D’PoWeR of ♥

Kata orang
♥ CiNtA
tak kenal UsIa
tak kenal RuPa
tak kenal warna KuLiT
tak kenal PaNgKaT
Tak kenal KaYa
Juga tak kenal MiSkIn

Kata orang
♥ CiNtA
Datangnya tanpa diUnDanG
DiPelaWa untuk bertandang
Menziarah tanpa diPaKsA
Tak memilih HaTi untuk bertaMu
Mana dia nak singgah
Di Situlah ia HaDiR

SesuNggUhNyA
Kita tak mampu MengHalaNg
Tak juga berkuasa MenGuSir
MengHalaU atau MelAranG
Justeru itulah ada yang beranggapan
CiNtA itu seakan BuTa

Tapi benarkah ia BuTa
Kalau BuTa mengapa ada yang anggap ianya SuCi
Hingga ada yang sanggup mati kerana CinTa
Ada yang sanggup merana dalam sengsara
Ada juga yang separuh atau memang GiLa
Semuanya kerana CiNtA

BerBaLoikah anDai GiLa
Hanya kerana menyINtAi Manusia

Hari yang memenatkan

Alhamdulillah. Baget dah selesai... siksa dah tamat. Semalam aku sampai di rumah hampir pukul 4.00 pagi. Giloz kan, tapi nak buat macamana... dah tugas. Speech dan appendix budget kali ini dalam format PdF yang rasanya dilock. Tak boleh nak dicopy langsung. Mahu tak mahu kenalah perah idea lain, itu pun nasib gak aku ni dalam kategori panjang akal. Habis semua website yang aku tahu aku jelajah dan akhirnya dapatlah softcopy untuk speech dari BnM yang boleh dicopy paste. So okeylah.... lepas satu azab. Than fikirkan pulak bab appendix. Member surgest nak retype all things again. Giloz... bukannya semuka dua... dah puluh-puluh. Than nak kena cheaking dan proof reading lagi. Relex Mir... relex... tarik nafas. Jangan gabra dan panik. Akhirnya aku rasa best solutian yang boleh minimalkan kerja adalah scan dalam OcR kemudian convert pada words. So mulalah tugasan mengscan segalanya. Aku pulak teruskan work dengan speech. Dah scan, problem computer member aku tak ada software untuk convert. Aduh! minta dia take over kerja aku sementara aku buat converting. Lama pulak tu.... siap, kami bertukar kembali tugasan. Dia dengan cheaking appendix, aku siapkan speech. Boss dah ke hulu ke hilir dua tiga kali dan tiap kali itu jugalah tak lupa singgah di tempat aku. "Are you okey?" itulah pertanyaannya dari tadi dan aku tetap maintain sengah. Lepas segalanya sempurna dimuatkan dalam database, duplicate pulak untuk publish. Mak aiiii kenapa berterabur... sah yang ada table mereka hantam kromo tak masuk dalam table... jadi kena perbetulkan. Gedebak gedebuk tu yang hampir jam 4 pagi aku sampai rumah. Dah rebah atas katil baru rasa penat dan aku tak ingat apa... terus ZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

Lepas subuh, dapat called dari kak ngah, beritahu mak engku sekeluarga nak bertamu. Nak makan laksa. Ha!!!! kelat mata terus hilang bila dengar pasal nak makan laksa. Kak ngah confirm akan sampai ke rumah dalam pukul 9.00 pagi lepas balik dari pasar beli barang keperluan. Aku hanya dengar dan sempat gak tanya, sapa nak masak. Kak ngah jawab AkU. Ermmmm memang tak ada kata-kata yang keluar dari mulut aku. Than aku sambung tido.
Pukul 10.00 pagi aku dah bersilat di dapur. Mangkuk dalam kabinet dikeluarkan. Than aku buat inti untuk samosa bila terpandang kulit popiah ada dalam peti sejuk. Iyerlah, tak kan nak makan laksa semata. Tengah sibuk layan inti samosa, dapat sms. 'Bila nak buatkan caramel untuk saya? Sampai hati hari tu buat untuk depa di office sajakan.' Erm sorry not this time, aku tak ada masa. Kak ngah sampai, work dengan kuah laksa dan segalanya. By 01.30 segalanya siap. Laksa, samosa, nasi dengan lauk-lauk serba ringkas dan juga dessertnya adalah caramel. Erm buat gak sebab tak sampai hati bila orang merengek-rengek. Mak Engku sampai kul 2.00 petang. Masa tu aku baru nak sambung tido. Orang layan makan laksa, aku layan kopi 4 cawan untuk hilangkan ngnatuk, natijahnya aku sakit kepala pulak.


Inilah menu utama. Laksa Kedah.



Kali ini aku masukkan caramel dalam gelas kecil-kecil dan letak ceri

Ini pulak samosa, hidangan sampingan

Malamnya, sangka ku dapatlah aku tido awal, rupanya tak. Entah macamana aku boleh lupa yang malam ni Mak Etie buat kenduri doa selamat dan tahlil sebelum berangkat untuk mengerjakan haji dua minggu lagi. Makanya lepas solat Maghrib, aku sekeluarga ke rumahnya pulak. Erm nak bawak apa... tak sempat nak fikir akhirnya aku rembat sahaja puding caramel yang masih berbaki. Untung juga aku tergerak nak buat banyak kalau tak aci buat muka kodok jer lah jawabnya. Sampai rumah Mak Etie, segalanya dah siap. Rupanya Mak Etie ambil katering, senang katanya. Okeylah tu. Ramai gak tetamu tapi aku sebenarnya dah tak boleh nak fikir apa-apa bila terpandang ikan bakar, air asam dan sambal kicap. Ada pulak gulai telur, dadar telur asin, sayur campur dan yang laing best sup tauhu dengan bebola sayur. Peh! Mak Etie ni macam tahu-tahu jer. Jeling kat meja sebelah terlihat pulak seri muka yang aku yakin memang best. Sah! wajib kena rasa.

Kuih Serimuka

Me vs. Budget 2010

PM tengah sibuk membentangkan baget 2010, aku pun sibuk juga... sibuk mendapatkan souce untuk tugasan yang sedang menanti. Speech, appendix dan segala yang berkaitan dengan baget yang diumumkan, tapi semua website yang aku pergi, info masih hang. Aduh! Pukul berapalah aku nak balik malam ni.

Hingga MaBuk

Semalam, sekali lagi aku dan teman-teman mabuk. Mabuk dengan limpahan makanan, mabuk dengan gurau senda dan gelak tawa, juga mabuk melihat gelagat dan telatah teman-teman. Seronok sangat dapat meluangkan waktu untuk sebegini. Kira macam releaselah sikit tension mengadap tugasan sehari-harian, lebih-lebih sekarang ni... mabuk menanti baget negara 2010 yang kebetulan sedang dibentangkan tika aku sibuk membentangkan N3 baru. So aku pun tak dapat nak fikir ayat-ayat cinta powerranges melankolit kerana sat lagi kena pula work dengan budget speech and need to all out the point. Jadi, korang layan jerlah blup pada gambar-gambar yang aku sertakan.... Selamat Melayan....




Terbisu tanpa Kata.

Sebenarnya hari ni dah mula sibuk. Baru jer habis meeting dengan client. Rasa macam aku nak cekik jer client ni. Dah banyak kali aku kata, aku tak nak jumpa dan tak perlu sebab segala jadah masalah boleh settle via phone. [Sebenarnya aku yang rasa tak confident nak jumpa] Alih-alih pagi ni dia selamba terjah ke office. Nasib tak pengsan aku masa tu yang kebetulan ada meeting dengan boss aku. Dan boss aku pulak boleh gelakkan aku. Ceh! Nak je aku karate sedas dua. Kasi patah sana sini. Baru padan ngan muka dia. Tapi kan sebenarnya kat sini aku tak nak citer pasal boss, tak juga pasal budget esok yang mana aku akan berkampung di office sebagaimana tahun-tahun yang telah lalu. N3 kali ni aku nak citer pasal pagi tadi. Ada sorang kakak kat office aku ni, kira jiran tetangga aku ler. Dia telah membawa sesuatu yang memang buat aku terbius.. terbisu dan terkedu... Juadah sarapan yang wallah... enak bangat... sedap sesedap-sedapnya atau sebab aku ni dalam kategori giler sup maka aku kata sedap. Ah! Kisah apa aku, tapi serius yang tak perlu masuk hospital memang sedap. So aku nak kongsi ngan korang semua... Jeng... jeng... jeng... Layanzzzzzz


French Onion Soup with Garlic Bread

Bahan-bahan:
2 tbsp minyak zaitun extra-virgin
2 sudu butter
2 cawan bawang besar [nak sedap gunakan yang warna kuning] – mayang nipis
8 cawan stok ayam atau daging. [kalau buat sendiri lagi umph]
3 sudu besar chedar cheese. [kalau suka more cheezee, letak lebih]
Garam dan perisa secukupnya.
Serbuk roti [Yang ni kira agen pemekat, so agak-agak ler yer]

Caranya:
Goreng bawang tadi dengan minyak zaitun yang dah disatukan dengan butter menggunakan api perlahan atau sedang-sedang hingga kuning keemasan. Jangan sampai hangus atau terlalu perang sebab ini akan mempengaruhi warna sup kita nanti. Jadi di sinilah kesabaran anda sangat-sangat diperlukan.Setelah itu masukan stock ayam atau daging. Masak hingga mendidih. Masukkan chedar cheese, garam, perisa. Kacau biar dia mesra semesra mesranya dan akhir sekali taburkan serbuk roti. Kalau nak masukkan daging cincang atau isi ayam yang dicincang kecil-kecil pun boleh, tapi jangan terlalu banyak. Agak-agak le. Sat ni tak pulak dinamakan Onion Soup… dah kena tukar namalah pulak. Jadi ikutlah selera masing-masing. Nak letak cendawan pun boleh, tapi sikitlah.

Tengahari ni aku ada makan-makan di department member aku dan as usual aku dah sediakan dadih ku yang sedap tu... Ceh! Masuk lift sendiri tekan. Iyerlah kalau bukan aku yang puji sapa lagi kan, tapi memang kawan-kawan aku pun dok kata dadih aku yang tersedap yang penah mereka rasa... Termasuklah yang mengidam jarak jauh. Sanggup sms suruh aku buat lebih untuk dia ambil. Hahahahaha kira ayat power untuk suruh aku buat selalulah tu.... apapun aku no hal jer sebab aku suka bila orang suka, sebab aku memang suka masak pun...

My 1st cheesecake

Aku ni nak kira fanatic dengan cheesecake erm rasanya tak juga, tapi aku tetap suka dan salah seorang penggemar bila tiba masa-masa tertentu. Last night keteringinan aku untuk menikmati kek ini tak daya dibendung. Tak boleh kata tunggulah esok, idaknya tekak aku ni mahu mengikut arahan. Tengok jam dah hampir pukul 09.00 malam. Mana nak cari kedai kek malam-malam buta. Ya tuhan… kenapalah jadi macam ni. Erm ni mesti virus di pejabat… Shiera beri coklat cheesecake yang dia buat. Sedap dan moist betul… disebabkan quantity yang diberikan hanyalah seorang sepotong, maka kami berempat tak boleh nak tolak m enolak. Kira tak ada can nak ambil lebihlah. Makan ala kadar ajalah kaedahnya. Jadinya malam semalam gelodak nafsu untuk menikmati membuatkan aku akhirnya nekad. Buka freezer tengok ada CheDa [Philadelphia cream cheese] yang aku beli dulu. Memang ada niat dan berhajat nak buat cheesecake sebenarnya, cuma keberanian tu belum ada. Aku teringat satu resepi ala-ala marble cheesecake yang cukup mudah. Cewah! Konon. Bahan-bahan untuk buat pun ada. Jadi aku pun buatlah. Ikut sebiji resepi ni tapi just separuh adunan sebab aku takut tak jadi, cuma CheDa sahaja aku habiskan. Hasilnya tak mengecewakan walaupun tak lah secun seperti mana gambar di bawah ni, cuma termanis sikit. Mungkin aku terlebih gunakan susu pekat. Apapun not bad, still boleh makan dan jangan tak percaya, aku mampu habiskan hampir separuh dari kek itu….




Pada sesiapa yang nak try, aku perturunkan resepinya.

SIMPLY SINFUL CHEESECAKE

Bahan untuk base
200 gram biskut digestive, dihancurkan
3 sudu besar mentega
2 sudu besar madu

Bahan untuk Cheesecake
500 gram kriim keju, dilembutkan
1 tin kecil (390 gram) susu pekat
3 biji telur
150 gram coklat masakan, cairkan cara double boil
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya
Panaskan ketuhari pada suhu 150’C. Campurkan kesemua bahan untuk base dan tekan pada dasar loyang springform berukuran 9 inch. Bakar selama 10 minit dan ketepikan. Menggunakan mixer, pukul cream cheese sehingga kembang. Kemudian masukan susu pekat sambil dipukul sehingga ia sebati. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Pukul sebati. Bahagikan adunan cheesecake kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan coklat masakan yang telah di double boil tadi dan gaul rata. Tuangkan adunan cheesecake coklat kedalam loyang diikuti dengan adunan cheesecake plain. Bakar selama 50 – 55 minit sehingga pertengahan cheesecake bergoyang-goyang tetapi tepi adunan telah set. Sejukkan selama 1 jam dan kemudian boleh disejukkan dalam peti sejuk selama 4 jam sebelum dihidangkan.

Kegiatan baruku.

Lately ni aku makin rajin ke dapur… kenapa ekk… tapi bukan aku memang suka duduk kat dapur ke? Eh! Mana ada… idaknya aku nak suka bebeno bermastautin di dapur tu. Sesungguhnya aku lebih suka melepak dalam bilik aku.. baring-baring atas katil sambil berangan... tak pun mengadap notebook atau buku nota atau baca novel. Rasanya masih ada lagi koleksi buku-buku yang belum aku baca… erm kalau tak silaplah. Tapi kenapa tetiba segala benda yang jadi pujaan hatiku itu bagai tak terbuat jer…. Sebenarnyakan, aku dah kena satu penyakit… penyakit yang aku sendiri tak tahu nak beri nama apa. Cuma yang pasti aku sedang TENSION…. Banyak benda yang masih tergantung… maknanya tak siap ler tu. Rasa cam dah tak larat jer nak main kejar-kejar dengan dateline… dah semput aku nak main pujuk-pujuk dengan mood yang suka-suki meninggalkan aku terkontang-kanting. Suka-suki berout-station walaupun tidak mendapat keizinan dari aku. Bikin panas betul….

Jadi dari aku terkebil-kebil mengadap notebook, baik aku buat baik dengan dapur. Ada gak faedah… walaupun bukan 101 percent buat diriku.


Minggu sudah aku buat Caramel Puding. Dadih dah selalu buat, jadi kali ni aku buat benda lain. Sebenarnya lebih layak kalau dikatakan didera oleh seorang teman di pejabat. Siap disogoknya sebekas telur dan setin susu lagi. Ceh! Awat tak bagi terus periuk kukus kat aku. Erm tapi best gak sebab inilah kali pertama percubaan yang aku buat dan hasilnya memang tak mengeciwakan walaupun rupanya sikit kureng… [mungkin sebab aku tibai kukus dalam bekas plastik kut]. Peh! Sedap bangat… dah mulalah tu… unsur riak tak hingat diri dah melanda. Walau bagaimana pun aku nak ucapkan terima kasih kata sifu aku, Shiera yang sudi melegakan kegundahan aku bila aku lihat keremal puding aku tu bergoyang-goyang walaupun tempoh mengukusnya dah aku panjangkan. Risau seh! Kalau-kalau tak masak. Rupanya memang gitu ghupenya benda alah ni kalau dah masak. Ceh! Tipah tertipu betul… Erm memang sah boleh buat lagi tambahan pulak aku sesuka hati mengmodifiedkan resepi asal yang Shiera beri mengikut citarasa aku dan hasilnya tak mengeciwakan.





Antara bahan wajib yang diperlukan

Bahan-bahan gula hangus.
1/2 mug gula hangus (mug yg standard)
3 sudu besar air

Cara nak buat gula hangus
Masukkan gula dalam periuk berserta air. Kacau pada api yang paling kecil hingga gula bertukar ke perbagai texture yang harus diabaikan. Kiranya buat bodoh jerlah. Bila dah cantik kuningnya ala-ala perang blonde masukkan dalam acuan. Lebih molek gunakan bekas yang diperbuat dari kaca supaya hasilnya lebih cantik. Letak ke tepi

Bahan-bahan caramel
1 mug susu pekat (jangan letak sampai penuh, kurang pun takpe)
1 1/2 mug air
4 biji telur
1 penutup esen vanila
*2 biji kuning telur
*Secubit garam
*Sesudu teh serbuk kulit kayu manis

[*inilah barang-barang yang aku modified dari resepi asal yang menggunakan 6 biji telur. Sebenarnya kuantiti telur masih sama cuma yang dua biji lagi aku just ambil kuningnya sahaja.]

Cara nak buat caramel.
Masukkan telur dlm bekas, kacau sampai kembang, masukkan susu pekat, kacau sampai sebati. Masukkan air,.kacau jugak bagi mesra alam. Akhir sekali masukkan garam, serbuk kulit kayu manis dan esen vanila. Kacau sesemua tu agar sebati dan mesra serta semerbak harum seharum esen vanila. Tapis bancuhan caramel ke dalam acuan gula hangus yang dibiar sejuk tadi. Kukus selama 30 - 40 minit hingga masak dan jangan risau kalau adunan kelihatan macam bergoyang-goyang. Keluarkan caramel dari pengukus. Biar hingga sejuk baru masukkan dalam fridge. Bila dah sejuk bolehla dihidangkan.



Inilah Hasilnya...

Tak kan Lah...

Busan tahap cipan... ngantuk tahap lipan... rasa nak aje aku landing kat bawah meja... zzzzzZZZZZZZZ dalam tiga empat jam... kalau itu yang aku lakukan, confirm malam baru aku tersedar. Kerja ada, tapi mood dah berhijrah.... hahahahaa Ke mana, usah di tanya sebab aku sendiri tak pasti destinasi mana tujunya. Erm next week lagi sibuk, next Friday berkampung as usual di office untuk budget 2010. Tak tahulah pukul berapa pulak aku balik tahun ni. Aduh... aduh.. aduh.... Erm aku belek koleksi konti lagu yang ada dalam PC. Last-last aku layan jer lagu-lagu ni... Memori daun pisang, Yang sedang-sedang saja, bolehlah boleh, Cinta 100%, Selangit dan Senggol-senggolan. Semuanya dalam kategori DangDut... Weiiii sapa kata Pu3 tak boleh pick-up DaNgDut... see the leglah babe... hehehehehe dah sah-sah pu3 sorang ni dah overdose punya sengal... ahhaahhaahaaa Ya ampunnnnnnn nggak mau sihhhh

Me and KsP Dinner

Seharusnya N3 ini sudah bisa ku muatkan seawalnya justeru dinner KsP pun dah hampir seminggu berlalu, tapi disebabkan slide untuk foto-fotonya belum mampu aku bereskan, maka terpaksalah aku bertangguh dan alhamdulillah, malam ni aku mampu langsaikan segalanya itupun setelah beberapa kali mengalami gangguan giloz yang menguji tahap kesabaranku. Well nak citer apa ekk... erm tah, aku pun tak tahu nak citer apa. Apapun jum kita layanzzzz slide yang aku dah sediakan ni.. Yuk layanzzzzz Zasssssssssssssss

Aku dan Sarapan

Mak Ai... dah kul 11 ++ rupanya. Erm betapa cepatnya waktu berlari hari ni atau aku yang busy sampai tak sedar-sedar diri yang waktu dah berdepa-depa menapak ke depan. Erm perut pun dah mula mengalun irama Ghazal... kriuk... kriuk... baru terasa lapar dan aku baru tersedar. Rupanya pagi tadi aku sekadar bersarapan dengan semug soup, itupun sup segera. Betapa nak segeranya aku kan untuk menyelesaikan assignment yang dah menunggu di meja.


Ni terasa lapar... selongkar dalam drawer, nasib baiklah ada stock biskut. Jadinya aku tengah mengungah benda alah ni bertemankan segelas Ribena [tu kira minuman WAJIB] sambil mengupdate blog aku untuk mengusir rasa tekanan dan busan yang dah mula bermahajalela Datuk Bahaman menentang segala musuh perasaan.

My Sweet Lovely DaDiH...

Semalam aku agak sibuk. Tengahari pergi kenduri berendui anak Wati. Ramai gak yang hadir dan aku bukannya kenal sangat pun. Orang senyum, aku senyum, orang hulur tangan aku sambut. Orang ajak borak, mulalah gabra sebab aku tak reti nak borak apa. Aduh! masalah negara betullah aku ni, tapi bila tiba Che Mah dan Che Wa... barulah rancak sikit sebab depa dua orang ni kiranya kepala gila-gila sikit. Ada aje storymory terbaru yang mereka nak update dekat aku. Orang tu dapat menantulah... orang tu mengandunglah... yang itu kawin lagilah dan macam-macam cerita. Nampak sangat aku jauh ketinggalan berbatu-batu dari mereka. Bila aku tanya mana dia orang dapat berita, mudah aje mereka jawab. 'Hang ni nama sahaja duduk KL, tapi macam duduk dekat Ulu Tembeling. Tulah, asyik memerap lagi. Berkawan dengan notebook dan khayalan.' Cis! mulut tu dah terasa nak kena rendam dalam tangki IWK ke? amu mencebik. Geram. Aku dah jeling abang aku yang asyik berborak. Isyarat ajak balik sebenarnya. Che Mah dan Che Wa dah sibuk melayan anak Wati, macamlah depa ni tak ada anak. Busan betul... Tapi abang aku buat bodoh. Sakan berceloteh, macamlah tak pernah jumpa kawan-kawan dia tu. Last-last aku balik sendiri, malas nak tunggu dia.

Kat rumah aku jadi busan gak. Nak menulis, erm rasa malas. Telefon aku berbunyi tanda satu sms masuk. 'Saya ngidam nak makan dadih awak yang sedap tu. Tolong buatkan' Cewah! Main order jer.... aku sengeh. Tengok barang-barang pun ada... nak buat pun bukannya ambil waktu lama sangat pun. Jadi aku masuk dapur dan sediakan segalanya. Kali ini aku buat perisa Apple pulak. Erm, lately ni memang aku suka buat dadih. Mudah dan cepat aje.. tak remah. Dah berbagai perisa yang aku try dan aku dah adjust sana sini, tambah itu kurang ini. Hari tu aku buat berlayerkan jelly ribena... sedap... pernah juga aku tambah dengan fruits cooktails, pun sedap. Letak nata de coco pun best... rasanya next time aku nak try parut buah-buahan pulak. Mesti sedap jugakan. Tapi kan, kalau dah hantu dessert tu, apa sahaja yang dinamakan dessert, memang tak pernahnya aku kata tak sedap. Semua aku telan....

Bilis goreng cili padi

Semalam sue bagi aku bilis goreng dia yang molotopz tu. Sebenarnya dah lama dia promosikan dan ramai kawan-kawan yang mengakui bilis goreng cili padinya ada kelas... Kiranya semalam tu giliran akulah untuk merasa. Well! Memang best... cukup segalanya, pedas, manis, masin dan kerangupannya. Peh! aku makan gitu aje awalnya sebab teruja sesangat, sikitlah tapi. Lunch tu aku jumpa member lama dan kami perabihkan bersama bilis goreng yang sue bagi. Mengancam gilez tu. Balik office, aku minta sue ajar, tapi dia kata dia bagi resepi dan suruh aku buat sendiri. Ceh! hampehkelapa.com betul minah sorang tu. Erm kurun bilalah agaknya aku nak try buat.... apapun thanks sue. Bilis goreng cili padi ko memang sedap....




Ni resepi yang sue bagi.

Bahan-bahan
Cili api RM2.00 - ditumbuk /blender halus
Ikan bilis - 1 kg (kopek dan belah)
Bawang merah 7 ulas - blend
Bawang putih 7 ulas - blend
Bawang besar 2 biji - blend
Air asam jawa - 2 sudu besau
Minyak untuk menggoreng
Garam - secukup rasa
Gula - 4 sudu besau
Cuka - 2 sudu
Air - 3 sudu

Cara-caranya:
1. Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
2. Tumis bawang merah, putih dan bawang besar hingga garing dan masukkan cili api yg telah dikisar halus. Tumis hingga betul2 kering dan naik bau (hingga anda buleh terbatuk dibuatnya).
3. Masukkan gula, garam, air asam dan sedikit cuka dan kacau hingga sebati dan tutup api.
4. Biarkan sambal menyejuk lebih kurang 30 minit. Ini yg sebabkan ikan bilis tu garing walaupun tak simpan dalam bekas kedap udara.
5. Bila dah sejuk, buka api dan masukkan ikan bilis yg telah siap digoreng tadi, kacau perlahan-lahan. Jika terlalu kering, masukkan air dan teruskan mengacau hingga sebati.6. Siap untuk dimakan dengan nasi, roti, biskut atau dimakan begitu sahaja.

Teruja@tak sabar

Rata-rata teman-temanku dah mula membilang hari... menghitung anjakan jam. Sana sini bagai terdengar suara-suara bertanya-tanya... merisik-risik. You pakai apa nanti? Dah cari ke? Eh! Beli di mana? Wah! cantiknya. Glamourlah you nanti yer... Semuanya teruja... semuanya gumbira menanti saat itu. Erm apalah yang sebenarnya nak aku khabarkan di sini agaknya. Mesti ada yang dah mula muka blurkan... Well, actually hari Jumaat nanti, company ada KSP dinner. Bukan KWSP tau.. ni hanya KSP. Dinner tahunan yang saban tahun diadakan setelah event IAFG selesai. Sebagaimana tahun-tahun yang terdahulu, pasti ada sahaja tema yang dipilih dan tahun ni mereka sepakat dengan temanya Wild Wild West. Maksudnya bertemakan koboi... kerana itulah majoriti teman-teman aku dah buat persiapan. Beli apa yang patut. Antaranya benda alah ni


Kiranya barangan yang wajib adalah, kalau tak ada, apa pulak jadahnya kan. Mesti tak jadi. Ada gak yang berbaget lebih tu tak ragu-ragu untuk beli benda ni



Barulah boleh dikategorikan sebagai Cowgirl gaya gini




Aku pulak bagaimana? Nak beli semuanya... erm rasa macam tak. Lagi pun bukannya nak pakai lama... beberapa jam sahaja, tambahan pulak aku ni bukannya tergamak nak mendress-upkan diri aku dengan gaya giler-giler... perasaan malu masih bertakuk dan melimpah ruah dalam diri. Cuma topi tu adalah, itu pun aku tak tahu samada aku sanggup pakai atau tak, atau sekadar pakai sebab majoriti yang duduk semeja semua ada dan masa untuk bergambar sahaja. Apapun tunggu ajelah hari Jumaat nanti. Aku akan update kemudian berserta gambar-gambar yang pasti happening dan havoc... Apa pun tungguuuuuu

Hikayat JamLoCeng

Boleh saya minta tolong, jadi JamLoceng saya. Hampir jer aku nak terguling dari katil bila mendengar permintaan dia. Ha! Jam Loceng… erm dah lama aku tak dengar perkataan tu dan dah berkurun gak kegiatan seumpama itu bagai terpupus. Dulu masa zaman-zaman bergelar student, aku memang selalu jadi JamLoceng buat teman-teman yang takut terlewat atau tak terbangun. Justeru itulah kena ada seorang dua teman yang diberi tugas tersebut, malah ianya bagaikan sinonim dengan aku kerana aku tak pernah miss masuk dalam senarai, tapi kenapa aku suka jadi JamLoceng… sebab aku nak kawan-kawan aku tak ditinggalkan dek masa lantas tak dapat lakukan apa yang sepatut waimah wajib ditunaikan. cuma, aku terfikir sesuatu kini bila ada yang bertanya seakan mempertikaikan. Salah ke kalau kita jadi JamLoceng???

Pernah tak???

Pernah tak korang punya keinginan sebegini untuk menikmati sesuatu yang memang tak berapa elok dari sudut kesihatan permakanan. Tapi korang tak hiraukan kerana menurut keteringinan yang dah mula tunjuk kuasa dalam jiwa. Akhirnya korang ikutkan juga lantas menyantapnya seolah-olah itulah juadah paling umphhh dan paling lazat maha berzatnya yang tak ada tandingan kala ini... Erm aku pun sedang tersampuk dan saat ini aku sedang menikmatinya dengan penuh kelazatan....

Secebis kisah lalu...

Baru hari ini aku masuk office. Semalam aku dipaksa MC. Kerja dah tersedia di meja. Ada chart yang boss nak aku buatkan, ada proposal yang dia dah draft dan aku tahu pasti dia nak aku taip dengan lengkap dan kemas. Kedua tugasan itu aku pandang dengan pandangan serba sepi dan kosong walaupun bukan aku tak tahu tentu kedua-duanya berada dalam kategori urgent walau bukan very urgent. Aduh! Melihat tulisan boss aku yang sorang ni buat aku mengeluh. Rasa nak muntah pun ada gak. Nampaknya aku masih belum mampu memahami keseluruhan stuktur tulisannya.

Aku masih betah melayan menung. Memikirkan tentang diri dan mengimbas apa yang telah berlaku. Kenaapa dengan aku??? Apa lagi yang tak kena dengan diriku ini? Malam sebelumnya aku tejatuh dalam bilik air, malam berikutnya aku muntah tapi bukan muntah biasa. Muntah yang diiringi dengan darah. Aku benar-benar panik bila tiba-tiba aku rasa tubuhku macam ringan dan lemah. Ah! Kenapa pulak ni, masakan sebab aku sedang dalam keuzuran? Tapi keuzuranku itu dah sampai ke penghujung. Lelah rasanya bila terpaksa membiarkan minda berfikir untuk terus mencerna kepastian. Akhirnya aku just berbaring. Perut yang lapar tak aku hiraukan. Aku lebih risau bila mengenangkan yang aku bersendirian di rumah. Keluargaku masih di Kuala Kangsar dan mungkin akan pulang pada hujung minggu nanti.

Aku cuba mencari ubat yang Dr Kamal berikan baru-baru ni. Puas aku geledah dalam beg dan serata tempat di meja solek tapi masih tak bertemu. Erm entah kat manalah agaknya aku campakkan ubat-ubat tersebut. Dalam keadaan sebegini, hanya airmata yang deras membasahi pipi. Aku benar-benar takut namun aku cuba bawak bertenang. Jangan panik, ujarku pada diri. Akhirnya aku sekadar mampu membiarkan tubuhku terus terbaring di atas katil. Walaupun tidak mengalami muntah lagi, tapi darah merah yang cair masih wujud dari mulut ku. Tuala yang ku pegang sudah bercorak dengan tompokan darah. Nombor telefon Dr Kamal ku dail malangnya tiada jawapan. Ah! Ke mana pulak doktor sorang ni. Dating apa ke. Aku mencuba lagi dan kali ini nasib ku baik. “Doktor Kamal, tolong, saya tak tahu kenapa saya muntah darah.” Aduku tanpa berlengah. “What!!! What happen to you. Macamana boleh jadi macam tu. Dah berapa lama you muntah-muntah? Kenapa baru called sekarang?” Aku dihujani persoalan dari orang yang tak sepatutnya. Aku terpaksa mengunci bicara lantaran sudah tidak punya kata-kata untuk menjawab dalam keadaan penuh keterkejutan. Kenapalah Doktor Kamal boleh tinggalkan handphone dia dan pada manusia yang macam ni pulak… aku mengeluh sendiri. “Orang degil macam awak ni memang suka menyiksa diri dan menyusahkan orang lain. Siap, saya datang ambil kurang 20 minit dari sekarang.” Belum sempat aku membuat bantahan rasmi atas arahan itu, talian sudah bisu. Aku mengeluh lagi. Mengapalah aku harus hadapi situasi sebegini. Tiba-tiba aku terkenangkan “dia”.

Tadi sewaktu kami berkomunikasi, sempat juga aku beritahu dia apa yang aku alami. Sempat dia menitip pesan supaya aku minta tolong Abang Zack andai aku perlu ke hospital. Perihatinnya tetap milikku walau dia tiada bersama. Airmata ku sudah jatuh berderai-derai. Rasa sedih bagai menyiat hati dan melapah perasaan.

Telefonku yang tersadai kini berlagu, memaparkan nombor yang memang langsung tak aku kenali. “Saya dah ada kat luar rumah awak.” Terkedu aku mendengarnya sebaik sahaja butang hijau ku tekan. Pantas langsir tingkap ku kuak dan terlihat seseorang sedang berpeluk tubuh berdiri di luar kereta. Sebuah keluhan terluah akhirnya. Aku masih berlengah-lengah, sangaja mendera si penunggu yang langsung tak ku undang akan kehadiran malah tidak aku harap akan kewujudannya. Ku pejalkan hati semahu mungkin dalam geram beraura marah. Sekali lagi telefon ku berlagu tapi kali ini menandakan satu sms berada di dalam inbox ku.

‘Kalau tak nak jiran-jiran awak saya hadiahkan dengan bunyi hon yang panjang, baik awak keluar sekarang’

Dia dah mula mengugut. Aku menarik muka masam. Geram bila diarah dan diperintah sesuka hati oleh si Hitler Malaya. Akhirnya terpaksa juga aku akur dalam seribu keterpaksaan. Sebaik melabuhkan duduk di dalam keretanya, dia terus memecut. Jalan yang diambil membuat aku terpinga-pinga. Dia tetap beraksi selamba. Manalah dia nak bawak aku, rungut sekeping hati milikku. “Okey kita dah sampai.” Kereta diberhentikan di sebuah bangunan empat tingkat. Aku kaget. “Nak buat apa datang sini?” tanya ku spontan. Pantas mataku memanah wajahnya. “Saya nak ajak awak main bowling.” Balasnya selamba. “Dah, jom keluar atau awak nak saya panggil nurse dan bawak troli seolah awak sedang mengalami kesakitan tahap kronik.” Sinis kedengaran suaranya. Berbeza benar waktu pertama kali dia menghubungi aku tempohari. Mahu tak mahu aku terpaksa gak keluar. Terpandang wajah Dr Kamal, terus aku dibawa ke biliknya. Pemeriksaan dijalankan dan seperti lazimnya darahku pasti akan diambil. Dari wajah Dr Kamal tak susah aku menduga apa yang ada difikirannya. “What’s wrong?“ soalan penuh teraju dari orang yang menyibuk. “She really needs blood urgently. Her HB goes down again. Might be cause of vomiting just now.” Terang Dr Kamal perlahan. Aku sekadar mendiamkan diri. Memang dah agak pun… wajahku yang sudah pucat dan pandangan yang dah berpusing-pusing tak menyukarkan untuk aku faham situasi yang sedang dihadapi oleh sekujur tubuh.

Adiknya sudah meraut wajah. Aku yang sakit kenapa dia pulak yang kalut? Sibuk jer, hati kecilku mengomel tanpa suara. Geraknya dalam pemerhatian ekor mataku. Aku tak pasti sejauhmana status kesihatanku berada di tangannya. “Can you do anything?" tanya si adik kalut tapi si abang hanya menjawab dengan gelengan kepala. "Than your clinic should have something to help her,” pantas si adik memaksa. “I just have a small clinic,” jawab Dr Kamal perlahan sambil tangannya membelek mataku.

Wajahku ditentang tapi aku masih selamba. “Saya dah okey, kalau bukan sebab adik doktor yang dah tak berapa betul ni kecoh seret saya ke sini, mungkin sekarang saya dah rehat dan tidur kat rumah.” Tanpa rasa bersalah ayat itu meluncur di bibirku. Walau aku tahu agak pedas dan kurang ajar, tapi aku dah terbabas. Akhirnya aku berlagak bodoh.

Terdengar Dr Kamal tertawa kecil. Entah apa yang lucu aku sendir tidak pasti manakala mata si adik sudah bulat meratah wajah ku.“You can do direct transfer, right?” Si adik bertanya, dia bagai tuli dengan apa yang ku perkatakan seketika tadi. Mataku dah membulat memanah wajahnya. Biar betul mamat ni. Bagi cadangan maha giloz tu buat apa. “That’s what I’m thinking now, but from whom?” Adik dan abang saling berbalas soalan. Dah macam pertandingan balas pantunlah pulak. Terus saja si adik menyinsing lengan baju yang dipakainya. “Me. She has to accept it and my blood much suitable for her.” Ek elah! Tinggilnya confident level mamat ni. Tanpa sedar aku mencebik.

