URH lagi.....

UNGKAPAN RAHSIA HATI.

Mengisahkan kekeliruan Nurul Izzah dalam mengharungi badai cintanya. Antara Syaiful Zahari yang meninggalkannya tanpa pesan kasihnya beralih pada Idham, namun malangnya Idham pula curang. Dan dia ingin melerai rasa pada Syaiful Ikhmal, tapi Syaiful Ikhmal pula membisu tanpa kata. Nurul Izzah terus-terusan memendam ungkapan rahsia hatinya. Sehingga dia disahkan mendapat malang yang memperjudikan hidupnya. Kala itu Syaiful Zahari menghulur salam, Idham mula mahu berpatah arah, cuma Syaiful Ikhmal yang masih enggan berbicara. Sedangkan Nurul Izzah setia menunggu. Siapakah yang dipilih Nurul Izzah? bacalah

Komen:- Novel ni memang best, tapi sad ending. Meleleh2 air mata aku semalam. Part sedih sangat tatkala Ikhmal menerima baju melayu yang di jahit sendiri oleh Nurul Izzah. Memang touching. Cara penyampaiannya pun bagus walaupun adakalanya agak mendatar. tapi karya pu3 lagak karya2 org professional yg dah menulis banyak novel. Syabas Inspektor Sahab... eh Pu3

Untuk pu3, aku rasa next novel jgn le taruk nama watak lelaki seakan sama, keliru. memula aku ingat Ayie tu hazri, rupanya Syaiful Zahari. Dah tu Syaiful Zahari dah ada, adapulak Syaiful Ikhmal. keliru aku. Hazri dan Zahari pun dkt sama namanya. Lagi satu nama samaran utk satu watak tu, terlampau banyak Nurul Izzah-Zaza, Baby, Nurul, Hariza, Anggerik Ungu, Porno-Citro.. aku dah naik pening masa baca.

aku dah habis baca... aku rasa karya pu3 ni matang... next time minta pu3 pelbagaikan dari segi perasaan. aku rasa watak Nurul Izzah tu cam manja keterlaluan. sampai masa dia nak bertunang tu sensitip sgt dgn kata2 mirzan. lagi satu pasal carl khuzairy tu aku rasa kalau watak carl tu yang menyintai nurul izzah diam2 tu dihighlightkan lebih menarik. tak perlu masukkan kes dia kena serang sebab kacau rmh tangga org. tapi kes izzah dipinang isteri ustaz tu ok la.

Itu komen dan pandangan dari Dina.

http://caluk.kangooclubmalaysia.com/index.php?topic=258.285

Thanks Dina kerana sudi berkongsi komen dan pandangan. InsyaAllah aku akan cuba perbaiki dari masa ke semasa.... erm pasal nama watak, sebenarnya ada yang tersirat di sebalik kewujudan nama yang hampir sama... bukan niatku untuk mengelirukan pembaca, tapi mungkin juga secara tak langsung pembaca akan lebih fokus dalam tumpuan terhadap apa yang mereka baca. Lagipun Shaiful Ikhmal mengingatkan Nurul Izzah kepada Shaiful Zahari, Hazri pulak bagaikan kembar kepada Shaiful Zahari. Tentang nama Nurul Izzah pulak.. semua nama itu mengikut kesesuaian keadaan... Zaza - panggilan teman-teman terhadap dirinya, baby panggilan keluarga, Nurul nama yang digunakan oleh Nozie dan Shaiful Ikmal, anggerik uggu/prono_citro nicknama chatting dan Hariza adalah gabungan nama antara Shaiful Zahari dan Nurul Izzah yang mereka gunakan sejak di alam persekolahan. Harap penjelasan ini mampu mengungkai persoalan mengapa ada banyak nama gelaran untuk watak utamanya......

Apapun aku akan ambil perhatian terhadap teguran itu. InsyaAllah dalam buah cinta yang akan datang, aku akan cuba mengurangkan kekeliruan terhadap nama.

Di sinilah Aku......

Sabtu, 21 June yang lalu aku berada di sini... walaupun dalam keadaan yang tidaklah begitu memberangsangkan, tapi aku tetap cuba gagahkan diri....

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke Perpustakaan Kuala Lumpur. Sebelum ini tak adanyer pernah aku ke sini dan rasa-rasa macam aku tak tahu pun akan kewujudannya kerana aku lebih kerap menjengah dan menziarahi Perpustakaan Negera Malaysia. Kenapa pulak aku menyibuk kat sini... Ha! Kalau nak tahu... semuanya kerana kisah di bawah ini.......

Bengkel Penulisan yang dianjurkan oleh Publisher inilah yang telah memperkenalkan aku dengan Perpustakaan Kuala Lumpur. Itupun aku main enroll jer walaupun hakikatnya tarikh pendaftaran dah tutup. Sekadar mencuba nasib. Sepatutnya aku hadir bersama seorang teman, tapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, dia tidak dapat menghadirkan diri. Jadi dalam keadaan diri yang masih lagi belum stabil sepenuhnya aku memutuskan untuk mengikuti bengkel ini. Bukan senang nak dapat peluang sebegini lebih-lebih lagi kali ini KD dengan murahatinya telah mengadakan di Kuala Lumpur. Aku pernah juga ikuti bengkel pertama yang telah di adakan dulu tapi kala itu di Bangi. Puas jugalah aku pujuk ngah supaya menghantarkan aku ke destinasi yang hendak ku tuju. Awalnya ngah keberatan justeru kondisi aku yang sedemikian, tapi aku tetap gak degil nak pegi. Bukan senang tau nak dapat peluang macam ni lebih-lebih lagi aku yakin Kak Aina juga akan bertindak sebagai salah seorang pembentang bicara dalam bengkel. Mana boleh miss.
Tepat jangkaan ku. Kali ini Kak Aina tak lokek berkongsi tips yang cukup berguna malah aku rasa tiap peserta yang hadir tentunya bersetuju. Banyak yang diperturunkan, diselitkan juga dengan pengalaman yang beliau harungi dari sebelum bergelar penulis dan selepas memegang title Novelist.... cabaran dan dugaan yang dihadapi membuatkan beliau bertambah yakin dan bersemangat untuk terus melangkah. Terima kasih kak Aina.. kalaulah ramai penulis di luar sana bergabung dengan publisher dalam menyebarkan ilmu yang mereka ada dengan golongan insan seperti aku ni, alangkah bagusnya. Apapun syabas aku ucapkan pada Team KD dan Kak Aina sendiri. Bukan nak bodek tapi satu ucapan yang ikhlas. Moga publisher dan penulis lain akan membuka mata dan mungkin boleh turut melakukan apa yang dilakukan oleh pihak KD di masa akan datang. InsyaAllah.

Hari itu, aku tak hadir bersendirian, sebaliknya aku di temani oleh Si Dia. Nak tahu sapa Si Dia tu... Ha nilah dia....

Beg teddybear yang dibelikan oleh kak ngah. Nasib baiklah perutnya mampu menerima segala khazanah yang ku bawa. Tumble, notebook, pencil case, wallet dan juga handphone ku.

Tapi kan, korang nak tahu tak siapa yang aku jumpa masa bengkel KD tu... lihatlah wajah-wajah di bawah ini..... Para Novelist yang dah mengukir nama di pesada Penulisan Tanahair...... Rasa-rasanya korang kenal tak atau perlu ku perkenalkan....

Sebuah Cerita Cinta

Jika Kau Tiada


Ah! Ke mana pulak hilangnya si Hadif Raizal Isyaf ni. Dah lenguh aku buat senaman jari mendail nombor dia. Kenapanya tak berjawab. Aduh! Tak kan merajuk kut… Isy tak rock langsunglah. bebel Firyal Rifdah. Sudah berpuluh kali nombor telefon anak muda itu di dailnya, tapi hasil yang diterima tetap sama. Talian tidak berjawab malah langsung tak ada respond.

Dia mula resah. Hatinya sudah diresapi berbagai rasa tidak enak. Jangan-jangan dia marah aku tak…. Erm merajuk mungkin, tapi macam tak logik pulak dia nak merajuk…. Selama ini tak pernah pun dia buat perangai macam ni. Tak pernah pun panggilan aku tak di jawabnya apatah lagi bila dah banyak kali aku called. Hatta dalam meeting sekali pun, mesti dia akan jawab. Paling tidak pun akan sms beritahu dia tak free untuk menjawab panggilan aku. Tapi kenapa kali ini jadi macam ni… hati Firyal Rifdah mula bermonolog.

