Kembali menyemarakkan

Lama tak menyulam kata di sini. Lama membiarkan istana kaca ini berdebu dan berhabuk sana sini. Bukan melupakan dan bukan juga macam kacang yang dah tak ingat pada kulit tapi entah. Secara jujur aku sendiri tidak tahu mengapa aku menyepi dari menyulam kata.  Ada teman baru ke? Emm, mungkin. Bukanlah nak meletak kesalahan di bahu Cik mukabuku, tapi memang itulah antara asbab musabab mengapa istana kaca ini mula suram. Mungkin kerana pada Cik mukabuku, aku tak perlu menyulam kata yang berjela. Cukup sekadar apa yang terdetik dan melintas minda saja. Uhu! sekali lagi ALASAN. Ada aja sulaman kata aku yang berjela. Apapun di kesempatan syawal yang masih ada, aku ingin menitipkan ini buat semua yang masih sudi menjadi pengunjung istana kaca ku ini...




Moga selepas ini aku akan punya lebih waktu untuk selalu mengemaskinikan segalanya di sini.

CuNext2me