Berkat Jumaat....

Ya allah... ku panjatkan rasa syukur atas segala limpah rahmat-Mu pada diri ini... Dalam aku sibuk dengan tugasan hari ni, HP berlagu... tertera number yang memang aku tak kenal langsung. Hello, boleh cakap dengan Pu3Imaneisya? Iya saya. Saya dari Fajar Pakeer. Nak confirm dengan akak Pu3 pasal signing session untuk pesta buku. Tarikh dan masa. Erm akak boleh datang untuk sessi 26hb tak? Kejap nak check dairy... Tak dengarlah suara akak... Tak dengar, tak pe, jap lagi akak call semula. Aku pun called semula sebab tak tahu kenapa talian macam jeles jer ngan aku... isy nak kena maxis ni... Hello... yer kak pu3 ni. So akak boleh datang untuk sessi akhirlah yer. Erm bolehlah kut, satu hari ekk... Ha'ah, tapi boleh je kalau akak nak merayau pun. Erm, nak beritahu yang novel akak sekarang dah masuk Q printing. Harap dapat release masa Pesta buku, tapi tak janji... Zupp.... jantungku macam terhenti... speechless and toneless... tonne suara dah mula berubah kendur penuh emosi yang datang mengasak yang sedaya mampu cuba aku tahan. Tak nak hujan di tengah sahara office. Betul ke??? macam tak percaya jer.. ingatkan masih lagi dalam proses untuk lay-out. Taklah kak.. dah okey dah, cover pun dah buat cuma belum finalise jer lagi... okeylah... terima kasih yer...

Airmata gugur juga akhirnya. Entahlah... perasaan ku jadi tak menentu... gembira, bangga, suka dan hiba, sedih dan segalanya... aku tak mampu ungkap walaupun ini kiranya bukanlah pengalaman pertama.. Dah novel ke dua pun woiii tak kan emo lagi... biarlah apa orang nak anggap, secara jujurnya itulah yang aku rasa... Terima kasih ya Allah... kalau setahun yang lalu aku terima berita gembira tentang novel sulungku pada hari Jumaat, novel kedua juga beritanya aku terima pada hari Jumaat juga... hari yang nyata penuh berkat dan rahmat... penghulu segala hari yang di dalamnya dilimpahkan berganda rahmat kasih dari-Nya... Terima kasih ya Allah kerana tanpa izin-Mu aku tak mungkin merasai apa yang aku rasakan hari ni... Sempat berkongsi kegembiraan dan cerita dengan orang tersayang... walaupun sekadar sebuah perkhabaran....

Today...

Selesai meeting pagi... a few hot issues terkeluar... aku just diam... buat bodoh... member jeling pun aku dek aje... tak amik pot pun... sebabnya bagi aku bukan issue baru pun... sebab aku kata macam tu dah half a year aku handle benda tu... tak pulak aku bersungut, tak pulak aku merungut... aku tak nampak kat mana sebenarnya benda ini jadi issue besar... tapi yang best kepala tak berasap hanya sebab satu. Aku sludup mp3 masuk bilik meeting. Telinga bersumbat dengan earphone yang aku sorok di dalam tudung. Selamba aku layan lagu hip-hop dari sarawak yang dah mula melakat dalam benak aku sebagai minat gilezzzz. Jadinya aku layan lagu lebih 200% tumpuan dari dengar boss bebel issues yang memanaskan....

Member called tanya aku lunch kat mana. Simple je aku jawab... tak keluar... sebabnya sue bagi meehoon goreng isi dalam bekas ikan pindang yang aku bagi kat dia semalam. Syukur alhambulillah... tak perlulah aku pening nak fikir makan apa, lagipun stock biskut aku pun ada... ribena ada suku botol lagi... so memang tak ada masalah besarlah rasanya. Cuma masalah sekarang cuma kepala aku jer... dah mula minat gilez dengan lagu hip-hop dari kumpulan tahapapa nama dia yang guna dialek Sarawak... mula dengar aku memang blur, tapi dah lama-lama macam bukan macam tapi memang best pulak... korang carilah kat tenet.. lagu Matahari dan Kamek Sayang Gerek Kamek...

Bekal aku...

Untuk tengahari ni aku bawak lunch aku sendiri. Juadah yang aku terasa nak jamah. Jadi petang semalam pas balik dari office, aku singgah di kedai. Sambar ikan, bunga kantan, daun kesum. Erm apa lagi ekk... rasanya tak ada apa. Balik umah aku gebek apa yang ada dalam peti ais. Ya Allah huakbar, asam keping tak adalah pulak... camne aku boleh tak ingat... bendi pun tak ada... yang ada buat tomat yang memang jadi stok aku buat kudap-kudap bila kehabisan buah-buahan. Aku tanya Yana, selamba jer minah tu cakap, rumah kita bukan stok asam kepinglah... asam jawa adalah. Erm boleh ke... aku menung kejap, hasilnya akan memasam juga kan... kira bolehlah... pastu aku jengah ke rumah sebelah, ke pokok belimbing buluh... heheheheh ada buah... erm rembat ajelah... tapi woi sopanlah sikit. Bagi salam dan minta izin kat tuan tanah yang aci menumpang gak tu. Lepas berbalas pantun soalan, akhirnya seplastik belimbing buluh adik Abang Zack hulurkan kat aku, sempat lagi pesan, jangan lupa anta semangkuk... ceh! mangkuk syiar punya mamat... kirim salamlah aku nak bagi sebab aku nak buat pun cukup-cukup untuk aku bawak pi office jer... hahahahah kijamkan aku... lantaklah... serbia sekejap....

Pagi tadi lepas aku goreng cekodok bilis berkucai, aku start misi aku... tumbuk cabai, campur sikit bawang kecik, kunyit than masuk dalam periuk. Tambah air dan tenggek atas dapur. Tunggu sampai mendidih, masukkan bunga kantan, daun kesum, dan belimbing buluh, [sepatutnya aku masukan sama daun kunyit dan serai, tapi sebab tak ada, aku abaikan...] setelah menggelegak, masukkan ikan dan garam serta gula... hahahhaha siaplah aku punya Pindang Ikan... berdating dengan sayur yang aku campur dengan balance daging merah depa semalam lawan nasi putih.... okey lah kan....

Lebih Senang....

Aku memang suka masak…bukan nak promote diri ekk, tapi memang aku suka cumanya masa yang tak ada sangat untuk aku lakukannya dan aku tak kisah aje kalau masa tu ada. Pagi ni aku buat cekodok bilis dengan kucai datang office sebagai sarapan. Cicah pulak dengan sos lingam… peh! Heaven kasyorga wa cakap sama lu. Boss aku yang bukan jenis lidah pedas tu pun balun gak walau tersiut-siut menahan pedas. Aku sengeh musang berjinggut jer. Dalam hati mengomel sendiri, sapa suruh letak cili macam nak menyili mulut orang. Kan dah mulut sendiri yang kena cili…. Sebenarnya semua ni gara-gara hujan yang turun semalamlah. Aku saja bukan mulut borak kosong ngan member aku yang sibuk promote kopi o panas dia. Aku kata kalau ada cekodoh bilis ni, peh gerek gilez tu… than sebut pulak pasal sos lingam. Dia selalu cicah keropok ngan sos tu, aku tambah kalau cicah cekodok pun sedap. Tak sangka pulak perbualan kita orang di dengari oleh boss. Berkerut-kerut dahinya cuba memahamkan apa dia cekodok tu... aku dan kawan aku ambil giliran mengexplainkan bagaimana atau apa sebenarnya cekodok, tapi hampeh. Idak di faham dek dema.... "I think you better make it and bring to the office tomorrow. It's could be better explanation," cadang memberku sambil tersengeh. Itu aci nak kenakan aku lah tu... Erm aku fikir punya fikir... punya fikir akhirnya aku setuju sebab rasa bahan-bahan nak buat cekodok dan sos tu memang ada kat rumah. Just rembat aje... Hasilnya pagi ni aku datang office dengan setupperware cekodok bilis berkucai dan sebotol sos chili lingam.


Kenapa...

Kenapa ekk... sikap suka atau mungkin tega menyusahkan orang lain untuk kesenangan dan kepentingan diri sendiri sering ada dalam diri. Dah tu dicampur pulak dengan sikap sukar mengaku kesalahan atau kecuaian walaupun hakikat itu tak dapat ditutup dengan sikap tak bersalah??? Jatuh standard ke??? Pelik bebenor aku... apakah kerana status yang dipegang menjadikan seseorang itu berasa tidak patut memohon maaf dari orang yang tarafnya lebih rendah dari dirinya... Erm entahlah... moga aku tidak dan bukan tergolong dalam golongan yang sedemikian... Minta di jauh dan oleh Allah... Amin...

Erm.. baru terfikir…

Aku tengah leypark santai sambil buat failing segala document sokongan sebelum serahkan pada manager aku untuk tindakan seterusnya. Tiba-tiba entah macamana fikiran aku boleh melayang… teringatkan satu insiden baru-baru ini…

“Eh! Mak Dah tengok adik sekarang ni dah tembun. Adik dok makan apa?” teguran Mak Dah benar-benar menyentap emosiku. Bukan aku merajuk atas teguran itu, cuma mencari realiti pada seungkap bicara.

Ngah dan kak ngah sengeh. Ha! tu gaya nak nyakat akulah tu. Bukan aku tak kenal ngan senyuman musang berjinggut depa tu.

“Orang senang hati Mak Dah oooiiii, maklumlah…” saja buat frasa ayat tergantung supaya Mak Dah boleh terus tembak aku dengan pertanyaan. Cinabeng punya abang.

“Senang hati awatnya?” Mak Dah dah muka kelam dan sah-sah memang dah termakan dek aura statement ngah diawalnya.

“Ala, tak dak apalah Mak Dah,” sempat aku menjeling ngah yang dah berduet tawa dengan isteri kesayangan.

“Takkan tak dak apa, tapi betuilah dik. Hang dah tembun,” Mak Dah dah mula menjalankan misi penyelidikan. Tubuh aku dibelek dan dipusing ke kiri dan kanan mengikut kehendaknya. Entah apalah yang dia cari agaknya. Aku dah rasa tak selesa.

“Macamana tak tembun Mak Dah kalau tiap kali orang telefon tanya dia lagu mana… ha jawapan dia tak pernahnya lagi dari kata yang dia dah tembun, lebih-lebih lagi kalau orang ajak jumpa. Mulalah dia buat penyamaan dengan segala benda yang tembun-tembun. Kalau dok selalu cakap lagu tu, Allah assume dia naklah. Kan allah tak kedekut, jadi inilah hasilnya.” Syarah ngah selamba. Amboi! Sejak bilalah pulak mamat ni jadi ustaz...

“Kalau tembun sihat, Mak Dah tak kisah, cumanya takut nanti datang pulak sakit yang macam-macam. Satu lagi, adik lupa kut. Tiap apa yang kita kata tu umpama doa. Kalau selalu benda tu yang kita dok habaq kat orang. Lagu ngah habaq tadilah. Allah ingat kita dok minta, jadi dia pun bagilah,” ucap Mak Dah akhirnya.

Aku termenung. Erm betul gak kan… kenapa aku boleh alpa dalam khilaf akan perkara ini… erm mulai saat ni tak nak lah cakap canggitu lagi… menyamakan diri dengan segala benda yang ada dalam dunia ni [kalau boleh disamakanlah] tiap kali orang bertanya perihal aku… Natijahnya… lu fikirlah sendiri… padan muka aku… hehehehehe

Conclusion: Jangan sesedap oren aje bercakap tanpa fikirkan natijahnya....

Peh! Sedap tu... ^ _ ^

Pagi ni aku bangun jam 05.00 pagi. Tang... tang... tang... bunyi lesung batu menumbuk bawang, putih, ikan bilis dan cili padi sebelum bahan-bahan ini aku tumiskan pada minyak zaitun yang sudah mula panas. Berdesir bunyinya. Aku kacau seketika sebelum masukkan air dan stok ayam untuk dijadikan kuah. Tunggu menggelegak sebelum mencampakkan tauhu, fishball, carrot, bunga kobis dan kobis panjang. Biar seketika sebelum masukkan garam secukup rasa dan jeng... jeng... siaplah sudah. Tadi kakak kat department aku ajak keluar lunch, tapi aku dah angkap tupperware sambil tersengeh. Dengan selamba dia buka dan menghidu aromanya... Sedapnya... tiba-tiba akak jadi lapar. Nak sikit... tanpa tunggu keizinan dibawanya bekas kecil lantas menceduk sedikit sebelum memanaskan. Sedapnya... healthy dish, komennya tanpa pinta. Aku sengeh jer... iye ke sedap... hahahahahah sengal betullah akak sorang ni...

Semalam aku janji dengan member aku, tapi sebenarnya yang penting tekak aku ni sebenarnya dah teringin nak menjamah since terlihat seorang teman menapau dari food court beberapa hari yang lalu. So bahan-bahan memang dah aku beli sehari sebelum ini, cumanya entah kenapa aku tak buat semalam. Bila dah terikat janji, pandai pulak kerajinan bertamu dalam diri. Maka terhasillah apa yang diidamkan oleh tekak aku... tapi bila dah sampai office, rasa cam tak lengkap pulak. Erm berlenggang kangkung aku bawak sup sayur tu semata. Nasi aku dah suruh member aku bawak lebih. Fikir punya fikir... Ya allahhuakbar... aku lupa goreng ikan masin rupanya... hehehhehe masak lemak sheli padilah aku sat lagi menjawab dengan member aku tu... Macamanalah aku boleh lupa dan macamanalah aku boleh selambaland jer bawak sup sayur aku tu semata... hehehehehe

Pertanyaan...

Sebenarnya dah banyak kali persoalan ini diajukan kepada aku... Bila novel ke dua nak keluar... Lamanya you rehat... bila novel baru you nak terbit? You tak menulis lagi ke? Eh! Kali ni novel you sad ending juga ke? dan banyak lagilah yang purata berkisar pertanyaan yang sama yakni tentang novel aku seterusnya bila nak keluar. Rasanya dah hampir setahun setelah novel pertama aku berada di pasaran. Alhamdulillah buah cinta pertama ku itu diiterima dengan baik. Syukur ke hadrat allah swt.

Novel keduaku dalam proses editing dan tentunya aku masih lagi bernaung di bawah publisher yang sama yakni Fajar Pakeer. Tak nak beralih mencari kelainan dengan publisher lain ke... ada gak yang tanya aku soalan sebegini, jawapan ku mudah. Biarlah dulu. Aku tu senang bangat sama publisher ku sekarang, makanya biarlah aku bersama mereka. Berkisah akan novel ke duaku kali ini, erm konsepnya dah lain. Tidak lagi sad ending sepertimana yang pertama dulu. Sekarang ini kalau tak silap proses editing frasa pertama hampir selesai. Jadi kemunculannya pasti juga pada tahun ini tapi aku tak pasti bila ia akan berada di toko-toko buku. Pada yang sudi menanti, harap bersabarlah hendaknya. Harap dengan apa yang aku paparkan ini menjawab pertanyaan yang bertanya tentang bila buah cinta kedua ku akan muncul.

