BerKonGsi KeMerIaHaN

Segalanya berlangsung penuh meriah, penuh sopan santun, penuh silent kerana konsepnya adalah Silent Dinner. Sapa yang berbunyi hatta sendawa pun akan dikepit dengan pengepit baju. Ha! memang tak pernah dibuat orangkan, tapi itulah yang terjadi Last Friday when me and other 5 friends di undang untuk ke majlis makan malam sempena meraikan Belated besday seorang teman yang juga menjadi penaja unggul. Dalam pakaian yang sama iaitu T-Shirt putih yang juga disponser, maka kami semua menikmati hidangan di salah sebuah restoran di Sogo. Makanan yang disajikan memang aci buat semua tersandar kekenyangan. Fantastik punya sedap, dalam kategori meletopszlah. Cuma satu jerlah yang jadi penyiksa buat semua... Makan dalam keadaan senyap sunyi atau merelakan diri disepit dengan pengepit baju. Apa sahaja soalan berbangkit harus ditulis pada baju sendiri atau baju rakan-rakan yang lain. Ada ke patut... peh! dasar pendera tahap giga betul si penganjur tu kan. Mentang-mentanglah dia besday GiRl.... Yang lebih melucukan bila si waitress2 tu ingat kami ni golongan OKU... ketegori bisu... siap dema nak cari translator bahasa isyarat lagi... Gelak gaban kami semua bila sahaja tamat perintah yang menyiksakan. Ada ke... tapi tulah, dah semua main bahasa isyarat dan tulis-tulis. Kan dah kena sebiji. Lepas sahaja selesai task pertama untuk malam tu, masuk pula frasa ke dua. Party bedak sejuk sambil melalak sakan lepas tension [Berkaraoke] Tengok sahajalah pic di bawah ni... betapa heaven dan gilernya semua. Masing-masing dah tak hingat dunia...


Apapun aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada BesDay kita malam tu, yang pakai dress hitam tu kerana bermurah hati menaja segalanya sempena Hari Lahirnya yang kebetulan dah sehari berlalu. Moga segala kebaikannya dibalas dengan beribu kali ganda rahmat dari-Nya. Begitu juga pada teman-teman semua Kak Ida, Aishah, Sue, Rin and Siti... you all memang so spoting giloz. Really had funs that night dengan gelak roller coster yang tak ada hujungnya. May this moment be memorable for all of us.

1 Ulasan:

  suriani

November 19, 2009 at 11:49 AM

we enjoyed kan?