Kepergian....

Erm pelik kan... kenapa pulak tiba-tiba ada pulak tersesat gambar mamat yang erm boleh dikategorikan sebagai NOT BAD LOOKING ni kat glass castle aku? Sapa pulak ni... Well, by the way and no highway namanya Raizal. Apa pulak kaitan dia dengan aku?? Dah sah-sah dia ni bukan abang aku. Actually dia salah seorang dari sahabat aku... sahabat yang bukan sekadar kongsi-kongsi cerita dan tawa, bukan juga sekadar dengar sendu dan tangis... Eh! Jap. Rasanya kalau tak silap aku, belum pernah pun dia dengar aku nangis. Dia adalah salah seorang sahabat yang bertanggunajawab dengan apa yang terjadi pada aku sekarang. Orang yang tanpa perasaan mencabar aku untuk buktikan bahawa minat yang sudah sekian lama terpendam ini menjadi satu impian untuk aku gapai dan dari impian itulah lahirnya sebuah realiti. Ha! Jangan tak tahu, aku pernah terlibat dalam acara memburu realiti tau... realiti untuk aku menjadi seorang PENULIS seperti sekarang. Inilah orangnya, orang yang jadi tempat aku buat pengaduan bila kecewa dan rasa putusasa mengacah dalam diri. Dialah salah seorang yang bertanggungjawab hingga aku mampu tersengeh minah senget bila lihat garapan aku dalam bentuk buku berada bersama dengan novel-novel dari novelist yang dah sememangnya gah.

From the begining aku dikhabarkan dengan berita kepergian, aku memang speechless... rasa cam hilang segala perbendaharaan kata yang tersimpan dalam bank otak. Rasa nak nangis pun ada gak.

"I dah tender dari GM Sdn Bhd. Tak sabar rasanya nak ucap bye... bye pada seluruh warga syarikat." Itulah perkhabaran yang disampaikannya penuh perasaan. Aku tahu dia happy, happy justeru mungkin rasa sebahagian atau seluruh permasalahan yang membelenggu dirinya selama ini selesai. Waktu tu aku memang tak reti nak describe perasaan aku yang bercampur gaul dengan segala rasa. Apapun aku tak nafikan, jauh di sudut hati, terdetik juga kepiluan disalut kesedihan. Memang perkenalan kami agak unik, bermula sebagai client, akhirnya mengheret kami pada kancah persahabatan. Aku cukup senang dengan sikapnya, seorang pendengar yang baik dan tidak lokek menghulurkan nasihat berbau motivati pada yang memerlukan. Selama kami kenal, banyak yang dah dilakukannya. Malah aku rasa tanpa sokongan dan cabaran darinya, mungkin aku masih lagi buat khazanah nasional dengan apa yang aku tulis. Masih teringat akan kata-katanya... “Dengan sedikit kekuatan, keyakinan bakal bertandang, menundukkan keraguan dan ketidakyakinan daripada terus menguasai diri.” Kata-kata itulah yang jadi kekuatan dan pegangan untuk terus mengapai impianku selama ini.


Sesungguhnya bukan dekat tempat yang dia nak pergi... berjuta kilometer. Di syarikat inilah nanti dia akan mempertaruhkan kemahiran dan segala kebijaksanaannya. Di sinilah rezeki yang telah ditetapkan oleh allah kepadanya dan di sinilah nanti dia akan memulakan segala-galanya. Membina kembali apa yang pernah dan telah dimilikinya selama berkhidmat di GM Sdn Bhd. Apapun aku yakin, bila yang membuat keputusan itu adalah insan yang diberi nama Raizal, tak ada yang mustahil untuk di gapainya. Keputusannya untuk migrate ke Timur Tengah memang memeranjatkan sekali gus menghumban segala yang aku rasa ke gaung kesedihan, namun demi sebuah kehidupan, demi sebuah perjuangan yang belum tamat, aku cuba redho dalam seribu kepasraan. Aku sekadar mampu untuk terus menitipkan doa moga apa yang dilakukannya mendapat keberkatan dari allah dan dia sentiasa berada dalam limpahan kasih sayang dan rahmat dari-Nya sentiasa. Moga persahabatan kami tidak akan bernoktah dengan satu kepergian..

R - Rahmat allah amat besar, diberikan pada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya
A - andai sesekali terlena, segeralah ingat akan paksi yang telah ditinggalkan Muhammad
I - Illusi sekadar permainan, gapailah realiti berpandukan Quran dan Sunnah
Z - Zaman akhir ini bagaikan hamparan cabaran buat sekelian yang ada untuk melangkah
A - Awas dengan godaan dan dugaan yang mungkin mampu melena dan menghayutkan jiwa
L - Lindungi diri dengan Iman dan Amal agar hidup tetap berteraskan hidayah-Nya.

4 Ulasan:

  anyss

May 25, 2009 at 6:52 PM

Orang kata...jarak buatkan kita rindu. Apa salahnya dia jauh andai nanti...boleh lebih akrabkan :)

  Anonymous

May 25, 2009 at 8:19 PM

Kau Yang Teristimewa ke ni? atau Teman tapi Mesra?

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

May 26, 2009 at 6:19 PM

tu orang kata... empunya diri tak kata apa... erm tak kisahlah anyss, jauh atau dekat, kalau nak lupa tu, boleh jer kan... segalanya terletak di hati masing-masing kan.

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

May 26, 2009 at 6:19 PM

Anonymous... Pu3 tak ada komen tentang tu... beyond of my mind.