Entah mengapa dari keperbagai rasa yang meresapi tadi, hatinya mula digayuti rasa bersalah. Mungkinkah tingkahnya sudah keterlaluan hingga mampu menyentuh dan menyinggung hati dan sanubari anak muda itu? Dua jiwa yang masih dalam kategori ajnabi bukankah haram hukumnya… Firyal Rifdah ternyata kegelisahan. Hatinya tidak tenteram. Perubahan Hadif Raizal Isyraf membuatkan diri dan ketenangannya menjadi kucar kacir. Masakan kerana perkara itu perubahan ini terjadi…. Tapi mungkin juga.. Ahh… Dia mengeluh…. Terdera secara zahir dan batin…… Panggilan darinya masih gagal mengesan jauh sekali di jawab oleh anak muda itu. Firyal Rifdah sudah tidak betah duduk. Jiwanya mula tertekan.

Sementara itu, di office Hadif Raizal Isyraf mengeluh. Telefon yang sudah acapkali menjerit bagaikan satu ujian buat dirinya. Sesungguhnya hatinya tidak tega melakukan sebegitu terhadap si pemanggil, namun dia terpaksa. Hanya cara itu sahaja yang terlintas di fikirannya untuk menyuntik vaksin kesedaran dalam jiwa gadis degil itu. Biarpun tingkah dan tindakannya ternyata kejam di penglihatan orang lain, tapi sesungguhnya penderaan yang Firyal Rifdah rasakan turut sama dikongsinya. Telefon menjerit lagi tapi seperti tadi Hadif Raizal Isyraf buat muka seposen. Telinga dipekak berbinkan tuli. Farid yang melihat mula blur. Tak pernah temannya itu berkeadaan sedemikian. Kenapa pulak dengan pasangan merpati dua ekor ni. Perang teluk ke? tanya hatinya sendiri.

“Budak degil macam Firyal tu, nak buat dia sedar kena wujudkan rasa bersalah dalam dirinya,” terang Hadif Raizal Isyraf tersenyum. Tidak sukar baginya membaca maksud pandangan Farid sebentar tadi. Sudah pasti anak muda itu heran dengan tingkahnya yang tiba-tiba itu.

Farid menggeleng-gelengkan kepala. Ketidakfahaman mula menapak ke dalam mindanya. Aduh! Boleh putus fius aku jadinya kalau terus melayan dua orang makhluk separuh normal ni. Gumam hatinya sendiri. Hadif Raizal Isyraf buat muka toya. Masih menghalakan pandangan pada skrin notebooknya. Bukan dia tidak perasan akan wajah blur teman yang menyampaikan pesan, tapi sengaja dia melakukan penderaan. Pelajaran luar kelas yang diperolehi dari gadis sedegil Firyal Rifdah kini diadaptasikan dalam eksperiman luar sedar terhadap temannya itu.

Telefon di meja Hadif Raizal Isyraf menjerit lagi. Anak muda itu berlagak pekak. Jemarinya lincah menarikan irama rap di pentas kekunci notebook. Konon menyibukkan diri menjadi pereka tari pada set dokumen yang entah apa-apa. Mahu tidak mahu Farid terpaksa mengangkat jua gagang telefon itu.

“Kata aku tak ada dan engjau dah tak nampak aku sejak semalam.” Masih sempat anak muda itu menitip pesanan ringkas.

Ek eleh! Tinggal pesanan macam aku ni PA chentan dia pulak. Gumam Farid di dalam hati.

“Hello! Good morning. Encik Hadif office.” Lembut ibni berhemah kedengaran suara Farid menjawab panggilan.

“May I speak with Encik Hadif please.” Pinta si pemanggil.

“I’m sorry, Encik Hadif not around. Any messag….”

“Rizal, Firyal ni. Mana Hadif? You kan kawan dia. Tak kan tak tahu mana dia hilang?” Laju Firyal Rifdah menembak sebelum sempat Rizal menghabiskan kata.

“La! You ke Firyal. I ingatkan mak nenek mana yang telefon. Terjah orang mengalahkan kereta putus brek.” Rizal sudah membuka gelanggang. Hadif Raizal Isyraf sempat menjeling. Cari nahas si Rizal ni. Bisik hatinya. Yakin amat. Sebentar lagi perang Amerika vs German macam dalam siri combat akan berlangsung.

“Suka hati I lah. Mak Nenek ke, Mak Orang ke, putus brek ke, you peduli apa. Bukan mulut you,” sergah Firyal Rifdah garang. Geram rasa hatinya mendengar kata-kata Farid sebentar tadi. Kalau panjang tangannya macam plasticman dan boleh pula masuk ke dalam gagang telefon, sudah pasti akan diramas-ramasnya mulut celupar lelaki itu agar tidak dapat melaser lagi.

“Ada apa-apa you nak cakap lagi? I belum dioffer menjadi pemegang gagang telefon di syarikat ni,” sindir Rizal selamba.

“Eleh! Macamlah I ni bulur sangat nak cakap dengan you. Tak hinginlah. I nak cakap dengan Hadif,” ucap Firyal Rifdah sambil buat mulut. Herot ke kiri, herot ke kanan. Geramnya datang semula. Kali ini bertambah, dari satu menjadi dua. Tadi pada Hadif, sekarang pada Rizal pulak. Mengapalah dia dipertemukan dengan makhluk berspesis Alien dalam hidupnya..

Ah! Kenapalah tok kebayan sekolah tadika ni yang jawab panggilan aku. Dia mengomel sendiri.

“Dey Minachi! Tadi kan I dah beritahu, Hadif tak ada. Apa sound trouble ke atau dah tak faham Bahasa Melayu. Nak I cakap dalam Bahasa Tamil ke?” Rizal bagai sengaja menyiram petrol pada hati yang mula berbahang. Sengaja mencari pasal.

“Vavavavava… Day Mamak Mumbai! A1 punya bahasa nampak. Sesedap perisa adabi secukup rasa Maggie aje kata orang sound trouble yer. Mulut tu guna insuran syarikat mana ha! Atau dah terasa bersedara dengan sesumpah nak kena daulat sumpah keturunan puteri kejaraan Mesir?” tanya Firyal Rifdah. Mukanya panas bagai dilumur losyen pati halia yang hangat di pasaran.

Isy dia ni lelaki ke perempuan sebenarnya?? Bahasa tak adanya halus. Macamanalah si Alisya boleh tahan dengan gaya bahasa mamat zaman batu ni. Kutuk hatinya yang berlandaskan geram. Kalau diikutkan rasa marah, mahu sahaja di smack downnya si Farid. Biar tersadai di hospital dalam sebulan dua. Firyal Rifdah merengus bila talian terputus. Tidak pasti samada sengaja di putuskan atau kredit telefon yang bertindak kejam dalam nazak yang selalu tidak dihiraukannya.

Farid merenung talian yang bisu. Terkedu… Ah! Kenapa pula talian putus tiba-tiba? Isy macam-macam penyakitlah, tapi ada gak baiknya dari terus berperang bicara dengan si mulut murai. Di letakkan kembali gagang bisu ke tempatnya.

“Tak payah nak sorok dan tahan tawa engkau tu. Dah macam kucing menahan isi perut yang dah sampai tahap kritikal aje aku tengok,” sergah Farid bila melihat gelagat Hadif Raizal Isyraf yang terkial-kial menahan tawa dari terburai dari mulutnya. Wajah temannya itu di tenung lama dan akhirnya dia yang memuntahkan tawa.

“Hadif, aku surrender… angkat bendera putih. Macamanalah engkau boleh tahan dengan minah dinosaur tu. Peh! Bicara dia macam gaya nak mengawan,” komen Farid. Kedua tangannya sudah diangkat menandakan ketidaksanggupannya lagi.

“Engkau pun apa kurangnya. Jangan nak kutuk dia lebih-lebih. Sama naiknya bahasa korang berdua tu,” balas Hadif Raizal Isyraf bersama tawa yang masih bersisa.

“Iyerlah tu. Sama naik… semuanya disebabkan engkau. Dah suruh aku berbohong boleh samakan aku dengan dia pulak. Cheeseburger McDonalds punya kawan.” Farid menarik muka masam kelat.

Tidak faham dengan apa yang sedang berlaku kini. Setahunya hubungan kedua makhluk yang dikenalinya itu sentiasa ceria. Tidak pernah terdengar temannya itu merungut atau bersungut dengan tingkah Firyal Rifdah yang terkadang bagai orang keputusan fius atau sebaris dengan orang sakit mental yang tak sebegitu sakit di mental hospital negara ini. Mengapa pulak tiba-tiba seorang bagai terhumban ke Kutub Utara dan seorang lagi ke Angola??? Dia menggaru-garu kepala yang tidak didiami kutu baboon.

“Hadif, apa yang dah terjadi antara korang ni? Engkau dah tak nak kawan dengan minah dinasour tu lagi ke?” Farid inginkan kepastian merangkap package penerangan.

Hadif Raizal Isyraf sekadar tersenyum. Dia pasti apa yang dirancangnya akan berjalan lancar, cuma mungkin dia perlukan bantuan Rizal bagai memantapkan lagi segalanya. Yakin amat kala ini sudah tentunya gadis yang sedang mencarinya tidak senang duduk dan memang itulah yang di ingininya. Biar keresahan dan rasa bersalah itu dirasai oleh gadis itu dalam beberapa hari. Moga segala perancangannya akan berakhir seperti yang diharapkan. Dalam hati anak muda itu menyimpul harapan. Ya Allah Ya Rabbi…. Permudahkanlah apa yang aku rancangkan ini…..

Takku kenal cinta

Sebelum kau hadir
Tak ku tahu erti rindu
Kini doa ku termakbul
Ku tagih cinta mu selalu

Terharu.....

Aku benar-benar kehilangan kata..... nak tahu kenapa.... sebenarnya terlalu gembira hingga aku lupa akan keadaan diri yang kini tidak begitu memberangsangkan.... Perkhabaran yang ku terima dari teman di Selatan pada hari Khamis yang lalu cukup membuatkan jiwa diserang keperbagaian rasa..... Tak percaya, terharu, kaget, terkejut dan segala yang entah apa istilah yang selayaknya. Aku tidak pernah menduga.. buah cinta pertama ku mampu menyelitkan diri dalam senarai Novel Terlaris di salah sebuah toko buku di Johor.... Thanks John atas perkhabaran yang cukup membuatkan airmataku berlari di tubir mata. Saat itu aku tidak tahu pada siapa harus ku khabarkan... dengan siapa harus ku kongsi... tapi sebuah pelukan terzahir pada Trisya yang kebetulan bersamaku tika itu. Sahabat yang sudah banyak berkongsi segala yang aku rasa selama ini malah seperti lazim dia lebih gembira dan teruja dengan perkhabaran yang aku sampaikan. Malam ini takala menjengah ke weblog kak ngah, tubir mataku basah lagi... Keterharuan itu hadir lagi dalam diri.... N3 yang dimuatkan di dalam weblognya membuatkan aku termenung.... Apa kata orang-orang yang membaca N3nya itu.... Tak nampak macam pu3 sorang ni seolah bermegah ke dengan buah cintanya itu... Ya Allah Ya rabbi... hanya engkau yang tahu niatku menkhabarkan berita yang ku terima itu kepada kak ngah. Kau hindarilah salah faham atau salah sangka setiap yang membaca N3nya itu.




Assalammualaikum ... Hai ..

Sudah lama tak post N3 membuatkan saya melepaskan rindu dengan beberapa N3 terbaru saya.

Semasa saya baru bersarapan di Taiping Golf Resort, tiba-tiba telefon saya kedengaran lagu Segalanya Ku Terima yang sememangnya saya setkan untuk Kak Long. Bibir tersenyum dan butang hijau terus saya tekan. Seronok sangat dengar suaranya. Maklumlah dah lama tak dengar. Ala-ala manja ... hehehe

Namun berita yang disampaikannya lebih menggembirakan saya iaitu ... Ungkapan Rahsia Hati telah diletakkan di bawah label Novel TERLARIS di salah sebuah kedai buku di negara Malaysia. Itupun setelah diberitahu oleh John Norafizan. Bangganya saya dengan Kak Long, lebih-lebih lagi antara 3 orang anak didik saya, Kak Long yang pertama berjaya menghasilkan novel sulungnya. Mana tak bangganya, 1st novel sudah menjadi terlaris. Selepas ni, saya nak tengok novel daripada Ara Suhara dan Nasharlina pulak. Mudah-mudahan mereka akan ikut jejak Kak Longku.

Untuk Kak Long @ Pu3 Imaneisya,

Tahniah kerana berjaya di arena seni penulisan. Bukan senang untuk seorang penulis baru diterima oleh masyarakat kita dan Kak Long telah buktikannya. Walaupun bagi sesetengah orang yang menyatakan novel sulung Kak Long agak mendatar pada permulaannya tetapi ia tetap menjadi terlaris. Usaha Kak Long kini berbaloi dengan berita gembira ini. Mudah-mudahan Kak Long akan lebih bersemangat untuk terus berkarya tanpa berundur lagi. Lepas ni, adik nak tengok novel kedua Kak Long akan lebih mengancam lagi. Teruskan Perjuangan Mu Kak Long.

