Perlu ke???

Aku ni bukanlah anti muzik sebab sekarang ni pun aku tengah layan Mentor... tengok anak-anak melayu terlalak-lalak menjaja suara... bergelek-gelek mengalahkan angsa patah tulang... tapi kadangkala aku terfikir sendiri, kenapa perlu banyak sangat ada rancangan reality hiburan ni???? Ada mentorlah... ada one in a millionlah.... akademik fantasialah... dan tah apa-apa... ramai sangat yang nak jadi penyanyi... nak jadi penghibur dan bolah dikata rata-rata semuanya anak MELAYU.... perlu ke semua tu... Akademik Fantasia contohnya, dah sampai musim ke berapa pun aku tak tahu. Begitu juga dengan Mentor, one in a million...

Tapikan, kenapalah penerbit-penerbit yang bersepah di luar sana tak mahu mencuba sesuatu yang lain... yang cukup berkelaianan... kalau beberapa tahun dulu ada dibuat rancangan Akademik Al-quran dan sambutannya cukup menggalakkan, kenapa tak dibuat satu lagi acara mencari bakat-bakat baru anak-anak MELAYU yang beragama ISLAM pastinya. Kenapa tak nak buat acara Akademik Bilal... Ha! Gelaklah... gelak.... woi! bukan senang tau nak jadi bilal. Cuba korang lihat bilal-bilal di segenap masjid. Jarang kita nak jumpa anak-anak muda kan... yang ada semuanya kategori tua... jadi kalaulah generasi ni dah tak ada... siapa nak ambilalih? Budak-budak tahfiz... erm memang boleh, tapi aku tetap rasa kalau dibuat satu program yang sama coraknya dengan segala rancangan reality TV yang berlambak sekarang, pasti ramai yang berminat. Bukan senang tau sebenarnya nak laungkan azan, nak jadi seorang bilal yang baik. Korang tahu tak melody azan Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh tu punya melody yang berbeza? Cuba dengar betul-betul azan yang dilaungkan dari bilal-bilal masjid dari negara Arab. Kenapa kita tak fikirkan sesuatu yang lebih baik untuk generasi MELAYU ISLAM kita di negara ini??? Akademik Bilal... okey pe... fikir-fikirkanlah... mana yang lebih afdah... sesuatu yang melekakan atau sesuatu yang menyeru pada kebaikan...

1 Ulasan:

  UMAIRA DZUL WIDAD @ NAZ AREESYA AMEEN

May 21, 2009 at 3:08 PM

hidup kak pu3!! tak sangka apa yang ada kat kepala sy selama ni rupanya ada gak kat kepala orang lain.saya sokong 1000xxxx % hujah k.pu3 ni. memang betoi apa kata k.pu3 tu.sudahnya bebudak yg masuk realiti show tu tak ke mana pun. tgok je la nasib seorg artis wanita yg asalnya keluar dari realiti show tu. sampai jadi gila akhirnya, gara2 tak dapat buat album. huh..please....selamatkan anak melayu islam kita.