4K

Keikhlasan, Kesungguhan, Kefahaman, Kebertimbangrasaan <-- (Ada ke istilah macam tu).
Antara ke empat-empat K di atas bolehkah salah satu diketepikan di dalam apa yang kita lakukan.


Erm apalah yang kau merepek ni Pu3... Dah lah lama tak buat N3, alih-alih kemas istana kaca dengan jadah yang buat orang pening pikir... Ala-ala N3 merapu.

Tak adalah.. tah kenapa tiba-tiba 4K ni datang melintas dalam kepala... Walau apapun pada pendapat dan pandangan aku yang aci rabun ni, Keempat-empat K di atas perlu ada dan seiring dalam apa yang kita lakukan. Tak kiralah aspek apa sekali pun kerana tanpa Keikhlasan, susah nak dapat Berkatnya. Tanpa Kesungguhan, mana datang Jayanya. Tak ada Kefahaman tak kan wujud Keserasian@Ketoleransian dan tiada Kebertimbangrasaan mana mungkin akan ada Pengertian terhadap apa yang ada di sekeliling kita. Tak kisahlah tentang orang atau tentang apa sahaja. Sebabnya cukup senang, tiap seorang daripada kita tidak sama dalam segala aspek. Samalah macam jari-jari kita... ada besar, ada kecik, ada panjang ada pendek, ada runcing ada tirus tapi walau apapun situasi dan keadaan, yang pasti segalanya saling memerlukan di antara satu sama lain dalam sebuah kehidupan...

0 Ulasan: