Dah nak hampir separuh rupanya

Erm lama aku tak update blog aku ni. Ada yang kata dah bersawang, ada yang kata dah berhabuk, tapi itulah... bukannya aku tak nak update, cuma aku tak dapat nak cari masa. Masa yang hilang dalam kesibukan mengadap kerja yang tak tahu bilalah nak selesai. Uhuuuu... nak buat macam mana kan...

Dalam sedar tak sedar rupanya hari ni dah 12 ramadhan. Syukur ke hadrat yang maha esa yang memberikan kekuatan untuk aku melalui ramadhan tahun ini walaupun dalam keadaan yang agak sukar. Apapun aku akur, kesukaran itu satu dugaan, dugaan itu pastinya akan jadi satu kemanisan andai redo jadi iringan. InsyaAllah. Alhamdulillah, hingga semalam aku masih berpeluang untuk berbuka di rumah, biarpun dalam keadaan tergesa-gesa mengharungi kesesakan lalulintas yang rata-rata penggunanya ingin pulang untuk membuat persiapan berbuka atau menerjah ke bazaar ramadhan mencari juadah yang berkenan di hati. Makanya aku pun turut samalah dalam kelompok itu… kelompok yang nak balik awal tapi bukan untuk ke bazaar ramadhan sebaliknya untuk merehatkan sekujur tubuh sementara menantikan azan Maghrib berkumandang.

Semalam, aku teringin sangat nak makan laksa dan tauhu sumbat. Jadinya sebaik sahaja tiba di rumah, aku mulakan operasi bila lihat bahan utama yang aku perlukan ada. Ikan tenggiri, ikan kurau masin, udang kering, Spaghetti cantik jer tersimpan. Maka mulalah tugasan aku. Ikan tenggiri aku rebus kemudian blander dengan udang kering dan ikan kurau masin yang dah direndam. Siap. Kemudian tumiskan bawang merah, serai, halia, dan lengkuas yang dah di blander halus sampai kuning dan bau wangi. Masukkan rempah kari ikan dan kacau biar rata. Letak sikit air. Masukkan pati ikan yang diblender tadi serta air rebusannya. Kacau rata-rata biarkan sebati dan mesra. Kasi mendidih dulu baru masukkan santan, garam dan sedikit gula. Kacau dan biarkan mendidih dan pekat sebelum tutup api. Kemudian aku siapkan pulak ulam-ulamanya Daun selasih ku sayang, timun taugeh [walaupun aku tak suka sayur ni dan tak mahu makan kalau tak kerana terpaksa], hirisan bawang, telur rebus, hirisan bunga kantan dan limau kasturi yang aku gandingkan bersama sambal belacan dan kuah cili untuk tauhu sumbat aku.


Jadi semalam inilah juadah aku berbuka



Antara bahan yang mesti disatukan sebelum menikmatinya



Ha! Nilah dia... Laksa Kasih ini Milik Kita


Ni pulak Tauhu sumbat yang memang meriah dengan carrot

Tauhu sumbat Ungkapan Rahsia Hati


Pelengkap menghilangkan kedahagaan. Trang...


Senandung selasih ku sayang.

2 Ulasan:

  azieazah

September 9, 2009 at 11:22 AM

MokYang pun minat sangat laksa.. hmm terlioq dah nihhh.. huh basah keyboard aku..

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

September 9, 2009 at 12:35 PM

Salam mokyang... amboi peminat laksa ke? Bila mokyang nak buatkan tuk pu3 pulak???