TAG 2

Tag dari Hafirda Afiela

1. Apakah perkataan pertama sekali anda ucapkan kepada si dia dan kemudian menjadi suami anda.
Macamanalah nak jawab soalan ni. Relevant ke untuk aku???

2. Sila berikan dua contoh alat-alat atau sumber yang anda gunakan atau lakukan untuk memudahkan kerja anda. Tak kisahlah apa alat atau sumber sekali pun asal boleh diaplikasikan.

a) Membuka pintu rumah atau kereta
i : kalau dah buka pintu rumah, mestilah pakai kunci
ii : nak buka kereta pun kena gunakan kunci jugak

b) Mencucuk plug soket
i : penutup pen
ii : plug tiga pin

c) Simpan air minuman
i : dalam tupperware
ii : kat tepi katil atas meja untuk kegunaan waktu terdesak di tengah malam

d) Ketika blackout
i : dok diam dalam bilik
ii : cari lampu suluh kalau malam

e) Meluahkan rasa hati
i : Pada Allah yang sentiasa ada walau dalam apa jua keadaan
ii : Buku nota

f) Siang ikan
i : biasanya aku suruh je staff kat Giant tu siangkan tuk aku
ii : abang aku

g) Susah hendak buang air besar
i : amalkan minum air suam sebelum tidur dan bangun dari tidur
ii : buah prune atau papaya

h) Di mana anda simpankan dokumen penting
i : dalam kabinet
ii : kat dalam almari baju

i) Katakan ribut melanda dan pakaian anda melayang sama, apa yang patut anda tutup bagi mengelak rasa malu
i : pakaian kat badan pun boleh melayang ke… erm boleh ke jadi canggitu… sambil berfikir-fikir akan rasionalnya

j) Apa yang anda guna untuk potong kuku
i : pengetip kuku
ii : gunting kecil kalau dah terdesak sangat.

k) Melihat waktu
i : jam tangan
ii : jam pada handphone

l) Kalau badan terasa panas
i : mandi
ii : duduk dekat kipas

m) Ternampak pencuri
i : telefon polis
ii : Jeritlah sekuat yang boleh…

n) Kalau terjumpa duit RM50.00 dalam longkang yang dalam, bagaimana anda ingin mengambilnya
i : nak amik ke… dah longkang tu dalam, biarkan ajelah
ii : Lupakan saja sebab tu bukan rezeki saya

o) Soalan akhir masa tidur apa yang anda suka peluk?
i : teddybear
ii: bantal golek

Nak Tag sapa… erm rasanya tak adalah kut. Kesian kat depa….

0 Ulasan: