Beberapa malam ni memang aku bosan tahap gaban... rasanya gaban pun tak adalah bosan gaya aku. Nak menyambung kerja... tah che mood pulak tak ada. Berout-station lagi kut, layan FB jer kerjanya aku.. membaca pastu dok gelak sorang-sorang gaya orang mereng. Sah! aku kena buat sesuatu. Maka, aku pun melakukan penyelongkaran dan selongkar punya selongkar akhirnya aku terjumpa sesuatu dan ini lah yang aku buat dan inilah yang terhasil....
Actually aku makin suka dengan benda alah ni sewaktu aku tersadai di hospital beberapa tahun dulu. Mana taknya.. 15 hari jadi penghuni hospital itu buat aku jadi hafal segala menunya. Dari sarapan pagi hinggalah ke dinner... dan salah satu juadah yang disajikan pada hujung minggu untuk minum petang adalah Pai Ayam. Ha! jangan tak caya.. hospital sajikan pai ayam masa minum petang kepada pesakit yang dok merana sakit dan mungkin yang tak berapa sakit atau bukan sakit tekak. Sejak itulah aku dah mula pandai makan Pai Ayam dan tahu bahawa benda ni memang sedap kalau kena cara penghasilannya. Inti dan juga doh yang memainkan peranan penting bagi menjamin buka sekadar gaya, tapi mutu dan keunggulan rasa juga seimbang. So let's enjoy my Pai Ayam....
1 Ulasan:
March 25, 2010 at 11:17 AM
bestnya.. selalu2 la ko kebosanan and takde mood ye.. pastu, terhasillah lagi pai pai ayam rupa itu.. sedappp benau aku tengok..
lenkali buat la bebanyak, bagi kawan2 rasa ek?
mmmmm, melelehhh!
Post a Comment