Sesuci Embun Kasih

Continue Sesuci Embun Kasih @ SEK

Thania melangkah menuju ke meja Maira Atisya. Dari jauh sudah terlihat kekhusyukan gadis itu mengadap komputernya. Entah apa sahaja tugasan yang dilakukan. Tanpa sedar, Thania tersenyum. Dia memperlahankan langkahnya.

“Waduh! Kok rajin amat sih. Patutlah Fizz sayang bangat sama kamu,” usik Thania dalam loghat Indonesia yang lari dari struktur tatabahasa. Dia melabuhkan duduk disebelah gadis itu.

Maira Atisya mengurut dadanya. Terkejut dengan terpaan yang tidak diduga.

“Isy engkau ni. Datang senyap-senyap. Terkejut aku,” marah Maira Atisya. Wajahnya masih disimpah keterkejutan tahap dewa dengan perlakuan temannya itu. Thania mengekek tawa sedangkan Maira Atisya hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah tidak makan saman teman yang sudah terbias.

“Ni apa hal datang bertenggek kat tempat aku. Engkau tak ada kerja ke?” tanya Maira Atisya. Matanya kembali merenung skrin komputer sambil jari jemari lincah menari membelai angka di mesin pengira.

“Kerja aku dah selesai. Woi kawan! Lagi setengah jam nak masuk waktu lunch. Jadi-jadilah buat kerja tu.” Thania mengomel sendiri, tangannya melambai ke arah Balqis, Laura dan Nancy. Menggamit mereka bartiga agar menyertai dirinya di meja gadis itu.

“La! Dekat sini rupanya makcik sorang ni. Patutlah aku telefon tak berjawab,” ucap Laura. Thania tersengeh.

“Bukan engkau tak tahu Laura, kan ke si Thania ni jaguh mengular. Memang pantang biarkan dia tak ada atau tak cukup kerja, pasti dia hilang dari tempat,” sindir Balqis. Dia sudah menyertai teman-teman yang lain mengadakan perhimpunan tidak rasmi.

Thania buat muka sardin. Sedikit pun tidak terusik dengan apa yang diperkatakan oleh temannya itu. Dia masih dengan aksi selamba kodok. Maira Atisya menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum. Memang sebegitu gelagat mereka bila bersama, ada saja usikan menyusul dalam tiap perbualan.

“Aduh! Letihnya. Rasa berpinar mata aku asyik mengadap figure,” keluh Maira Atisya tanpa sedar. Dia menggosok-gosok matanya perlahan-lahan.

“La! Tahu gak letih. Aku ingatkan engkau ni super d women. Dahlah Maira, dekat waktu lunch pun. Cubalah Relex. Tak adanya si Fizz tu nak marah engkau,” bebel Balqis. Wajah gadis itu ditatapnya. Lembut dan tampak tenang. Berbeza dengan wajah Alia Natasya yang sentiasa bengis. Kenapalah dua orang manusia ni jelas betul perbezaannya, sedangkan kedua-dua mereka datang dari perut yang sama. Hati gadisnya bertanya sendiri.

“Woi! Sempat lagi berangan… Hai! Tak kan baru setengah hari tak nampak batang tubuh chenta hati dah macam ayam tertelan pill ecstasy beb,” sergah Thania.

“Opocot Ronaldno siram bunga,” latah Balqis tanpa sedar. Pantas tangannya hinggap di bahu Thania. Kelepap… Padan muka, suka sangat sergah orang. Gumam hatinya sendiri. Thania sekadar mampu menyeringai menahan rasa pedih yang mula menjalar.

Mak Aii, minah ni tangan besi hape ke. Sakit siut…ngomel Thania didalam hati. “Sakitlah Balqis. Engkau fikir bahu aku ni tiang kayu ke. Sesedap hati aje melepaskan tamparan wanita terhebat engkau tu,” marah Thania. Dia masih lagi mengusap bahunya.

“Itu baru sikit beb, lain kali sergahlah orang lagi. Nasib baik aku tak cucuk mata engkau dengan pensil yang aku pegang ni.” Balqis mempamirkan wajah tidak bersalahnya.

“Dahlah. Salah engkau juga Thania, yang engkau sergah dia tu buat apa? Kan tak pasal-pasal pelamin angannya musnah, tapi kelas gak latah engkau yer Balqis. Siap sebut pasal Ronaldno lagi,” Laura mengusik. Dia mula ketawa melihatkan telatah kedua orang temannya itu.

