Jum Beramah Mesra

Lama betul aku tak update atau dengan kata lain mengemas istana kaca aku ni. Dah berhabuk sana sini. Nasib tak sampai sawang-menyawang, kalau tak jenuh pulak nak cari orang untuk tolong bersihkan. Okeylah, hari ni macam gak hari-hari yang lalu, hidup di office sibuk lebih-lebih lagi hari ni kerana petang ni ada pembentangan baget 2011. Walaupun hakikatnya bukan aku selaku pembentangnya, tapi apa yang dibentangkan memberi impak terhadap tugasan aku. Maklumlah bekerja dengan Accounting Firm.. faham-faham sajalah. Segala yang bersangkutan dengan perubahan dalam cukai mencukai ni memang akan jadi headlinelah untuk di update untuk kemudahan clients. Cuma tak pasti hari berkampung sampai pukul berapa. Erm tak kisahlah. Bukan aku tak biasa pun, cuma satu jerlah masalahnya. K.E.S.I.H.A.T.A.N... semalam pun aku dah MeRehatkan diri di rumah gara-gara isu yang satu ni... tapi fikir positif Mir. Sakit tu kifarah dari Allah sebagai pembersih sebahagian dari dosa kecil, insyaAllah.

Erm nak bagi tahu korang semua... minggu depan kalau berkelapangan, jemputlah ke MPH Mid Valley pada 23 dan 24 Oktober dari jam 02.00 hingga 04.00 petang. Untuk apa... ala untuk apa lagi, untuk jumpa akulah. Hehehehehee... sebenarnya kami ada promotion untuk novel awal remaja keluaran Fajar Pakeer. Bukan aku sorang saja, tapi Qaseh Qaisarah dan Hatta Nurharis pun ada sama. Jadi boleh nak beramah mesra.... Key citer banyak tak mau... layan promo di bawah ni key....


0 Ulasan: