♥Pesta buku vs. MdH♥

Kala ini memang bosan tahap gaban... all bosses attending tax forum dan aku pulak bertapa di sini untuk attending clients so call if they facing any problem including technical issue. Ceh! semenjak dua menjak aku bantu selesaikan minor technical errors, boss dah rasa lega sebab boleh lepaskan tanggungjawab tu untuk aku handle sebabnya hanya satu, dia tahu aku akan handle clients with 200% extra responsibility. Tapi memang betul pun. Pada aku kepuasan clients adalah kejayaan aku. Mana taknya bukan ratus rupiah yang mereka bayar untuk internet services yang kami tawarkan... ratus ringgit malah boleh cecah ribuan dan ada yang extra kaya puluhan ribu pun iyer. Jadi bila dah berbayar, maka kenalah pastikan setiap ketidakpuasan hati yang wujud dari clients ditangani dengan kadar seberapa segera yang boleh. Kalau tak mesti mereka akan pancung. Nak buat apa, kalau services yang ditawarkan ala-ala siput kat dalam lumpur. Lembab. Iyer tak...

Well Pesta Buku Antarabangsa just a round the conner. Tak berapa jam tak berapa hari jer lagi. Esok, lusa dah start. Erm best ke tahun ni? Kalau tanya aku, tah... mananya aku tahu sebab kejadiannya belum berlaku lagi kan. Cuma pada aku tahun ni seperti gak tahun-tahun lepas.. bestnya kerana dapat jumpa kawan-kawan dan para novelist yang selama ini menjadi idola aku. Ramai weiiii.... kalau nak senarai hisy, tak usahlah... nanti ada pulak yang aku tertinggal.

Tahun ni kalau allah izinkan dan rezeki aku ada, novel ke empat aku bersama publisher yang membuka ruang dan peluang untuk aku kenal dunia penulisan ni akan release. Covernya cukup cantik... Aku teruja giloz bila kali pertama melihat. Memang automatik jatuh cinta, jatuh suka, jatuh gemar dan segala jatuhlah... malah bila cover tu aku terbangkan di maya ke Middle East, orang di sebelah sana diapung keterujaan yang rasanya lebih dari aku. Bersetuju bahawa cover kali ini memang cantik [walaupun cover novel-novel aku yang terdahulu pun tak kurang cantiknya] yang ini lain sikit sebab lebih santai dan sweet, cute and titlenya so catchy with "hati" in red. Itu komennyalah. Erm apa pun aku setuju. Jadi harapan aku sama gak macam buah cinta aku yang telah lalu, agar yang terbaru ni pun boleh diterima oleh pembaca di luar sana dan sudi memberikan pandangan serta komen agar aku dapat memperbaiki qualiti penulisan aku agar bertambah baik.

Key kita layan sesama yer... I present to all of you:

Melangkah Dengan Hati...

Akan kubelai kesetiaan di jiwa walau dalam janji tak terungkap.

Perlanggaran demi perlanggaran yang terjadi rupanya memberi kesan kepada Hadif Raizal yang mula nanar dengan sebuah desakan hati. Keinginan untuk mengenali gadis yang zahirnya sedikit kasar bagaikan tidak terbendung. Perbagai usaha dilakukan, si gadis betah berlagak selamba maha sombong. Tidak terusik walau sekelumit dengan kesungguhan yang ditunjukkan malah semakin jual mahal. Namun Hadif Raizal tidak berputus asa. Dia merasakan apa yang terjadi di antara mereka punya hikmah dalam sebuah petanda.

Kerana budi, ku jatuh hati. Itulah yang dirasakan oleh Firyal Rifdah setelah terselamat dari kejadian ragut. Kehadiran superhero yang bertindak sebagai penyelamat segera membuatkan dia terfikir akan corak pembalasan yang setimpal untuk dihulurkan, sementelah yang menyelamat pantas bertindak menuntut sesuatu yang membuatkan gadis itu resah. Ingin namanya dimuatkan dalam senarai yang selama ini dinafikan.

Kemuculan Amanda Izaura yang tiba-tiba menagih sesuatu yang nyata bukan miliknya menghuru-harakan matlamat untuk menoktah destinasi cinta. Badai mengacah dalam panas yang tiba-tiba ditamu tsunami. Hadif Raizal terkapai-kapai dalam persimpangan penuh dilema dan duri. Pada siapa harus dia bersandar untuk mengapai kembali sebuah kepercayaan yang terbang melayang.

Apakah dia akan kehilangan Firyal Rifdah si Cinderella Cinta yang membawa hati kerana cemburu dalam kelukaan, atau mampukah Amanda Izaura menzahirkan diri sebagai penganti? Siapa dalang disebalik konspirasi tangkapan khalwat yang dihadapi oleh Hadif Raizal?

5 Ulasan:

  azieazah

March 18, 2010 at 12:52 AM

Seronoknya dah ada banyak novel... masuk Pesta Buku lak lagi.. waaaahhh...

MokYang tolong promote jerrrr...

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

March 18, 2010 at 8:55 AM

Erm nak kata seronok tu, entah... pu3 tak pasti, tapi kalau kata puas, mungkin kerana pu3 dah buat sesuatu untuk diri pu3 sendiri. Memberi kepuasan pada jiwa. Apapun tak pasti sangat lagi MokYang samada buku ni sempat dicetak masa pesta buku... apapun kita doakan sama-samalah yer... MokYang tolong promote... alhamdulillah... terima kasih banyak-banyak.

  Najwa Aiman

March 19, 2010 at 10:52 AM

Salamzzz... Sis, gi pesta buku hari apa? Sabtu dan Ahad ni ada tak? Boleh la kita lepak-lepak smbil ngumpat publisher lagi... ekekekekeke... Jom!

  ♥Pu3ImaŊeisyÆ♥

March 19, 2010 at 11:55 AM

Salam Bro! InsyaAllah hari Ahad. Cari kat booth FP ekk. Hisy ko ni ada ke nak menoda aku dengan ajakan ala-ala menambah debu-debu dosa dalam kredit buku amalan.. Ceh! tak sesuai le Bro. Apapun aku selut statement maha selamba terus terang ko tu. Nanti jumpa ekk.. kalau tak jumpa ko tahu camne nak contact aku kan, ke nombor aku ko dah gadai???

  suriani

March 25, 2010 at 11:21 AM

aku suka citernya.. tapi mmg tak buleh terima nama2 wataknya.. sangattttlah susah dan berjelir nak menyebut.. huhuh