“Sorry. I don’t want other blood goes inside my body” Bantahku. Ah! Masakan aku sanggup menerima darahnya. Tidak. Aku baru je kenal dia. Ah! Tidakkk!!! Batinku terus menjerit, jeritan yang tentunya tiada siapa yang mampu mendengar kerana ia bergema di dalam hati. “Boleh tak kalau sekali ni awak jangan tunjuk degil? Dalam keadaan macam ni pun awak masih nak keras kepala?. Dah! Jangan dengar apa yang dia merepek. As a doctor, you must do something to make sure her condition okey. Kalau dia nak mati pun biar ada keluarganya kat sini.” Amarah yang mungkin sudah lama bertamu dihatinya meletus tanpa dikawal lagi. Doktor Kamal nyata terkejut mendengarkan kata-kata si adik yang boleh dimasukkan dalam kategori sakastik

Ya Allah mulut dia ni... Aku sekadar mampu mengetap bibir menahan keperbagaian rasa yang dah teracah bersama airmata. Kenapa aku didera sebegini??? Kenapa aku perlu dipertemukan dengan seorang manusia yang bisa menyiat-nyiat hati dan perasaan ku. Dr Kamal sekadar merenung. Mungkin belas dengan apa yang aku hadapi. Kala ini aku benar-benar rasa perlukan dia di sisi, tapi mana mungkin. I really need you so badly, hanya itu yang bergema jauh di sudut hatiku.

Dr Kamal terus menjalankan pemeriksaan ke atas darah adiknya untuk memastikan kesesuaian dengan darahku. Dan seperti yang dinyatakan oleh mamat tu tadi, memang darahnya menepati kateria yang diperlukan. Aku tak punya pilihan, darah dimasukkan secara direct transfer. Melihatkan cecair merah itu mengalir dari tuib di lengannya ke lenganku membuatkan aku teringat satu ketika dahulu doktorku juga pernah melakukan kaedah yang sama, tapi malangnya pantas sahaja tubuhku mengrefuse darah yang aku terima dari tubuh abangku. Kali ini bagaimana??? Aku sekadar melihat cecair merah itu mengalir dari tuib di tubuh mamat berlagak tu ke tubuhku. Betapa kini ianya sedang bersatu tanpa rasa rela. Ah!!!

“Hai jauh engkau mengelamun, dah sampai ke mana?” Aku tersentak. Segera wajah yang menegur ku pandang bersama sejalur senyuman paksa. Hilang terbang apa yang tadinya singgah di minda dan bermain di layar kenangan. “Lately ni engkau gemar betul termenung. Kenapa??? Erm, semalam apa hal sebenarnya? Tiba-tiba je engkau MC? Kenapa?” soalan masih kedengaran sedangkan yang diawal tadi pun aku tak jawab. “Tak ada apa-apa. Aku letih.” Dalih dan alasan lapuk yang pasti tak ada sapa lagi nak percaya. “Iyerlah tu. Ni boss suruh aku bagi pada engkau. Urgent tapi dateline tak diberitahu pulak. Teruk engkau sekarang ni. Marketing kena handle, secretary and administration pun engkau, kesian aku tengok.” Member menyerahkan satu fail berisi document yang perlu aku semak dan lakukan pembetulan mengikut apa yang dah digariskan.

Aku sekadar mampu mengeluh. Apa lagi yang dapat aku lakukan? namun tika ini mengapa fikiran ku melayang jauh. Dah setengah hari berlalu, aku masih ditinggalkan tanpa sepatah kata atau sebaris pesanan. Ke mana dan di mana “dia” pergi sebenarnya? Apa yang telah terjadi?. Hati ku terus dipagut resah dalam gelisah yang makin mengacah perasaan. Mungkinkah aku sedang diajar dan “dia” sedang mengajarku erti bersendiri dalam mengharungi hari-hari ku?. Apapun aku tidak mahu memikirkannya. Cuba menghadapi apa sahaja yang sedang aku alami dengan penuh redho dan pasrah terhadap ketentuan dan ketetapan yang aku yakin dan pasti ada hikmah di sebalik segala kejadian dan ujian dalam dugaan-Nya…

‘Usah meminta sesuatu yang bukan milik kita, usah membeban orang dengan kerenah dan ragam diri, jangan mengharap orang faham akan apa yang kita rasa, sebaliknya belajarlah memahami akan keadaan, sikap dan diri orang yang dekat dan kita sayangi supaya mereka tidak berlalu meninggalkan kita atas kekhilafan dan kealpaan dari diri kita sendiri.’ Mampukah aku? Ya tuhan, ku mohon kau pinjamkan kekuatan dan ketabahan itu buat diri ini. Amin…

Satu rasa
Yang datang mengacah
Yang tak mampu dizahirkan
Dalam sebuah ucapan atau
Sebaris kata-kata
Namun satu rasa ini
Tetap punya definasi tersendiri

Dalam hikmah dalam pasrah
Aku terus diulit satu rasa
Dalam pengertian milikku Cuma
Bersama sebuah bicara setulus rasa
Ruang rindu yang seakan tiada dimensi
Tiada berpaksi
Mengheret sekeping hati
Untuk terus berdestinasi
Biarpun aku sendiri tidak pasti

Dimanakah nokhtah pengakhirnya nanti

Kacau bilau...

Tengahari tadi aku and a fews gang out for lunch. First decide nak pi jauh sikit, gaya nak menghala ke Centrel Marketlah kaedahnya. Nak ke Canteen Restaurant, tapi bila mengenangkan hari ni hari Jumaat, terpaksalah dengan penuh kehampaan kami mengcancelkan kerana takut tempat penuh. Maklum banyak company yang lunch seawal 12.30 tengahari. Makanya kami sekadar menapak ke Zen di Sooka berdekatan dengan KL Sentral building. Masing-masing kononnya sekadar berhajat menjamu perut dengan light dish sahaja. Sampai sana mulalah rambang mata... ada yang order sampai dua tiga dish... apapun tak ada yang nak marah kerana bukan minta duit sesiapa pun. Rela makan, relalah juga membayarnya.

Aku just ambil fish N chips dan carrot juice sahaja. Cukuplah itupun rasanya aku yang paling akhir menghabiskan hidangan sampai ada yang kata aku ni makan pun lambat. Memang aku setuju sangat sebab dulu masa ada arwah papa ada pun dia kata aku memang jenis makan lambat. Erm nak buat camne kan. Tapi itu bukan notif aku dalam N3 kali ini. Apa yang aku nak kisahkan adalah satu hidangan pencuci mulut yang memang havoc giloz. Kira buat aku terus terkunci mulutlah gitu. Dah sah-sah aku ni memang fanatik dessert dapat pulak yang ini, peh... gerek giloz. Sedap sesedap sedapnya. Dari satu yang dah diorder dek kawan aku, selepas merasa dalam kaedah perkongsi, terus kami order lagi satu. Ha korang nak tahu dessert apa yang dah mengacau bilaukan kestabilan mata aku sekarang ni yang dah ala-ala nak kena tongkat sebab mengantuk... Jeng... jeng... jeng....

Inilah dia.... Creme Brulee. Aku baru tahu yang dessert ni asalnya dari Perancis yang disebut 'Burnt cream' maksudnya Mudah dan sedap. Aku geledah internet untuk dapatkan resepinya.



Bahan-bahan ( 6 mangkuk kecil )
5 biji kuning telur
2 sudu gula
600ml whip cream
sedikit esen vanilla
45g gula perang (untuk ditabur dibahagian atas)
Cara-cara
Masukkan krim kedalam periuk dan kacau gunakan kaedah 'double boiler'. Gunakan api sederhana.

Pukul telur, gula & esen sehingga sebati dan masukkan kedalam larutan krim. Kacau sehingga sedikit pekat.

Tuangkan adunan kedalam mangkuk kecil. Kemudian bakar dalam oven dengan suhu 140°c selama 40 minit menggunakan kaedah 'bain marie'.
Setelah masak, sejukkan sebentar. Tabur gula perang dibahagian atas kemudian masukkan semula kedalam oven dan bakar guna api atas sehingga gula cair dan bertukar menjadi caramel.
Sejukkan dalam peti ais selama beberapa jam, dan sedia untuk di hidang.

** Caramel yg telah disejukkan akan mengeras dipermukaan atas dessert. Cara makan : ketuk sedikit karamel dan kaup cream dibahagian bawah, dan.....ngapp!! Yummy!

Pagi yang ceria

Pagi ni aku dan kawan-kawan luangkan waktu untuk breakfast bersama-sama. Seronok bila dapat berkumpul. Dalam gelak ketawa sebelum memulakan tugasan. Menu hari ni taklah berat sangat dan tak lah ringan terlampau. Just sedang-sedang aje... tapi ada baiknya korang tafsirkan sendiri bila lihat gambar-gambar di bawah ni. Jum Layanzzzz



Ni aku buat pagi tadi. Mee hoon goreng yang aku rekacipta sendiri. Rencah dan bahannya hanya aku yang tahu. Yang dekat tepi tu, dadih... ala-ala desertlah kiranya. Sebenarnya dadih tu aku buat dan bawa semalam tapi memandangkan di rumah ada balance lagi, so aku belasah jer bawah. Alhamdulillah licin...


Orang lain pagi-pagi sibuk jamu tekak dengan teh tarik ke, teh O ke, kopi ke, milo ke tapi aku tetap dengan Ribena. Aku kisah apa orang nak kata aku macam budak-budak atau apa, lagi pun rasanya tekak belum share lagi. Jadi seperti biasa aku layan ribena aku cuma bezanya hari ni aku tak layan dengan biskut as usual.


Donut ni Arti yang beli dan bawa. Gebu dan lembut giloz... sekali pandang dah macam tayar jip keta menan budak pun ada. Besar. Aku nak habiskan seketul pun rasa nak tercungap, tapi serius memang sedap. Tak menyesal aku paksa tekak untuk habiskan.



Karipap ni Sue yang beli. As usual sebagai penggemar karipap nombor satu, dia memang tak pernah tolak selagi namanya KariPap. Kalau tukar nama tu, mungkin juga boleh lihat dia melakukan penolakan. Siap buleh makan dengan meehoon lagi. Dasar minah karipap...

Apapun memang happening aku rasa pagi ni. Cuma sayang tak ada seorang pun yang terfikir nak ambil gambar, masing-masing penuh keterujaan dengan segala juadah yang penuh atas meja. Satu permulaan yang baik untuk satu pengakhir minggu di office.

Salam Syawal buat semua...

Erm dah ramai yang bising aku tak update blog aku ni. Dah bersawang… dah berhabuk dan macam-macam yang dah ber-ber. Entah! Aku pun tak tahu kenapa aku tak update. Cuma yang pasti, aku tak ada mood. Boleh gitu… mungkin ada yang gelak, mungkin ada yang geleng kepala dan mungkin ada yang pelik. Ke mana perginya mood aku tu… Erm Tahlah… aku sendiri tak tahu ke mana berout-stationnya mood aku tu semenjak dua tiga menjak ni.

Apapun aku tetap nak ambil kesempatan ni untuk buat Syawal Wish. Tak salahkan sebab rasanya Bulan syawal pun masih ada lagi. Jadi buat semua pembaca dan tetamu yang sudi bertamu ke istana kacaku ini, hayatilah apa yang tertera di bawah ini….

Assalamualaikum wr. wb,

Ramadhan sudah lama berlalubang pintu
Syawal juga sudah hampir dipertengahan
Alhamdulillah, diizinkan-Nya untuk kita meraikan
Semoga gelar taqwa menjadi milik kita
Atas segala yang telah lakukan
Yang berharga sebagai modal meneruskan langkah selanjutnya
Salah faham, kesedihan, ego, sakit hati
Adalah sebahagian dari proses kehidupan buat kita semua.

Bersama segala kekurangan dan kerendahan hati penuh keikhlasan
Atas semua kekhilafan dan kelalaian yang pernah dilakukan
baik secara langsung maupun lewat dunia maya,
Ampun dan maaf jua yang dipinta
Dari hati yang sentiasa di dalam genggaman Allah,

Justeru diri ini amatlah sedar
Terkadang mata salah melihat, mulut silap mengungkap kata,
Hati khilaf menduga, naif menafsir apa yang terlihat
E-mail yang menyinggung rasa
Insan penuh kedhaifan tak pernah lepas dari segala kesalahan

Dalam kesempatan yang masih bersisa
Mari kita salin bermaafan…
Sucikan hati jernihkan jiwa
Moga tiada yang terus terbekas lara
Tiada yang tersimpan di lipatan sanubari
Tidak terus di bawa pada tiap langkah yang kita atur

Semoga kita semua diberkati oleh-Nya
Dalam rahmat dan keampunan
Dalam nikmat dan keberkatan
Di pertengahan syawal yang masih bersisa
Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa kita
memberikan barokahnya di bulan penuh hikmah ini.

"Salam Nazam Lebaran Aidil Fitri buat semua,
Mohon Maaf Lahir dan Bathin."

Wassamu'alaikum,