Sebuah ungkapan

Pesta buku sudah lama berlalu. Memang terlalu banyak kenangan yang sudah tercanai... terbentuk dengan acuan kemesraan lantas dibakar di dalam ketuhar hati lantas akan kita simpan di dalam ingatan. Terlalu banyak yang ingin ku kongsikan dengan sekelian yang sudi menziarahi istana kacaku. Dari minggu pertama, aku seperti juga tahun lalu berjanji dengan Abby untuk ke Pesta buku bersama. Dalam tunggu minah cun tu, aku sebenarnya berdebar... kenapa nak berdebar. Bukannya first time aku pergi pesta buku. Betul, tapi rasanya tahun ini ianya lebih proper sebab jadual tugasan novelist di bawah naungan Syarikat Fajar Pakeer disusun dengan rapi. Thanks for them who work hard for that. Bila Abby sampai, kami menuju destinasi. Tercari-cari di mana gerangan booth FP... boleh dikira sesat gaklah. Maklum first day kan, floor plan tak hafal lagi walau beberapa hari sebelumnya angah dah tolong surfkan di mana letaknya booth tu. Maka, sabtu pertama tu jumpalah dengan novelist lain yang sebelum ni kami sekadar bergurau senda di shootbox blog publisher. Hari tu ada Fizah, Wannie, Kak Chempaka yang sanggup turun dari Sarawak, Kak Mahizan... erm sapa lagi ekk... alamak! nilah masalah aku. Malangnya aku tak sempat nak keluarkan camera untuk rakamkan gambar kami. Cuma aku harap sesiapa yang ada boleh postingkan gambar-gambar yang sempat dirakam supaya aku boleh cilok... hehehehehe. Ha! Lupalah pulak, jumpa gak si Najwa Aiman, aku rembat novel yang dihasilkannya. Nak baca garapan orang yang baru aku kenal.

Hari Ahad minggu pertama, aku menyibuk lagi. Alasannya cukup mudah, nak jumpa kawan-kawan sealiran yang bertugas pada hari ni. Jumpa Kak DS, Kak Qaseh, Romi, Eny dan Ellis... kepala semuanya gila-gila, hasilnya booth kecoh dengan gelak tawa dan gurau senda. Ceria betul... Maira si comel lote tu pun sempat gak bertandang dan menambahkan kemeriahan suasana. Aku cukup seronok dalam keterujaan. Tak rasa ada jurang antara kami semua. Alhamdulillah...

Sabtu minggu kedua, aku menyibuk lagi, tapi kali ini aku pergi sebab nak beli buku walaupun minggu sudah memang aku dah start angkut buku bawak balik rumah. Singgah di booth FP, cadangnya nak lepak dan minta signature novelist yang duty. Ada Umairah, Sarnia, Nor Rafishah, Anita, Nass Alina, Siti Rohani dan novelist lelaki FP si Ikhmal yang hadir ditemani si Buah hati yang cukup sporting. Aku pun tersangkut sama dalam sesi kenal-mengenal. Ada pulak Kak Qaseh, bertambah-tambahlah seronoknya.

Ahad, minggu akhir... this my turn duty. Sedih sebabnya aku ngan Ezi jer. Fida sibuk cuma menjengah sekali sekali, Rehal pun sibuk gak, Bib pun sama. Jadi kenalah pandai-pandai bawa diri. Rasanya aku patut berterima kasih pada Fishah dan Anita yang sudi duduk dan berborak. Apapun aku bersyukur bila buah cinta kedua boleh aku katakan diterima oleh pembaca. Buah cinta pertama ku pun terlihat ada yang berminat. Terima kasih ya Allah. Lewat petang Ellis sampai. Kira okeylah. Aku tinggalkan KLIBF bila jam berinjak ke pukul 06.00 petang. Buat Uncle, terima kasih taja lunch sepanjang book fair dan juga cenderahati sekaki payung. Memang berguna sangat and aku pick up as a simbolik. Syarikat umpama PAYUNG yang akan sentiasa melindungi kami semua. Thanks a lot uncle. Begitu juga pada Bib dan Fida. Walaupun mereka sibuk, tapi mereka tetap cuba meluangkan waktu untuk bersama. Tak ketinggalan juga dengan staff FP yang cukup ramah dan mesra. Moga kita akan dipertemukan lagi pada tahun hadapan, insyaAllah. Harap korang sudilah layan gambar-gambar ni ekk....




Ni pulak novel-novel yang aku beli.



Bila tahun nak habis pun aku tak tahu, tapi rasa cam tak makan tahun jer.... sebab sekarang ni pun aku dah khatam lima buah dalam waktu aku tengah beristirehat dari sakit ni....


0 Ulasan: