Tentang Aku....

Rasanya aku tidak mahu lagi
Bercerita tentang hati
Bermadah pasal cinta
Bercanda dalam liuk asmara
Mungkin kerna aku sudah lelah
Sudah penat denga segalanya
Untuk menafsir madah cinta
Menterjemah istilah perasaan
Memahami canda asmara
Yang mungkin sudah lenyap dari ruang sekeping hati
Namun aku tidak berdaya
Memahatkan tugu keyakinan di pesada tanggapan insan lain
Yang sekadar melihat pada zahir sebuah pandangan
Menduga dari biasan bebayang kelam
Jauh dari percikakn pelangi kenyataan

Salahkan aku
Andai mesra itu ukiran dari sebuah persahabatan
Jika akrab itu hiasan dalam uquwah sesama insan
Mengapa harus dikaitkan dengan mainan perasaan
Untuk apa dijadikan sebuah hamparan
Hanya berlandaskan sebuah firasat
Yang entah di mana paksi kebenarannya

Aku lebih mengerti siapa diri ini
Aku cukup menyadari
yang aku tidak akan bisa menandingi sesiapa
lantaran juga hati yang sedia ada ini
Sudah acapkali robek
Paten yang tercoreng tidak mampu diplaster lagi
Justeru itu tiada apa yang dapat ku beri
Biar mungkin ada yang meminta…..

6 Ulasan:

  Cetusan

October 13, 2008 at 9:02 PM

ku cuba ngerti dirimu ..

  Anonymous

October 13, 2008 at 11:28 PM

Hai zeqzeq.

Ko nak ngerti dirinya atau orangnya? Jangan zeqzeq. Bunga larangan tu.... wakakakakkaaaa

  Cetusan

October 14, 2008 at 9:47 AM

normal bagi lelaki apa yg org tak bagi itu yg nak ..dikejar waqaqq..

mcm sajak tu buat saya jjerr (oh perasan sesekali best)

  Anonymous

October 14, 2008 at 10:21 AM

zeqzeq.

Ko jangan cari pasal. Betul aku cakap ni, dia tu Bunga Larangan. Merpati yang jinak makan di tangan tapi lari bila didekat. Susah ooohhh. Bukan sebarang kumbang yang berjaya. Baik ko lupakan. Tak kan berjaya punya. Wakakakakakakaka

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

October 14, 2008 at 4:45 PM

Amboi!Pandainya buat andaian... kita ni manusialah.. sejak bila pulak tukar jadi bunga...

  Cetusan

October 15, 2008 at 4:19 AM

Pu3 adalah bunga berkaki