Jum kita renung bersama

Aku layan perlawanan akhir Piala Malaysia diantara pasukan Kelantan dengan Pasukan Negeri Sembilan. Secara keseluruhan permainan boleh aku rumuskan lebih berpihak kepada pasukan negeri sembilan dengan susun atur 4 2 4 memang menjadi. Berbeza dengan pasukan Kelantan yang juga mempertaruhkan susun atur 4 2 4 tapi malangnya midfield langsung tak bergerak. Dengan kata lain terus mati. Jadi kucar-kacir. Waktu ni Negeri Sembilan dah mendahulu dengan jaringan 3 - 1 dengan jaringan cukup cantik. Tahniah buat Sharulain, Khairuddin dan Zakuan. Anda bertiga berjaya buktikan kemampuan dan gandingan yang berjaya memutihkan mata pasukan Kelantan walaupun Indra Putra dapat menjaring gol yang memang cukup cantik.

Cuma yang mengecewakan adalah sikap penyokong pasukan yang bertanding. Sampai main perang mercun. Dah rasa cam raya pulak... siap baling-baling lagi. Siap bakar-bakar kain rentang, siap baling-baling objek masa pasukan lawan nak buat tendangan penjuru malah yang lebih teruk siap main bakar membakar di bahagian tempat duduk lagi. Dah terasa macam nak main masak-masak ke atau sebab sejuk hujan makan perlukan haba untuk menghangatkan keadaan yang dah sememangnya sedia hangat. Nampak sangat semangat kesukanan yang ada dalam diri para penyokong di Malaysia ni berada di paras yang cukup bawah, yang paling negatif, walaupun aku tahu tak semua yang bersikap sedemikian. Entah bilalah masalah ini dapat diatasi agaknya, tapi selagi individu itu sendiri tidak mahu mengubah, rasanya memang payah. Tak boleh ke kalau main elok-elok, yang bermain dan yang menyokong, sama-sama dalam semangat kesukanan yang satu. Dalam pertandingan, biasalah mesti ada yang kalah dan mesti ada yang memang. Kalau semua nak memang, beli sahaja bola sorang satu. Tak payah nak rebut-rebut. Semua boleh memang.

Dan satu lagi agak-agaknya berapa ramailah yang tak bersolat Maghrib hanya kerana sebiji bola yang dikejar di tengah padang. Sapa nak tanggung semua tu ekk... erm macam betul jer kata-kata yang pernah aku dengar tak lama dulu,

"Berilah sebiji bola kepada orang-orang melayu, pasti mereka akan leka hingga terlupa kepada segala yang wajib mereka lakukan."

Jadi jom kita fikirkan bersama. Berbaloi ke melabur pada sesuatu yang tidak akan membawa sebarang pulangan yang boleh menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan... Ermmmm

0 Ulasan: