My Lunch....

Aku dah kembali bertugas... banyak yang perlu dibereskan walau keadaan aku masih lagi belum recovered sepenuhnya malah rasa cam tak recover sebenarnya sebab demam aku masih lagi datang dan pergi. Tapi aku tak mau ikutkan sangat dan kentalkan semangat untuk lawan virus yang masih hidup dalam tubuhku. Aduh! Bilalah sekelian virus ni nak mati... tak sampai lagi ke ajalnya. Ubat, awal-awal lagi aku makan... kali ni dah tak skipping-skipping dah sebab aku nak sembuh... nak siapkan banyak benda. Kalau aku tak sihat, macamana aku nak terus mengejar dan memburu impian kan... dari itu aku mesti dan harus dengar segala nasihat doktor. Di office boss beri kelonggaran pada aku. Rehat kalau aku rasa tak sihat... jangan paksa diri... itulah kata boss aku. Memang aku masih lemah sebenarnya...

Tengahari ni aku jalan jauh sikit. Nun Ke KL Sentral dengan Sue dan Siti. Dah terlanjur mereka cadang nak makan di sana, aku pun followlah. Trisya bawak bekal roti... dipelawanya juga aku, tapi aku tak nak. Bukan menolak, tapi seleraku masih belum pulih, jadi tekak ku berkehendakkan something light macam sup. Jadi inilah lunch aku....

Yong tau foo with soup. Siap aku minta sup lebih lagi tu... Dalam perjalanan balik, Sue pulak mengidam nak makan kek... nak gelak gak aku dibuatnya. Cari kat sevenE, tapi tak berkenan. Nak ke SR... malas... macamlah jauh bebeno SR tu. Akhirnya aku, Sue dan Siti singgah kat sini

Sue beli Cranberry kek, siap offer aku ngan Siti lagi. Katanya dia nak belanja. Wah! Alhamdulillah... terima kasih... moga allah murahkan rezeki ko lagi Sue.... Erm aku terpikat dengan Blueberry Cheesecake dan Siti pulak rembat Blueberry Muffin. Jadinya berdesertlah kami tengahari ni... Layan...


6 Ulasan:

  suriani

May 14, 2009 at 3:27 PM

YTF tu sedap, kek pun sedap... tapi the company tu yang lebey sedap lagiiiii... ahaks

  Najwa Aiman

May 14, 2009 at 3:30 PM

Aiyooo...!!! Aku memang teramat mengidam banget yong tau foo sekarang ni! Aaahhh...!!!

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

May 14, 2009 at 3:50 PM

To Umi -> Betul tu... YTF tu memang sedap lebih-lebih lagi soup dia tu... peh terbuka selera... erm kek, belum rasa, tapi nampak macam best and Yummy... apa pun ianya jadi lebih best bila ditaja dengan penuh keikhlasan. Thanks so much...

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

May 14, 2009 at 3:52 PM

To NA -> ko teramatlah mengidamnya nak makan YTF ekk... mehlah datang KL Sentral. Kalau setakad semangkuk YTF tu aku rasa aku tak masuk dalam senarai orang muflis untuk belanja ko. Just rang me up if you decide to come over... jangan ko siksa keteringinan ko tu lama-lama... ingat hidup ni singkat... ;-)

  Nursuzry

May 15, 2009 at 8:45 AM

ni btul punya makan. selera dasat hehehe

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

May 15, 2009 at 10:31 AM

To Sue -> selera orang lepas bangun sakit... hahahahaa... ada ke sesapa lagi yang nak mengofferkan diri membelanja Pu3? Sila register cepat...