Yang Dinanti....

Alhamdulillah... 22 Syaaban 1431H... lahir juga apa yang dinantikan selama ini. Sesuatu yang cukup bermakna buat diriku... yang memang ingin ku abadikan dalam sebuah lipatan kenangan, yang ingin ku kongsikan dengan insan-insan yang pernah mewarnai alam kanak-kanak di zaman persekolahan. Terima kasih kepada-Nya kerana memudahkan jemari ini terus menyusur menyudahkan apa yang dikurniakan ke dalam minda. Biarpun ianya tidaklah 100% sama dengan apa yang pernah dilalui dahulu, tapi aku bangga kerana watak-wataknya adalah hidup untuk terus melancarkan pergerakkan jemari ku. Justeru itu... terimalah... Cubaan pertama dari ku untuk semua yang berada di luar sana. Andai ada kepincangan di mana-mana, anggaplah itu sebahagian dari kedhaifan dalam kekhilafan seorang insan bernama Manusia. Sesunggunya yang baik itu datang dari-Nya jua. Ambillah untuk dijadikan panduan sementara yang cacat itu dijadikan sempadan sebuah kehidupan..


Sudah Berada Di Pasaran

ISBN:978-967-365-022-4
Sem. Malaysia: RM10.90
Sabah / Sarawak: RM13.90


Mestikah kejaguhan dipertonton untuk menghindari tanggapan…?

Dia dianggap kaki bangku, tukang bancuh air, pengutip bola malah penjaga longkang, hanya kerana tiada siapa pernah melihat dia beraksi di arena bola sepak, sedangkan kejaguhannya tatkala beraksi di balapan tidak wajar dipertikai.

Itulah Ilham, ketua murid Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 2 yang pernah dinobatkan sebagai olahragawan sewaktu temasya sukan Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan. Tapi mengapa dia seakan merelakan segala tanggapan tidak enak itu terus diberi kepadanya atau benarkah sememangnya dia seorang kaki bangku?

Persengketaan atas rasa tidak puas hati mengakibatkan Daniel mencabar Ilham untuk bertarung dengannya. Mampukah Ilham menyahut cabaran Daniel dalam satu perhitungan di gelanggang futsal? Tapi, mengapa mesti futsal?

0 Ulasan: