Sebuah Cerita Cinta

Kerana Kasih Ini…

“Sudikah awak menjadi Cinderella Cinta saya?” lembut pandangan Hadif Raizal Isyraf memanah ke wajah Firyal Rifdah. Sebuah kotak baldu sudah berada di tangannya.

“Ni apa citer pulak ni? Awak sedang buat hafalan skrip yer? Apa tajuknya? Sapa directornya?” soal Firyal Rifdah selamba. Suasana di kedai makan yang agak bising itu langsung tidak menarik perhatiannya. Sesekali dia menjeling ke kaca televesyen yang sedang menayangkan cerita Altromen Tiga. Ah! best juga kalau duduk di rumah. Boleh gak aku layan citer ni… Bisik hatinya sendiri.

“Ifdah, saya tanya ni. Awak sudi jadi Cinderella Cinta saya?,” ulang Hadif Raizal Isyraf lagi. Wajah gadis dihadapannya masih terus diratah lembut. Kotak baldu yang sedari tadi berada di tangannya masih tidak bersentuh.

Isy! Lemah tanaga batin betullah aku dengan mamat romantika tahap overhaul langit ke tujuh ni. Sesuka hati dia aje bertanya soalan ngeri yang boleh buat aku senak urat… Firyal Rifdah mengomel perlahan. Dia masih tercari-cari jawapan yang tepat dalam soalan lipat maut aci minah rempit nak lari dari road block.

“Tapi saya tak pandai nak uruskan rumahtangga. Tak reti masak, membasuh, mengemas dan segala yang sewaktu dengannya,” jawab Firyal Rifdah selamba. Erm ikutkan ajelah mood orang angau petala jatuh beskal. Agaknya betul dia tengah praktis untuk ujibakat nak jadi calon Jejaka Malaya kut… hatinya bermonolog sendiri.

“Saya bukan nak suruh awak jadi pembantu rumah, sebaliknya jadi Cinderella cinta saya,” Hadif Raizal Isyraf masih tidak berganjak. Perkataan Cinderella cinta masih terus malah seakan melekat dalam perbendaharaan pertuturannya.

“Iyelah… jadi Cinderella. Bukan ke asalnya Cinderella tu kena buat segala jenis kerja rumah. Siap kena dera lagi… Tak mahulah saya,” cebik Firyal Rifdah. Dia sudah mula lemas. Riak dan gaya anak muda itu sudah aci mamat romeo nak mengurat aje pada penilaian pandangan matanya. Hadif Raizal Isyraf tertawa kecil mendengar jawapan yang meluncur dari ulas bibir comel gadis di hadapannya.

“Sapa pulak yang suruh awak buat semua kerja-kerja tu dan siapa yang nak dera awak?”

“Habis tu, bukan Cinderella kena buat semua tu ke… than kena dera dengan mak dan kakak-kakak tiri dia… Erm rasanya saya tak sesuailah Raizal sebabnya saya tak adapun mak dan kakak tiri. Pa belum plan untuk kawin lain dan kalau ada pun, kena cari yang confirm janda yang punya dua orang anak gadis perempuan yang lebih tua dari saya,” jawab Firyal Rifdah selamba. Dia menguis-nguis makanan yang masih berbaki di dalam pinggan. Seleranya seakan terputus dengan dialog perbualan yang tercipta antara mereka.

“Awak jadi Cinderalla cinta saya? Cinderella cinta yang mengemas tiap ruang di dalam hati saya,” ucap anak muda itu perlahan. Dia tetap menagihkan kepastian. Sebiji buah epal merah yang cukup ranum dan menghairahkan kini berada di tangannya bersama kotak baldu yang masih setia seperti tadi. Berkerut dahi gadis di hadapannya melihatkan tingkah yang tidak pernah terlihat sebelum ini.

Dah kemaruk sangat ke mamat ni.. aduh! “Awak ni kenapa Raizal… tak sihat yer… kena attack cholera ke… atau kena attack dengan penyakit tak bervaksin. Cakap aci gaya merapu jer. Terlebih layan dvd Korea yer? atau semalam awak pergi ke Muara makan ikan kerapu tiga rasa dengan Farid sampai kembung?” tanya Firyal Rifdah. Mukanya sudah cemberut.

“Ambillah epal ni. Saya tahu awak suka makan buah-buahan. Jangan takut, saya tak jampi pun buah ni dan …”

“Saya bukannya Snow White dalam dongeng citer orang putih. Tak payah awak nak beri saya epal tu untuk membangunkan saya,” pintas gadis itu pantas sebelum sempat anak muda itu menoktahkan kata. Sahlah mamat ni tak sihat… pastu boleh ajak aku sama… hemo hemo betullah… ngomel hatinya. Alamak kan dah terlepas. Dari mana pulak datangnya raksaksa ni… alih-alih dah berlawan je ngan Altromen… cepatlah altromen… fire je raksaksa tu… tak yah nak flying kick… isy kuat juga raksaksa ni… spesis apalah agaknya. Boleh ke si altromen ni lawan… isy.. isy.. isy…

“Ifdah! Apa yang awak tengok… penat saya bercakap sorang-sorang,” Hadif Raizal Isyraf memusingkan kepalanya. “La! Macam budak-budak. Citer ni pun awak layan?” senyumnya sudah terbias sambil kepalanya mula tergeleng-geleng.

“Lebih baik layan citer ni dari layan awak yang dah sah-sah tak sihat. Asyik dok merapu aje dari tadi,” cebik Firyal Rifdah. Matanya terus lekat semula pada apa yang dilihatnya sebentar tadi. Hemo… hemo… lampu kat dada altromen dah menyala.. dah berbunyi pun… ala time cangginilah kuasa dia nak habis… ek alih! Citer karton pun ada to be continue… Tahpaper tah… potong stim betullah…rungut Firyal Rifdah geram justeru tidak tahu siapa yang menang dalam pertarungan itu.

“Ifdah! Macamana?” tanya Hadif Raizal Isyraf kembali. Tangannya mula mengawang di hadapan muka gadis itu.

“Macamana apanya? Awak ni kenapa sebenarnya Raizal? Tak pernah pun buat perangai macam ni? Awak demam yer… atau sakit perut?” Firyal Rifdah membalas servis dengan soalan. Sakit rasa otaknya dengan gelagat anak muda itu.

“Iyerlah… iyerlah... saya tahulah, saya ni tak miliki ciri-ciri prince charming yang awak cari. Saya tak dapat nak sediakan sepatu kaca untuk awak. Sebab tulah awak fikir saya macam-macam,” anak muda itu menyandarkan tubuhnya rapat ke kerusi. Wajahnya sudah kendur.

“Sapa yang nak pakai sepatu kaca yang boleh memudaratkan kaki bila ditakdirkan pecah waktu memakainya? Lagi pun zaman dah canggihlah… dah jauh berubah… saiz kasut sekarang ni dah berlambak yang sama… tak adanya satu saiz untuk satu kaki,” bidas Firyal Rifdah. Dia mengeluh.

Aduh! Aku letih betullah dengan dia ni. Dah dapat penyakit merajuk pulak… Ya Ampun Ya Allah… berikanlah kekuatan buat hambamu ini menghadapi mamat yang dah terputus fius kewarasan hingga terawang ke langit ke tujuh. Tolonglah pulihkan ketidakbetulan otak mamat yang ada dekat depan aku sekarang supaya kembali waras dan jauh dari ketidaknormalan yang boleh membawa aku sama ke mental hospital… pohon Firyal Rifdah didalam hati.

“Kalau macam tu, awak sudilah jadi Cinderella cinta saya?,” tanya Hadif Raizal Isyraf kembali. Riak wajah yang tadinya sirna kini bercahaya.

“Iyerlah.. iyerlah… saya setuju... Sat ni ada pulak yang jadi sawi jeruk kat sini kalau masih tak ada jawapan,” akhirnya Firyal Rifdah mengalah. Dia mula bangun melangkah ke kaunter tanpa mengajak anak muda itu. Cepat-cepat dia membayar harga makanan mereka kemudian terus sahaja menapak ke kereta yang diparking berhampiran dengan kedai tersebut.

