana, jadi saya terpaksa ambilalih tanggungjawab itu,” terang Fizz Haizal sambil menikam ke wajah temannya. Emil Roziman tersengeh. Rasa tersindir dengan penjelasan pemuda itu.

Well Encik Emil Roziman, where had you been? Don’t give an excuse you didn’t know about that meeting.” Suara Fizz Haizal sudah bertukar intonasi. Tegas. Maknanya Emil Roziman wajib menyediakan satu jawapan yang benar-benar dapat menyakinkan sahabat sekali gus merangkap boss akan ketidakupayaannya untuk menghadiri mesyuarat yang telah di tetapkan.

Sorry Fizz, sebenarnya bukan aku tak nak pergi tapi aku dah tak boleh nak handle diorang, lebih-lebih lagi mulut Puan Syarifah tu. Macam-macam alasan diberikan seolah semua kesilapan berpunca dari kita. Bayaran yang kita kenakan memang tepat mengikut apa yang kita berikan. Aku tahu dia dengan engkau mesti okey punya. Silap haribulan terus prepared cheque untuk payment. That I’m right boss?” wajah Fizz Haizal direnungnya sekilas. Mencari riak dari apa yang diperkatakannya sebentar tadi.

“Kenapa engkau tak beritahu aku perkara ni? Setidak-tidaknya aku tahu apa yang berlaku. Ini tidak. Apa pun semuanya dah selesai. Atisya, tolong key in details payment ni supaya kita tidak lagi terus menagih pembayaran dari Syarikat Saujana Budi. Ingat! Syarikat tu dah lama berurusan dengan Teras Chemara. Jangan lakukan lagi. Sebarang permasalahan yang korang hadapi, seharusnya dirujuk dan dibincangkan dengan aku supaya kita sama-sama dapat mencari penyelesaiannya,” tegas kedengaran suara Fizz Haizal. Sekeping cheque dihulurkan pada gadis itu. Tanpa banyak pertanyaan Maira Atisya melaksanakan apa yang disuruh. Setelah selesai cheque tersebut disimpannya di dalam laci meja.

Sorry again Fizz. Will noted it.“ Emil Roziman mengangkat tangannya memberikan tabik hormat. Dia tersenyum. Itulah sikapnya. Tak pernah terasa hati dengan teguran yang diterima.

“Engkau ni Fizz, dah habis waktu kerja pun masih lagi nak dera Maira. Kesian dia.” Giat Daneil tersenyum. Fizz Haizal merenung wajah gadis yang langsung tak beriak itu. Kenapa dengan MG hari ni? Tak kan sebab aku tak sempat nak beritahu ke mana aku pergi dah protes mengunci bicara. Aduh! Tak kan MG merajuk kut. Hati Fizz Haizal sempat berbicara sendiri.

“Maira, cantik tak baju abang?” tanya Emil Roziman yang sedang memperagakan baju Kelab Bola Tampar itu di tubuhnya. Sesekali dia berpusing ke kanan dan kiri.

“Erm! Bolehlah,” balas Maira Atisya acuh tak acuh.

“Oh! Sekadar bolehlah yer...” Emil Roziman tidak puashati sambil memicit hidung Maira Atisya. Terkapai-kapai gadis itu cuba melepaskan tangan anak muda yang masih berada di hidungnya.

“Apa abang ni. Sakitlah. Nak buat macamana dah memang tak segaknya abang pakai. Lainlah kalau...” Maira Atisya tidak menghabiskan kata bila tersedar dia bagai sengaja membuka ruang untuk dirinya dijerat.

“Kalau apa atau siapa Maira,” sampuk Laura yang sedari tadi lebih banyak menjadi pemerhati terhormat.

“Ha! Betul tu. Lainlah kalau apa... tapi rasanya bukan apa. Lebih tepat siapa. Ha! Siapa Maira?” Emil Roziman sudah kembali membuka gelanggang usikan mengajak gadis itu untuk turut sama melangkah. Sudah lama dia tidak bertikam lisan dengan gadis itu. Terasa rindu pada kenangan sewaktu di kampus dulu.

“Lainlah kalau Maira yang pakai.” Selamba jawapan yang diberikan. Dia sedar semua mata sedang memerhatikan dirinya malah lebih melemaskan bila mata Fizz Haizal juga menikam ke wajah.

“Fizz, engkau rasa kelab kita boleh terima Maira tak? Pada percongakkan aku, elok juga. At least ada gak tukang buat air untuk kita. Amacam Maira... setuju ke kalau ditawarkan tempat dan tugasan sebagai ‘Pembancuh Air Rasmi Kelab Bola Tampar’” Emil Roziman terus menyuntik vaksin usikan pada gadis yang sudah mula mencuka. Berburai tawa dari semua yang ada. Sememangnya begitulah yang sering terjadi. Ada sahaja idea anak muda itu untuk mengenakan gadia comel itu.

“Bencilah Abang Emil ni. Tak habis-habis nak sakat orang.” Bentak Maira Atisya geram. Sakit hatinya bila dihadiahkan dengan kata-kata sedemikian oleh anak muda itu biarpun sekadar gurauan. Bukan dia tidak boleh bercanda, tapi tidak di hadapan Fizz Haizal yang tega menjadi pemerhati penuh khusyuk. Dia mula mengemas begnya.