“Eh! Korang semua tahu kan pasal jamuan makan malam yang dah diwar-warkan dalam email. Erm, apa kata kalau kita semua ambil bahagian?” tanya Nancy. Wajahnya sudah membiaskan sinar keceriaan dengan cadangan yang diajukan biarpun potensi untuk direject cukup tinggi.

“Ambil bahagian???” Keempat-empat gadis itu bersuara serentak. Membulat mata mereka memanah ke wajah Nancy. Seolah tidak percaya dan sukar mempercayai.

“La! Kenapa korang tengok aku macam nampak mumia zaman kerajaan Mesir?” soal Nancy hairan. Budak-budak ni tersampuk ke?

“Woi Nyonya. Engkau nak buat persembahan apa ha! Dondang sayang ke? Tinggi-tinggi si matahari... Anak kerebau mati tertambat. Aku ni belum makan tengahari... Jangan sampai daging engkau aku sebat... Apa punya oranglah. Bagi cadangan jenis tak hingat dunia. Tahulah engkau tu dari Melaka,” jeling Balqis. Nancy tersengeh-sengeh sambil menggaru-ngaru kepalanya, yang lain turut sama tertawa melihatkan aksinya.

“Tapikan Balqis, pantun engkau tadi tu bestlah. Mana engkau cilok ha! Atau engkau main ciplak?” usik Maira Atisya bersama tawa yang masih bersisa.

“Tengok kakilah beb. Apa ingat aku ni tak reti berpatah pantun ke? Saja aku tak nak tunjuk skill jer.” Balas Balqis bangga.

“Dah mulalah hangin riak tak ingat dosa berlumba masuk dalam hati. Tak baik tau Balqis.” Keempat-empat mereka tertawa lagi.

“Eh! Cepatlah. Macamana dengan cadangan aku tadi? Nak tak kita buat persembahan untuk jamuan tahun ni?” Nancy kembali kepada persoalan yang sudah ditinggalkan.

“Iyerlah, tapi kita nak buat persembahan apa? Kalau setakad nak buat sketsa bodoh atau koir ala-ala budak sekolah, baik tak rentikan. Engkau dah bersedia untuk digelakkan sebagaimana yang dah selalu kita buat tu ke?” Laura sudah tertawa kecil. Mungkin terimbas kembali apa yang pernah mereka alami.

“Teruk sangat ke persembahan mereka?” tanya Maira Atisya. Sebagai pekerja baru tentunya dia tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh teman-teman yang lain.

“Dalam kategori mendengar kerana kesian Maira,” sampuk Balqis selamba. Pandangannya jatuh ke wajah Nancy dan Laura sedang Thania sudah memuntahkan tawa.

“Thania, perlahan sikit. Nanti orang fikir kita sedang mengumpat atau mengata mereka pula,” Maira Atisya mencuit bahu Thania. Dia menggeleng-gelengkan kepala melihatkan aksi gadis itu.

“Dia ni memang macam tu Maira. Anak sedara kuntilanak yang terlepas. Kalau dapat ketawa, kuntilanak pun surrender,” komen Laura. Dia sendiri terkejut dengan kenyaringan suara temannya itu. Beberapa orang pekerja yang berhampiran mula memanjangkan leher ke arah mereka.

So, confirm yer kita join persembahan untuk jamuan makan malam tahun ni.” Nancy bertanya kembali.

“Hahahahaha… gelinya hati aku dengar… Si Maira ni nak buat persembahan? Gadis kampung yang tak tahu apa-apa pasal perkembangan dunia hiburan teringin nak tunjuk bakat?? Kesiannya…Engkau nak buat persembahan apa Maira?? Aku rasalah Mak Yong, Dikir Barat ataupun Wayang kulit memang sesuai untuk perempuan ulu dan dungu macam engkau, tambah dengan kawan-kawan engkau yang juga dibawah label yang sama. Memang dah kenalah tu,” sahut Alia Natasya yang entah dari mana datangnya. Dia ketawa terkekeh-kekeh mengejek.

“Ek Eleh! Engkau peduli apa kalau kita orang nak buat persembahan macam tu. Kira okey apa. Itu namanya kita orang ni masih tahu menghargai budaya bangsa dalam negara sendiri. Tak macam ada orang tu. Duduk Malaysia, perasan konon-konon berada di Las Vages,” sindir Thania selamba. Wajah gadis itu ditatapnya dengan rasa meluat.

“Suka hati akulah. Nak rasa duduk di Las Vegas ke atau di mana sekali pun, engkau sibuk kenapa? Bukannya aku pinjam body engkau yang sekeping tu,” bidas Alia Natasya. Dijelingnya Thania tajam.

“Suka hati kita orang jugalah kalau nak buat persembahan apa pun. Kita orang bukan nak pinjam suara katak panggil hujang engkau tu. Jadi apa engkau nak peduli atau engkau sebenarnya sakit hati sebab kita orang tak ajak engkau. Iyerlah. Sapa nak ajak engkau kan… silap haribulan malam tu boleh turun hujan batu dalam ballroom gara-gara suara katak engkau. Bikin spoil program aje,” kutuk Laura tanpa belas. Alia Natasya mengetap bibirnya menahan geram. Niat hatinya ingin mengenakan Maira Atisya dengan rakan-rakannya, tapi kini dirinya yang terkena dan dikenakan. Sialan punya manusia. Memang semuanya jenis tak sayang mulut agaknya. Cemuh hatinya berang.

“Korang ni kan…” Alia Natasya tidak mampu dihabiskan kata-kata. Matanya sudah melolot ke setiap wajah yang ada di situ. Memanah dengan renungan jerangkap samar. Kalau boleh ingin sahaja dikoyak-koyak mulut celupar milik Thania dan Laura.

“Alia, aku rasakan engkau pun elok buat persembahan juga, tapi persembahan yang ala-ala nasyidlah. Mana tahu selepas tu ada kesedaran dalam diri engkau untuk mengtaubatkan mulut puaka engkau yang dah terbiasa mengenakan Maira,” Balqis mengambil alih tugas Thania, sambil itu Thania sudah melayangkan sebelah tangannya ke udara dan bertemu dengan tangan Balqis untuk menglahirkan tepukkan ‘five’.

“Siap engkau Maira. Ada kawan-kawan engkau ni, bolehlah engkau berlagak. Dasar budak kampung tak sedar diri. Hidup pun atas ehsan orang lain,” Alia Natasya melepaskan rasa geramnya terhadap Maira Atisya yang sedari tadi sekadar menjadi pemerhati dan pendengar. Hatinya membengkak dengan kata-kata kesat yang didengarnya tadi. Sebelum berlalu masih sempat dititpkan jelingan maut terhadap gadis itu.

“Aku heran betul dengan perempuan sorang tu. Hangin satu badan. Bahasa tak pernahnya nak lembut jauh sekali elok. Agaknya masa sekolah dulu cikgu bahasa melayu dia terlupa nak ajar kut,” ngomel Thania perlahan. Matanya menyorot ke wajah Maira Atisya yang masih membeku. Bukan tidak terkesan hatinya dengan kata-kata Alia Natasya tadi, tapi sengaja tidak diendahkan. Dia sudah lali dengan semua itu.

“Maira...” tangan Balqis mengusap lengan gadis itu. Faham akan perasaan yang mungkin tercalar dengan ketajaman kata yang langsung tidak punya pertimbangan.

“Okey. Kita buat persembahan untuk jamuan makan malam tahun ini. Kita mulakan latihan petang nanti dengan memilih lagu yang sesuai.” Tiba-tiba Maira Atisya membuat keputusan. Bulat mata teman-teman merenung wajah lembutnya. Biar betul...

“Tapi kita nak buat persembahan apa Maira?” tanya Laura seakan tidak percaya.

“Jumpa nanti aku beritahu,” jawab Maira bersama sejalur senyuman yang sentiasa punya peranan dalam apa jua situasi. Dia sudah melangkah bersama dompet duitnya. Teman-teman berpandangan sesama sendiri. Hairan dengan perubahan sikap gadis itu yang tiba-tiba. Akhirnya mereka sama-sama berlalu untuk mengisi perut yang sudah megalunkan irama Jazz Keroncong untuk Ana.....

Sepertimana yang dijanjikan, setelah tamat waktu kerja tanpa sesiapa menyedari, kelima-lima orang gadis itu berkumpul di salah sebuah bilik mesyuarat. Thania, Balqis, Laura dan Nancy sudah teruja manakala Maira Atisya masih berbelah bagi. Benarkah apa yang dilakukannya ini atau sekadar untuk membuktikan pada Alia Natasya bahawa dia bukanlah sebodoh yang disangka. Dia mengeluh, tapi untuk membatalkan, dia tidak sanggup setelah melihat keterujaan di wajah teman-teman yang lain.

“Maira, kenapa lambat? Kita orang dah tak sabar tau,” ucap Nancy penuh semangat. Dia melemparkan senyuman sebaik sahaja gadis itu memboloskan diri.

“Isy engkau ni Nancy, bukannya jamuan tu malam ni. Kita masih lagi ada masa lebih kurang sebulan. Don’t worry. Sempat,” jawab Balqis. Maira Atisya sekadar tersenyum. Dia meletakkan notebooknya di atas meja. Teman-teman yang lain mula menghampiri.

Dibukannya folder lagu yang tersimpan. Pelbagai lagu ada di situ. Matanya teralih kepada teman-teman. “ Kita nak buat persembahan apa? Tradisional atau moden?” Maira Atisya meminta pandangan. Tiap wajah di tatapnya.

“Aku rasa baik kita buat moden. Kalau korang tak kisah, kita buat moden dance. Amacam?” cadang Nancy.

“Engkau ni kan, tak ada semangat tradisionalisma betullah. Aku rasa Maira mesti nak yang tradisional. Erm macam tarian inang ke, zapin atau pun joget. Iyer tak Maira.” tanya Thania. Dia melihat Maira Atisya tersengeh sementara tangannya lincah menari di kekunci notebooknya. Sebuah foldel diaccessnya.

“Maira...” jerit mereka serentak. Bagai tidak percaya dengan apa yang terhidang di mata teman-teman. Biar betul...

“Engkau ke ni Maira. Macam tak percaya jer. Bila ni?” soal Laura. Wajah gadis itu dipanahnya penuh tanda tanya.

“Masa di uni dulu. Program bakti siswa untuk memungut derma bagai membantu keluarga miskin. Ini kira kemuncak segalanyalah. Kami buat persembahan pada malam penutup,” terang Maira Atisya. Dia dapat merasakan apa yang dirasa oleh teman-temannya. Tentulah sukar untuk mereka mempercayainya.

“Engkau menari Maira? Wow! Lagu Britney Spears lagi tu... Baby One More Time. Wah! Cayalah Maira. Tak sangka aku. Pandai gak engkau menari,” komen Balqis. Media Player itu terus mereka tatap dengan rasa kagum.

“Ha! Apa kata, since engkau dah ada rentak dan bunga tari, kita ambik lagu ni saja. Engkau dah boleh ajar, yang lain kita campur tolak bahagi daraplah untuk menyedapkan lagi. Amacam idea bernas tahap geliga ahmad albab dalam gua aku ni,” cadang Nancy dengan mata yang bersinar. Dia sudah semakin teruja. Lagu Baby One More Time sudah teralun dari bibirnya. Tanpa sedar Balqis, Thania dan Laura turut sama menyanyi dan mula melenggok-lenggokkan tubuh sambil tertawa. Maira Atisya sekadar menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah mereka dan akhirnya dia turut sama dalam pakatan tarian tak berguru itu.....

Oh baby baby, Oh baby baby
Oh baby baby, how was I supposed to know
that something wasn't right here
Oh baby baby, I shouldn't have let you go
and now you're out of sight, yeah
show me how you want it to be
tell me baby cuz I need to know now, oh because

My loneliness is killin me (and I)
I must confess I still believe (still believe)
When I'm not with you I lose my mind
give me a sign, hit me baby one more time!

Oh baby baby, the reason I breathe is you
Boy you've got me blinded
Oh pretty baby, there's nothin that I wouldn't do
that's not the way I planned it

Show me how you want it to be
tell me baby cuz I need to know now, oh because

My loneliness is killin me (and I)
I must confess I still believe (still believe)
When I'm not with you I lose my mind
give me a sign, hit me baby one more time!

Oh baby baby, how was I supposed to know
Oh pretty baby, I shouldn't have let you go

I must confess that my loneliness
is killin me now
don't you know I still believe
that you will be here
and give me a sign, hit me baby one more time

I must confess (my loneliness) that my loneliness
(is killing me) Is killing me now
(I must confess) Don't you (I still believe) know I still believe
that you will be here (I lose my mind)

And give me a sign...

Hit me baby one more time!

0 Ulasan: