Kalau dah namanya Tanggungjawab.. erm boleh ke nak tolak ke sana atau ke sini? Dan kerana fikirkan sebegitulah makanya aku jadi macam ni. Dah macam orang bungting yang tak jadi membunting... asyik meloya dan rasa nak muntah, tapi bukan sebarang muntah... ni kira dah keluar muntah hijau walaupun tak makan apa-apa. Semuanya gara-gara tanggungjawab dan tugasan. Aku sekadar punya kurang dari dua bulan untuk menyudahkan segalanya dalam ertikata lain settlekan. Sekarang tengah sibuk bersoal jawab dengan all clients yang bertanyakan itu ini.. begitu begini... mengapa mengapi... kenapa dan untuk apa... Segalanya adalah ?????? dan aku pulak dah jadi macam si FAFAU dok asyik bercakap memberikan jawapan dan penerangan. Lebuh memanglah lenguh malah rasanya skill percakapan aku dah back to my old time. Fast talker... hingga ada yang menegur aku dah aci main redah aje segala tanda koma hatta noktah yang selama ni diguna pakai. Iyalah, kalau nak berlentuk liuk memang aci tak cukup masa. Aku kat office ni bukannya 24 jam. Lagi pun memang aci dah tak larat nak berlemau lembut. Banyak lagi yang menanti yang kena diambil kira. Nak kena compute the actual figure untuk segala urusan mengre-fund dan clarification dengan clients bagai. Aduh! rasa tak cukup udara nak bernafas pun iya juga...
Tapi bila mengenangkan ianya dibawah klasifikasi TanggungJawab dan Amanah.. akhirnya aku cuba redokan hati untuk lakukan segalanya dengan baik dan seikhlas mungkin....
1 Ulasan:
May 20, 2010 at 11:24 PM
Tarik nafassss.. lepasss
Tarikh nafassss.. hembusss!
Jom dengar lagu dangdut dulu, sambil menari poco-poco. Lega tak? hehehehe
Post a Comment