Aduh! Kenapalah...

Erm hari ni macam serba tak kena jer walaupun sebahagian besar dari tugasan dah beres. Apprisal pun dah selesai semalam. Perbincangan dengan boss aku cukup mudah dan rasanya lebih sesuai kalau dikategorikan sebagai sembang santai dari perbincangan. Boleh tu dia tanya aku okey ke dengan mark yang dia berikan untuk prestasi kerja aku... hahahahhaa agaknya kalau aku kata tak dan nak dia letak yang tip top punya excellent apalah reaksi dia ekk... tapi aku ni pun bukanlah sekejam tu dan aku sedar akan task kerja yang aku lakukan samada setimpal dan berbaloi dengan apa yang dia beri beserta commentt yang rasanya dah super. Jadi aku malas nak pening fikir lain-lain... agreed.

Ni aku betul-betul busan.. heheheehe kalau di baca dek Raizal, pasti aku kena marah lagi.. Bosan Mir.. .B.O.S.A.N. Siap sebiji-sebiji diejanya perkataan tu, tapi aku tetap suka guna busan... degilkan... Erm aku busan sebanya rasa cam geram jer. Aku buat slide tak jadi... hampeh.com betul... penat aku upload picture masa Book fair, tapi hasilnya tak appear... dah puas aku godek sana sini... cuba cari sebab musabah yang mengwujudkan masalah canggitu... dah tanya beberapa orang member@pakar rujuk ada yang suruh aku log out than log in semula... ada pulak yang kata mungkin gambar tak save dalam program yang samalah... isy... apapun yang pasti memang hari ni system slide tu cam jeles@dengki anak saudara dongki ngan aku. Saja nak dengki supaya aku tak leh nak buat. Nampak gayanya balik malam ni aku kenalah buat semula di rumah... guna notebook aku... Ahhhh!!!!

Peh!!!



Malam ni aku boring betul... letih dan penat rasa cam dah tak larat jer badan aku ni tanggung. Tangan aku pun rasa cam sakit dan aku tahu sangat malah terlebih tahu kenapa. Segalanya gara-gara kerakusan aku yang macam tak hingat dunia bila lihat buku-buku yang berlambak masa pesta buku yang baru lalu. Bukanlah aku nak menyalahkan pesta buku tu dan memang tak adanya pun salahnya pesta tu, yang salah aku ni ha. Kunun berazam just rembat buku-buku yang perlu saja... tapi akhirnya dalam tak sedar, sebeban... eh silap berbeban-beban buku yang akhirnya bermastautin kat dalam bilik aku... memang sejarah. Abang ku sekadar mampu berikan jelingan tanpa sebarang kata. Iyerlah, nak kata apa kalau ongkosnya aku yang keluarkan. Jadinya juadah yang aku telan malam ni seperti yang tertera kat atas tu. Ikan bakar yang bercicahkan air asam. Pastu aku nampak ada pulak mangga lemak manis kat dalam bakul buah, tengok ada kacang tanah goreng, ada pulak cili padi... maka.... jadilah kerabu mangga ciptaan aku. Berperahkan sedikit asam limau, bawang hiris, ikan bilis goreng dan sos nampla... trang... jadilah ia. Peh! Memang sedap.... dan aku enjoy jer makan walaupun ditegah kerana takut nanti perut aku kesakitan... tapi kalau dah degil tu, apa nak dikatakan. Iyer tak.....

Selamat akhirnya....


Alhamdulillah... Pesta buku dah melabuhkan tirai. Banyak kisah yang tersimpan dan terakam, tapi biarlah dulu sebabnya aku masih belum nak sentuh cerita yang sudah tersulam, lagi pun gambar yang dirakamkan pun aku tak upload lagi. Nanti bila dah sempurna, baru aku postingkan di sini. Jadi, sabarlah menanti ekk... Aku sibuk sikit lately ni ditambah dengan emosi yang tak berapa nak stabil. Kenapa... erm... tak yahlah tahu kenapa.

Semalam, Kak Lin murah hati hantar 50 pack pulut kuning dengan rendang ayam ke office. Memang dia tahu niat aku... seperti juga macam kelahiran buah cintaku yang pertama tahun lalu, cumanya tahun ni aku berkongsi rezeki yang allah beri ni dengan teman-teman sekerja. Iyerlah, allah izinkan buah cinta kedua ku lahir tanpa sebarang masalah, boleh dikatakan pembaca pun macam dah boleh terima hasil kerjaku biarpun aku sedar, aku belum sebagus atau sehebat mana. Masih belajar dan akan terus belajar untuk menghasilkan yang lebih baik dari masa ke semasa. Apapun aku tetap bersyukur dengan apa yang aku kecapi kini, justeru itulah aku nak kongsi dengan orang lain. Terkezut gak officemate sebabnya aku langsung tak inform apa-apa, malah ada gak yang tak tahu. Tak kisahlah kan... aku bukan pencanang handalan dan rasanya biarlah depa tahu sendiri. Sedari pagi memang sibuk menyelesaikan tugasan hinggalah ke tengahari dan waktu Kak Lin sampai, kebanyakan teman-teman dah keluar untuk lunch. Aku just letak pack tersebut di meja mereka. Mudah-mudahan rezeki ku di bidang ini diberkati oleh-Nya... Aku rasa aku masih berhutang dengan seseorang, dan harapanku aku mampu melunaskan bila waktunya sampai. Amin...

Pada Kak Lin, thanks a lot sebab susah-susah buatkan untuk aku dan hantar ke office. Budimu tak aku lupakan dan sangat-sangat aku hargai.

KLIBF2009

Sessi pertama KLIBF 2009 sudah berlalu... means ada seminggu lagi hingga 26hb April ini. Alhamdulillah, tahun ini juga merupakan sejarah bagi aku bila Kasih Ini Milik Kita release seperti yang dirancang walau bukan sepenuh masuk dalam perancangan. Apapun aku bersyukur sangat dan terharu bila lihat buah cintaku turut sama berada di rak bersama-sama novel lain tulisan teman-teman seperjuangan. Apa yang aku rasa, erm terharu dan sedih... isy Emo ke... bukan emo, tapi ya... perasaan itu bukan satu paksaankan... bukan kepura-puraan yang boleh kita tentukan hadirnya. Aku sedih dalam gembira... sedih kerana orang yang aku sayang tak sempat melihat hasil kerjaku yang dah berkurun diketahuinya... sedih lantaran tak dapat berkongsi kegembiraan yang aku rasa dengan Ma dan Abah, tapi aku cuba redakan sekeping hati. Hikmah tetap ada dalam apa jua yang ditakdirkan untuk kitakan... itu yang pasti. Dah! tutup bab emo.

Dua hari aku berada di sana, walau aku tak tersenarai dalam schedule duty untuk minggu lalu, tapi disebabkan teman-teman novelist lain turun, makanya aku pun ambil kesempatan menyibukkan diri untuk turun memeriahkan suasana yang memang meriah. Bukan senang kami nak jumpa... bukan mudah kami nak bertentang mata, hanya waktu dan kesempatan sebeginilah yang boleh menemukan kami yang datang dari merata negeri. Seronok jumpa kak Chempaka, kak Mahizan, kak Qaseh, Wanie, Eny, Abby, Bib dan Fieda [aweks dua orang ni dah semestinyalah], Fieza, DS, Ellise, Romi dan Umaira. Nyata kemesraan yang terjalin selama ini di weblog mampu kami bawa hingga ke luar. Bergurau senda dan bertukar celoteh membuatkan waktu yang berlalu langsung tak terasa. Gelak tawa usik mengusik membuatkan yang melihat heran. Sukanya mereka.... heheheheee. Jumpa gak dengan Kak Mimie, Kak Aina, Abang Ramlee, Kak Anis dan Kak Siti Rosmizah.

Hujung minggu ni merupakan hari terakhir dan merupakan schedule duty aku di Booth Fajar Pakeer aras 3 bermula dari jam 11.00 am hingga insyaAllah jam 04.30pm atau bergantung pada permintaan. Sesapa yang sudi, boleh lah bertandang dan kita jumpa di sana...

Hari ni...

Baru nak menarik nafas, aku dah diunjukkan dengan satu assignment lagi. Boleh di kira task baru dalam Roles & Responsibilities aku... Buat summary cases... mak ai... besarnya tanggungjawab. Garu kepala aku dengar manager aku beri arahan... cuma yang boleh buat aku tarik nafas bila dia suruh buat in BM. Katanya BM mereka semua hancus... jadi sebagai seorang yang suka menconteng sure aku lebih baik dari mereka... hehehhehe tahu tak pe... Eh! bukan aku bangga diri, tapi itu yang dia cakap sebabnya kat sini memang semedang speaking London... dari start kerja sampailah tamat... semedangnya ber "I" "U" "Yes" "No" "Thank You"... loteh mak di bueknya.... but what to do... once it's come as Responsibilities, mana hak aku untuk kata "NO" nak tak nak kena juga buat. Meningkat satu lagi tahap muntah pelangi kat tekak aku.

Aku dah selesai masukkan contents baru untuk worldwide publication. Pening langau aku dibuatnya. Mata dah cam juling angsa jer mengeledah tiap negara di dunia cari isu baru untuk disumbat dalam publication sebelum dipublishkan. Marketing pun nak kena buat dan update gak. Songeh manja clients nak kena gak layan walaupun ala-ala benci dan bosan sebab soalannya macam photocopy. Sama jer semuanya dengan permasalahan yang dah beratus atau beribu lemon aku khabokan cara penyelesaiannya. Erm tahlah.

Tadi dah send greating untuk mana-mana members yang sambut besday hari ni. Alhamdulilah at least aku tak lupa walau memang aku tak ingat kalau tak ada si Trisy jadi tukang ingat. Thank you Trisy... sebab tu lah aku cayang ko. Memang boleh jadi PA aku... hehehhee. Semalam selesai sesi aerobic yang ke dua. Seronok seperti yang pertama atau boleh je aku kata lebih seronok dari yang pertama. Sweating all over dan aku rasa cam nak laydown jer kat floor tu. Tak larat... pergelangan kaki cam nak tercabut. New steps come out... twist.... so yesterday che Pu3 layan twist selain dari steps yang dah diajar sebelumnya... erm layan jerlah Pu3 ooiiii. Semalam gak most of us wearing red shirt walau dress code masih sama, sexy ikut definasi sendiri dan keselesaan tetap jadi keutamaan. Erm next week dah sepakat nak pakai kaler hijo... erm ada ke shirt aku kaler hijo... erm jawabnya balik ni nak kena cari dalam lemari...

bestnya kalau....


Keluar lunch ngan Kak Ida, awalnya aku malas nak pergi sebab rasa cam kenyang jer, tapi bila Kak Ida tarik muka lima rupee, aku tak sampai hati pulak. Akhirnya layan jelah. Lepak di Plaza Sentral food court. Actually food court yang paling last yang aku akan choose kalau nak lepak, tapi taklah aku suarakan. Bukan apa, cuma aku tak tahan dengan asap yang macam terkurung aje kat situ. Aku layan banana nugget seringgit dengan sirap limau. Borak dari satu topik ke satu topik and for sure semua pasal office matters. Iyerlah kat office bukannya buleh nak bercakap sesangat. Than jumpa pulak Kak Ita and Akla... sambunglah sembang. Depa berdua yang dan menapau pun terperangkap dalam perangkap borak kita orang. Asyik betul sampai tak sedar diri yang time up. Baru perasan rupanya hujan punyalah lebat. Apapun redah jugak ler. Sampai office sejuk semacam. Mata aku dah makin kuyu... aduh! macam ni kalau layan Zzzzzzzz mesti aman sentosa punyalah. Aku jawab telefon pun dengan mata tertutup. Masib workstation aku mengadap dinding, jadinya tak lah ketara sangat aku tutup mata. Layan clients pun aku pejam mata... layan kantuk... aduh lama lah lagi nak balik ghupenya.....

Biar Betul...

Kenapa pulak tetiba ada gambor-gambor cam orang berAerobic ni… Hehehehhe tak yah tukar chnnel.. dah betullah ni istana kayangan milik Pu3, cuma yang bezanya N3 hari ni. Nak tahu kenapa… sebenarnya semalam bermula era.. eh bukan Erra Fazira tapi era.. erm, ha! peralihan… yes peralihan dalam sejarah hidup. Nak tahu apa… buat julung kalinya Pu3 join Aerobic Class… Ha! jangan tak caya Nyah. Pu3 berAerobic gitu… memang kira sejarahlah sebab selama ni memang tak pernah pun buat atau join this kind of exercise. Boleh kira rekod gitu. Tapi kan serius… memang best… best sebabnya yang join that class semua friendly dan selamba rock habis. No kisah... no shy. Boleh gelak-gelak dan sempoi sporting lighting habis with all their fancy dress. Nyata no gap at all between yang baru 1st time join atau yang dah bertime-time. Pu3 yang awalnya still shy-shy cat nak follow all the steps pun lama-lama dengan sendiri layan gerak. Asyik seh! Gerek... Instructor pun jenis happy go lucky yang selambalan… mamat dari Cardio Jam Trainer di Fitness First Damansara.

Jangan tak caya Nyah, pu3 layan Latino, Salsa & Mambo moves, Hip Hop dance, Hawaii and a lots of funky step. Pendek kata memang sweating but enjoying. Sapa kata Pu3 tak boleh pick up dance steps… see the kakilah…. cuma tak nak tunjuk bakat jer, hehehehehe


Member sempat tanya, ada perubahan tak... woi! sabarlah, tak kan sehari dah turun berkilo-kilo... biar betul, tapi mungkin juga sebabnya memang pun semalam berpeluh gilez tu... semput gaklah nak mencari nafas. Nama aje beginner class, tapi stepsnya mak aiii bukan lagi tahap beginner dah, tapi dah tahap melebihi kanak-kanak ribena... Rasanya lagi dua tiga kali, memang boleh aje suruh si instructor tu duk belakang. Suruh dia pulak ikut layan steps zapin hip-hop dan inang salsa campur dengan joget lambak mambo. Amacam... Agak-agak kejam tak atau boleh dikira gilez kuasa tak... hehehehe Mahu dihumbannya kami semua dari tingkat 9 ke bawah... hahahahaha sorry Mr Instructor... apa pun we loves your ideas and creativity full with heavyduty...

Jum... jum... JuM...


PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2009 - PWTC
TEMUI PENULIS DAN NOVELIST FAJAR PAKEER
DI BOOTH 3026, 3027, 3042 & 3043
DEWAN TUN RAZAK 3

Jum.. Jum... Jum... Jum Pesta Buku... Jum... Jum... Jum... Pi Pesta Buku. Kita mai ramai-ramai, banyak diskaun menanti, ramai penulis yang boleh kita temui... kalau kita boleh tunggu arti popular, kenapa kita tak buleh tunggu penulis yang selama ini banyak mewarnai dunia penulisan. Menghasilkan buku-buku yang menjadi santapan kita waktu terluang... Jadi... Jum.. Jum... Jum Pesta Buku. Mai... Mai... Mai... jumpa di Pesta Buku....

Snack Pack KIMK

Walaupun buah cinta kedua ku laksana baby yang sedang menanti due date untuk dilahirkan, namun ada juga yang minta aku berikan sedikit input atau gambaran tentang plot cerita kali ini. Buat yang sudi menatap, terimalah sedikit snack pack dari aku

Dugaan dan ujian dalam sebuah kehidupan adalah tanda kasih dia pada hamba-Nya. Untuk memperkukuhkan keimanan dan ketabahan yang masih rapuh, mengandakan kesabaran yang masih belum ampuh. Andai reda menjadi pengalas langkah, pasti ganjarannya adalah yang terindah untuk kita genggam… - puteri imaneisya –

MAYA terkedu. Perkahwinan tanpa rela tidak mampu dihindar. Arahan yang diberikan oleh keluarganya secara tidak langsung laksana satu perintah yang harus dipatuhi. Bagaimana untuk dirinya melupakan orang yang sedang bertakhta di mahligai hati sedangkan itulah puncak kasih sayang dan cintanya tika ini?

Dia benar-benar buntu. Tercari dan mencari formula terbaik bagi mengatasi segala kerumitan yang sedang melingkari jasadnya. Tidak mahu ada yang terluka atau dilukakan namun malangnya hingga saat ini Maya masih ditamu kebuntuan.

Shahiza merenung kegelapan malam seakan merenung nasib dan perjalanan hidupnya. Dibesarkan di rumah anak-anak yatim tidak pernah memberikan kesempatan untuk dirinya mengenali siapa gerangan orang tuanya malah sejarah kewujudannya juga tidak seperti orang lain.

Dia tercipta sebelum terpatrinya ikatan yang sah. Justeru dia dihumban lantas dipungut dan dibawa oleh Puan Aminah untuk berteduh di rumah anak-anak yatim. Di situlah dia membesar dan mengenali erti kehidupan. Menumpang kasih pada wanita yang dipanggilnya ibu.

Eliza bagai tidak percaya. Mama yang dikasihi boleh bertindak sedrastik itu hanya kerana terpengaruh dengan kata-kata seorang lelaki yang bergelar suami. Mata mama dikaburi dengan kepura-puraan dan sikap hipokrit yang sedang dipentaskan oleh suami barunya. Mama berubah sejak pemergian papa hingga tidak lagi menghiraukan maruah anak yang hampir-hampir tercemar dek kerakusan orang yang dipercayai.

Lantaran itu Eliza nekad. Dia perlu keluar dari penjara yang satu ketika dulu pernah menjadi syurga buat mereka sekeluarga. Biarlah mama dengan dunianya… hidup bersama lelaki durjana yang pandai bermuka-muka.

Melissa tega meneruskan pencarian. Mencari sinar untuk menerangi sebuah kembara dalam perjalanan hidupnya. Sudah lama dia mengkaji, sudah lama dia meneliti, namun keyakinan itu belum tumbuh. Dia perlukan teman yang boleh membantu. Bukan sekadar bersenda loka dan bergurau senda, tapi lebih daripada itu. Teman yang boleh mampu menunjuk arah kala diperlukan. Sudah bosan meneruskan kehidupan tanpa matlamat dan halatuju.

Justeru dia nekad. Kali ini dia harus berani mengorak langkah. Pedoman itu harus dicari lantas digapai andai dia tidak mahu terus sesat dalam kelam yang semakin membalam.Mereka ditakdirkan bertemu dalam kancah persahabatan yang telah ditentukan. Meski awalnya tidak mengenali di antara satu sama lain namun itu bukan halangan. Mengharungi hidup dalam kemelut yang tidak pernah surut dalam arus gelombang dan gelora sebuah perjalanan…

Snack Pack I KIMK

Cinta itu terlalu mahal harganya.
Tidak ternilai dengan segunung intan mahupun permata. – Benarkah???


MAYA mengeluh, tidak tahu apa yang harus diungkapkan. Fikirannya buntu dalam mencari sebuah penyelesaian bagi masalah yang bertandang. Dia bagaikan tersepit pada persimpangan. Antara cintanya terhadap Joseph dan kasih sayang kepada keluarga. Bagaikan ditelan mati emak, diluah mati ayah. Tidak sanggup memilih satu di antara keduanya.

Sudah lebih tiga tahun hubungannya dengan pemuda Kristian itu malah ayah dan ibunya juga sedia maklum. Entah mengapa tiba-tiba dia diminta pula membuat satu keputusan, memilih dalam pilihan yang telah dibuatnya.

Direnungnya gambar Joseph yang berada di atas mejanya. Anak muda yang telah berjaya mencuri ruang di hati. Ternyata perbezaan yang ada di antara mereka tidak menghalang benih-benih cinta bercambah lantas mekar. Dia sedar akan permasalahan yang bakal timbul justeru mereka berlainan agama dan budaya. Namun siapalah dirinya untuk menolak segala percaturan perasaan?

