Kalau Itu Janji-Nya

Lama tidak mencoret. Malah aku bagai kehilangan kata, kemuflisan ayat untuk mengambarkan apa yang terakam di layar hati. Memang dalam hidup ini, aku paling takut pada KeHiLaNgAn. Tak kisahlah apa... asal namanya HiLaNg, seboleh mungkin aku cuba elakan dari ia hadir sebagai tetamu di dalam perjalanan hidupku. Tapi sebagai insan kerdil, sedaya manalah kudrat yang aku ada untuk menolak takdir dalam ketentuan. Lantas akhirnya pasrah menjadi landasan terakhirku.

Tanggal 18 November 2010, kala insan lain mungkin sedang melayan lena dengan mimpi indah yang bertamu, di sebuah katil seorang insan bertarung dengan sakaratul. Kami yang berada di rumah entah mengapa dihambat ngantuk sepasang mata lantas terlena atau dilenakan seketika. Itulah kuasa-Nya dan mungkin juga permintaa dan doa seorang ibu agar kepulangannya kepada sang pencipta tidak diratap dengan airmata. Bila terjaga, bonda sudah kaku. Rohnya sudah meninggalkan jasad lantas berlalu menuju ke alam sana. Terlalu mudah dan rasanya amat pantas kerana bila tangan yang tiba-tiba terjaga merayap ke segenap tubuh itu, kepanasannya masih mampu dirasai. Ya tuhan... terima kasih kerana mengambil mak dengan keadaan yang tidak menyukarkan. Biarpun sejak Syawal yang lalu, kami sekeluarga bagai disentak bila mendapat pengesahan bahawa mak mengidap BrEaSt CaNCeL stage 4 advance yang sudah makin menular ke seluruh tubuhnya. Malah kami sekeluarga cuba lakukan segala yang terbaik untuk dirinya sementara masih ada sisa waktu yang KAU izinkan buat kami menyumbang bakti terakhir. Masih jelas pada minggu kedua akhir giliran aku menemani Mak di rumah. Aku sempat menggosok kakinya bila dia mengadu mengalami rasa lenguh malah tangan ini sempat juga menggosok perutnya yang dah makin mengeras. Aku jadi kaget bila mak tiba-tiba merebahkan kepalanya di pangkuanku. Mungkin juga kala itu dia sudah tahu waktunya makin hampir. Tiada yang dapat mengambarkan sebuah perasaan yang diulit duka dalam lara. Apa sahaja kesempatan yang masih bersisa tetap digunakan. Memandikan jenazah mak merupakan pengalaman yang tak mungkin mampu diungkap. Sesuatu yang cukup afdal andai semua anak-anak mampu melakukannya untuk ibu masing-masing. Sekuat manapun sekeping hati, rapuh juga bila melihat mak mula dikafankan. Airmata jatuh berderai lebih-lebih lagi bila kesempatan terakhir mengucup wajah mak kami lakukan secara bergilir-gilir. Apapun moga roh Mak sejahtera di sana bersama orang-orang solehan di sisi-Nya. Amin...

Al-Fateha buat Arwah Mak...

Berakhir sudah....

Alhamdulillah. Tugasan yang tergalas di bahu tertunai sudah. Segalanya berlangsung dalam berbagai suasana dan kesimpulan yang dapat dibuat, aku happy bangat. Tanggungjawab melunaskan jemputan yang dibuat oleh pihak MPH Mid Valley ke atas penulis-penulis FP Junior sudah dilaksanakan dengan sebaiknya. Lebih menggembirakan bila pada hari pertama Sabtu 23 October 2010 bukan sekadar aku, kak Qaseh dan Rehal yang memang ditugaskan di situ sahaja yang hadir tapi kami ditemani oleh beberapa penulis lain yang juga sudi meluangkan waktu. Key .... Jum kita layan slide yang telah aku sediakan ini...



Di kesempatan terluang, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan MPH atas undangan. Janganlah serik untuk mengundang lagi ya... Moga jumpa lagi di lain kesempatan, daaaa

Habiskan waktu

Semalam setelah selesai segalanya, aku termenung. Terfikir nak buat apa lagi. Dah uruskan mak. Dah bagi makan dan makan ubat, so that mak rehat sambil baring tengok tv. Memang aktiviti mak dah tak banyak selain dari ngaji di setiap waktu terluang kalau tak nak tengok tv. And semalam as usual my turn untuk jaga mak dan aku cam dah tak kisah ja, tak berkira sangat pasal turn-turn ni. Ada saja kesempatan di luar kesibukan yang aku alami, aku akan luangkan waktu dengan mak. Sembang dan bercerita. So semalam setelah segalanya selesai, aku jengah ke dapur. Buka peti sejuk tengok ada butter dan cream cheese. Tiba-tiba tekak meronta nak makan cake. Tak kan aku nak berkejar ke SR pulakkan, jadinya bila lihat bahan-bahan yang ada, aku pun ambil keputusan untuk proceed dan hasilnya....





Tadaaaaaa





Aku sertakan bahannya:

250 g Cream Cheese
250g Mentega
180g Gula halus
6 biji Telur
180g Tepung gandum biasa
1 sudu teh Baking powder
Sebungkus biskut keju masin brand Julie
Pewarna kuning
Coklat emulco

Cara-cara: Pukul mentega, cream cheese & gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu & pukul lagi sehingga sebati. Ayak tepung gaul dn baking powder. Masukkan ke dlm adunan tadi sedikit2 sambil di gaul sehingga sebati. Bahagi adunan kpd 2 bahagian & warnakan each dgn kuning & satu lagi dgn coklat emulco. Lapik tin dgn kertas & di lengser dgn minyak/mentega. Ratakan 2 senduk bhn kuning & susun biskut di atas nya. Kukus 10 minit. Lapiskan dgn lapisan coklat & kukus 10 minit. Ulang proses ini sehingga habis. Akhir sekali kukus selama lebih kurang 30-60 minit utk pastikan kek benar2 masak. Ingat, susun biskut hanya atas lapisan kuning. SELAMAT MENCUBA..... rugi kalau tak cuba... Nampak susah tapi boleh siap melapis dlm sejam lebih sahaja.

Jum Beramah Mesra

Lama betul aku tak update atau dengan kata lain mengemas istana kaca aku ni. Dah berhabuk sana sini. Nasib tak sampai sawang-menyawang, kalau tak jenuh pulak nak cari orang untuk tolong bersihkan. Okeylah, hari ni macam gak hari-hari yang lalu, hidup di office sibuk lebih-lebih lagi hari ni kerana petang ni ada pembentangan baget 2011. Walaupun hakikatnya bukan aku selaku pembentangnya, tapi apa yang dibentangkan memberi impak terhadap tugasan aku. Maklumlah bekerja dengan Accounting Firm.. faham-faham sajalah. Segala yang bersangkutan dengan perubahan dalam cukai mencukai ni memang akan jadi headlinelah untuk di update untuk kemudahan clients. Cuma tak pasti hari berkampung sampai pukul berapa. Erm tak kisahlah. Bukan aku tak biasa pun, cuma satu jerlah masalahnya. K.E.S.I.H.A.T.A.N... semalam pun aku dah MeRehatkan diri di rumah gara-gara isu yang satu ni... tapi fikir positif Mir. Sakit tu kifarah dari Allah sebagai pembersih sebahagian dari dosa kecil, insyaAllah.

Erm nak bagi tahu korang semua... minggu depan kalau berkelapangan, jemputlah ke MPH Mid Valley pada 23 dan 24 Oktober dari jam 02.00 hingga 04.00 petang. Untuk apa... ala untuk apa lagi, untuk jumpa akulah. Hehehehehee... sebenarnya kami ada promotion untuk novel awal remaja keluaran Fajar Pakeer. Bukan aku sorang saja, tapi Qaseh Qaisarah dan Hatta Nurharis pun ada sama. Jadi boleh nak beramah mesra.... Key citer banyak tak mau... layan promo di bawah ni key....


Yang Dinanti....

Alhamdulillah... 22 Syaaban 1431H... lahir juga apa yang dinantikan selama ini. Sesuatu yang cukup bermakna buat diriku... yang memang ingin ku abadikan dalam sebuah lipatan kenangan, yang ingin ku kongsikan dengan insan-insan yang pernah mewarnai alam kanak-kanak di zaman persekolahan. Terima kasih kepada-Nya kerana memudahkan jemari ini terus menyusur menyudahkan apa yang dikurniakan ke dalam minda. Biarpun ianya tidaklah 100% sama dengan apa yang pernah dilalui dahulu, tapi aku bangga kerana watak-wataknya adalah hidup untuk terus melancarkan pergerakkan jemari ku. Justeru itu... terimalah... Cubaan pertama dari ku untuk semua yang berada di luar sana. Andai ada kepincangan di mana-mana, anggaplah itu sebahagian dari kedhaifan dalam kekhilafan seorang insan bernama Manusia. Sesunggunya yang baik itu datang dari-Nya jua. Ambillah untuk dijadikan panduan sementara yang cacat itu dijadikan sempadan sebuah kehidupan..


Sudah Berada Di Pasaran

ISBN:978-967-365-022-4
Sem. Malaysia: RM10.90
Sabah / Sarawak: RM13.90


Mestikah kejaguhan dipertonton untuk menghindari tanggapan…?

Dia dianggap kaki bangku, tukang bancuh air, pengutip bola malah penjaga longkang, hanya kerana tiada siapa pernah melihat dia beraksi di arena bola sepak, sedangkan kejaguhannya tatkala beraksi di balapan tidak wajar dipertikai.

Itulah Ilham, ketua murid Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 2 yang pernah dinobatkan sebagai olahragawan sewaktu temasya sukan Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan. Tapi mengapa dia seakan merelakan segala tanggapan tidak enak itu terus diberi kepadanya atau benarkah sememangnya dia seorang kaki bangku?

Persengketaan atas rasa tidak puas hati mengakibatkan Daniel mencabar Ilham untuk bertarung dengannya. Mampukah Ilham menyahut cabaran Daniel dalam satu perhitungan di gelanggang futsal? Tapi, mengapa mesti futsal?

Why....

Why suddenly I be so crazy... feel it malting inside my mouth... Is so heaven if to have it now... but... oh no... what I'm suppose to do... Arggggggg!!!! I can't stand with it... I so despare to it..


My Baby You....

Alhamdulillah... penantian berakhir jua. Kelahirannya sehari selepas hari lahir daddynya memang membawa seribu makna dan kegembiraan buat semua keluarga. Moga dia akan membesar sebagai puteri yang solehan buat mummy dan daddy. Berjalan atas landasan AdDin dan sunnah yang ditinggalkan.

Welcome to the world honey

TanGung untuk JaWaB....

Kalau dah namanya Tanggungjawab.. erm boleh ke nak tolak ke sana atau ke sini? Dan kerana fikirkan sebegitulah makanya aku jadi macam ni. Dah macam orang bungting yang tak jadi membunting... asyik meloya dan rasa nak muntah, tapi bukan sebarang muntah... ni kira dah keluar muntah hijau walaupun tak makan apa-apa. Semuanya gara-gara tanggungjawab dan tugasan. Aku sekadar punya kurang dari dua bulan untuk menyudahkan segalanya dalam ertikata lain settlekan. Sekarang tengah sibuk bersoal jawab dengan all clients yang bertanyakan itu ini.. begitu begini... mengapa mengapi... kenapa dan untuk apa... Segalanya adalah ?????? dan aku pulak dah jadi macam si FAFAU dok asyik bercakap memberikan jawapan dan penerangan. Lebuh memanglah lenguh malah rasanya skill percakapan aku dah back to my old time. Fast talker... hingga ada yang menegur aku dah aci main redah aje segala tanda koma hatta noktah yang selama ni diguna pakai. Iyalah, kalau nak berlentuk liuk memang aci tak cukup masa. Aku kat office ni bukannya 24 jam. Lagi pun memang aci dah tak larat nak berlemau lembut. Banyak lagi yang menanti yang kena diambil kira. Nak kena compute the actual figure untuk segala urusan mengre-fund dan clarification dengan clients bagai. Aduh! rasa tak cukup udara nak bernafas pun iya juga...
Tapi bila mengenangkan ianya dibawah klasifikasi TanggungJawab dan Amanah.. akhirnya aku cuba redokan hati untuk lakukan segalanya dengan baik dan seikhlas mungkin....

Boleh pulak....

Ya tuhan... apalah nak jadi dengan aku... dalam punya berchenta menyelesaikan segala tuntun kerja yang dah macam tak cukup tangan kaki nak diguna pakai, masih boleh minda aku aci suka-suki merayau... Sekarang ni memang aku sibuk tahap tah tak boleh nak aku tafsirkan. Dalam masa kurang dari 2 bulan, segalanya kena settle... walau bukan dalam konteks MUST... tapi HARUS diusahakan agar SELESAI. Termasuklah dengan payment dari clients yang masih pending.. nak kena di pro-ratedkan dengan fees baru. Belum masuk bab kena buat calculation untuk mengre-fund semula kepada client. Bab cheque lagi... Pendek kata dalam seminggu ni aku memang dah rasa nak keluar muntah tah kaler apa tah lagi. Punyalah dah meloya lihat figure dan bermain dengannya. Ni tetiba pulak boleh tersangkut terangkut teringinkan sesuatu...
Ya tuhan...
SEDAPNYA....

Aku kepingin nak makan LaKsA GoReNglah pulak...
sapa nak tolong buatkan untuk aku...
uwaaaaaaaa.... sedihnya....

dah Lama...

Erm lama dah rasanya tak praktikkan skill di dapur. Bukan tahap bersilat berkarate, tapi just ala-ala menari inang gitu. Tekak ni pulak macam terasa-rasa jer keenakan, kelemakan, kelembutan dan kesedapan tahap tak ingat dunia akan puding jagung. Since semalam pun sampai rumah agak awal, jadinya tak ada masalahlah untuk bermesra dengan dapur. Buka kabinet lihat semua benda yang diperlukan ada.. Setin jagung manis, tepung kastad dan gula macam dah senyum. Buka peti sejuk susu segar pulak memberi salam, lagilah bertripler kegembiraan yang dah memancar-mancar di wajah. Akhirnya inilah yang terhasil....

Saja letak kaler-kaler, barulah tampak cantik dan memikat.

Sementara menanti ianya membeku, keras dan sejuk, aku terpandang pulak pisang yang dah tunjuk gaya muka sedih. Macam mengadu ala bertanya jer.. siapalah yang sudi nak makan aku. Kalau dibiarkan, alamatlah buruk diriku ini tanpa dapat dijamah hatta dimakan. Kesianlah pulak aku dengar dan malam tadi pun rasa cam malas jer nak makan nasi walaupun siap masak paprik campur + telur dadar + kailan ikan masin + sambal tempoyak + ulam timun. Tapi nafsu untuk santap memang tak ada... jadinya bila terlihat pisang yang sudah berdukalara, datang pulak idea untuk buat pancake. Jadi, inilah hasilnya... tadaaaa

Dimakan bersama dengan madu. Memang yummy dan sedap


Inilah juadah makan malam aku semalam dilengkapi dengan satu mug koko suam + mashmello diakhiri dengan puding jagung yang super duper sedap. <--- Ceh! Konon....

4K

Keikhlasan, Kesungguhan, Kefahaman, Kebertimbangrasaan <-- (Ada ke istilah macam tu).
Antara ke empat-empat K di atas bolehkah salah satu diketepikan di dalam apa yang kita lakukan.


Erm apalah yang kau merepek ni Pu3... Dah lah lama tak buat N3, alih-alih kemas istana kaca dengan jadah yang buat orang pening pikir... Ala-ala N3 merapu.

Tak adalah.. tah kenapa tiba-tiba 4K ni datang melintas dalam kepala... Walau apapun pada pendapat dan pandangan aku yang aci rabun ni, Keempat-empat K di atas perlu ada dan seiring dalam apa yang kita lakukan. Tak kiralah aspek apa sekali pun kerana tanpa Keikhlasan, susah nak dapat Berkatnya. Tanpa Kesungguhan, mana datang Jayanya. Tak ada Kefahaman tak kan wujud Keserasian@Ketoleransian dan tiada Kebertimbangrasaan mana mungkin akan ada Pengertian terhadap apa yang ada di sekeliling kita. Tak kisahlah tentang orang atau tentang apa sahaja. Sebabnya cukup senang, tiap seorang daripada kita tidak sama dalam segala aspek. Samalah macam jari-jari kita... ada besar, ada kecik, ada panjang ada pendek, ada runcing ada tirus tapi walau apapun situasi dan keadaan, yang pasti segalanya saling memerlukan di antara satu sama lain dalam sebuah kehidupan...

Kaulah BidadariKu....

Erm aku nak share dengan korang semua akan product di bawah ini. Aku tak nak explain tapi kalau korang nak tahu, kenalah baca kerana ianya bukan sekadar untuk yang dah berumahtangga tapi juga yang masih belum punya rumah dan sedang mencari-cari tangga. Pendek kata samada yang masih perawan atau yang dah tak perawan, semua boleh menggunakan untuk mendapatkan kemujarapan dan khasiat yang terkandung di dalam sebotol product yang bukanlah berharga ratusan ringgit. Kira ala-ala product mampu milik gitu. So let's check it out huraian di bawah ini....

Ramai wanita yang sering menitikberatkan untuk kelihatan cantik luaran, tapi seramai mana yang turut sama menitikberatkan kecantikan dalaman? Keintiman hubungan bersama suami yang menjadi sebahagian dari kewajipan terhadap wanita-wanita yang telah berkahwin yang terkadang tanpa sedar "MENOLAK" kerana hambatan keletihan, kelesuan dan kemalasan. Ada juga yang tidak mencapai kepuasan bukan sekadar di pihak suami tapi juga dari pihak isteri sendiri. Semuanya kerana masalah dalaman yang dihadapi yang mungkin tak disedari atau diambil kira secara remeh. Saya nak kongsi satu product yang amat bagus untuk kita semua cuba dan kesannya pun cukup tip-top hasil kaji selidik yang telah dijalankan terhadap yang telah menggunakannya.

Bidadari – Produk untuk semua wanita, mengambalikan kerapatan faraj menjadikan setiap malam umpama malam pertama


Bidadari... merapatkan keintiman ku!

Apa itu bidadari

Bidadari merupakan produk dcl dicipta untuk kesihatan menyeluruh dan keanggunan wanita sejati. Di rumus khas oleh mereka yang arif tentang keperluan seorang wanita. Hanya Jauhari yang mengenal manikam. Tidak syak lagi, inilah sesuatu yang selama ini diimpikan oleh setiap wanita.

Produk yang mesti dimiliki minuman bernutrisi tinggi, sangat baik untuk remaja dan wanita terutamanya bagi yang telah berumah tangga. bidadari mampu meningkatkan kesihatan dalaman wanita dan paling utama ia sangat berkesan untuk membina keyakinan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

bidadari adalah minuman berfungsi mewah untuk kesihatan, kecantikan dan kebahagiaan hidup alam rumah tangga. Dikomposisikan dengan bahan-bahan semulajadi mewah yang telah lama dibuktikan keberkesanannya dalam kaedah rawatan di alam Melayu.

Rahsia ramuan bidadari

Ramuan produk bidadari adalah madu asli, sireh, akar serapat, kacip fatimah, kurma, manjakani, serai, jarum mas, asam jawa dan herba-herba terpilih. Setiap bahan-bahan tersebut mempunyai khasiat semula jadi dimana ia mampu meningkatkan tahap kesihatan dalaman wanita.

Info mengenai bahan-bahan yang digunakan dalam bidadari


Madu
Kaya dengan zat galian penting seperti Kalsium, fosforus, Sulfur, Karbon, zat besi, natrium, kalium, Klorin, Magnesium, Iodin, Kuprum, Manganese dan silikon serta kaya dengan vitamin-vitamin seperti A, B kompleks, C, D dan E. Madu sangat mudah dan cepat diasimilasikan dan cepat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan, sangat baik untuk buah pinggang dan mempertingkatkan system imunisasi tubuh.

Sireh
Terbukti sangat berkesan mengatasi masalah angin dalam badan, lemah badan, serak kerongkong, mulut berbau dan lain-lain masalah mulut, hidung dan lapisan dinding perut. Sirih dengan adunan lain-lain ramuan bertindak membantu membina rahim dan system peranakan.

Akar Serapat
Sering digunakan secara tradisional dengan menggabungkan bersama-sama herba-herba lain (selalunya kacip fatimah dan lain-lain). Sangat berkesan untuk membina rahim, mengetatkan faraj dan meningkatkan system kemutan.

Kacip Fatimah
Terbukti boleh merawat buasir, penyakit tulang dan sangat baik untuk perempuan lepas bersalin bertujuan untuk mengetatkan rahim serta membantu mengetatkan faraj.

Kurma
Kaya dengan protein, sertat, vitamin A dan C, Zat Mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potassium, membantu menyerap tenaga dengan segera, mencegah bengkak usus, membaiki sistem saraf, tekanan, menguatkan ingatan, meredakan tekanan darah tinggi dan meningkatkan tenaga seksual.

Manjakani
Terbukti membantu mengatasi masalah buasir, keputihan, anti kanser dan mengetatkan faraj.

Serai
Kandungan `Citral’ di dalamnya berkesan membantu proses pencernaan, melegakan kekejangan, ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala. Pati minyak di dalam serai membantu meredakan senak dalam perut disebabkan angin dan membantu mengurangkan bau badan (khususnya tapak kaki). Serai juga membantu menurunkan suhu badan. Ia juga bersifat antiseptik. Kandungan tonik di dalamnya akan merangsang sistem badan. Ianya bertindak sebagai pelali terhadap sistem saraf pusat.

Jarum Emas
Terbukti mampu untuk meningkatkan kesihatan dan tenaga seksual.

Asam Jawa
Kandungan `Flavonoid’ di dalamnya bersifat anti radang dan membantu pengeluaran peluh. Asam Jawa juga membantu melangsingkan badan.

Cara pemakanan bidadari

Anda perlu mengikut cara-cara pemakanan bidadari yang di syorkan. Pada peringkat permulaan pengambilan bidadari adalah seperti yang disyorkan. Setelah sebulan anda boleh mengurangkan pengambilan bidadari untuk mengekalkan kesihatan dalaman wanita.

Pengambilan bulan pertama
2 sudu makan, 2 kali sehari (pada kebiasaannya, tindakbalas mula dirasai selepas 2 jam pengambilan) selama sebulan bergantung kepada individu. Ada juga yang cepat merasakan tindakbalasnya.

Selepas sebulan pemakanan
Selepas sebulan, minum bidadari 2 sudu sehari untuk mengekalkan sistem dalaman yang telah dibaikpulih oleh bidadari sepanjang sebulan pertama pengambilannya

Pantang larang
* Sebaik-baiknya jangan minum apa-apa air selepas 1 jam pengambilan bidadari.
* Gunakan sudu plastik – kerana bidadari adalah produk berasaskan homeopati.
* bidadari tidak boleh diminum ketika datang haid kerana ketika haid, rahim tengah mengembang kembang, fungsi bidadari pula untuk kecutkan rahim
* Wanita mengandung dilarang mengambil bidadari

Khasiat bidadari

Terdapat pelbagai khasiat dan kelebihan bidadari sekiranya di amalkan oleh wanita. Ia mampu memberikan kebahagiaan rumahtangga serta mengembalikan tenaga seksual wanita yang telah sekian lama hilang dimakan usia. Penjagaan tenaga batin ini penting untuk keharmonian rumahtangga.

Khasiat bidadari secara terpeinci:

- Membina keyakinan diri dan kebahagiaan rumahtangga
- Meningkatkan kesihatan dalaman dan kecantikan.
- Mengatasi masalah senggugut dan keputihan
- Menghilangkan bau badan & mulut
- Menguatkan otot dan menyempitkan faraj
- Membina dan mengecutkan rahim
- Menegangkan payudara
- Membantu merawat luka dalam perut dan selepas pembedahan
- Menguatkan sistem kemutan
- Menambahkan kolegen dalam badan
- Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual dan memberi impak positif kepada pasangan semasa hubungan kelamin
- Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah.
- Melegakan panas badan

Testimoni dari pengguna yang telah menggunakan Bidadari...

Testimoni 1
Saya masih belum berkahwin.Terfikir utk mencuba produk Bidadari kerana terpegun dgn pengalaman kawan-kawan. Alhamdulillah, produk ini berjaya menyelesaikan masalah keputihan yg merunsingkan saya selama ini.Terimakasih BIDADARI..

Testimoni 2
Alhamdullilah kerana Bidadari telah menyemarakkan semula perasaan saya yg semakin hambar utk melayan suami.Suami saya begitu terkejut dgn perubahan dan benar2 gembira.Payudara saya juga semakin montok.Tak sia2 saya mencuba Bidadari.Semoga rumahtangga saya semakin bahagia.

Testimoni 3
Saya sungguh berbangga kerana dengan mengamalkan Bidadari, hubungan saya dan pasangan semakin intim.Kami seperti pasangan yang baru di ijabkabulkan. Saya juga berjaya melaksanakan "tugas" dengan begitu berkualiti.Itu adalah luahan pasangan setelah saya mengamalkan Bidadari.Terimakasih kepada mereka yg mengenalkan Bidadari kpd saya.

Testimoni 4
Saya seorang ibu dan mempunyai 2 orang anak.Sebelum ini saya cukup sedih bila pasangan saya komen tidak cukup nikmat utk bersama kerana bahagian sulit semakin
longgar.Kini , dia sungguh gembira bila merasakan satu "keajaiban" telah terjadi.Saya kini sungguh berbangga kerana hanya sebotol Bidadari telah membolehkan saya melaksanakan tanggung jawab dengan lebih sempurna.

Testimoni 5 dari seorang suami

Saya sudah berkahwin dan ada 2 orang anak..Masalah yg saya hadapi ialah isteri saya semakin dingin.Ada aje alasan nya ....kekadang saya bengang juga dgn keadaan begitu..Maklumlah ...kami masing2 masih muda. Kami kawin atas dasar cinta sama cinta......bukan pilihan orang tua.Satu hari isteri saya datang mintak maaf.......dia kata...bukan dia buat2 begitu tapi dah tak rasa nak bersama...Pelik jugak saya memikirkan nya.Saya suruh dia ikhtiar tapi dia kata.....dia malu.Saya janji dgn dia.......saya cuba cari dan jika saya harap sangat dia mesti ikut apa saja saranan saya.Satu hari saya terjumpa satu website.....agak menarik...itu pasal saya terus order..Kini isteri saya sudah makan 2 botol...Betul kan...? Saya dapat rasakan perubahan ..Mungkin tuah saya juga .Saya pesan dengan isteri supaya terus mengamalkan Bidadari...Terimakasih puan kerana susah payah mengepos sehingga ke Sarawak.

Testimoni 6.
Saya telah mengambil Bidadari sebanyak 3 botol. Kesannya keputihan sudah hilang sepenuhnya. Haid yang tidak teratur sekarang haid datang tepat pada waktunya. Migrain - Beransur2 pulih. Cuma kena tahan sakit sedikit sewaktu proses baik pulih.Gastric telah pulih sepenuhnya. Cuma ketika proses baikpulih, asyik sendawa. Bahagian Rahim - Denyutan diperut dapat dirasakan mungkin Bidadari sedang membaikpulih sistem rahim. Bila bersama suami, tidak lagi kecewa sebab kebanjiran sudah kering. Daya Kemutan semakin baik. Sekarang ni tiada masalah untuk bersama dengan suami 3 kali seminggu. Sebelum ini kalau suami ajak bersama seminggu sekali pun saya cuba mengelak. Bangun Pagi - dulu selalu susah bangun pagi tapi sejak amalkan Bidadari, paling lewat 6.15am dah tersedar. Tak lah lagi terlewar tuk solat subuh.Pada yg baru membaca tu, cuba lah....lupakan yg lain. Terima kasih pada kawan-kawan yang memperkenalkan Bidadari, yg mana melalui bacaan atas testimoni kawan-kawan semua telah mendatangkan usaha saya utk suami yg dikasihi. Bidadari ~ membuatkan diriku lebih berharga.

Testimoni 7.
saya pun nak buat pengakuan tentang kelebihan Bidadari. Permulaan minum bahagian payudara memang sakit yang amat sangat, bangun pagi pun PD masih sakit, tapi selepas 2-3 hari memang nampak perubahannya, nampak semakin padat. Bahagian Rahim - rasa berdenyut. Perubahan yang lain pula badan memang rasa letih sangat, mungkin kesan sampingan untuk membaik pulih sistem dalam badan. Lepas hampir sebulan saya mengambilnya, Alhamdulillah badan tak letih lagi. Dan semasa bersama dengan suami, bukan main senyum lagi dia. Alhamdulillah, Bidadari menceriakan kembali rumah tangga saya.

Cara Pengambilan
* 2 sudu makan, 2 kali sehari (pada kebiasaannya, tindakbalas mula dirasai selepas 2 jam pengambilan) selama sebulan
* Selepas sebulan, minum Bidadari 2 sudu sehari untuk mengekalkan sistem dalaman yang telah dibaikpulih oleh Bidadari sepanjang sebulan pertama pengambilannya.
* Sebaik-baiknya jangan minum apa-apa air selepas 1 jam pengambilan Bidadari.
* Gunakan sudu plastik kerana Bidadari adalah produk berasaskan homeopati.
* Jangan letakkan Bidadari berdekatan punca elektrik. Kang kalau casnya terlebih, susah pulak. Ha! sapa nak jawab... [gurau jer]

Kepada pengguna baru, sebelum ambil Bidadari, elok buang detox dulu guna inte cleanse selama 5 hari. Lepas tu baru mula amik Bidadari.. Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap khasiat yang terkandung dalam Bidadari pada tahap optimum. Kebanyakan mereka yang telah melakukan detox dan mengambil semula Bidadari, telah memberikan komen yang positif.

Product yang mampu dimiliki, elok diamalkan oleh semua orang. Untuk keterangan lanjut, jangan segan, jangan malu tinggalkan jejak di sini

Pesta Makanan...

N3 ni seharusnya aku muatkan minggu lepas lagi, tapi sebab kesibukan tahap gaban, makanya baru hari ni aku berkesempatan, itu pun dalam kaedah mengular@curi-curi. Semuanya gara-gara mulut aku yang terover ramah mengutarakan kemusykilan kepada second boss yang department kami dah lama tak buat makan-makan. Kaedah masing-masing contribute membawa makanan dan makan bersama-sama atau dengan kata lain Potluck. Makanya inilah yang terjadi...

Last Friday, April 092010 maka department aku pun berpesta makanan... Lihat sahajalah yang sempat aku paparkan di sini. Memang mewah.. memang meriah... memang tak cukup perut. Part aku... aku bawa Mee Hoon goreng, nasi impit dan kek batik sementara dengan bantuan adik-adik VT aku telah merekacipta satu minuman yang agak special yang buat semua orang ternganga... sah-sah mereka ni sebenaqnya 'perakk'... masakan soda bandung koktails pun rasa macam pelik giloz dan tak putus-putus aku terima pujian.. super kreatif... super sedap dan super delisious... padalah apalah yang payahnya nak menyediakan minuman sebegitu... bukan nak berlagak, tapi memang senang... just campur dan aduk segalanya bagi sebati, serata dan sekata agar mesra... pastikan kesejukannya mencukupi dan memenuhi syarat.





My Department PotLuck

Kongsi Bersama....

Apakah anda diantara golongan wanita yang berhadapan dengan keperbagaian masalah dari sudut kecantikan dan keanggunan seperti di bawah ini:

KULIT MUKA BERKEDUT
KUSAM DAN TIDAK BERSERI
BERJERAWAT
MUKA BERMINYAK
UBAN
KEPALA BOTAK
KELEMUMUR
PANAU
KURAP
RESDUNG
KULIT KAKI PECAH

Ingin Menjadi Lebih Cantik untuk lebih Berkeyakinan? Disini Ada Peyelesaianya.

SABUN EUMORA


Sabun EUMORA merupakan sabun ALL IN ONE yang memang ajaib. Hanya 3 minit sahaja anda akan dapat melihat perubahannya. 30 minit wajah anda akan bertambah cantik dan berseri. EUMORA adalah 100% semulajadi.Bar Rawatan kulit yang mengandungi MOOR yang hebat dan mikroalga yang dihidrat (H-ma), dihasilkan serta 100% diimport dari eropah.

Bahan - Bahan Kandungan Eumora


1) -Hma - Algae yg kaya dengan antioksida, vitamin dan mineral dari Europe untuk mengembalikan keremajaan dan menyembuhkan kulit.
2) Heilmoor Clay – Terdiri daripada beratus herba, bahan organic, antibiotic yang semulajadi, hormon tumbuhan dan banyak lagi. EUMORA Miracle Bar 100%Semulajadi

Kebaikan menggunakan EUMORA

mengecilkan pori-pori
mengawal blackheads and whiteheads
mengawal keseimbangan pH pada kulit
mengawal masalah jerawat dan kulit sensitif
mengurangkan kesan parut pada kulit
mengurangkan pigmentasi dan mengawal masalah jeragat
mampu mengurangkan garis-garis halus / kedut pada wajah
membantu mengawal masalah penyakit kulit, eczema, psoriasis, stretchmarks, kesan selulit dan sebagainya
kulit kelihatan 1 tona lebih cerah kerana proses exfoliation
kulit kelihatan lebih kemerahan secara semulajadi dan berseri-seri
meningkatkan keupayaan kitaran sel kulit, menjadikan kulit sentiasa anjal,sihat dan berseri
mengurangkan noda-noda hitam dan sel mati pada keliling leher, celah ketiak dan bikini line
untuk menghilangkan kehitaman di celah peha dan ketiak….
bagus untuk mengekalkan keseimbangan minyak pada kulit kepala dan menyihatkan kulit kepala
melembutkan rambut dan menyihatkannnya dan merawat uban
mematikan jerawat muka @ badan
kurangkan kedut muka, facelift up, eyebag, dark circles, jeragat, pigmentation
menegangkan muka dan menaikkan seri kulit muka
boleh dijadikan syampu untuk menjadikan rambut lebih sihat, berkilat dan lembut.
membuang toxin daripada kulit
pembaharuan sel dan pembentukan semula colagen
menganjalkan kulit badan
mengurangkan lemak badan
mengurangkan selulit
mengurangkan bau badan


PENDEK KATA SEMUA BOLEH...ALL IN ONE.. SELAMAT, MUDAH, BERKESAN, JIMAT MASA, JIMAT $$$... KERANA ANDA BOLEH MENGGUNAKAN HANYA SEBUKU SABUN INI UNTUK SEMUA KEGUNAAN BAGI MENDAPATKAN KEBAIKAN SEPERTI DI ATAS.

MENGANTIKAN PEMBERSIH MUKA, PELEMBAB, SCRUB, SYAMPU,PENYEGAR BAU BADAN, KRIM PENCUKUR TAK PERLU BOTOX, LASER & SUNTIKAN COLAGEN! TIDAKKAH IANYA MERUPAKAN SATU PENJIMATAN TERHADAP RM ANDA?

