Syukur....

♥ GaUn CiNtA ♥
Biarlah Gaun ini jadi lambang dan saksi Cintaku kepada dirimu.

Ek eleh! Apa ke poyonya mamat tu. Siap bawak payung lagi. warna Pink Panther pulak tu… Isy, memang sah-sah dan confirm Auw! Mirzan Hanni mengutuk tanpa belas. Matanya lincah menjalankan scanning terhadap makhluk yang dimaksudkan.

Fazral Rafzan tetap selamba kodok, tidak terkutil langsung dengan tingkah dan tindakan gaya minah sengal ala-ala spesis makhluk asing yang baru nak kenal manusia. Itu pula komen pertama Fazral Rafzan akan sikap Mirzan Hanni, gadis brutal persis jantan menurut pandangan matanya.

Memang poyo dan auw sangatkah si Fazral Rafzan hingga dengan senang hati Mirzan Hanni menyedekahkan anugerah yang membawa gelaran “nyah” kepadanya? Atau memang si Mirzan Hanni aci stok mulut over insuran? Sesedap rasa bak Sirim yang memberi label walau label yang diberinya tak pernah dipinta jauh sekali dibuat permohonan malahan memang tak akan mendapat kelulusan badan berkenaan, [SIRIMlah mana lagi], tapi Mirzan Hanni peduli apa.

Namun, tanpa mereka sedar, pertemuan tak sengaja dalam persepsi berbeza itulah yang telah mengheret keduanya pada satu perhubungan yang tidak mampu mereka tolak dan elak. Macam-macam yang berlaku dan segala kemacaman itulah yang seakan menjadikan keduanya bagai medan magnet berlainan kutub yang menarik di antara satu sama lain.
Bagaimanakah kepoyoan berjaya mengundah-gulanakan kebrutalan emosi dengan serangan virus tak bervaksin? Apa kaitan sehelai gaun dalam hidup gadis bernama Mirzan Hanni dan kritikal sangatkah ke‘Nyah’an Fazral Rafzan dalam kepoyoannya? Siapa yang bakal menggula-gula dan siapa pula yang bakal dilollypop... dapatkan jawapannya dalam di Gaun Cinta....

Mininovela terbitan Fajar Pakeer yang akan berada di pasaran pada bila-bila masa sahaja. Dapatkan segera...

Selamat Pagi...

Pagi ni aku kelam kabut sikit. Malam tadi walaupun tidur agak awal, tapi sebenarnya mata enggan lena. Akhirnya aku layan ulang baca novel yang sebenarnya dah berkali-kali aku khatam. Akhirnya aku sendiri tak tahu pukul berapa aku lena. Pagi ni... terbabas. Nasib baik juga dalam penaklukan tentera jepun, jadi taklah aku subuh gajah. Perut rasa lapar... akhirnya aku buat keputusan ambil breakfast ala barat since memang dah lama aku tahan daripada keteringinan untuk makan benda alah ni, tapi pagi ni aku tewas.

Maka berbreakfast ala baratlah aku hari ni. Dalam kelam kabut, phone aku tertinggal kat rumah. Ah! Apalah malang punya nasib. Erm sabar jerlah...


My scrambled egg with croissant



My lovely hot chocolate with marshmallows

BerKonGsi KeMerIaHaN

Segalanya berlangsung penuh meriah, penuh sopan santun, penuh silent kerana konsepnya adalah Silent Dinner. Sapa yang berbunyi hatta sendawa pun akan dikepit dengan pengepit baju. Ha! memang tak pernah dibuat orangkan, tapi itulah yang terjadi Last Friday when me and other 5 friends di undang untuk ke majlis makan malam sempena meraikan Belated besday seorang teman yang juga menjadi penaja unggul. Dalam pakaian yang sama iaitu T-Shirt putih yang juga disponser, maka kami semua menikmati hidangan di salah sebuah restoran di Sogo. Makanan yang disajikan memang aci buat semua tersandar kekenyangan. Fantastik punya sedap, dalam kategori meletopszlah. Cuma satu jerlah yang jadi penyiksa buat semua... Makan dalam keadaan senyap sunyi atau merelakan diri disepit dengan pengepit baju. Apa sahaja soalan berbangkit harus ditulis pada baju sendiri atau baju rakan-rakan yang lain. Ada ke patut... peh! dasar pendera tahap giga betul si penganjur tu kan. Mentang-mentanglah dia besday GiRl.... Yang lebih melucukan bila si waitress2 tu ingat kami ni golongan OKU... ketegori bisu... siap dema nak cari translator bahasa isyarat lagi... Gelak gaban kami semua bila sahaja tamat perintah yang menyiksakan. Ada ke... tapi tulah, dah semua main bahasa isyarat dan tulis-tulis. Kan dah kena sebiji. Lepas sahaja selesai task pertama untuk malam tu, masuk pula frasa ke dua. Party bedak sejuk sambil melalak sakan lepas tension [Berkaraoke] Tengok sahajalah pic di bawah ni... betapa heaven dan gilernya semua. Masing-masing dah tak hingat dunia...


Apapun aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada BesDay kita malam tu, yang pakai dress hitam tu kerana bermurah hati menaja segalanya sempena Hari Lahirnya yang kebetulan dah sehari berlalu. Moga segala kebaikannya dibalas dengan beribu kali ganda rahmat dari-Nya. Begitu juga pada teman-teman semua Kak Ida, Aishah, Sue, Rin and Siti... you all memang so spoting giloz. Really had funs that night dengan gelak roller coster yang tak ada hujungnya. May this moment be memorable for all of us.

I Done It...

03.00am, aku baru nak merehatkan badan setelah menyelesaikan keseluruhan TaSk yang diberikan oleh temanku untuk diserahkan kepadanya pada hari esok – Jumaat 13112009. Memang aci berpinar mata, aci kosong otak dibuatnya sebab tak tahu apa yang harus dimuatkan untuk memenuhi helaian-helaian putih lagi suci di dalam buku yang agaknya kurang sikit dari tebalnya budget booklet 2010 yang baru aku terima hari Isnin yang lalu. Peh! Memang gaya aci-aci tak mahu buka pintu je kalau diberi pilihan. Tapi itulah kerana seorang teman, kerana menghargai segala yang telah dia buat dan peruntukan dan kerana hari yang sangat special untuknya, [sebenarnya hari ni] aku cuba juga lakukan yang terbaik dan sehabis baik. Harap ianya tak keciwalah hendaknya. Nak tengok hasilnya…














Jeng... jeng... jeng....



Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat ulangtahun kelahiran buat teman ku itu. Moga dimurahkan rezeki, diberkati dan sentiasa berada di dalam lindungan dan rahmat allah selalu.


Hope lovely surprises are coming your way
To make your Birthday a Wonderful day
Smiles and laughter, joy and cheer
New happiness that stays throughout the year
Hope your birthday brings all these and more
Filling life with surprise and joys galore!

So on this very special day
I would like to say to you
I hope you'll always find happiness
In whatever you may do.

Another candle on your cake
Well there's no need to pout
Be glad that you have strength enough
To blow them all out!


Wishing you your happiest birthday yet
A birthday too special To ever forget.

Bila BuSan MeLanda

Bila dah busan, aku mulalah tak boleh duduk diam. Semedangnya rasa resah gelisah... nak tidur, aku bukan jenis yang tidur siang walaupun aku spesis yang berjaga malam lebih-lebih lagi waktu hujung minggu. Nak membaca, tak ada mood begitu juga nak menulis. Pada hal, ada jer sebenarnya kerja yang masih belum siap. Task dari teman aku... hehehehee tah bilalah agaknya nak siap. Akhirnya aku masuk dapur dan sediakan semua ini.....


Sup sayur campur yang memang healty... sebab aku guna kaedah rebus tanpa minyak. Kalau ada minyak pun datang dari segala jenis bola-bola yang aku gunakan seperti bola pingpong [bebola sayur], bola tenis [bebola ikan saiz yang tah macamana lepas rebus jadi besar], bola golf [bebola ketam bersayur], bola squash [bebola udang] dengan sayur-sayuran yang berbagai warna. Memang meriah sup aku ni.



Ni pulak ikan bawal sweet and sour. Asalnya aku fikir nak stim saja ikan ni, tapi bila mengenangkan aku tak pernah pun buat masakan sebegitu, ada baiknya aku jangan buat, lagi pun mana aku ada pengukus kan... tak kan nak kukus dalam kuali walaupun memang aci boleh jer kalau nak buat pun. Cuma keberanian macam tak meyebelahi aku jer. Jadi aku buatlah sweet and sour.


Ni satu lagi dish aku yang beranika warna. Ayam black paper yang ada cili bangala dan tomato di dalamnya. Memang sedap sebab kuihnya boleh dimakan dengan roti.



Ni pulak dish terakhir atas permintaan Mukhriz dan Nazrin. Telur bungkus yang didalamnya memang meriah dengan perbagai rasa. Woi! kalau beli kat kedai mahu RM3.50 atau 4.00 harganya tau, dan intinya hampeh... banyak bawang jer boleh harap. Tapi aku punya peh sah sedap, aku muatkan segala serbi khazanah laut, kira ni telur bungkus deep oceanlah gitu...

Bila letak semua ni atas meja, abang aku dok pandang semacam jer pada aku. Masak banyak-banyak mengalahkan nak buat kenduri ni ada yang dan datang bertamu ke? Aku gelak jer... akhirnya dia pun turut gelak sambil geleng kepala. Aku tahu dia mesti dah boleh agak yang mood busan aku dah melanda. Sah! otak aku tak betul bila keadaan sebegini terhasil.



Ni pulak aku buat malam tadi. Memandangkan tupperware Sue ada pada aku bekas dia isi pecal hari Jumaat lepas, jadi aku tak tahu nak isi apa untuk pulangkan bekas dia. Nak pulang kosong, seganlah pulak. Iyerlah orang dah memberikan, jadi aku ni memang spesis yang tak suka pulang bekas kosong. Bukan bangga diri, tapi mungkin kerana dah dididik sebegitu barangkali. Pesan arwah Ma jangan sekali-kali pulangkan bekas kosong pada orang yang dah memberi hatta sepaket biskut sekali pun. Jadi aku buatlah benda alah ini untuk isi dalam bekas dia. Erm kali ini memandangkan rumah aku memang tak ada pengukus, jadinya aku try bakar pulak. Well, not bad dan aku rasa cam lagi best jer bila bakar berbanding dengan kukus walaupun kukus pun sedap juga sebenarnya. Kali ini aku ubahsuai lagi resepi asal mengikut kreativiti aku dan terhasillah Caremel special rekaan aku sendiri... hahahahaaa cewah! masuk lift tekan sendiri nampak.

Jum kita renung bersama

Aku layan perlawanan akhir Piala Malaysia diantara pasukan Kelantan dengan Pasukan Negeri Sembilan. Secara keseluruhan permainan boleh aku rumuskan lebih berpihak kepada pasukan negeri sembilan dengan susun atur 4 2 4 memang menjadi. Berbeza dengan pasukan Kelantan yang juga mempertaruhkan susun atur 4 2 4 tapi malangnya midfield langsung tak bergerak. Dengan kata lain terus mati. Jadi kucar-kacir. Waktu ni Negeri Sembilan dah mendahulu dengan jaringan 3 - 1 dengan jaringan cukup cantik. Tahniah buat Sharulain, Khairuddin dan Zakuan. Anda bertiga berjaya buktikan kemampuan dan gandingan yang berjaya memutihkan mata pasukan Kelantan walaupun Indra Putra dapat menjaring gol yang memang cukup cantik.

Cuma yang mengecewakan adalah sikap penyokong pasukan yang bertanding. Sampai main perang mercun. Dah rasa cam raya pulak... siap baling-baling lagi. Siap bakar-bakar kain rentang, siap baling-baling objek masa pasukan lawan nak buat tendangan penjuru malah yang lebih teruk siap main bakar membakar di bahagian tempat duduk lagi. Dah terasa macam nak main masak-masak ke atau sebab sejuk hujan makan perlukan haba untuk menghangatkan keadaan yang dah sememangnya sedia hangat. Nampak sangat semangat kesukanan yang ada dalam diri para penyokong di Malaysia ni berada di paras yang cukup bawah, yang paling negatif, walaupun aku tahu tak semua yang bersikap sedemikian. Entah bilalah masalah ini dapat diatasi agaknya, tapi selagi individu itu sendiri tidak mahu mengubah, rasanya memang payah. Tak boleh ke kalau main elok-elok, yang bermain dan yang menyokong, sama-sama dalam semangat kesukanan yang satu. Dalam pertandingan, biasalah mesti ada yang kalah dan mesti ada yang memang. Kalau semua nak memang, beli sahaja bola sorang satu. Tak payah nak rebut-rebut. Semua boleh memang.

Dan satu lagi agak-agaknya berapa ramailah yang tak bersolat Maghrib hanya kerana sebiji bola yang dikejar di tengah padang. Sapa nak tanggung semua tu ekk... erm macam betul jer kata-kata yang pernah aku dengar tak lama dulu,

"Berilah sebiji bola kepada orang-orang melayu, pasti mereka akan leka hingga terlupa kepada segala yang wajib mereka lakukan."

Jadi jom kita fikirkan bersama. Berbaloi ke melabur pada sesuatu yang tidak akan membawa sebarang pulangan yang boleh menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan... Ermmmm

Terfikir, memikir dan berfikir...

Sesungguhnya aku bagai hilang kefahaman
Atau mungkin aku ni yang tak faham
Atau apakah daya pemahaman aku memang dah hancus
Kerana itulah aku langsung tak mampu memahami
Bagaimana sebenarnya untuk mendefinasikan
Di definasikan icon yang dicanang di setiap pelusuk negeri
Berdefinasi tentang apa yang sebenarnya di cari
Aku keliru.. keliru dalam nyata yang tak tersembunyi
Mata melirik minda mencari
Lima jelitawan beraksi di skrin dengan berbagai aksi
Menari, menyanyi, berlakon,
Ingin diri dinobatkan sebagai GaDiS MeLayU...
Mungkin ada yang terlepas pandang
Mungkin juga sengaja tak memandang
Hukum yang memang haram
Mana mungkin boleh dimanipulasikan
Walau dalam apa juga keadaan
Yang haram tetap berdiri sebagai haram
Tiada tingkah yang menghalalkan cara
Bersentuhan dalam lintuk lenggok tubuh
Antara bukan ajnabi seharusnya dielakkan
Agar adab dalam kesopanan tidak dilangkau
Agama yang berpaksi di dada tidak sewenang diinjak
Pakaian seharusnya bukan memperlihat lekok di tubuh
Itu belum diambil kira yang bersifat mahkota di atas kepala
Yang wajib ditutup seperti yang termaktub
dalam surah An-Nur ayat 31 yang antara lain menyebut:
Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [selebihnya rujuk surah An-Nur].
Aku bukan penentang dalam kemodenan
Sedangkan agama juga
tidak menghalang mengejar segala kemajuan
Lagi pun memang dunia makin moden
Manusia semakin maju
Dinobat sebagai icon, pasti akan jadi tontonan
Mungkin juga jadi ikutan
Tapi ikutan seperti mana yang menjadi matlamat
Akhirnya aku blur sendiri
Memikirkan apa relevantnya
Gadis Melayu yang kononnya sebagai icon
Apa sebenarnya yang dicari
Diakhir penobatan yang diberi
Waallahualambisawab.