“Ifdah… Ifdah... tunggulah saya,” panggil Hadif Raizal Isyraf. Dia mengeluh setibanya di kereta. Firyal Rifdah sudah menyandarkan tubuhnya menanti melihat anak muda itu menekan alarm mereleasekan kunci.

“Kenapa awak tinggalkan saya dan bayar harga makanan tadi?” tanya Hadif Raizal Isyraf sebaik sahaja mereka berdua berada di dalam perut kereta. Tangannya pantas menghidupkan penyaman udara dan turut menekan punat radio.

“Erm rasanya awak belum jadi partner dan punya share dengan tuan kedai tu kan, jadi tentulah kita kena bayar,” sindir Firyal Rifdah selamba. Dia membetulkan tudungnya yang sedikit tersenget.

“Memanglah saya belum submit application untuk jadi partner dekat kedai tu, tapi kan saya boleh bayar. Kenapa awak pulak yang bayar?” soal anak muda itu. Enjin kereta di hidupkan sambil berhati-hati memulakan pemanduan.

“Saya atau awak yang bayar bukan soalnya sebab kita masih gunakan matawang yang sama. Jadi tak ada permasalahan dalam soal ni, tapi tak tahulah saya kut awak rasa jatuh saham bila perempuan yang bayar makanan awak lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ni,” sindir Firyal Rifdah lagi sambil tersenyum. Matanya sempat menjeling sekilas ke wajah anak muda yang tenang meneruskan pemanduan.

“Kenapa dengan keadaan sekarang?” Hadif Raizal Isyraf bertanya bodoh. Wajahnya terkulat-kulat cuba memahami apa yang dimaksudkan oleh gadis di sebelahnya.

“La! Kan awak tengah mengayat saya… jadi tentulah awak nak jaga sahamkan. Takut tak macho kalau perempuan yang bayarkan,” tembak Firyal Rifdah. Hadif Raizal Isyraf sekadar tersengeh. Ternyata dirinya tidak sempat menyambar perisai untuk mengelak jauh sekali mempertahankan diri. Gadis itu memang cekap.

Kereta yang dipandu membelok ke kawasan Tasik Titiwangsa. Setelah mendapat parking yang sesuai, enjin kereta dimatikan. Anak muda itu menyandarkan tubuhnya, merehatkan segenap anggota yang mungkin keletihan. Matanya dipejamkan…

Tiba-tiba telinga Firyal Rifdah menangkap sesuatu. Rasanya bunyi itu bukan datangnya dari radio yang terpasang. Cermat dia membuat penelitian dan kini pandangannya terarah pada anak muda yang berada di sebelah. Sah! Bunyi itu hadir dari suara yang meluncur dari ulas bibir insan yang ada bersamanya. Belum sempat Firyal Rifdah mencelah, jari Hadif Raizal Isyraf lebih pantas hadir di bibirnya. Membuat halangan agar dia tidak bersuara. Firyal Rifdah tergamam... beku dirinya dengan tindakan tanpa duga. Dibiarkan anak muda itu meneruskan aktiviti yang entah dipelajari dari mana... namun ianya tidak pula sumbang pada pendengaran seorang gadis seperti dirinya.... entah mengapa, hati yang selama ini betah pejal dan beku seakan rapuh lantas mencair... Ada gerimis yang tidak diundang hadir di tepian kolam matanya dalam minda yang bersatu dengan sebuah perasaan menghayati tiap patah bait yang terungkap dari bibir yang masih berlagu penuh emosi itu...

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Ohhhh... Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran
Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu (menyayangimu)
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita


“Saya harap awak dapat hayati dan memahami tiap patah dalam lirik lagu itu. Penat saya buat penghafalan tau,” ucap Hadif Raizal Isyraf lembut sebaik sahaja tamat bait terakhir itu. Dia tersenyum malu. Firyal Rifdah hanya diam… speechless dengan apa yang dihadapinya hari ini… dia benar-benar tergamam dan terkedu…

“Lama lagi ke saya perlu menanti untuk awak bersetuju menjadi Cinderella cinta saya?” tanya Hadif Raizal Isyraf romantis bersama sebuah kotak baldu yang tak perlu dibuka untuk mengetahui apa isinya. Sebiji buah epal turut sama dihulurkan…

“Awak tak romantic. Ada ke dengan buah epal? Selalunya orang bagi bunga,” ucap Firyal Rifdah. Dia bermain-main dengan hujung tudung yang dipakainya. Menyembunyikan wajah yang sudah mula rasa bagai disimpah selori kuib ais. Malu dengan kata-kata sendiri.

“Kalau saya beri bunga bukannya boleh makan, tapi buah epal ni awak boleh makan. Saya tahu awak ni memang hantu buah-buahan. Jadi tak salahkan lagi pun kita disarankan untuk tidak melakukan pembaziran dalam apa jua yang kita lakukan,” hujah anak muda itu. Firyal Rifdah membeku diam sambil otaknya ligat berputar seperti gasing mencari dan mereka alasan.

“Saya tak reti kemas rumah,” dalih Firyal Rifdah perlahan.

“Saya sediakan pembantu untuk menguruskan rumah,” balas anak muda itu.

“Saya tak pandai masak,” gadis itu menghantar servis.

“Kita sama-sama akan sibuk, jadi memang tak ada masa awak nak masak memasak ni. Lagi pun kita sekadar berdua, lebih berbaloi kalau kita makan di kedai saja. Setidak-tidaknya kita dapat membantu peniaga itu untuk menambah pendapatan,” mantap balasan servis yang dihantar kembali.

“Saya tak larat nak basuh baju,” servis kembali dipulangkan oleh Firyal Rifdah. Wajahnya sudah merona kemerahan.

“Saya sediakan mesin basuh. Awak hanya perlu masukkan serbuk pencuci dan buka pili air sahaja. Selebihnya biarkan mesin basuh itu menguruskan,” alasan yang dihantar dipatahkan dengan jawapan super bernas dari anak muda itu.

“Saya tak pernah gosok baju orang. Baju saya pun Ma yang lebih selalu menggosoknya,” Firyal Rifdah masih tidak mahu mengalah.

“Biar saya yang gosok. Saya memang pakar. Masa di uni dulu saya cari side income dengan ambil upah menggosok baju kawan-kawan,” mudah alasan itu diranapkan oleh si penjawabnya.

Firyal Rifdah diam. Senyuman yang mengacah cuba disembunyikan dari terbias namaun jelingan sekilas anak muda itu sudah menemuinya sebelum sempat aktiviti penyorokan dilakukannya.

“Apa lagi alasan awak Ifdah atau sememangnya awak dah tak punya alasan? Erm jadi Cinderella cinta saya yer,” pinta Hadif Raizal Isyraf lembut. Wajah gadis itu dijamah dengan redup pandangan penuh kasih.

“Saya tak boleh jadi Cinderella cinta awak melainkan keizinan itu awak minta dan perolehi dari Pa dan Ma,” rasa macam nak menyorok bawah almari sahaja sebaik menuturkan kata-kata itu. Wajahnya sudah merah… rasanya blursher Maybelline pun tak akan semerah itu.

Mendengarkan tawa yang sudah termuntah dari anak muda itu menambahkan lagi perisa malu yang sudah sedia dirasainya. Cinabeng betul dia ni… saja nak kenakan aku… rungut hatinya. Sedas jelingan maut dihadiahkan pada anak muda itu, namun akhirnya dia turut sama tertawa dalam senyuman lantas menundukkan wajah.

“Saya suka lihat pipi awak blursher macam ni. Erm boleh saya tahu cik gunajenama apa? Maybelline ke L’Oreal?” sakat Hadif Raizal Isyraf nakal… namun dia bersyukur kepada yang esa justeru doanya termakbul jua akhirnya….

BANYAK KERJA + BUSAN =