Sebuah Cerita Cinta

Sudah lebih dua minggu Hadif Raizal Isyraf seakan memboikot Firyal Rifdah. Panggilan atau apa sahaja yang berhubung kait dengan gadis itu tidak dihiraukannya. Sengaja melakukan penderaan tanda protes terhadap tingkah gadis itu terhadapnya. Justeru itulah maka Firyal Rifdah bagai tidak punya pilihan. Talian hayat langsung tidak dibekalkan kepadanya. Terpaksalah dia menjitukan hatinya. Berselimutkan semangat Tun Fatimah dia bersetuju untuk berhadapan dengan kerenah Datuk Bentara ala Hitler Hadif Raizal Isyraf yang sedari tadi berlagak bagaikan orang bisu.

“Awak, janganlah macam ni. Kalau awak marah dekat saya pun, boleh tak tolong jangan guna body language awak yang langsung tak mampu saya nak buat perterjemahan. Silent Language awak tu tak punya makna sama sekali. Cuba beritahu saya kenapa yang awak marah sangat mengalahkan koala bear kehilangan dahan.” Firyal Rifdah memberanikan dirinya untuk bertanya. Sudah lebih lima belas minit masa berlalu. Pertemuan diantara mereka sekadar terisi dengan renungan dan jeling-jeling tanpa sebarang kata.

“Kenapa awak mungkir janji setelah saya ikut segala syarat-syarat yang awak tetapkan,” soal Hadif Raizal Isyraf. Wajah Firyal Rifdah di santap penuh nafsu, bukannya berahi tapi acahan rasa ketidakfahaman yang mula menyerang seluruh urat sarafnya.

Firyal Rifdah mengunci bicara. Aduh Saliha! Soalan fesyen apalah ni. Mungkir janji pasal apa pulak... pelik betullah dia ni. Dahlah dua minggu lancarkan serangan boikot mengalahkan aku ni product keluaran Israel. Alih-alih hari ni jumpa terus tanya pasal mungkir janji pulak. Semput nafas aku dengan dia nilah. Hatinya berbisik sendiri. Wajah anak muda itu cuba dijamah dengan pandangan bintang kekonfiusan.

Hadif Raizal Isyraf masih dengan muka selamba versi duit seposen. Bukan dia rabun untuk melihat wajah blur yang sudah terbias. Namun entah mengapa hatinya masih betah dengan satu arahan. Teruskan sahaja pertanyaan selagi peluang ada di hadapan. Bukan mudah situasi sebegini diperolehi. Tanpa segaris senyuman menghiasi bibir anak muda itu.

Dikerling sekilas ke arah Firyal Rifdah. “Lama lagi ke awak nak diam? Soalan saya tadi masih tidak bersatu dengan noktah jawapan.” Suara anak muda itu seolah mengingatkan.

“Awak ada bagi soalan ke? Maaflah saya tak perasan. Boleh awak ulang sekali lagi?” Jawapan spesis selamba kodok tanpa rasa bersalah dihadiahkan oleh Firyal Rifdah. Wajahnya langsung tidak beriak. Kalau anak muda itu boleh beraksi, kenapa pulak dia mesti kaku. Alang-alang gelanggang sudah di buka, apa salahnya kalau dia turut menari bersama.

Hadif Raizal Isyraf sekadar mampu menggeleng-gelengkan kepala. Terkadang terasa bagai hendak terputus urat nadi bila terpaksa berhadapan dengan sikap degil gadis yang kini berada di hadapannya.

“Kenapa awak tak nak datang ke majlis perkahwinan kakak saya? Segala syarat yang awak tetapkan sudah saya penuhi. Awak suruh saya jumpa keluarga awak untuk mendapatkan keizinan, sudah saya turutkan. Apa lagi alasan yang awak nak berikan pada saya sekarang?” asak Hadif Raizal Isyraf kembali. Renungannya tajam memanah seraut wajah yang masih kelihatan selamba itu.

Ya Ampun Ya Allah huakbar… kenapalah soalan ini yang masih lagi ditagih dek mamat skemaz ni. Apa aku nak jawab… Hati Firyal Rifdah mula bermonolog. Terkial-kial dalam percubaan untuk menggapai satu jawapan.

“Erm Raizal… Eh awak!... sebenarnya kan bukan saya tak nak pergi, tapi saya erm…” alamak kenapa pulak tiba-tiba otak aku terjerumus dalam traffic jem ni. Aduh!... Firyal Rifdah mengeluh... Nak jawab apa… Erm... Yes! Segaris senyuman kini membias. “Saya kena ikuti lawatan uni ke Planetarium Negara pada tarikh kenduri kakak awak tu. Jadi macamana saya nak hadir ke majlis tu. Tak kan awak nak suruh saya belah badan saya jadi dua.” Pantas sahaja jawapan luar perancangan meluncur dari bibirnya. Amboi Firyal! Pandainya ko kelentong… bisik hatinya sendiri.

“Bila pulak giliran awak ke ISS? Setahu saya lepas Dr Sheikh Muzaffar dan mungkin Kapten Faiz, Malaysia belum membuat perancangan untuk menghantar sesiapa pun sebagai angkasawan. Well, awak pergi mewakili negara mana? Russia atau sebenarnya awak terasa nak buat experiment mengenai cendawan baru spesis kelentodia di Planetarium tu?” segaris senyuman sinis menguntum di bibir Raizal Hadif Isyraf. Mengejek secara sopan dengan penjelasan yang diberikan sebentar tadi. Ternyata penipuan yang dicipta oleh Firyal Rifdah terlalu mudah dihidu dan dikesannya.

Cheeseburger McDonald’s betul mamat sorang ni. Tahu aje aku goreng dia. Alamak macamana ni… Firyal Rifdah melakukan soaljawab dengan hatinya. Terkapai-kapai dan terkial-kial mencari jawapan yang lebih relevant agar tidak terlihat kekelentongannya.

“Rifdah, apa sebenarnya yang menghalang langkah awak untuk ke majlis itu? Cuba cakap terus-terang. Tak payah nak susahkan otak awak merekacipta alasan yang tak masuk dek akal. Bukannya saya tak kenal awak.” Hadif Raizal Isyraf menggunakan pendekatan diplomasi. Lembut tuturnya cuba memujuk walau kepakaran itu langsung tidak dimilikinya. Namun tak salah andai dia mencuba.

“Saya malu dan segan. Takut tak tahu nak bawa diri.” Akhirnya satu pengakuan yang boleh dikira jujur terluah.

“Eh! Bukan selama ini memang awak bawa diri awak tu ke mana sahaja awak pergi? Erm pernah ke awak tinggalkan diri awak tu sebelum ini? Tak pulak saya tahu.” Bulat mata gadis itu mendengar kata-kata yang terhambur yang langsung tidak punya unsur-unsur lawak kebangsaan jauh sekali antarabangsa. Hadif Raizal Isyraf tersengeh. Sedar akan gurauannya tidak berkesan.

Firyal Rifdah mengetap bibirnya. Menahan segala rasa yang sudah melakukan acahan. Geram dan marah seakan dalam satu gandingan konspirasi untuk memasuki hatinya. Kalau dibenarkan, jawabnya nahas saja anak muda yang sedang mempamirkan sengehan rantung dek bahang semburan fire secara free darinya. Dia mengeluh. Membiaskan rasa sebal di dada. Wajah suramnya sudah menjamah hujung kasut yang dipakai. Mengharapkan pengertian dari anak muda itu agak tidak terus melakuan desakan ke atas dirinya.

“Sorry. Bukan ke saya ada. Apa yang awak nak takutkan, lagipun semua tetamu yang diundang bukannya terdiri dari singa atau pun harimau. Semuanya manusia macam saya… macam juga awak,” pujuk Hadif Raizal Isyraf disulam usikan. Wajah gadis itu direnungnya.

Memang sah fius pemahaman bahasa melayu mamat ni dah putus. Penjelasan aku yang cukup punya senang tanpa ayat puitis pun dia boleh tak faham. Firyal Rifdah mengeluh. Tak tahu bagaimana menafsir perasaannya tika itu. Geram, sakit hati, marah semuanya bagai berlumba di garisan larian naluri. Boleh tak aku cekik aje si Hadif ni… biar tergantung kejap nyawa dia. Rengus hatinya sebal.

“Sempat juga awak berangan yer. Sejak bila jadi minah jiwang?” tegur Hadif Raizal Isyraf. Matanya sudah melolot ke wajah Firyal Rifdah.

“Zahirnya memanglah awak ada, tapi hakikatnya takkan awak betah menemani saya setiap detik. Sudah pasti sesekali awak kena menjauh atau tinggalkan saya untuk melayan tetamu yang datang. Tak kan nak berkepit aje.” Secara sinis Firyal Rifdah melepaskan tembakan. Wajah yang tadinya muram kini sudah bertukar, menaham marah dan geram yang makin mengigit perasaan gadisnya.

Ya Ampun… Ya Allah hu akbar… apalah salah aku hari ini hingga terpaksa berada di dalam situasi sebegini dan mengapa pulak hari ini si Hadif dah macam sengal ibni bebal. Dia mengetap bibir.

“Lagi pun nanti kalau ada yang tanya saya ni sapa, ha! apa saya nak jawab?” mulut comel itu mengomel lagi.

“Jawab sajalah awak tu bakal... Aduh!” Hadif Raizal Isyraf terjerit bila rasa pedih terkena sepitan jari ketam gadis itu. Diusap lenggannya yang mula memedih.

“Jangan nak gatal ye. Orang cakap betul-betul, dia buat lencongan maut pulak. Apa! Dah lama hidup ke?” sergah Firyal Rifdah garang. Mukanya sudah cemberut. Terkekeh-kekeh Hadif Raizal Isyraf tertawa. Bukan senang nak mengenakan gadis itu biarpun dia terpaksa merelakan lengannya menerima habuan maha sakit yang dihadiahkan kepadanya.

“Gelaklah… gelak… tak sempat tarik nafas nanti baru tahu. Kalau terjadi apa-apa dengan awak, saya tak teragak-agak tinggalkan awak percuma sahaja dekat sini,” Firyal Rifdah memberi amaran lisan, namun anak muda itu masih terhinjut-hinjut dengan tawa yang belum reda. Muka Firyal Rifdah makin mencuka.

“Raizal… kalau awak tak berhenti gelak, saya balik,” ugut Firyal Rifdah akhirnya. Kenapa dengan mamat sorang ni? Ketawa tak ingat dunia. Macamlah hari ini merupakan hari terakhir untuk dia ketawa. Gumam hatinya bila melihat sikap anak muda itu.

“Okey… okey… sorry Rifdah. Saya tak bermaksud nak gelakkan awak tapi…,” Hadif Raizal Isyraf tidak mampu menoktahkan kata justeru tawanya masih lagi bersisa. Firyal Rifdah membulatkan matanya. Wajah anak muda itu dibahamnya rakus. Kalaulah halal, sudah pasti akan diratahnya tanpa belas.

“Awak tak faham Raizal, saya dah lama tak pergi ke majlis sedemikian. Kalau pergi pun ianya adalah majlis yang melibatkan kaum keluarga. Ni awak nak saya hadir ke majlis kakak awak pulak,” perlahan intonasi suara gadis itu. Ada getar yang cuba ditahan dalam wajah yang sudah mendung. Hadif Raizal Isyraf terkedu. Kaget dengan apa yang disajikan pada pandangan mata lelakinya.

“Rasanya hari ini saya dapat melihat Firyal Rifdah yang sebenar. That’s what I want to see actually. Dah, jangan risau. Saya tak akan paksa awak kalau ianya bakal memudaratkan kekuatan awak,” ucap anak muda itu lembut. Wajah Firyal Rifdah diangkatnya sedikit agar selari dengan pandangannya. Dia tersenyum bila melihat ada titis manik jernih yang menguntai di birai mata.

“Awak tak marah?” tanya Firyal Rifdah perlahan. Dibiarkan sepasang matanya bercanda dengan renungan lembut anak muda itu. Hadif Raizal Isyraf tersenyum.

“Buat apa saya marah. Saya tak mahu awak lakukan sesuatu kerana terpaksa. Saya nak kan keikhlasan sepertimana ikhlasnya saya dalam hubungan kita ini. Tak payahlah awak nak menangis. Melihat airmata awak tu sudah cukup untuk saya faham apa yang ada di dalam hati awak.” Tambah anak muda itu. Cepat jarinya singgah menyeka manik yang masih bersisa.

“Maafkan saya kalau saya buat awak rasa hampa Raizal,” ucap Firyal Rifdah.

“Tak adalah, cuma saya tengah fikir apa yang patut saya cakap pada ibu kalau dia tanya pasal awak,”

“Ha! Awak dah beritahu ibu awak yang saya nak datang? Ya Rahman Ya Rahim Raizal… kenapa awak cakap pada dia… sekarang ni macamana??” buntang mata Firyal Rifdah mendengarkan kata-kata Hadif Raizal Isyraf sedangkan anak muda itu hanya mempamirkan wajah selamba kodok.

Firyal Rifdah mengeluh perlahan. Dia mula tenggelam punca dengan apa yang baru didengarnya kini. Apa yang perlu di lakukannya…Mengapa emosinya tiba-tiba jadi tidak menentu... mengapa nalurinya bagai dipalu resah dalam gelisah yang tidak mahu mengalah... Ah! nazak rasanya sekeping hati dilanda virus tak bervaksin...

Tiada ku menduga
Setelah sekian lama aku
Sendiri menyepi
Hadirmu bak selembu bayu
Menghembus dingin di wajah ku
Mengeringkan airmata
Kau belaian di jiwa....

0 Ulasan: