Sudah terpujukkah sebuah Rajuk…

Dah tiga hari masuk hari ini Si Dia macam mendera sekeping hati. Esya tahu malah memang tahu sesangat itu satu kesengajaan. Cuma yang Esya tak tahu sejak bila Si dia pandai merajuk dan dari mana pelajaran yang satu ini dipelajarinya. Malah yang memang nak sangat Esya tahu siapakah gerangan guru yang mengajarnya. Kalaulah itu mampu diselongkar, Esya dah bercadang nak bagi backhand yang dah lama tak dihulurkan kepada si pengajar itu. Bukan apa.. mungkin sebagai sebahagian dari penghargaan justeru berjaya menyusahkan hidupnya. Esya mengeluh. Di renungnya telefon yang sudah dua hari sepi dari nombor yang dah memang terbiasa mengganggu gugat kedamaian dan ketenangannya dalam kesibukan. Sudah dua hari juga suara yang biasa menyapa pendengarannya bagai kan sudah bisu. Ternyata Esya tidak betah dengan keadaan ini. Tidak tega untuk terus-terusan berada di dalam pusingan roller coster sebuah rasa bersalah yang terkadang membuatkan batinnya menjerit tanpa suara. Tak boleh jadi andai terus begini, luah Esya. Pantas jemari runcing mendail nombor yang sudah tersave dalam minda penghafalannya. Lama juga dia menanti dan akhirnya...

“Helo,”

“Awak sengaja kan tak nak hubungi saya. Sengaja nak dera saya. Apa! Besar sangat ke kesalahan yang saya buat pada awak? Hanya kerana jamuan harirayu tu, awak sanggup lakukan semua ni pada saya,” tembak Esya laju bagaikan tornado yang dilepaskan dari pengkalan peluru sebaik sahaja percubaanya berjaya menghasilkan komunikasi dua hala.

“Awak berada di mana sekarang ni? Di Iraq atau di Tebing Gaza? Lajunya tornado awak meluncur mencari sasaran. Cubalah biasakan diri dengan memberi salam bila berhubung dengan orang. Kan itu lebih molek,” tegur si dia lembut. Esya mencebik biarpun tahu orang di sebelah sana tidak melihatnya. Dia mengunci bicara. Entah mengapa hatinya jadi pedih tiba-tiba bagai ditabur dengan garam masala dan serbuk perasa hingga dia jadi begitu terasa dengan kata-kata teguran si dia itu.

“Assallammualaikum. Maaf, kalau kata-kata saya tadi terus membuatkan awak kehilangan kunci untuk membuka kotak perbendaharaan bicara. Erm kenapa sebenarnya awak marah-marah ni. Ada apa-apa yang dah berlaku? atau ada sesiapa yang berjaya mengaktifkan suiz kemarahan awak?” si dia bertanya dalam diplomasi. Secara tidak langsung cuba memasukkan hati yang mula panas itu ke petak freezer sebuah pujukan. Bukan tidak dikenali gadis yang masih berada di hujung talian itu.

Esya terkasima. Sikap si dia membuatkan dia termalu sendiri. Ah! Ke mana dihumbankan kesopanan dan kesusilaan yang sepatutnya perlu sentiasa ada di dalam diri yang bergelar insani. Betullah apa yang dimuatkan dalam rukun negara. Kesopanan dan kesusilaan dalam segala tindakan lebih-lebih lagi buat seorang perempuan seperti dirinya.

“Maaf,” hanya itu yang mampu Esya ungkapkan, Memang dia benar-benar termalu sebenarnya. Nasib baik juga mereka tidak bertentangan mata, jika tidak pasti wajahnya yang sudah merah bagai dicoreng dengan blursher jenama Maybelline itu teserlah di penglihatan si dia. Ah!...

“Kenapa awak tak telefon saya,” perlahan-lahan Esya mengajukan soalan. Suaranya sudah kembali ke paras pitching biasa malah tanpa kesedarannya intonasinya juga sudah berubah menjadi lembut.

“Jawab dahulu salam yang saya berikan tadi sebelum mengajukan persoalan, kan itu lebih molek. Tentu awak sedia maklum kan. Memberi salam itu hukumnya sunat tapi menjawab jatuh wajib,” sekali lagi si dia menegur perlahan. Aduh! Kenapalah dengan aku hari ini... asyik kena tegur aje dengan dia, nampak sangat ke aku ni gelojoh… ngomel hati Esya sendiri.

Dia mengeluh menelan teguran kali kedua itu. “Waalaikummussalam. Awak apa khabar? Dah makan? Kenapa dah dua hari awak tak telefon saya? Awak marah pada saya yer?” segala yang melintas di minda tanpa menggunakan jejantas, Esya tangkap dan muatkan ke dalam satu package untuk diberikan kepada si dia.

Terdengar si dia tertawa kecil. Entah apa yang mengocak urat tawanya, tidak pula Esya tahu. Ada baboon buat lawak ke dekat pejabat dia atau ada badut dari London Sarkis yang sedang buat persembahan? Hati Esya bermonolog sendiri. Hairan ibni pelik dengan sikap si dia yang memang tidak Esya fahami.

“Kenapa awak ketawa macam tak hingat dunia?” tanya Esya. Lenguh rasa telinganya mendengar tawa yang menyapa, tapi best gak sebab suara dia memang punya aura pembunuh tahap hukuman gantung sampai mati. Hati Esya nakal mengusik. Dia tersengeh bagai bayi yang diagah.

“Sejak bila jadi penghimpun soalan tak rasmi. Banyak betul hingga saya tak tahu yang mana satu harus saya dahulukan,” balas si dia bersama tawa yang masih bersisa baki.

“Tak kisahlah mana-mana yang awak nak jawab. Tak nak jawab pun saya tak kisah. Macam si Aiman yang sentiasa tak kisah, so saya pun tak kisah jugak,” ucap Esya sambil mengetap bibirnya. Geram bila si dia bagai sengaja mempersendakan pertanyaan yang telah teraju tanpa mampu ditahan.

“Sejak bila pandai merajuk ni?” perlahan si dia bertanya. Esya terkezut. Bagai meremang bulu romanya mendengarkan suara yang berbaur romantika itu.

“Saya mana reti merajuk-rajuk ni. Lainlah orang tu. Entah belajar dekat mana dan siapalah guru malang yang selamba rock mengajar pelajaran tak mendatangkan faedah tu,” tempelak Esya pantas. Bukan marah sebaliknya dia berusaha untuk mengawal getaran aliran electrik yang seakan mula melancarkan renjatan ke jantungnya.

Si dia tertawa lagi membuatkan Esya makin bengang. Cis mamat ni, asyik ketawakan aku je dari tadi. Ngomel hatinya sendiri. Muka yang ditarik 14 ½ mula masam kelat payau pahit kelihatannya.

“Saya dah breakfast pagi tadi, lagi pun sekarang ni dah nak masuk makan tengahari pun, tapi rasanya bukan itu yang awak nak cakapkan. Erm, apa sebenarnya yang membuatkan awak menghubungi saya hari ini?” soalan kembali pada landasan. Rupanya si dia tidak keterlupaan walaupun hakikatnya sudah banyak yang mereka perkata dan perbualkan.

“Errrr... sebenarnya saya... Saya sebenarnya... Errrr saya...” Esya diserang dengan kegementaraan yang entah dari mana hadirnya. Ah! Mengapa pulak dengan aku hari ni... dia mengeluh. “ Saya sebenarnya kan.. errrrr sebenarnya saya....”

“Esya... Relex. Tarik nafas dalam-dalam than hembus perlahan-lahan. Selawat tiga kali. Bawak bertenang. Awak masih bercakap dengan orang yang sama walau hakikatnya sudah tiga hari kita tak mendengar suara antara satu sama lain. Kenapa yang gementar sangat ni, erm!,” tanya si dia lembut. Hati Esya bagai disentuh dan diusap. Lemah rasa seluruh tenaga yang ada termasuklah tenaga dalamannya. Yang masih kekal kebal hanyalah Tenaga Nasional Berhad sahaja yang tetap utuh menjana aliran kuasa yang diperlukan.

Muka Esya sudah merah padam. Kalau boleh mahu sahaja dia menyelinap ke bawah meja untuk menyembunyikan diri. Sudah malu dengan sikap sendiri. Akhirnya dia mendiamkan diri. Mungkin itu yang terbaik untuk di lakukannya seketika ini.

“Esya…,” seru si dia bila menyedari gadis itu berdiam diri. “Boleh awak keluar lunch awal hari ni?” pinta si dia. Esya terkedu. Ni apa ke hal pulak tiba-tiba tanya aku boleh keluar lunch awal? Hati gadisnya diasak pertanyaan.

“Sebenarnya saya on the way nak ke office awak. Saya cadang nak lunch dengan awak hari ni. Dah lama kan kita tak makan sama-sama. Saya nak bawa awak pergi satu tempat yang pernah saya janjikan dulu. Saya tengok semalam kedai tu dah buka,” terang si dia bagai mengerti apa yang sedang bercanda di fikiran gadis itu.

Tanpa disuruh, mata Esya melirik ke jam comel di pergelangan tangan kanannya. Entah mengapa dia tersenyum bila terlihat imej yang membias di situ. Wajah si dia bagai tersenyum di permukaan cermin jam itu. Ah! Sudah... tak kan sampai macam ni sekali, ni aci dah masuk tahap over de dose punya gaya... gumam Esya sendiri. Nasib baik juga tika itu dia memang tak punya sebarang assignment yang urgent, kalau tidak dah sah-sah akan jadi haru biru. Lebih malang kalau ianya berhubungkait dengan figure. Peh! Mahu sedas dua juga tembakan yang akan diterima dari managernya kalau kesilapan yang tak sepatutnya terjadi.

“Esya...!!,” seru si dia bila menyedari perlawaannya tidak mendapat sebarang respond. “Kata orang tua-tua dulukala, diam tandanya setuju. So assume you agreed with my plan. Well! Saya dah dekat nak sampai. Dah boleh lihat pun bangunan pejabat awak. Erm boleh awak turun dan tunggu saya di lobby?” pinta si dia. Esya terkedu. Gulp... liur yang ditelan bagai dipagari tulang temulang ikan terubuk yang memang menjadi kebenciannya. Rongga tekaknya bagai pedih disusuk.

“Maknnya awak dah tak merajuk lagi lah yer?” entah bagaimana soalan itu pula yang terhampur tanpa perancangan dari bibir Esya.

“Itu nanti kita bincangkan, sekarang boleh tak awak turun dulu? Saya dah sampai ni,” sekali lagi si dia meminta. Kali ini Esya tidak punya pilihan. Dia tidak punya sebarang talian hayat untuk digunakan bagi mendapatkan bantuan malah memang talian hayat itu tidak wujud untuk dipergunakan. Rela dalam separuh paksa, Esya melangkah juga sambil membawa dompet duitnya bersama. Memaklumkan kepada managernya ke mana gerangan dirinya menghilang. Dia juga memohon keizinan secara terhormat. Tidak mahu timbul tuduhan yang boleh menjerut dirinya sendiri nanti. Setelah segalanya selesai, barulah dia menuju ke destinasi yang telah dirancang oleh pembuat perancangan tanpa sebarang perbincangan terlebih dahulu.

Sambil kakinya menghayun langkah, mindanya juga turut sama berhayun dibuaian pertanyaan. Sudah terpujukkah rajuk yang hadir beberapa hari yang lalu...

2 Ulasan:

  Cetusan

October 18, 2008 at 9:34 AM

kenapa yer bila majuk jer hayun langkah..kenapa tak bilang langkah slow slow....majuk ker tu allaa sehari dua jerr..lepas tu pulang pulang pulangkan..hatimu..ke dalam Frezzzer

  Cetusan

October 18, 2008 at 4:10 PM

..lepas ni muncul..tajuk..

rajuknya di pantai ..pujuknya di gunung heee