Bilis goreng cili padi

Semalam sue bagi aku bilis goreng dia yang molotopz tu. Sebenarnya dah lama dia promosikan dan ramai kawan-kawan yang mengakui bilis goreng cili padinya ada kelas... Kiranya semalam tu giliran akulah untuk merasa. Well! Memang best... cukup segalanya, pedas, manis, masin dan kerangupannya. Peh! aku makan gitu aje awalnya sebab teruja sesangat, sikitlah tapi. Lunch tu aku jumpa member lama dan kami perabihkan bersama bilis goreng yang sue bagi. Mengancam gilez tu. Balik office, aku minta sue ajar, tapi dia kata dia bagi resepi dan suruh aku buat sendiri. Ceh! hampehkelapa.com betul minah sorang tu. Erm kurun bilalah agaknya aku nak try buat.... apapun thanks sue. Bilis goreng cili padi ko memang sedap....




Ni resepi yang sue bagi.

Bahan-bahan
Cili api RM2.00 - ditumbuk /blender halus
Ikan bilis - 1 kg (kopek dan belah)
Bawang merah 7 ulas - blend
Bawang putih 7 ulas - blend
Bawang besar 2 biji - blend
Air asam jawa - 2 sudu besau
Minyak untuk menggoreng
Garam - secukup rasa
Gula - 4 sudu besau
Cuka - 2 sudu
Air - 3 sudu

Cara-caranya:
1. Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
2. Tumis bawang merah, putih dan bawang besar hingga garing dan masukkan cili api yg telah dikisar halus. Tumis hingga betul2 kering dan naik bau (hingga anda buleh terbatuk dibuatnya).
3. Masukkan gula, garam, air asam dan sedikit cuka dan kacau hingga sebati dan tutup api.
4. Biarkan sambal menyejuk lebih kurang 30 minit. Ini yg sebabkan ikan bilis tu garing walaupun tak simpan dalam bekas kedap udara.
5. Bila dah sejuk, buka api dan masukkan ikan bilis yg telah siap digoreng tadi, kacau perlahan-lahan. Jika terlalu kering, masukkan air dan teruskan mengacau hingga sebati.6. Siap untuk dimakan dengan nasi, roti, biskut atau dimakan begitu sahaja.

4 Ulasan:

  azieazah

October 8, 2009 at 11:22 AM

MokYang selalu gak ler masak camni tp tak ler guna cili padi banyak...

Semalam masak sambal ni, tp ada buh kacang tanah. Masak kering.. Ratah memang sedap..

Nak copy gak resipi ni yer... Menu ni sesuai jika kita nak buat bekal utk piknik atau travel, kan?

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

October 8, 2009 at 11:40 AM

silakan mok yang... pu3 tak pernah try buat, tapi makan pernah. Yang guna cili kering pun pernah gak... sedap bila makan ngan roti. Dulu ada sorang kakak yang selalu bagi bila dibuat. Sedap... ada kacang tanah, ikan bilis. Macam yang MokYang cakap, ratah pun best...

  suriani

October 12, 2009 at 10:51 AM

mek,
why u copy pasted my recipe?
ayoyo..

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

October 12, 2009 at 12:03 PM

eh! Tak boleh ke? Alamak... under hak cipta terpelihara ke? Waduh! Gawat seh... ampun ya buk... ampun.. kok aku tu nggak sengaja... nggak tahu, kok resepi ini ya nggak buleh dicopy... gimana ni... ampun bukkkkkk maafin aku deh! Tapi sambal mu ini enak bangat...