TanGung untuk JaWaB....

Kalau dah namanya Tanggungjawab.. erm boleh ke nak tolak ke sana atau ke sini? Dan kerana fikirkan sebegitulah makanya aku jadi macam ni. Dah macam orang bungting yang tak jadi membunting... asyik meloya dan rasa nak muntah, tapi bukan sebarang muntah... ni kira dah keluar muntah hijau walaupun tak makan apa-apa. Semuanya gara-gara tanggungjawab dan tugasan. Aku sekadar punya kurang dari dua bulan untuk menyudahkan segalanya dalam ertikata lain settlekan. Sekarang tengah sibuk bersoal jawab dengan all clients yang bertanyakan itu ini.. begitu begini... mengapa mengapi... kenapa dan untuk apa... Segalanya adalah ?????? dan aku pulak dah jadi macam si FAFAU dok asyik bercakap memberikan jawapan dan penerangan. Lebuh memanglah lenguh malah rasanya skill percakapan aku dah back to my old time. Fast talker... hingga ada yang menegur aku dah aci main redah aje segala tanda koma hatta noktah yang selama ni diguna pakai. Iyalah, kalau nak berlentuk liuk memang aci tak cukup masa. Aku kat office ni bukannya 24 jam. Lagi pun memang aci dah tak larat nak berlemau lembut. Banyak lagi yang menanti yang kena diambil kira. Nak kena compute the actual figure untuk segala urusan mengre-fund dan clarification dengan clients bagai. Aduh! rasa tak cukup udara nak bernafas pun iya juga...
Tapi bila mengenangkan ianya dibawah klasifikasi TanggungJawab dan Amanah.. akhirnya aku cuba redokan hati untuk lakukan segalanya dengan baik dan seikhlas mungkin....

Boleh pulak....

Ya tuhan... apalah nak jadi dengan aku... dalam punya berchenta menyelesaikan segala tuntun kerja yang dah macam tak cukup tangan kaki nak diguna pakai, masih boleh minda aku aci suka-suki merayau... Sekarang ni memang aku sibuk tahap tah tak boleh nak aku tafsirkan. Dalam masa kurang dari 2 bulan, segalanya kena settle... walau bukan dalam konteks MUST... tapi HARUS diusahakan agar SELESAI. Termasuklah dengan payment dari clients yang masih pending.. nak kena di pro-ratedkan dengan fees baru. Belum masuk bab kena buat calculation untuk mengre-fund semula kepada client. Bab cheque lagi... Pendek kata dalam seminggu ni aku memang dah rasa nak keluar muntah tah kaler apa tah lagi. Punyalah dah meloya lihat figure dan bermain dengannya. Ni tetiba pulak boleh tersangkut terangkut teringinkan sesuatu...
Ya tuhan...
SEDAPNYA....

Aku kepingin nak makan LaKsA GoReNglah pulak...
sapa nak tolong buatkan untuk aku...
uwaaaaaaaa.... sedihnya....

dah Lama...

Erm lama dah rasanya tak praktikkan skill di dapur. Bukan tahap bersilat berkarate, tapi just ala-ala menari inang gitu. Tekak ni pulak macam terasa-rasa jer keenakan, kelemakan, kelembutan dan kesedapan tahap tak ingat dunia akan puding jagung. Since semalam pun sampai rumah agak awal, jadinya tak ada masalahlah untuk bermesra dengan dapur. Buka kabinet lihat semua benda yang diperlukan ada.. Setin jagung manis, tepung kastad dan gula macam dah senyum. Buka peti sejuk susu segar pulak memberi salam, lagilah bertripler kegembiraan yang dah memancar-mancar di wajah. Akhirnya inilah yang terhasil....

Saja letak kaler-kaler, barulah tampak cantik dan memikat.

Sementara menanti ianya membeku, keras dan sejuk, aku terpandang pulak pisang yang dah tunjuk gaya muka sedih. Macam mengadu ala bertanya jer.. siapalah yang sudi nak makan aku. Kalau dibiarkan, alamatlah buruk diriku ini tanpa dapat dijamah hatta dimakan. Kesianlah pulak aku dengar dan malam tadi pun rasa cam malas jer nak makan nasi walaupun siap masak paprik campur + telur dadar + kailan ikan masin + sambal tempoyak + ulam timun. Tapi nafsu untuk santap memang tak ada... jadinya bila terlihat pisang yang sudah berdukalara, datang pulak idea untuk buat pancake. Jadi, inilah hasilnya... tadaaaa

Dimakan bersama dengan madu. Memang yummy dan sedap


Inilah juadah makan malam aku semalam dilengkapi dengan satu mug koko suam + mashmello diakhiri dengan puding jagung yang super duper sedap. <--- Ceh! Konon....