Erm... apa harapan aku untuk novel ke dua ini??? Dah pastilah aku harap buah cinta ku kali ini juga dapat diterima sepertimana buah cintaku yang pertama. Memang aku cuba mengenengahkan sesuatu yang lain dari yang telah aku lakukan sebelum ini. Nak tahu apa kelainannya, kenalah tungguuuu

Keylah... aku chow chin chow dulu untuk kali ini... Lain kali kita jumpa lagi ekk... Sayonara...

Yang terjadi...

Erm aku pun tak tahu kenapa dengan aku lately ni... sistem permakanan aku rasanya dah bercelaru... nak kata aku on diet... isy... tak ada maknanya... tapi tu lah...

Pagi ni aku sampai awal ke office. 0730 am aku dah terpacak kat sini. Belek kerja yang ada kat atas meja aku... Erm ada beberapa benda yang aku kena settlekan sebab last Friday dengan selamba kodoknya aku minta dari boss untuk balik awal. Aku kena kejar doktor aku sebelum dia berangkat ke Ireland untuk confrence selama dua minggu. Pagi ini aku membreakfastkan perut aku with a bowl of cereal with a mug of hot choco with marshmallow. Sejak di ajar oleh seseorang, inilah yang sering aku gandingkan bila aku menikmati hot choco. Entah kenapa aku jadi rindu pulak pada makluk tu... hehehhehe

Sedang aku laypark menghabiskan juadah aku, datang seorang kakak menjengah ke meja ku.
"Hai, tu aje..." tegurnya bersama senyuman. Aku sekadar pamir sengeh sumbing. Kemudian dengan paksa dia menyerat aku ke tempatnya lantas menghulurkan sesuatu pada ku. Bila ku buka aje... MasyaAllah... tudung yang sedang popular di gayakan oleh semua orang. Aku terkebil-kebil, kurang faham dengan maksudnya. "Tu hadiah harilahir untuk Mir. Saja aku bagi lambat sebab suruh tailor akak jahitkan," terangnya. Aku benar-benar jadi terkedu... speechless. Memang tak terkata dibuatnya. Bukan aku pura-pura, tapi sesungguhnya... iyelah besday aku dah berkurun expired. Bertemu tarikh luput pun. "Ha! Yang terkedu tu kenapa, pakailah. Akak nak Mir pakai hari ni gak. Baju pun dah lebih kurang aje.. ada kaler merah. Padanlah dengan tudung tu," bebelnya sambil pantas tangannya membuka pin tudungku. "Kalau iyer pun tak kan kat sini kak, washroomlah sis. Malu sik..." protesku bila lihat tangannya makin lincah. "Tak ada maknanya nak malu-malu, bukannya ada gents pun. Dah, meh sini akak pakaikan. Ha! Kan ayu adik akak ni..." aku dah tersengeh-sengeh bila bertembung pandang dengan boss aku yang juga dah tersengeh melihat gelagat kami. "Terima kasih kak, besday saya dah expiredlah kak," ucapku sambil mengucup tangannya tanda hormat dan terima kasih. "Tak ada hal. Akak memang dah niat nak buatkan satu untuk Mir," ucapnya dengan senyuman. Maka hari ini aku terpaksalah menyimpan tudung yang aku pakai dari rumah tadi dan berganti dengan tudung yang lain.

Tengahari aku ke bank untuk selesaikan transasi yang along arahkan. Dan sekali lagi aku tak tahu nak makan apa, akhirnya aku memilih untuk menikmati dua jenis juadah ini untuk lunch.

Aku ni memang fanatik dengan buah-buahan... tak kiralah buah apa. Semuanya aku jarang tolak kecuali spesis yang memang aku tak pernah lihat. Member geleng kepala bila lihat dengan rakusnya aku menjamah kedua buah-buahan ini. Macam dah berkurun tak makan buah, komennya. Malam ini aku akan bertapa di office, tak pasti hingga ke pukul berapa untuk sessi mini budget yang bakal dibentangkan nanti. Erm boleh ke aku bertahan... hehehehehe entahlah...