“Ha! Nak ke mana tu? Dah siap kemas-kemas nampak. Kalau pun tak boleh nak gurau, tak kan nak duduk kat surau kut. Relexlah. Tu che abang awak belum lagi cuba baju dia. Penat dia tunggu Maira cool down. Nak minta pandangan dan pendapat. Kan Fizz.” Emil Roziman terus mengiat mengakibatkan wajah Maira Atisya berona kemerahan menahan rasa geram marah dan malu. Tak sayang mulut betullah mamat sorang ni. Aku sumpah jadi tapir nanti baru dia tahu. Gumam Maira Atisya di dalam hati.

Fizz Haizal meletakkan beg yang dibawanya tadi di atas meja gadis itu. Segala isi di dalamnya di keluarkan lantas disarungkan ke tubuh. Matanya menghala ke wajah Maira Atisya.

“Wah! Terrorlah korang yer. Boleh komunikasi guna bahasa mata. Macam ni bolehlah ajar pada kitaorang,” sakat Ilham yang terpandangkan perbuatan Fizz Haizal. Dia tertawa kecil.

“Atisya rasa baju ini sesuai tak untuk saya?” tanya Fizz Haizal selamba. Usikan teman-teman tidak dihiraukan. Dia tahu, kalau dia melatah, makin galaklah teman-temannya menebarkan jala usiakan terhadap mereka berdua. Bukan dia tidak bersimpati dengan Maira Atisya, tapi dia perlu menjadi pelakun dan mengikut rentak mereka. Come on Atisya, you have to do the same thing also. Hati Fizz Haizal cuba berhubung dengan hati gadis itu.

“Rasanya sesuai dan saiznya pun nampak kena dengan encik. Tampak segak.” Komen Maira Atisya selamba. Tanpa sedar dia membetulkan kolar baju itu agar kemas.

“Wallah! Wallah! Tahulah korang ni pasangan Arjuna Chenta, tak payahlah nak daring depan kitaorang. Ceh! Ni yang buat aku cemburu ni.” protes Emil Roziman. Dia merenung wajah selamba Maira Atisya bersama sengehan nakal. Ha'ah... kamu ketahuan... sedang pacaran dengan si dia. Hatinya berlagu sendiri. Confirm merpati dua sejoli ni tengah tangkap chentan chintun.

Kafalaufau tafahufu cemfembufurufu, cafarifilahfah sefeoforangfang.” Tiba-tiba Maira Atisya membalas dengan bahasa yang tidak pernah didengar oleh mereka sebelum ini.

Ofo! Kufutukfuk afabangfang yefe. Maifairafa fifikirfir afabangfang tifidakfak tafahufu afapafa yangfang Maifairafa cafakapfap yefe.” jawab Emil Roziman selamba. Tawanya terburai. Tidak disangka bahasa Tibet zaman universiti dulu masih boleh dipraktikkan oleh gadis itu.

“Woi! Korang cakap bahasa apa ni?” tanya Fakrul terkebil-kebil. Berkerut dahinya cuba memahami apa yang sedang diperturutkan oleh ke duanya. Daniel, Ilham dan yang lain turut sama mempamirkan riak hairan ibni hilang faham.

“Mereka tengah cakap guna kod bahasa Tibet.” ucap Fizz Haizal.

Sufudahfahlahfah. Sefemufuafa oforangfang kefelifirufu defenganfan afapafa yangfang koforangfang cafakapfapkanfan.” Sahut Fizz Haizal selamba. Maira Atisya kaget. Tidak disangka anak muda itu tahu menggunakan kod tersebut. Dia melirik ke wajah Emil Roziman.

“Hehehehehehe tengoklah sapa gurunya. Jangan ingat Maira sorang aje yang boleh kuasai kod Tibet tu.” Emil Roziman tersengeh melihat wajah Maira Atisya pulak. Dia teringat bagaimana payahnya dia mengajar Fizz Haizal akan kod Tibet itu hingga boleh lidahnya boleh dikategorikan dalam tergeliat lipat maut.

“Isy korang ni. Rentikanlah cakap bahasa yang orang lain susah nak faham. Peninglah kepala aku. Dahlah. Daripada kita asyik dok sakat menyakat, apa kata kita pekena teh tarik barang segelas. Tekak aku ni dah naik kering dah. Jomlah. Hari ni biar Emil yang belanja. Amacam.” Ilham memberikan cadangan.

“Setuju sebulat suara.” Jawab yang lain serentak.

“Amboi! Korang kalau pasal nak meranapkan poket aku, memang bijak. Anak sapalah semua ni ekk.” Emil Roziman turut sama tertawa melihatkan gelagat teman-teman.

“Okeylah. Korang jalan dulu. Atisya, tolong ambilkan beg tu. Nak masukkan semula baju ni.” Pinta Fizz Haizal. Mahu tak mahu terpaksa Maira Atisya menolong anak muda itu sedang teman-teman yang lain sudah mula mengatur langkah menuju ke destinasi yang mereka rancangkan.

“Segak tak abang pakai baju tu? Kalau Atisya nak, abang tempahkan satu yer.“ perlahan suara anak muda itu menyapa pendengaran Maira Atisya. Dia terkaku. Benarkah itu suara Fizz Haizal? Hemo... Hemo... Ayuhai! aku ke yang sedang over dose berangan dalam keperasanan tahap gaban atau memang ianya kenyataan... isyyy...

2 Ulasan:

  Unknown

July 8, 2008 at 6:23 AM

ni novel baru ke? wah, dah siap yek... bagusnya!

  Anonymous

July 8, 2008 at 3:40 PM

Tiga nama dalam cerita ni macam biasa dengar aje. :=) Sape mereka tu yer. ;=)
Sham