Sekarang ni kat luar office aku hujan sedang mencurah-curah. Siap dengan guruh bagai. Perut aku pun dah rasa berkeroncong giloz kerana tengahari tadi aku tak keluar lunch. Just menibai biskut kerana nak menyiapkan gazette order yang silap dibuat dek staff aku. So call hari ni pulak nak kena published... mahunya boss aku tak gelabah cam tapir ilang anak. Natijahnya kala ini aku layan blues kelaparan yang sedang bersenandung dengan rasa sejuk yang dah menggigit-gigit.
Erm esok dan lusa cuti. Nak buat apa ekk... Buat nasi lemak untuk sarapan, rasa macam best jer kan... udang ada dalam peti sejuk, boleh buat sambal, kalau tak nak udang, sotong pun ada... pun boleh dibuat sambal. Kacang dengan timun, boleh je balik nanti beli kat kedai, tapi rasa cam kalau ada kangkung goreng bawang lagi best... telur pulak buat telur dadar nipis. Peh! mengancam giloz. Sure sedap kan. Bungkus pulak dengan daun pisang yang banyak berselerak kat rumah aku tu. Kira okeylah kan...
Pastu dalam kul 10.00 boleh pergi tengok Le Tour De Langkawi yang dijadualkan akan lalu di Jalan Gombak sebelum menuju ke Genting ikut jalan lama. Kiranya just tengok kat tepi Masjid Al-Syakirin Gombak dah memadai.... Mesti best... tengok dia orang pecut beskal macam mat rempit...
Ada Yang Tertinggal - Bab 20
3 years ago
0 Ulasan:
Post a Comment