Lately ni cuaca memang diluar dugaan betul. Panas semacam ke rumah aku yang dah ala-ala ketuhar? Malam tadi pun sama. Beberapa kali aku terjaga gara-gara tak boleh tidur.. sedar-sedar bantal dah basah, malah cadar pun basah sama... Hisy bukan terkencing ler.. tapi dek bahana berpeluh kerana panas. Tu kipas berputar gak tu, kalau aci tak ada kipas, agaknya dah boleh diperah mangkali. Bayangkan satu hari lebih dari lima kali aku mandi... because nak buat badan aku tidak berada pada suhu yang melampau malah malam tadi pun kul 03.00 pagi aku bantai mandi, tapi bukanlah beriya. Just basah badan jer walau aku tahu bukanlah satu amalan yang baik maha mulia mandi dinihari gaya gitu, tapi nak di apakan. Memang aku tak boleh bertahan. Lepas tu teguk air bertupperware-tupperware... aduh! memang haru betul...
Ada Yang Tertinggal - Bab 20
3 years ago
0 Ulasan:
Post a Comment