LaMaNyA....

Lamanya aku tak update blog aku ni. Dah bersawang sana sini... dah berhabuk situ sinun... kenapalah yang jadi malas sesangat ni pu3 ooiiii..... amboi leter pada diri sendiri nampak. Erm dah tak ada orang nak leterkan aku, jadi biarlah aku yang leterkan diri aku ni. Kalau idak... jawabnya aku pun lupa camne nak jadi seorang peleter... boleh gitu... hehehehe. Dah, stop merapu. Sat ni orang bagi penyapu.

Well, sebenarnya bukanlah aku tak sudi untuk mengupdate blog kesayangan hamba ni, tapi memang aku busy. Banyak kerja last minutes yang aku kena handle, lebih-lebih lagi bila dalam suasana suam genting ni member sebelah pulak bercuti-cutian. Jadi kehendak boss yang terkadang diluar batas kewarasan portfolio kerja aku, memang menduga kesabaran dan mencabar kesanggupan. Apapun bila it comes from the person that we call Boss, boleh ke kita kata tak nak, atau next time atau apa sahajalah yang sewaktu dan sekutu dengannya. Mesti jawapannya tak boleh kan. Jadi itulah yang terjadi pada aku. Case Law yang tah bila jadi sebahagian dari kerja aku, kena dilayan. Global Publication yang kejap ada dan kejap hilang dan bila tiba-tiba ada berkoyan mesti disegerakan untuk dimuat turun ke dalam database. Tu belum masuk bab deal dengan clients yang tiba-tiba berkehendakkan macam-macam. Cari itu tak jumpa, cari ini tak tahu kat mana, semua nak kena layan, nak kena jawab. Belum masuk part technical problem yang kadang-kadang membuak masuknya. Ni kena handle slide untuk presentation pulak. Tah bila tahun tah agaknya aku belajar buat powerpoint atau mungkin boss aku yang dah terlupa bahawasanya staff dia yang sorang ni memang tak pernah ikuti mana-mana skill membuat slide. Kalau buat slide haram tu adalah... ehhehehehehee. Akhirnya, padan dengan muka aku kan.

Erm diam tak diam, rupanya tirai 2009 dah nak berlabuh rupanya. Erm renungkan kembali apa pencapaian yang telah aku lakukan tahun ni. Dari sudut emosi erm... apa ekk... dari sudut kesihatan, malas nak ulas sebab ianya tetap sama. Dari sudut kesukaan aku, rasanya aku boleh berbangga bila tahun ini aku dapat siapkan dua manuskrip dan kedua-duanya dah ada di pasaran. Novel kedua aku Kasih Ini Milik Kita dan Mini Novela pertama Gaun Cinta. Kira okeylah kan. Kalau tahun-tahun yang lepas... [ceh! macamlah aku ni dah menulis bertahun-tahun] hanya satu sahaja novel aku berada di pasaran, tapi tahun ini dua. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas limpah rahmat dan rezeki-Mu mengizinkan segalanya. Memang aku bangga, tak kisahlah kalau ada yang nak kata aku perasan atau apa sahaja. Ni pun sebagai penutup tirai 2009, manuskrip untuk novel ketiga dan garapan ke empat dah siap. InsyaAllah dah boleh hantar pada publisher. Kiranya dalam sibuk bekerjaya, aku tak lupa pada kepuasan diri sendiri. Apa yang aku harap tahun depan 2010 akan memberikan lebih banyak sinar dalam hidup aku ni. Kalau boleh nak bersinar macam bintang kejora dalam apa sahaja yang bersangkutan dengan diri aku. Sesungguhnya 2009 banyak meninggalkan kenangan indah, manis, pahit, payau, masin, kelat dan segala perisa buat diri aku. Kehilangan, ditinggalkan, dipertemukan, semuanya ada dan aku tetap juga insan yang sama. Insan yang kerdil dalam kedhaifan yang terkadang khilaf dalam alpa tentang sebuah kehidupan. Masih terus belajar untuk memperbaiki kepincangan dalam meneruskan langkah sebuah perjalanan.

Kalau aku tak sempat update apa-apa di blog ini, kiranya inlah penutup N3 aku untuk 2009. InsyaAllah kita bertemu di 2010 dan doa aku moga kita semua akan terus maju dan sukses dengan apa sahaja yang kita lakukan.

2 Ulasan:

  Unknown

January 4, 2010 at 1:28 PM

salam akak...
wah smkin laju nmpknya... tahniah... smoga trus sukses

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

January 4, 2010 at 4:41 PM

Hai adik ensom. Erm laju ke... :-) tapi taklah selaju awak. Tak terkejar akak di buatnya... apa khabar? Lama tak dengar citer... tahu-tahu si detektif cun dah nak kuar. Apa pun tahniah dik...