Lebih Senang....

Aku memang suka masak…bukan nak promote diri ekk, tapi memang aku suka cumanya masa yang tak ada sangat untuk aku lakukannya dan aku tak kisah aje kalau masa tu ada. Pagi ni aku buat cekodok bilis dengan kucai datang office sebagai sarapan. Cicah pulak dengan sos lingam… peh! Heaven kasyorga wa cakap sama lu. Boss aku yang bukan jenis lidah pedas tu pun balun gak walau tersiut-siut menahan pedas. Aku sengeh musang berjinggut jer. Dalam hati mengomel sendiri, sapa suruh letak cili macam nak menyili mulut orang. Kan dah mulut sendiri yang kena cili…. Sebenarnya semua ni gara-gara hujan yang turun semalamlah. Aku saja bukan mulut borak kosong ngan member aku yang sibuk promote kopi o panas dia. Aku kata kalau ada cekodoh bilis ni, peh gerek gilez tu… than sebut pulak pasal sos lingam. Dia selalu cicah keropok ngan sos tu, aku tambah kalau cicah cekodok pun sedap. Tak sangka pulak perbualan kita orang di dengari oleh boss. Berkerut-kerut dahinya cuba memahamkan apa dia cekodok tu... aku dan kawan aku ambil giliran mengexplainkan bagaimana atau apa sebenarnya cekodok, tapi hampeh. Idak di faham dek dema.... "I think you better make it and bring to the office tomorrow. It's could be better explanation," cadang memberku sambil tersengeh. Itu aci nak kenakan aku lah tu... Erm aku fikir punya fikir... punya fikir akhirnya aku setuju sebab rasa bahan-bahan nak buat cekodok dan sos tu memang ada kat rumah. Just rembat aje... Hasilnya pagi ni aku datang office dengan setupperware cekodok bilis berkucai dan sebotol sos chili lingam.


3 Ulasan:

  dina

March 25, 2009 at 10:18 AM

best ke sos lingams tu? aku nak try la... tak penah try lagi...

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

March 25, 2009 at 12:38 PM

Best Dina, lebih-lebih lagi kalau ko cicah ngan keropok, tak kiralah lekor ke... kepok terengganu ke apa ke... peh! syiuk gilez tu... tapi kalau ko tak tahan pedas, ko jangan jadi boss aku lak... mahu mencungap ko... ngak cekodok ko makan masa panas... memang sedap...

  Nursuzry

April 6, 2009 at 8:55 AM

sos tum kat mana nak dapat ye. xpernah tgk la botol sos cam gitu kat sini.