Kasih sayang bukan paksaan. Hadirnya tanpa diundang atau dipinta. Berlabuh lantas menguntum di tanam hati. Apa dayanya untuk menidakkan semua itu? Air mata mengalir perlahan-lahan. Sudah acap kali dia menangis. Mengapa tiada yang mahu memahami akan perasaannya? Mengapa? Hatinya bagaikan menjerit dengan pertanyaan yang entah di mana jawapannya.

Tempoh hari Joseph telah memberikan persetujuan untuk mendalami Agama Islam. Maya tahu anak muda itu bersungguh-sungguh terhadap cinta mereka. Tambahan pula dalam keluarga Joseph perkahwinan campur bukanlah merupakan budaya asing. Kakak dan abangnya juga ada yang berkahwin dengan gadis dan pemuda Melayu Islam.

Mama dan papanya seolah faham bahawa anak-anak zaman kini bukan lagi seperti zaman Hang Tuah dahulu kala, yang mengikut segala ketentuan daripada keluarga. Anak zaman IT semakin tega mengikut keputusan mereka sendiri. Justeru itu keluarga Joseph tidak mahu menghalang keputusan anak-anak. Mereka sering dinasihatkan agar mengkaji tiap tindakan yang ingin diambil agar tidak menyesal di kemudian hari.

Maya tahu keluarga Joseph telah menerima dirinya malah sedikit pun tidak menghalang percintaan itu. Sudah acap kali jua dia bertandang ke rumah anak muda itu. Jelas terpancar kemesraan yang tidak berlandaskan kepura-puraan. Maya senang dengan keluarga Joseph. Begitu juga takala dia memperkenalkan Joseph pada keluarganya dulu, ayah dan ibunya tidak pulak menunjukkan sikap membantah atau tidak merestui perhubungan mereka.

Tapi mengapa lewat kebelakangan ini dia seolah didesak dalam membuat keputusan? Mestikan dikorbankan tiap titis kasih sayang yang ada di hati untuk sesuatu yang belum pasti? Ah!

Maya mencapai telefon yang ada di hadapannya. Dia perlukan seseorang untuk berbual. Meredakan segala gundah yang makin bertandang di penjuru hati. Tapi siapakah gerangan insan yang sudi mendengar atau berkongsi apa yang dirasa kala ini? Lama dia membelek telefonnya, masih tercari-cari di dalam senarai, nama rakan-rakan yang disimpannya.

Tiba-tiba telefonnya menjerit nyaring, tertera nama Shahiza. Gadis yang baru tiga bulan dikenalinya, tapi entah mengapa hatinya berbunga riang tiap kali suara gadis itu kedengaran.

“Hai, Shiza, apa khabar? Lama aku tak dengar suara engkau.” Maya bersuara sebaik sahaja punat hijau ditekan. Terdengar tawa manja daripada gadis di hujung talian.

“Kenapa? Kau rindu ke?”

Mengekek tawa Maya bila mendengar soalan Shahiza. Memang diakuinya, sudah agak lama dia tidak menghubungi rakannya itu.

“Isy, perasan. Siapalah kau tu aku nak rindu? Kalau pakwe aku tu lainlah,” balas Maya sambil turut sama tertawa. Lega sedikit hatinya dengan lawak lekeh secara spontan itu.

“Ha! Ni mesti ada apa-apa kau nak cerita pada aku. Kalau tidak engkau takkan telefon aku punya,” serkap Maya pantas. Sengaja menduga kalau-kalau ada berita sensasi yang terlepas daripada pendengarannya.

“La! Mana pulak? Selalunya kalau tak ada apa-apa pun aku call apa, cuma sekarang aku busy sikit. Itu yang tak call. Nda usah marah, bah. Nda baik untuk kesihatan,” usik Shahiza kembali dalam dialek Sabah yang entah dari mana dirembatnya. Dia tertawa kecil di hujung talian.

“Amboi! Sejak bila engkau belajar cakap dalam dialek Sabah ni ha? Kau tahu tak, kalaulah ada orang dari Sabah dengar, mesti boleh tangkap nangis tau. Kau ni merosakkan bahasalah,” komen Maya sebaik sahaja mendengar kata-kata temannya sebentar tadi.

Shahiza sekadar tersenyum.

“Shiza, aku tengah sedih ni.” Tiba-tiba Maya mengungkap kata. Suaranya sudah berubah kendur. Dia sendiri tidak tahu mengapa sebegitu celopar mulutnya.

“Ha! Kau sedih? Kenapa? Erm, kau nak share dengan aku?” tanya Shahiza kaget.

Terkedu dia mendengar kata-kata temannya itu. Simpati mula bertandang dalam hatinya.

Itulah sikap Shahiza. Perihatin terhadap perasaan teman-teman yang bernaung di bawah lembayung kamus persahabatannya.

Terdengar keluhan Maya. Lama talian membisu. Shahiza tidak memaksa. Dia terus memberi ruang buat temannya bermain dengan perasaan seketika.

“Maya, kau okey ke? Apa yang dah berlaku?” Perlahan suara Shahiza. Bimbang andai mengusik perasaan teman yang sedang bercelaru.

“Erm, aku okey. Tak apalah, Shiza, aku tak nak bebankan kau dengan masalah aku ni. Lagipun mesti kau pun ada masalah tersendiri, kan?” Keluhan terdengar dari ulas bibir Maya. Hatinya berbelah bahagi. Air mata mula mengacah.

“Maya, aku tau kau tak okey. Kalau kau okey, kenapa kau sedih? Erm, kalau kau perlukan kawan untuk bercerita, aku ada dekat sini. Mungkin kau tak percaya pada aku sebab tu kau takut nak cerita, tapi aku ikhlas.” Shahiza cuba memujuk walau dia langsung tidak punya kepakaran dalam soal itu. Namun demi seorang teman, dicubanya juga.

“Pasal aku dengan boyfriend aku tu. Rasanya aku tak boleh nak buat apa lagi, Shiza. Mungkin cara terbaik adalah berpisah.” Sayu terdengar suara Maya. Shahiza terkedu. Tidak tahu apa yang harus diucapkan.

“Sorry, Maya. Kau dah fikir masak-masak ke sebelum kau buat keputusan?” soal Shahiza lembut.

Kemelut percintaan tak pernah sunyi daripada singgah di hati setiap insan. Ada tikanya bahagia menjadi hamparan dan tak kurang juga dugaan yang menguji ketabahan dalam keimanan.

“Apa lagi yang boleh aku buat? Semua orang tak faham perasaan aku. Memanglah aku sayang dekat boyfriend aku tu, tapi nak buat macam mana… ayah dengan ibu aku pun asyik bertanya. Umur aku bukan makin rendah, dah meninggi pun. Mungkin dah lebih tinggi daripada pokok mempelam yang mereka tanam masa taman uri aku dulu. Entahlah, Shiza. Kawan-kawan aku kata aku ni pentingkan diri sendiri, tapi mereka tak faham.” Dalam pada menahan sedih masih sempat diselitkan lawak antarabangsa yang entah dari mana datangnya.

“Sabarlah, Maya. Erm, kau dah buat solat istikharah?” soal Shahiza.

Dia faham bagaimana perasaan gadis itu. Pasti sukar untuk melupakan orang tersayang dan dicintai, tapi… perlahan-lahan dia melepaskan keluhan. Simpati dengan pergolakan yang sedang bercanda di hati seorang teman.

“Tak. Aku tak buat pun. Erm, nak buat lepas solat maghrib ke?” Maya bertanya bodoh. Dia sedar betapa alpanya dia dalam mencari penyelesaian.

“Aku nak ajar pun, aku ni bukannya arif sangat. Apa pun lebih baik engkau buat waktu sepertiga malam. Mulakan dengan solat sunat dua rakaat, kemudian solat taubat dan solat tahajud. Kalau larat buatlah solat tasbih juga. Kemudian baru kau buat solat istikharah. Pastikan kau betul-betul tenang waktu tu. Jangan fikir masalah yang sedang kau hadapi. Kemudian kau buatlah solat hajat. Buatlah tiga malam berturut-turut, mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk pada engkau dalam menyelesaikan masalah ni.” Shahiza memberikan sedikit panduan. Sekadar berkongsi apa yang diketahuinya.

“Terima kasih, Shiza. Aku ni menyusahkan kau saja, kan? Kita baru kenal, tapi aku dah cerita macam-macam masalah dekat kau. Eh, kau dengan si dia tu apa cerita?” Maya cuba mengubah hala perbualan. Tidak tega untuk terus membuka permasalahan diri. Cukup-cukuplah pengaduan yang telah dilaporkannya tadi.

“La! Macam mana apa? Aku bukannya ada apa-apa, tapi boleh aku tahu siapa si dia yang kau maksudkan tu?” Soalan kembali bertukar tangan. Tawa manja Maya sudah mengambil tempat.

“Alah, konon… kura-kura dalam perahu. Nak sorok daripada akulah tu. Tak payahlah, Shiza, bukannya aku tak tau,” giat Maya sambil mengekek. Tiba-tiba dia rasakan satu kenikmatan bila dapat mengusik temannya itu.

“Dah aku tak tahu, tentulah aku tanya. Yang kau tu, kalau betul tahu beritahulah pada aku yang tak tahu ni,” sergah Shahiza. Geram juga rasa hati dengan telatah Maya itu.

“Woi! Berapa banyak tahu da…? Sikit-sikit cukuplah.”

Tawa Maya dan Shahiza berganding juga akhirnya. Mungkin lucu mendengarkan intonasi Maya sebentar tadi.

Setelah agak lama berbual Shahiza meminta diri untuk meneruskan tugasannya. Dia punya temu janji yang harus dihadiri. Meski hatinya sedikit terusik dengan permasalahan yang didengarnya tadi, tapi dia tidak mahu mendesak Maya untuk bercerita. Biarlah gadis itu mencari ketenangan dengan caranya dahulu.

Maya termenung sendiri. Entah mengapa tiba-tiba mindanya beralih arah. Memikirkan perihal Shahiza. Benarkah gadis itu tidak punya sebarang hubungan dengan orang yang digembar-gemburkan lewat kebelakangan ini? Tapi kalau tidak benar, mana mungkin pokok boleh bergoyang?

Erm! Mungkin ada beruk nakal agaknya, sebab itulah pokok tu bergoyang, gumam hati Maya sambil tersenyum. Sedar dan yakin gadis bernama Shahiza itu tidak akan sekali-kali mendedahkan rahsia hatinya semudah ABC kepada sesiapa pun. Akhirnya dia kembali meneruskan kerja yang tertangguh sebentar tadi. Tidak mahu terus mendera fikirannya dengan sesuatu yang entah di mana kepastiannya.

Snack Pack II KIMK

Kenapa diri dipanggang kerinduan?
Mengapa hati diramas kenangan? – Mampukah diharungi???


Shahiza… kau menangis??? Maya ingin melangkah ke dapur, sewaktu melintasi bilik Shahiza, kakinya terhenti. Bagai ada sesuatu yang memahat langkahnya. Diamati apa yang didengarnya. Sah! Suara tangisan. Dari pintu bilik yang tidak bertutup rapat, dilihatnya Shahiza masih lagi bertelekung. Bertafakur di sejadah dengan lelehan air mata.
Kenapa pulak dengan Shiza ni? Tak pernah pun aku lihat dia nangis-nangis macam ni... Erm, dia tak marah ke kalau aku masuk? Dalam rasa yang berbelah bahagi, Maya tetap menguak pintu bilik Shahiza.

Terkejut Shahiza bila terpandang Maya yang sudah tegak bagaikan tiang telefon di hadapannya. Pantas tangannya menyeka lelehan air mata yang masih berbaki. Senyum diukir sedapat mungkin. Tidak mahu Maya tahu pergolakan yang sedang dihadapinya.

“Shiza, kenapa kau nangis?” tanya Maya sambil duduk bertentangan dengan gadis itu. Lama wajah Shahiza ditenungnya, seolah mencari jawapan di sebalik redup pandangan mata.

“Tak ada apalah, Maya, Erm, mata aku masuk habuk,” dalih Shahiza. Segera dilarikan wajahnya daripada terus menjadi destinasi persinggahan renungan temannya.

“Dah berapa tahun kau tak kemas bilik sampai berhabuk serata tempat? Shiza, aku rasa kau ada sorokkan sesuatu daripada aku. Erm, kau tak percaya pada aku ke sampai tak mau langsung kongsi kesusahan dan kesedihan kau? Selama ni kau dah banyak bantu aku tapi kenapa kau tak mahu aku bantu kau pulak?” soal Maya bertalu-talu sambil merapati temannya itu.

Air mata Shahiza kembali mengalir.

“Maya, aku sekadar insan biasa, tak punya apa-apa kelebihan malah banyak sangat kekurangan yang aku miliki. Ada tikanya tewas dalam arus perasaan dan gelora hati. Aku tak mampu nak hadapi dugaan yang datang dengan tenang. Aku tak dapat nak lenyapkan kasih sayang dan rindu yang ada dalam hati aku ni.” Sayu bunyi suara Shahiza.

Maya mengelus lembut pipi temannya. Simpati dengan apa yang baru diluahkan oleh gadis itu. Meski masih kabur dan dia tidak mengerti dengan apa yang diperkatakan, namun perasaaan gadisnya tiba-tiba ditamu kesedihan. Airmatanya mengacah di tubir mata. Melihat wajah Shahiza yang suram, bagaikan memberitahu gadis itu sedang berada dalam permasalahan.

“Shiza, aku tak fahamlah. Apa sebenarnya yang berlaku? Cuba kau explain sikit pada aku supaya aku faham. Ha! Ni gambar sapa pulak yang duk ada kat sebelah kau?” Pantas tangan Maya mengambil gambar yang berada di sisi temannya. Direnungnya gambar itu.

Macam pernah kulihat gambar ini, tapi di mana ya…? Hatinya berbisik sendiri.
Gambar di tangan ditatapnya kembali. Wajah yang lebih pada Chiness look itu punya personaliti yang menarik. Kacak dengan gaya yang penuh berkarisma, tapi apa kaitan gambar pemuda itu dengan temannya? Jangan-jangan… Direnungnya wajah Shahiza seolah meminta penjelasan.

“Nama dia Aiman Rahimi. Aku rasa kau pun kenal. Dia kan salah seorang daripada member di rehatminda.com. Sebenarnya kami dah berkawan lebih kurang enam bulan, tapi seminggu yang lalu…” Shahiza tidak menghabiskan kata-kata. Air matanya makin deras mengalir. Sebak dan pilu bersatu dalam gumpalan yang sukar diungkai.

“Tapi kenapa, Shiza, apa yang dah berlaku? Apa yang dia dah buat pada kau?” tanya Maya panik bila melihat Shahiza membisu. Soalan yang diajukan terbiar berlalu bersama linangan air mata.

“Dia minta putus.” Perlahan suara Shahiza menahan sendu yang mula menghimpit perasaa.

Terkedu Maya mendengarnya. Perlahan-lahan didakapnya gadis itu. Tiada kata yang mampu diucapkan. Kini fahamlah dia mengapa sejak akhir-akhir ini Shahiza gemar berkurung sendirian di dalam bilik. Rupanya hati gadis itu luka dan kecewa.

“Kenapa dia minta putus pulak? Kau berdua ni bercinta ke?” tanya Maya setelah agak lama mendiamkan diri. Dia masih kabur dengan cerita gadis itu.

Eh! Betul ke minah ni couple dengan mamat di rehatminda? Macam mana aku boleh tak tahu? Dah tu dengan si Aiman pulak. Isy, isy, isy… banyak betul rahsia yang dipendam dek minah sorang ni. Sempat dia mengomel di dalam hati.

“Aku sendiri tak tahu kenapa dia buat macam tu. Puas aku tanya dan minta dia jelaskan, tapi entahlah. Kalau dia ada masalah sekalipun mengapa dia tak mau cerita? Yang lebih meremukkan hati aku alasan dia buat keputusan tu semata-mata kerana nak lihat aku bahagia dan gembira. Aku bingung, Maya. Bila aku tanya, dia membisu. Adilkah itu, Maya?

“Dah banyak perkara yang kami kongsi sepanjang persahabatan kami dan sekarang aku rindu sangat pada dia. Aku dah tak tahu formula apa lagi yang harus aku gunakan untuk menolak rasa ni. Aku sayangkan persahabatan yang terjalin di antara kami tu, Maya,” luah Shahiza dalam esak tangisnya.

Biarlah Maya tahu apa yang dialaminya. Apa yang selama ini tersemat kejap di sanubarinya. Biarlah air mata menjadi saksi betapa pilu hatinya dengan keputusan yang dibuat oleh anak muda itu. Betapa anak muda itu tega mencantas tunas kasih sayang yang baru bercambah di hatinya tanpa belas.

Maya terkedu. Selama ini Shahiza bijak menyembunyikan segala rasa hati. Tidak terlihat di wajah akan keperitan perasaan yang ditanggungnya, tapi kini… Perlahan-lahan Maya melepaskan keluhan.

“Kau dah cuba call dan cakap dengan dia? Mungkin sekarang ni dia dah cool dan boleh terangkan pada kau kenapa dia buat tindakan bodoh macam tu,” usul Maya lembut. Diharap cadangannya itu dapat membantu permasalahan yang sedang dihadapi oleh temannya itu.

“Nak cakap macam mana, kalau panggilan aku pun dia tak mau jawab. Aku dah tak tau apa nak buat lagi.” Pilu hati gadis itu mengungkap kata bila mengenangkan bagaimana tergamaknya Aiman Rahimi membiarkan panggilannya sepi tanpa jawapan. Hatinya benar-benar sedih. Terasa bagaikan dirinya langsung tidak bermakna buat anak muda itu.

“Shiza, sabarlah. Aku faham perasaan kau. Memang tak patut dia buat kau macam ni. Kalau benar dia tak mau kawan lagi dengan kau, ceritalah elok-elok. Bukan suka-suka hati dia saja buat keputusan macam ni. Apa punya oranglah! Akal letak dekat lutut. Harap muka aje spesis handsome tapi hati… erm, hampeh,” bebel Maya sambil meletakkan kembali gambar itu.

Shahiza sekadar membisu. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan lagi. Hati yang sedih semakin pilu bila matanya menyapa wajah yang terpotret di sisinya.

“Apa pun aku heranlah pulak. Macam mana yang kau boleh rapat sangat dengan mamat ni? Tak pernah pun kau cerita kat aku?” soal Maya sambil merenung wajah temannya yang masih basah dengan air mata. Selama ini disangka gadis itu punya hubungan dengan si Pinatubo, tapi ternyata serkapnya tidak mengena.

Melihatkan gadis itu diam, Maya sedar tidak mungkin dia dapat membuka mulut comel itu untuk mengungkap penjelasan. Disapa lembut wajah yang masih membiaskan air mata. Sedih dengan nasib yang menimpa temannya itu. Tidak disangka, dalam kelembutan tutur kata dan redup pandangan, rakannya memendam perasaan yang maha hebat.

Snack Pack III KIMK

SEJAK terjadinya perpisahan tidak rasmi di antara Shahiza dan Aiman Rahimi, gadis itu menjadi seorang workaholic. Dia seolah tidak lagi mengenal siang atau malam. Sentiasa menyibukkan diri dengan tugasan. Mungkin itu cara dia melupakan segala bebanan perasaan yang ditanggung.

Maya sekadar mampu melihat. Hendak menasihati, dia sendiri bimbang. Mahukah Shahiza mendengarnya? Sedangkan dia tahu bukan mudah bagi seorang perempuan melalui detik-detik kekecewaan tambahan pula Aiman Rahimi lebih betah membisu. Meski Shahiza menafikan perhubungan mereka lebih daripada seorang teman, tapi jauh di sudut hati Maya, dia percaya tentunya anak muda itu punya kedudukan yang agak istimewa di hati temannya itu. Jika tidak, masakan sebegitu sedih Shahiza dengan apa yang dilakukan oleh Aiman Rahimi terhadapnya?

Sekarang ini payah benar untuk mereka bertemu Shahiza. Awal pagi dia keluar ke pejabat dan pulang agak lewat. Hujung minggu dihabiskan dengan tugasan yang dibawanya pulang ke rumah. Dia seakan lupa untuk bersama teman-teman yang lain seperti mana dulu. Duduk bersantai menonton TV sambil bergurau senda dan berkongsi cerita. Kini rumah mereka agak sepi.

Maya mengeluh. Hatinya tetap dipagut kebimbangan. Dia tidak mahu Shahiza mempertaruhkan kesihatannya semata-mata kerana kelukaan yang dialaminya. Sudah berkali-kali dilihat gadis itu bertarung dengan kesakitan yang singgah terutama bila tiba hari Penaklukan Tentera Jepun setiap bulan. Tentu gadis itu akan berkerekot di atas katil sepanjang hari.

Malam minggu itu mereka berpeluang untuk berkumpul sambil menonton rancangan hiburan di Astro. Sesekali terdengar suara gelak tawa mereka bila ada yang lucu mencuit tangkai hati.

“Dah lama kan kita tak duduk macam ni? Selalunya asyik sibuk dengan aktiviti peribadi.” Maya mencapai mug berisi Nescafe kegemarannya. Sesekali dia mencuri pandang ke arah Shahiza yang duduk di sebelah Melissa.

“Betullah, rasa rindu pulak kat kau orang. Ialah, nama saja kita ni duduk serumah, tapi payah betul nak jumpa. Ha, Shiza! Aku tengok kau sejak akhir-akhir ni macam dah tak ingat jalan nak balik rumah saja. Asyik nak cepat pergi office, kemudian balik pulak lewat. Kenapa? Banyak sangat ke kerja engkau tu?” tanya Eliza. Matanya terus memaku ke wajah Shahiza yang tenang.

“Bukan aku tak ingat jalan nak balik, cuma office aku tu dah ada katil dan tilam. Silap hari bulan aku boleh tidur terus dekat sana.” Shahiza menjawab selamba. Dicapainya sekeping biskut tawar yang terhidang di atas meja.

“Shiza, aku tengok engkau ni macam nak lupakan dunia. Asyik kerja tak tentu masa, kenapa? Problem tak settle lagi ke? Ha! Makanlah biskut tawar tu. Nanti engkau pun jadi macam biskut. Kejap ada… kejap tak ada,” omel Maya bila melihat temannya asyik mengunyah biskut yang ada.

Shahiza masih membisu, seakan tidak mendengar apa yang ditanya dan omelan temannya itu. Dia tetap asyik mengunyah biskut yang masih berbaki di tangan. Seakan menikmati keenakan biskut tawar yang sememangnya tidak berperisa itu.

“La, takkan kau tak tahu, Maya? Si Shiza ni kan minah biskut. Spesis yang tak boleh jumpa biskut. Semua jenis dia sapu, tak ada pilih-pilih punya. Untung siapa yang kahwin dengan dia. Tak payah beli beras. Beli saja biskut tawar tu barang dua tiga tin,” usik Eliza.

Berderai tawa mereka mendengarnya.

“Eh! Kamu orang tahu nda…” Tiba-tiba Melissa mencelah. Dialek Sabahnya jelas kedengaran.

“Macam mana kami orang nak tahu kalau kau tak bagi tahu?” potong Eliza sebelum Melissa sempat menghabiskan ayatnya.

Tersipu-sipu gadis comel itu bila sedar akan kelekehan soalannya tadi.

“Ialah, ni saya nak kasi tahulah. Semalam saya masuk rehatminda.com. Kamu orang tahu nama sebenar si Bullet tu Aiman Rahimi. Baru semalam saya tahu,” terang Melissa tersenyum bangga. Begitu teruja menceritakan maklumat yang diperolehinya.

“Apa punya slowlah engkau ni, Liss. Orang dah lama tahu. Nampak sangat engkau ni ketinggalan. Itulah, suka sangat naik Rapid KL. Cubalah sesekali naik Star LRT atau Putra, kan cepat?” sakat Eliza sambil tertawa nakal.

“Tahulah kau selalu sembang dengan dia. Eh, Eliza, kau ada apa-apa ka dengan si Bullet tu?” Melissa tidak mahu mengalah dengan usikan Eliza. Pantas dia melancarkan serangan balas bila melihat wajah Eliza seakan berseri mendengar cerita pasal bullet.

“La, nak ada apa-apa apa pulak? Pandailah engkau, Liss. Tak ada apa-apalah. Erm, budak berhingus lagi, tak mainlah. Cuma dia tu baik dan cute sangat. Eh, kau orang pernah tengok gambar dia? Ha, kejap ya.”

Eliza menghilang ke biliknya. Seketika kemudian dia kembali bersama beberapa keping gambar sambil dihulurkan pada teman-temannya. Dia masih tersenyum.

“Gambar siapa ni? Handsome, bah. Tapi macam muka Cina,” komen Melissa sambil menyerahkan gambar yang telah dilihatnya kepada Maya dan Shahiza.

“Ha! Itulah gambar Bullet. Hari tu aku minta tengok, tak sangka dia nak poskan pada aku,” terang Eliza bangga. Memang Bullet di antara chatters yang cukup famous di rehatminda.com.

Maya merenung Shahiza, cuba mencari riak daripada wajah selamba temannya itu. Namun gagal. Gambar tersebut direnungnya sekilas kemudian kembali memberi tumpuan kepada lagu yang sedang berkumandang. Sesekali terdengar nyanyian kecil dari ulas bibirnya mengikut seni kata lagu yang sedang dialunkan oleh Anuar Zain. Mungkin tidak mahu mengingati apa yang sedang dialaminya.

“Woi, Shiza! Kau ni apa hal sebenarnya? Kalau lagu Anuar Zain, amboi, bukan main layan lagi. Apa kau tengah tangkap cintan ke?” sergah Eliza. Sedari tadi diperhatikan gadis itu bagaikan tidak mempedulikan akan apa yang mereka bualkan.

Tersedak-sedak Shahiza menerima sergahan Eliza. Pantas Maya mengusap-usap belakangnya bagi meredakan sedikit keperitan yang mungkin dialami.

“Isy, kau ni, Eliza. Kalau nak jerkah pun tengoklah dulu apa yang member tengah buat. Apa nak bunuh kawan ke?” bebel Maya.

Dia menghulurkan tisu kepada Shahiza. Merah padam muka temannya, mungkin menahan rasa perit yang masih bersisa akibat daripada keterkejutan itu. Perlahan-lahan dia meneguk air daripada mug yang berada di hadapannya.

“Shiza, betul ke kau tengah bercinta? Siapa mamat yang bertuah dapat rebut hati engkau tu? Kasi tahulah sama kita orang,” pinta Melissa. Dia juga sebenarnya tertanya-tanya akan perubahan yang dialami oleh temannya itu cuma tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk bertanya.

“Kau dengarlah serkap si Eliza tu. Mana ada. Lagipun aku tak ada masa nak bercintan-cintun ni. Kalau bercinta dengan kerja yang melambak dekat office tu, adalah. Lainlah Eliza. Dekat rehatminda.com pun bersepah yang nakkan dia.” Tersengih Shahiza bila melihat Eliza tersipu-sipu malu.

“Jadi betul ka kau serius sama si Bullet tu Eliza?” tanya Melissa inginkan kepastian.
Dia agak sangsi dengan apa yang didengarnya. Apa yang dia tahu TwinTower salah seorang chatters di rehatminda.com juga sedang mengintai peluang untuk rapat dengan Eliza. Begitu juga dengan MrRomeo. Justeru dia tidak pasti mana satu benarnya. Lama direnung wajah gadis yang asyik tertawa itu.

Tak faham aku dengan budak sorang ni. Semua dilayan. Kena jual nanti… ha, siapa yang susah? desis hati Melissa bimbang.

“Woi, Liss…”

“Opocot, Tigerwood makan kayu. Cinabeng kau, Eliza. Buat saya terkejut saja. Nasib baik saya nda ada sakit jantung. Kalau ada sudah lama saya ‘jalan’. Ha! Siapa nak jaga pakwe saya yang handsome tu?” Cepat sahaja tangan Melissa mencampakkan bantal ke arah Eliza.

Rakan-rakan yang lain hanya tertawa melihatkan aksinya. Dia mengurut-urut dada bagi mengurangkan rasa terkejut yang hebat menyerang jantungnya.

“Yalah, yang kau berangan tu kenapa? Lain kali ajak aku sama. Baru tak kena sergah. Erm… kau ada pakwe ke, Liss?” sakat Eliza nakal. Dia sudah tertawa melihat perubahan di wajah Melissa.

“Eh, Shiza! Apa kes ha yang engkau minat sangat dengan si Anuar Zain tu? Cuba explain dekat aku. Aku tengok lembut semacam saja,” omel Eliza tersenyum. Sekeping keropok dicelupkan ke dalam sos cili sebelum disumbatkan ke dalam mulutnya.

“Amboi, mulut kau, terlebih insurans ek? Sedap saja kutuk dia macam tu. Apa salahnya kalau aku minat dekat dia? Okey apa. Dia tu bukan lembut, sebaliknya sifat romantik dia yang tak dapat disorok. Teserlah sangat. Kenapalah kau ni bebal sangat. Tak boleh nak bezakan antara lembut dengan romantik,” balas Shahiza selamba menembak.

Bibirnya masih lagi meniti lagu Keabadian Cinta yang sudah lama selesai dinyanyikan oleh anak muda itu. Entah mengapa dia terus mengalunkan lagu itu perlahan-lahan. Damai singgah di penjuru hati.

“Biarlah, Eliza. Shiza nak layan perasaan dia. Mesti minah ni sedang dilamun cinta. Kalau nda masakan happy saja saya lihat,” giat Melissa tersengih. Seronok bila melihat Eliza terkesan dengan kata-kata Shahiza tadi. Dia turut sama menyanyikan lagu tersebut.

Shahiza tersenyum kelat. Dia merenung wajah Melissa yang masih dihiasi senyuman. Erm, dilamun cinta? Hahaha. Lucunya serkap engkau, Liss. Aku tengah pujuk hatilah, beb. Takkan aku nak tunjuk dekat kau orang yang aku tengah sedih gila? Tak pasal aku kena soal macam orang salah dalam tahanan reman. Tak rela aku, bisik hatinya sendiri.

“Yalah, kalau bercinta pun takkan lagu mamat tu saja yang dijadikan tema? Atau mungkin lagu tu saja yang dia hafal dan boleh nyanyi? Cubalah nyanyi lagu Spider ke, Peterpan ke. Cari lelaki yang macho sikit. Erm, macam Hrithik Roshan ke, Arnold Schwanzeger yang nama dia memang payah nak eja tu ke, Tom Cruise ke, Faizal Tahir, Rosyam Noor, M. Nasir, Zainal Abidin. Tam Spider tu pun kira okey jugak. Worst to worst tu Fazli Zainal pun kira bolehlah. Ini Anuar Zain! Isy, tak sesuai,” komen Eliza sambil membuat gaya Raja Azura dalam rancangan Melodi dulu.

Dia merenung tepat ke wajah Shahiza yang sudah terdiam. Ah! Kenapa pula dia tiba-tiba diam? Salah ke apa yang aku cakap? Eliza menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Kalau aku, lebih baik Zinadine Zidane atau Michael Ballack atau Kaka, Messi, Xavi, Torres. Ronaldinho pun kira okey, bah.” Seorang lagi teman memberi pandangan. Melissa tersengih-sengih. Memang dia cukup meminati sukan yang satu itu malah sanggup bersengkang mata menyaksikan pemain-pemain idolanya beraksi.

Shahiza hanya diam. Ah! Kali ini dibawa senarai pemain bola sepak bertaraf dunia pula. Kalau tadi bintang filem dan penyanyi. Aduh! Jauhnya minda dia orang ni terbang.

Macho ke dia orang semua tu?” tanya Shahiza selamba. Dia sendiri tidak pasti bagaimana definsi macho pada pandangan gadis itu, tapi padanya macho adalah sesuatu yang subjektif. Mengikut pandangan individu.

Maya sudah memuntahkan tawa. Mahu saja dia berguling-guling di atas karpet, geli hati melihat wajah teman-teman yang tadinya bukan main riak dengan nama-nama lelaki yang mungkin jadi pujaan kini cemberut dengan serangan tak berperasaan daripada gadis yang selama ini sentiasa menjaga tutur. Padan muka... ejek Maya di dalam hati.

“Suka hati dialah nak ambil lagu apa atau siapa menjadi tema epilog cinta dia. Lagipun tu kan cinta dia, yang kau sibuk tu kenapa? Kau jealous sebab tak boleh buat macam tu sebab kau tak punya cinta atau sebenarnya kau memang tak pernah bercinta? Harap pakwe saja keliling pinggang tapi satu pun tak apply jadi buah hati kau,” sakat Maya bersama tawa yang masih bersisa.

Eliza menjegilkan matanya. Geram dengan keceloparan mulut gadis genit yang tak pernah lepa daripada mengenakan orang lain. Kalau aku ikutkan hati mahu saja aku plaster mulut murai laser minah kepoh sorang ni. Biar tak boleh bercakap barang sebulan dua, rengus Eliza menahan radang. Cemberut wajahnya makin ketara. Lebih-lebih lagi mendengarkan butir bicara Maya yang semakin galak mentertawakan dirinya.

Shahiza hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala. Antara Eliza dan Maya, memang tidak pernah tandus dengan usikan. Ada-ada sahaja bahan yang lahir di minda untuk mengenakan antara satu sama lain. Namun untung juga ianya sekadar gurauan yang tidak meninggalkan kudis yang berparut di hati.

“Apa? Kisah cinta di pasaran? Banyaklah engkau punya hangat. Nak rasa suam pun tak sempat, inikan pula hangat. Lupakan sajalah.” Shahiza bersuara perlahan. Ada getar di hujung suaranya.

Maya sekadar memerhati. Ah, sabar, Shiza. Jangan kau teriak tang ni. Sat lagi habis gamat satu rumah. Mereka berdua ni tak tau lagi. Maya mengusap tangan rakannya lembut, mengerti maksud di sebalik kata-katanya tadi.

“Alah, Eliza, nasib dia nyanyi lagu balada. Kalau Shiza nyanyi lagu dangdut. Ha! Lagi parah.” Berderai tawa mereka bila mendengar kata-kata Melissa.

“Woi! Apa kata kita berkaraoke malam ni nak? Daripada kita berbual kosong saja lebih baik layan lagu. Nyanyilah sepuasnya. Kejap ya aku pi pasang DVD yang aku rembat dekat pasar malam semalam.”

Maya mematikan siaran Astro sekali gus menamatkan topik yang difikirnya bakal membawa temannya ke destinasi kisah sedih semula. Dicapainya DVD yang dibelinya tempoh hari. Dipasangnya. Biarlah malam itu mereka menghabiskan waktu dengan melayan berbagai lagu yang ada.

Ah! Bestnya. Terasa macam masuk pertandingan Malaysian Idol pula bila keempat-empat mereka mula mengalunkan suara mengikut lagu yang dipilih. Biarpun lari daripada pitching, setidak-tidaknya jiwa yang resah dan gelisah dapat diredakan meski bukan melenyapkannya terus.

-Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai dan menerima apa yang kita dapat. Lantas redo dan bersyukurlan justeru tiap yang allah beri dan tentukan itu pasti punya hikmah yang maha besar dan bernilai dari-Nya. Salam dalam doa penuh kasih kerana-Nya... – AH-

Snack Pack IV KIMK

Ketenangan itu harus digapai demi melakar kembali kekuatan sekeping hati…Kuatkah sekudus jiwa ini???

ELIZA merengus geram. Tubuhnya dihenyakkan di atas katil. Mindanya berputar dalam amarah yang membuak. Lelaki semuanya sama. Sanggup berbohong semata-mata untuk kepentingan dirinya sendiri. Ah! Geram dan marah datang bertimpa di hati Eliza. Simpati tiba-tiba menyerbu dengan apa yang dialami oleh Noreen teman sekolahnya dulu.
Kalau ikutkan rasa marah dan geram, sudah lama lelaki itu ditampar, dimaki dan herdiknya. Bagai turut sama rasai sakit dan kecewa yang dialami oleh temannya itu. Seorang lelaki yang pernah bersumpah konon mencintai dan mengasihi sepenuh hati sanggup menodai segalanya. Melakukan pembohongan hanya untuk kepuasan diri sendiri. Memang kejam. Perasaan dan hati dipermainkan dengan sewenangnya. Kesetiaan digadaikan seolah ianya tiada berharga langsung.

Lelaki tidak tahu malu. Setelah dengan selamba berkunjung ke kampung dan berlakon memohon keizinan untuk menyunting Noreen, dia menghilang sebaik sahaja memperolehi apa yang dihajati. Duit yang dipinjam daripada gadis itu digunakan bagi menampung perbelanjaan hantaran pertunangannya dengan perempuan lain.

Dasar lelaki hipokrit. Lelaki yang langsung tak punya maruah dan harga diri. Membina kebahagiaan dengan mempergunakan segala kesempatan dan kasih sayang insan lain terhadap dirinya.

Eliza mencampakkan bantal yang dipegang. Geramnya dirasa makin membuak-buak di jiwa. Terbayang wajah sayu Noreen sewaktu bercerita akan perkara itu. Andai lelaki itu ada di hadapannya, sudah pasti akan dihadiahkannya dengan penampar agar mampu menyedarkan dirinya bahawa tidak semudah itu dia memperkotak-katikkan seorang perempuan.

Hatinya tiba-tiba jadi sakit. Ah! Lelaki memang tak boleh dipercayai. Janji sekadar manis di bibir. Teringat kepada si TwinTower. Penat sahaja dia menanti panggilan daripada anak muda itu sepanjang minggu. Akhirnya dia dihadiahkan dengan kehampaan. Alasan yang diberikan oleh anak muda itu cukup mudah. Tak ada kredit.

Bohong! jerit hati Eliza. Apa dia tinggal dekat dalam hutan ke? Mustahil tak dapat nak cari public phone untuk call aku? Kalau ya pun semuanya dah jahanam, takkan panggilan daripada aku pun tak boleh jawab? Rindu dah menjerut rasa konon, lagi baik jerut terus leher dia supaya cepat sikit belajar mengucap.

Dasar jantan tak guna. Sekadar menanam tepu di pinggir bibir. Entah-entah tengah sedap berdating dengan perempuan lain... cemuh hati Eliza berang. Terbayang wajah Haniff yang tinggi bagaikan Menara KLCC. Dah kenalah dengan nick sebagai TwinTower tu.

Ah! Persetankan dengan mereka semua... Kalau dia tak layan aku pun, aku masih boleh hidup. Lagipun bukannya aku serius sangat dengan dia pun. Hati gadisnya kian memberontak. Perlahan-lahan dia menapak ke jendela yang terbuka luas.

Dilemparkan pandangan jauh dan membiarkan fikirannya juga turut pergi jauh membuka sejarah lama. Teringat kepada mama.

Rindunya sudah lama menguntum, tapi dia tetap berdegil untuk terus mengikut rajuk di hati. Terkilan dengan sikap dan tingkah mama yang lebih mempercayai suami barunya yang hampir-hampir memusnahkan hidup anak sendiri. Mama masih menyebelahi jantan keparat itu tanpa mahu mendengar penjelasan daripadanya. Justeru kerana kecewa, dia membawa diri.

Dia kembali duduk di atas katil. Hatinya kian panas. Perasaannya makin tertekan. Dicapainya bingkai gambar yang ada di hujung katil. Gambar dia bersama arwah papa, mama, Abang Johan dan Kak Junita. Betapa bahagianya tika itu. Dia sentiasa mendapat perhatian dan kemanjaan daripada papa meskipun terkadang sikapnya yang agak agresif sering mengundang permasalahan dalam keluarga.

Namun segalanya hancur berkecai setelah pemergian papa. Mama mengambil keputusan untuk bernikah dengan bosnya sendiri. Sejak itulah hubungan kekeluargaan mereka makin renggang.

Abang Johan mengambil keputusan untuk menyertai TUDM sementara Kak Junita pula bekerja di salah sebuah firma hartanah yang beroperasi di Australia. Semuanya sebagai tanda protes terhadap keputusan mama. Tinggallah dia seorang untuk terus hidup bersama mama dan ayah tirinya.

Sejak dari awal lagi jantan gatal itu telah menunjukkan minat terhadap dirinya. Tiap kali dia menyuarakan perkara itu kepada mama, pasti dia akan dimarahi dan dituduh sengaja menggoda ayah tirinya.

Namun kejadian ngeri sewaktu ketiadaan mama tak mungkin akan dilupakannya hingga ke akhir hayat. Untung dia masih sempat mempertahankan segalanya daripada diceroboh. Waktu itu dia benar-benar kecewa bila mama menuduh dia yang memulakan segalanya.

Air mata mengalir. Perlahan-lahan diletakkan semula bingkai gambar itu ke tempatnya. Air mata makin laju membasahi pipi. Dia tersedu seorang diri. Selama ini dia tidak pernah mempamerkan segala yang dialaminya kepada sesiapa pun. Malah tak siapa yang dapat menduga bahawa dia juga menjadi seorang pendendam pada insan yang bergelar lelaki. Terlalu payah meletakkan kepercayaan setelah melalui pengalaman hitam dalam hidupnya.

Dikesatnya air mata yang masih berbaki. Tidak mahu ada insan lain yang melihat keadaannya sedemikian, malangnya Melissa sudah berdiri di hadapanya bagaikan tiang letrik. Bulat mata Gadis Kadazan itu memandang ke arahnya. Eliza hanya buat muka selamba.

“Apa kau buat tercegat kat dalam bilik aku ni? Dah berapa jam kau kat situ?” Keras bunyi suara Eliza. Geram dan marah dengan sikap yang dianggapnya penyibuk milik gadis itu.

“Kenapa kau nangis? Kau gaduh dengan si Bullet ke?” tanya Melissa tanpa mempedulikan renungan bengis Eliza.

“Woi! Tak ada nama lain ke kau nak sebut? Tak sudah dengan si Bullet. Kan aku dah kata, aku tak ada apa-apa hubungan dengan budak tu. Takkan kau tak faham-faham, atau kau nak aku cakap dalam bahasa apa? Ha! Kalau kau atau Shiza nak sangat, ambillah. Aku tak ingin pun,” herdik Eliza kasar.

Hatinya yang sakit makin membengkak bila dia terus-terusan dikaitkan dengan anak muda berwajah kecinaan itu. Sejak mengetahui konflik yang melanda Shahiza, dia turut rasa bersalah.

“Kenapa kau marah sangat ni? Maaflah kalau saya menyinggung perasaan kau, tapi saya bimbang lihat kau nangis-nangis macam ni. Kalau kau ada masalah, kasi tahulah. Mungkin saya boleh bantu.” Sayu bertamu di hati Melissa. Niatnya untuk membantu mendapat herdikan daripada teman sendiri.

Eliza merenung wajah Melissa. Ada kesal di hatinya. Entah mengapa kemarahan yang membuak dilampiaskan pada gadis itu. Dia dihambat rasa bersalah. Dia mengeluh.

“Maafkan aku, Liss. Aku tak bermaksud nak marah kau, cuma…” Eliza tidak menghabiskan kata. Dicapainya tangan Melissa lantas menggenggamnya erat. Dia tahu gadis itu pasti terasa dengan perlakuannya.

“Tak apalah, Eliza. Saya faham. Ni saya nak tanya, kau tahu ke mana hilangnya Maya?” soal Melissa.

Dari tadi dia kebimbangan setelah mendapat panggilan daripada Joseph dan Shahiza. Ternyata, apa yang mereka fikirkan benar. Maya menghilangkan diri tanpa dapat dikesan ke mana sebenarnya tujuan gadis itu membawa diri. Mahu tak mahu, terpaksa juga dia bertanya kepada Eliza biarpun yakin gadis itu pasti tidak mengetahui apa-apa.

Haa! Maya hilang? Biar betul... Ke mana pulak perginya minah kepoh tu? Patutlah dah dua hari aku tak dengar suara dia. Nak kata bergaduh, dah lama jugak dia lancarkan gencatan perang mulut, cuma hari tu aje…

Eliza mengerutkan dahinya. Lama direnungnya Melissa. Terasa kesal dengan sikapnya yang terkadang sambil lewa dengan permasalahan yang terjadi di rumah mereka. Perlahan-lahan digelengkan kepalanya tanda tidak tahu.

“Tak apalah. Kita tunggu sahaja sampai Shiza balik. Harap dia dapat berita di mana Maya sekarang.” Melissa menjawab kembali soalannya.

Dia bangun lantas melangkah untuk keluar dari bilik itu. Mungkin temannya perlu bersendirian untuk merehatkan minda dan perasan, namun terhalang oleh pautan tangan Eliza.

“Liss, boleh kau temankan aku?” Perlahan suara Eliza. Matanya mula berkaca. Melissa tersenyum lantas duduk semula di birai katil. Membiarkan Eliza memulakan bicara. Dia tidak mahu memaksa cuma yakin gadis ceria di sebelahnya sedang bermain dengan kemelut permasalahan yang datang menjengah. Lama keadaan membeku. Yang kedengaran hanyalah alunan lagu yang diputarkan oleh DJ daripada radio Sinar FM.

“Liss, aku ni teruk, kan? Tak pernah nak ambil pusing perasaan dan hati kawan-kawan. Kejamkah aku, Liss?” Tiba-tiba Eliza bertanya perlahan. Sayu suaranya memandang tepat ke arah Melissa.

“Saya nda fahamlah, Eliza. Apa maksud kau kata macam tu?” tanya Melissa. Dia kian keliru dengan situasi gadis di sebelahnya.

“Pasal Shiza dengan Aiman Rahimi. Sumpah, Liss, aku tak ada apa-apa hubungan dengan budak tu. Aku pun tak tahu yang Shiza baik dengan dia. Memang aku akui aku dah lama kenal Aiman, rasanya sebelum Shiza kenal dia lagi. Kau pun sedia maklum, kan? Di rehatminda.com, siapa yang tak kenal Bullet? Sebut saja nick dia, semua orang tahu bagaimana karakter anak muda itu. Tapi bukannya serius. Erm, aku bimbang andai apa yang berlaku di antara Shiza dengan Aiman sedikit sebanyak disebabkan oleh aku,” luah Eliza.

Melissa mengeluh. Dia tidak berani untuk mengulas lebih lanjut

“Aku pun pernah frust, tapi bukanlah cinta buat seorang kekasih, tapi cinta terhadap mak aku. Aku rasa macam dunia ni dah berakhir saja bila mak aku ambil keputusan untuk berkahwin semula dan yang lebih malang lagi bila bapak tiri aku cuba nak nodai aku. Mak aku pulak tak percaya, sebaliknya tuduh aku yang goda lelaki jahaman tu. Kau bayangkan macam mana perasaan aku waktu tu? Hancur berkecai. Punah semua kasih sayang dan rasa cinta yang ada terhadap mak aku. Sebab itulah aku hidup melarat sorang-sorang. Menyewa sana sini dan akhirnya aku tersadai dekat rumah Shiza dan bertemu dengan kau orang. Aku sengaja buat perangai brutal sebab nak hilangkan tension. Aku dah janji pada diri aku yang aku tak akan toleh ke belakang lagi. Aku tak akan biarkan diri aku menangis lagi. Biarlah semua tu berlalu. Aku berazam untuk buktikan pada mak aku yang aku juga boleh hidup tanpa dia.”

Snack Pack V KIMK

Mencari tenang di dada laut, menganyam damai dipelukan takdir…-moga redo-Nya menjadi milikku

“Shiza, apa yang engkau rasa setiap kali kau solat?” Entah bagaimana Melissa bisa mengajukan soalan sedemikan.

Bulat mata Eliza mendengarkan soalan yang penuh makna daripada temannya itu.


Shahiza tersenyum. Wajahnya tampak berseri-seri, mungkin kesan daripada wuduk yang menyelaputi wajahnya.

“Solat itu tiang pada agama. Kalau tidak dijaga sebaiknya, maka mudahlah roboh dan tak mustahil binasa. Sama macam kita bina rumah. Kena teguh tiangnya untuk memastikan rumah itu tidak roboh. Tiap kali bersolat, kita menyerahkan seluruh jiwa kepada pencipta kita, yakni Allah azzawajalla. Menunaikan segala suruhan dan perintah yang telah ditetapkan-Nya.

“Bila kita lakukan dengan khusyuk dan ikhlas sepenuh hati, pasti kita akan merasakan kenikmatan dalam ketenangan yang tak mungkin akan kita perolehi dengan cara yang lain,” terang Shahiza lembut. Matanya menyapa ke wajah teman yang masih lagi duduk di atas katil. Hatinya dipercik pertanyaan mengapa tiba-tiba gadis itu bertanyakan soalan sedemikian.

“Kenapa tiba-tiba kau tanya soalan macam tu, Liss?” Eliza menyoal. Dia juga hairan mendengar pertanyaan gadis itu. Dahinya sudah berkerut-kerut.

Melissa sekadar mempamerkan segaris senyuman.

“Saya suka dengar laungan azan. Rasa damai dan sayu, lebih-lebih lagi waktu subuh,” akui Melissa lagi membuatkan Shahiza dan Eliza bertukar pandang. Sedikit kaget dengan apa yang mereka dengar.

“Shiza, boleh kau beritahu aku apa istimewanya Islam?” tanya Melissa lirih. Matanya tepat memanah wajah temannya itu.

Shahiza tergamam. Mencari maksud pada pertanyaan gadis itu. Selama ini tidak pernah Melissa bertanya perkara sedemikian.

“Kenapa tiba-tiba kau tanyakan soalan itu?” Shahiza menjawab dengan soalan. Matanya masih tenang merenung wajah gadis yang mula kelihatan resah.

Melissa diam. Masih berkira-kira apakah perlu dia berterus terang akan apa yang sudah lama tersimpan di lipatan ruangan hatinya. Tegakah dia meluahkan segalanya?

“Liss, aku tahu ada yang kau simpan dan pendamkan. Cuba beritahu aku. Mana tahu kalau-kalau kita boleh atasi resah yang kau rasa tu bersama,” pujuk Shahiza lembut. Tangan temannya diusap perlahan. Melissa masih diam. Mulutnya seakan terkunci biarpun nalurinya ingin bercerita. Perlahan-lahan dia menundukkan wajahnya. Ada air jernih yang mula hadir di birai mata.

“Islam adalah pelengkap untuk semua agama yang terdahulu. Kerana itulah tiada lagi agama lain yang diturunkan selepasnya. Seperti mana yang disebut dalam al-Quran pada beberapa surah antaranya, Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redai Islam itu jadi agama bagimu. Surah al-Ma'idah, ayat 3.

“Begitu juga Allh tegaskan dalam ayat yang maksudnya, Barangsiapa mencari agama selain Agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. Surah Ali Imran, ayat 85.

“Liss, kenapa tiba-tiba kau tanya semua ini?” tanya Shahiza perlahan. Direnung wajah temannya itu penuh kasih. Dalam hati dia bermunajat, berharap apa yang dirasanya benar.

“Aku dalam pencarian cuma…” Melissa tidak menyudahkan kata-kata. Birai matanya kian basah. Pantas Shahiza mengusap bahunya lembut.

“Sabarlah, Liss. Aku akan tolong sedaya yang aku mampu, apa yang aku tahu. Selebihnya kita tanya pada orang yang lebih arif dan lebih elok kalau kau dapat mengikuti mana-mana kelas dengan guru yang bertauliah. Tentang agama ni tak boleh buat main-main. Kita kena faham betul-betul agar tidak terus diselubungi kekeliruan dalam ketidakfahaman,” nasihat Shahiza perlahan.

“Shiza, kau boleh cerita pada aku tentang Islam?” pinta Melissa. Wajahnya penuh harapan. Hati yang resah perlukan penawar dan dia yakin itulah penawar yang boleh meredakan apa yang dirasanya kala ini.

Shahiza tersenyum. Permintan temannya itu agak sukar untuk dipenuhi, tapi dia tidak pula mahu menghampakan. Sedar Melissa benar-benar inginkan santapan untuk jiwanya tika itu.

“Islam agama yang bersih daripada kemusyrikan. Islam hanya menyembah satu Tuhan sahaja yakni Allah yang mencipta segala yang ada di bumi dan lautan. Kita mengabdikan diri kepada-Nya dengan sesungguh dan seikhlas hati. Segala kebaikan kepada makhluk lain tak lepas kerana cinta kepada Allah seperti firmannya yang bermaksud:

Ingatlah, hanya kepunyaan Allahlah agama yang bersih (daripada syirik). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata), Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat- dekatnya. Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar. Surah Az-Zumar, ayat 3.

“Islam dibina di atas lima rukun yang amat kukuh yakni mengucap syahadah, solat, puasa, zakat dan juga haji pada yang berkemampuan yang akan membawa seseorang itu menjadi muslim sebenar andai dia melaksanakan keseluruahan asas itu. Kemudian ianya digandingkan enam rukun untuk memantapkan keimanan dalam diri iaitu percaya kepada Allah dengan sesungguhnya, tidak menyembah selain daripada-Nya, percaya kepada Rasul, percaya dengan segala kibab yang telah diturunkan kepada nabi-nabi yang terdahulu, percaya kepada para malaikat yang sentiasa menjaga dan mengawasi sekalian makhluk, percaya kepada hari akhirat di mana pada hari itu semua akan dibangkitkan untuk diadili apa yang telah dilakukan selama hayat dan akhir sekali percaya kepada qadak dan qadar bahawa segala yang terjadi adalah dengan izin daripada-Nya juga.” Shahiza menerangkan segala yang asas.

Melissa mengerutkan dahi. Sukar untuk dimengertikan apakah maksud dengan kerutan itu.

“Kenapa, Liss? Kau macam musykilkan sesuatu,” tanya Shahiza lembut. Al-Quran yang dibacanya sudah ditutup. Kini tumpuan diberikan sepenuhnya kepada gadis yang ada bersamanya.

“Maksud kau apa yang terjadi dan aku rasa sekarang ni pun atas keizinan daripada Tuhan, begitu?” soal Melissa.

Shahiza menggangguk-anggukkan kepalanya. “Mungkin bukan hanya sekarang tapi sejak lama dulu, cuma mungkin kau tak perasan atau mungkin tidak sekuat seperti yang kau rasakan sekarang ini,” balas Shahiza.

“Apa yang harus aku lakukan, Shiza?” Melissa bertanya, inginkan pandangan dan bantuan.

“Ikutlah kata hati kau. Kalau kau inginkan sinar ketenangan itu, carilah dengan sebenar-benar pencarian. Sesungguhnya tak ada paksaan dalam Islam seperti mana yang disebut dalam firman Allah SWT yang bermaksud, Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut dan dia pula beriman kepada Allah maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Surah al-Baqarah, ayat 256.

“Yang ingin aku pesan, usah mencari secara bersendiri, usah menafsir melalui pandangan mata sebaliknya bergurulah dengan orang yang arif. Bertanyalah daripada orang yang berpengetahuan agar kau tidak sesat dalam sebuah pencarian. Islam itu indah dan sempurna, hanya terkadang manusia yang suka mencacatkan keindahan dalam kesempurnaan yang telah sedia ada.” Lembut Shahiza menasihati temannya itu.

Bahu Melissa diusapnya berkali-kali. Senyuman terukir di bibirnya. Mudah-mudah gadis itu bertemu dengan apa yang dicarinya...

Selamat Hari Lahir...


Selamat Hari Lahir
Selamat Hari Lahir
Selamat Hari Lahir
Ungkapan Rahsia Hati....
Selamat Hari Lahir

Selamat ulang tahun Pertama untuk Ungkapan Rahsia Hati pada hari ini 05042008. Tak terzahir dengan kata-kata bila lihat Ungkapan Rahsia Hati tersusun cantik bersama buku-buku yang lain sewaktu Kuala Lumpur International Book Fair tahun lepas. Terima kasih buat Fajar Pakeer Publisher Sdn Bhd yang yakin untuk menerbitkan manuskrip dari penulis yang langsung tak orang kenali. Terima kasih juga pada semua yang memberikan feed back setelah menatap Ungkapan Rahsia Hati...

Jawab jangan tak Jawab

Tagged By Rehal Nuharis

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapakah anda memilih nama blog itu

Biarlah Jemari Menari... sebabnya dengan jarilah saya menaip segala yang menari di minda... ahaks... boleh gitu...

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

www.pu3imaneisya.blogspot.com
Itu nama yang saya gunakan dalam bidang penulisan. Jadi, biarlah yang membaca tulisan saya berkongsi apa yang saya tulis yang tak ada dalam buku.

3) Apakah method dalam penulisan blog anda?

Erm apa ekk... hehehehehehe biarlah hanya saya saja yang tahu heheheheh jangan marah ha..


4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? kenapa?

Setakad ini belum punya perasaan sedemikian dan insyaallah tak akan terhapus kut... kecuali penulisnya yang.....

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?

Blog mereka lagi superb dari saya kerana mereka semua terdiri dari orang-orang yang hebat di bidang masing-masing. Jadi jangan segan-segan berkunjung ke blog mereka ekk...

6) Senaraikan calon yang akan di tag:

Ebriza
Dewi Sukma

Bikash
Suria Arrisya
Mimie Afinie

Kelahiran makin hampir....

Alhamdulillah.. buah cintaku sekadar menanti saat kelahiran. Doa dan harapanku moga ianya bisa diterima sepertimana buah cinta pertamaku dahulu.




MAYA - Apa yang dirancang tidak semudah perlaksanaan. Di mana nilai cinta harus ditempatkan? Dia bagai terhumban ke jurang dilema. Tegakah dia memperjudikan hidupnya bersama Joseph?

SHAHIZA - Adakah yang sudi menerima dirinya yang lahir bukan daripada ikatan yang halal? Yang hilang sebahagian daripada kesempurnaan seorang perempuan? Apakah masih ada sisa bahagia untuk dirasainya walau insan yang disayang sudah menjauh?

ELIZA - Kerana marah dia tega membawa diri. Meninggalkan insan yang disayangi, justeru kepercayaan bukan lagi menjadi miliknya yang hakiki. Dia memaksa diri menjadi insan berhati kering, biarpun satu ketika dahulu hatinya pernah dibanjiri limpahan kasih sayang. Namun siapa yang dapat menolak ketentuan?

MELISSA - Hati dan jiwanya sering meronta inginkan pembebasan daraipada belenggu resah dalam kegelapan. Nur ketenangan dicari pada tiap penjuru kehidupan. Akhirnya dia bertemu, malah pertemuan yang tidak hanya membebaskan hati dan jiwa, sebaliknya turut menerangi jalan bahagia di lembayung cinta dan kasih sayang insan bergelar lelaki....


Mencari dalam pencarian yang berbeza diantara keempat-empat gadis ini membuatkan mereka betah menjadi sahabat yang awalnya sekadar bertemu dan bertukar cerita di sebuah laman web. Tiap yang mereka lalui dikongsi bersama. Gurau senda dan air mata bagaikan hamparan yang mengalas tiap langkah yang diatur untuk mencapai matlamat sebuah kehidupan. Antara Maya dan Eliza, senda dan usikan bagai satu kemestian, Melissa dan Shahiza menjadi penyimpan rahsia dan suara hati dari terus didengari. Namun akrab persahabatan memecahkan segalanya... lantas perkongsian mula mengisi rongga perhubungan di antara mereka. Kehadiran Joseph, Akmal Hakim, Danish Zafran dan Badrulnizam turut sama menjadi warna-warni dalam sebuah kehidupan. Namun siapakah keempat-empat orang jejaka ini...

-Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai dan menerima apa yang kita dapat. Lantas redo dan bersyukurlan justeru tiap yang allah beri dan tentukan itu pasti punya hikmah yang maha besar dan bernilai dari-Nya. Salam dalam doa penuh kasih kerana-Nya... -