Seronok ke DiA???

"Sorry, hari ni I sibuk sangat sebab today was my LAST DAY kat GM. Ramai yang I nak jumpa, nak hand over kerja, bla.. bla.. bla..." Aku dah tak dengar dah apa yang dia kata sebabnya jauh di sudut hati rasa cam nak meraung. Amboi! lagi up dari menangis. Suka sangat ke nak resign? Best sangat ke nak pergi jauh-jauh.. dan yang paling galak bertanya kat dalam hati ku macam dah tak sabar-sabar jer dia nak tinggalkan Malaysia... nak tinggalkan persahabatan dan sahabat macam aku yang mungkin tak sebaik sahabat-sahabat yang dia ada... Iyerlah aku ni bukannya banyak membantu... Apapun memang aku dah maklum hari ni last day dia, tapi tah kenapa aku rasa cam pilu bila dia seakan keep remain bout that. Seolah nak ingatkan aku yang mulai minggu depan, [sebab esok aku cuti... nak bawak diri uhuuu] dia tak ada lagi kat GM. Tahlah, aku tak tahu apa sebenarnya yang dia rasa, walaupun aku tahu semestinya dia happy bangat dengan keterakhiran harinya di syarikat itu.

"Na, kenapa dengan aku ekk, rasa cam sedih jer... kenapa aku cam susah nak terima satu kepergian?" tanpa sedar keluhan terluah dari bibir bila komunikasi dua hala dengan minah senget ni berlangsung. Sesungguhnya bukan aku tak ada kerja.. ada... worldwide tax summaries berlambak untuk aku update. Kena buat research lagi, tapi tah mood nak buat menjunam. Aku macam dihambat rasa takut. Ah! Kalut seh. Ngapain rasa sebegini kok tega-teganya hadir mengacah emosiku, ngapain aku nggak bisa tenang, ngapain aku mesti sedih.

"Mungkin sebab hang baru nak terima dia semua setelah lama dia membisu@hilang dalam ada, than dia pula decide nak pi berhijrah. Mestilah hang rasa lain, rasa kena tinggai walau hakikatnya memang hang penah pun kena tinggai dek dia. Apapun nasihat aku hang kena kuat... kena redho dengan segala perjalanan yang sudah ditetapkan. Ini satu dugaan untuk hang, allah nak uji sejauhmana kekuatan dan ketabahan hang. Hak dulu tu kira belum luluslah sebab tu allah uji hang lagi." cewah! sejak bila pulak minah bernama Raizana Fateha ni bijak bercakap.

Tapi betul gak kan... kalau aku boleh lalui hidup aku dulu without dia, kenapa pulak sekarang ni aku kalut... either dia ada atau tak, sebenaqnya tak menukar apa-apa pun. Hehehehehe iyer ke??? Persepsi aku tetap sama... pegangan aku tetap tak berubah dan insyaAllah tak akan berubah. 'Tiada kebahagiaan atas tapak derita dan airmata insan lain terutama kaum sejenis.' Jadi, biaqlah dia pi... itu ketentuan dan ketetapan allah, maybe aku akan rasa sunyilah nanti, tak dak kawan nak berbahas, tak ada teman nak berdebat. Ermmmm. Tuhan... berikan aku kekuatan dalam ketabahan untuk mengawal hati menerima dugaan dan ujian-Mu. Redhokan sekeping hati mengiringi sebuah kepergian tapi bukan kehilangan.

1 Ulasan:

  Cetusan

May 29, 2009 at 6:21 PM

redho