Terasa...

Dalam kesibukan aku dengan Finance Act 2010 - Laws of Malaysia Act 702 dan juga Technical Error dalam system dicampur dengan melayan kerenah dan ragam pertanyaan yang datangnya dari clients, minda aku tiba-tiba melayang pada sesuatu. Terasa dan memang rasa nak merasa sangat-sangat yang macam tak dapat nak dibendung bedung lagi.. Hisy! Gawat... Aku terbayangkan....


Kalau dapat makan dengan




Ada pulak



Ada juga



Dengan ini juga



Peh.. tentu gerek giler... Nasi impit yang dimakan dengan kuah kacang, rendang ayam minang, sayur lodeh dan serunding udang kering. Memang jangan harap aku nak toleh sesapa yang lalu kat belakang aku. Giloz sedap betul. Teringat aku pada serunding udang kering yang aku makan masa raya tahun lepas, yang Wawa isteri kepada Abang Din buat.. memang sedap. Secukup rasa, pedas, manis, masin dan segala ramuannya cukup mesra alam. Teringat juga pada ketupat palas Chik Anim, isteri Pak Omar... adui!!! tak kan nak suruh mereka buat... hisy.. hisy... tak boleh jadi. Cadang hujung minggu ni aku nak buat sendiri... Tak sabarnya nak menunggu hujung minggu....

4 Ulasan:

  azieazah

January 15, 2010 at 1:01 PM

Ajak lar kengkawan mai makan sekali... Makan sorang-sorang, tak kenyang tauuu... Ahaks!

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

January 15, 2010 at 2:15 PM

Kak Azie, rumah pu3 kecik jer... pondok... mahu ke teman-teman bertamu...

  suriani

January 15, 2010 at 2:24 PM

sengajalah tu.. bila ko terasa atau teringin, kamipun terasa jugak tauuu... hihi

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

January 15, 2010 at 3:51 PM

alamak umi... bukan tak tahu tekak aku ni terkadang tu mengada nak bermanja...