Caiyuukkk!!
http://ebrizaaminnudin.blogspot.com/2008/06/satu-kebanggaan-novel-anak-didik.html

Syukur alhamdulillah.... Terima kasih ya allah... KAU permudahkan perjalananku diladasan yang aku minati sejak lama dulu. Bukan niatku untuk membangga diri bila aku memasukkan N3 ini, tapi ini sebahagian dari cara untuk aku menghargai sekelian yang selama ini terlalu bermakna buat diriku. Sesungguhnya kejayaan URH bukanlah milik ku, sebaliknya ia adalah milik insan-insan yang selama ini cukup setia denganku... memberikan sokongan dan dorongan... meminjamkan keyakinan untuk aku melangkah ke sini. Tanpa kalian semua... tak mungkin aku miliki apa yang kini aku rasakan.... Untuk mereka semua... Hanya ucapan Terima Kasih yang tak terhingga yang mampu ku ucapkan.... Moga allah membalas segala kebaikan kalian dengan seribu rahmat dalam kehidupan yang kalian lalui..... Arwah mama dan papa biarpun apa yang aku miliki kini lewat untuk ku kongsi bersama, keluarga tersayang yang mula memahami apa yang aku inginkan untuk diriku sendiri, Honey merangkap guru dan teman, Bib Editor yang banyak berkongsi ilmu dalam teguran dan nasihat, Trisya yang sentiasa bersedia menjadi pengkritik dan pendengar tiap kali aku berceritai, Raizal yang sentiasa memberikan cabaran tahap maut semata-mata untuk melihat keberanian mendampingi diriku, RoY yang sabar berkongsi masalah dan cerita sedih dalam sebuah perjalanan kehidupanku, teman-teman penulis yang sudi berkongsi ilmu dan semua pembaca yang sudi menghayati buah cinta pertamaku.... Aku tidak mampu melakukan sendirian tanpa kalian semua... Terima Kasih sekali lagi.....

Coklat Dan Strawberi…..

Coklat itu lambang rindu
Terkadang agak pahit
Namun tetap dinikmati
Justeru manisnya kan terasa
Bila mencair dek kehangatan
Perasaan yang kita kongsi bersama


Cinta kita bak Strawberi
Adatika masam dek dugaan
Ujian dan godaan
Tapi di sebalik semua itu ianya tetap terasa enak


Bila dipertemukan dalam coklat rindu
Menyaluti strawberi cinta
Bersama kasih setulus jiwa
Lantas bahagia di pohon pada yang esa
Sebelum kita sama-sama menjamahnya......

Dari blog seorang teman.....

Monday, June 09, 2008

The Novel and the writer


UNGKAPAN RAHSIA HATI
- Puteri Imaniesya -







Dari blog awan

Tersentuh......



Kali pertama aku diperdengarkan dengan lagu ini yang disyorkan oleh seseorang membuatkan aku terkedu..... tanpa sedar sedih mengacah... bila kerap mendengar, tanpa sedar tubir mataku seakan basah.... lirik yang punya pengertian tersendiri.... malangnya aku tidak mampu berbuat apa-apa....

Satu Usaha yang baik

Erm dah lama betul aku tak merenda kata di blog aku ni.... agak-agak dah lebih dari seminggu atau lebih dari itu.... Erm bukan aku tak mahu mencorak cerita, tapi waktu bagai tidak mengizinkan. Di samping kesihatan yang agak teracah, kesibukan juga merantai diri apatah lagi bila terpaksa bergelut dengan schedule kelas yang sudah bermula... Aduh! Capeknya nggak bisa ku cerita.... Apapun tiap perjalanan harus aku teruskan.... biar terkadang acapkali juga keluhan terhunus tanpa sedar, tapi langkah tetap ku atur.

Iklan di dalam Harian Metro 28 Mei 2008
Erm rasanya semua teman-teman di FP sudah sedia maklum dengan promo yang dijalankan kini... Di akbar HM sudah pun dikeluarkan iklan untuk mewar-warkan novel-novel yang diterbitkan oleh terbitan ini. Aku bangga bangat sih... bangga justeru publisher ku juga sudah mengorak langkah dalam merangka promosi untuk novel-novel keluarannya. Syabas.... walaupun bukan novel aku yang diperagakan, tapi setidak-tidaknya pembaca akan sedar akan kewujudannya sebagai salah sebuah penerbit yang juga menerbitkan novel-novel karya penulis tidak yang tidak perlu diperkenalkan seperti Bikash Nur Idris, Ebriza Aminuddin, Marwati@ Aleya Anesya dan teman-teman yang lain. Ini merupakan salah satu dari cabang promosi yang baik selain dari blog-blog penulis itu sendiri. Thanks to uncle dan seluruh wargakerja Fajar Pakeer Publisher atas usaha yang mereka jalankan.