TINDAKBALAS SELEPAS MENGGUNAKAN EUMORA
(tidak berlaku pada setiap orang)

MASALAH : Kulit menjadi kering (Bagi mereka yang kulit kering)

PENYELESAIAN : Hanya biarkan 2 minit, boleh lap menggunakan towel lembut (tekap2 aja jgn tenyeh) dan pakai moisturiser

MASALAH :Keluar bintiK-bintik halus di muka

PENYELESAIAN : Hanya biarkan 2 minit kerana ia merupakan 'proses pembersihan dari dalam'.Jangan risau dan teruskan guna EUMORA

MASALAH : Kulit akan mengelupas sedikit

PENYELESAIAN : EUMORA membongkar kulit-kulit yang mati. Ia adalah perkara biasa.Cuba kurangkan tempoh kurang dari 2 minit untuk mengurangkan kadar mengelupas dan Sapu moisturiser jika perlu.

MASALAH: Merasa gatal? Itu tandanya ada mempunyai resdung.

PENYELESAIAN :Jangan garu dan elakkan makan seafood, daging dan telur.Tunggu sehingga kulit dah OK..kurangkan masa cuci kpd 1-2 minit sahaja.

MASALAH : Keluar Jerawat?

Sekiranya anda gemar memakan makanan bergoreng, makanan-laut dan daging (makan-makanan yang banyak mengandungi toxid), maka toxid yang berlebihan akan di simpan di dalam kulit tubuh.

PENYELESAIAN :EUMORA akan melakukan proses "detox" iaitu membuang toksid dari badan anda dan proses ini menyebabkan ketumbuhan jerawat (jerawat adalah antara tindakbalas toksid di dalam kulit). Banyakkan minum air suam supaya proses pengeluaran toksid menjadi lebih cepat.


PROSES INI HANYA BERLAKU UNTUK SEMENTARA WAKTU SAHAJA DENGAN BERTUJUAN UNTUK PROSES PEMBAIKPULIH DARI DALAM INSYA ALLAH...

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DI SINI KIRANYA ANDA BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN SABUN INI. TUBUH ANDA SEWAJARNYA DIMANJAI UNTUK ANDA MEMPEROLEHI KECANTIKAN YANG DIIDAMKAN.

Thank you
With Best Regard

Lega

Rasa lega sangat. Dah boleh tarik nafas untuk melepaskan lelah. Pesta buku dan lama melabuhkan tirai. Walaupun tahun ni aku tak bergambar sakan, [adalah tapi guna kamera orang lain] tapi kepuasan tetap terasa. Puas kerana dapat jumpa dengan novelist-novelist yang aku minat, walau ada sedikit keciwa sebab tak dapat jumpa dengan abang RAM tapi terubat dengan sessi berlaga-laga pipi dengan novelist-novelist dari Fajar Pakeer yang duty sepanjang pesta buku tu. Lebih menyeronokkan bila mana buah cinta keempat dan novel dewasa ketiga ku sempat berada pada minggu terakhir. Alhamdulillah. Mungkin tak lama lagi akan berada di toko-toko buku.

Kebosanan vs. Aku

Beberapa malam ni memang aku bosan tahap gaban... rasanya gaban pun tak adalah bosan gaya aku. Nak menyambung kerja... tah che mood pulak tak ada. Berout-station lagi kut, layan FB jer kerjanya aku.. membaca pastu dok gelak sorang-sorang gaya orang mereng. Sah! aku kena buat sesuatu. Maka, aku pun melakukan penyelongkaran dan selongkar punya selongkar akhirnya aku terjumpa sesuatu dan ini lah yang aku buat dan inilah yang terhasil....

Jeng... jeng... jeng.....



Actually aku makin suka dengan benda alah ni sewaktu aku tersadai di hospital beberapa tahun dulu. Mana taknya.. 15 hari jadi penghuni hospital itu buat aku jadi hafal segala menunya. Dari sarapan pagi hinggalah ke dinner... dan salah satu juadah yang disajikan pada hujung minggu untuk minum petang adalah Pai Ayam. Ha! jangan tak caya.. hospital sajikan pai ayam masa minum petang kepada pesakit yang dok merana sakit dan mungkin yang tak berapa sakit atau bukan sakit tekak. Sejak itulah aku dah mula pandai makan Pai Ayam dan tahu bahawa benda ni memang sedap kalau kena cara penghasilannya. Inti dan juga doh yang memainkan peranan penting bagi menjamin buka sekadar gaya, tapi mutu dan keunggulan rasa juga seimbang. So let's enjoy my Pai Ayam....

♥Pesta buku vs. MdH♥

Kala ini memang bosan tahap gaban... all bosses attending tax forum dan aku pulak bertapa di sini untuk attending clients so call if they facing any problem including technical issue. Ceh! semenjak dua menjak aku bantu selesaikan minor technical errors, boss dah rasa lega sebab boleh lepaskan tanggungjawab tu untuk aku handle sebabnya hanya satu, dia tahu aku akan handle clients with 200% extra responsibility. Tapi memang betul pun. Pada aku kepuasan clients adalah kejayaan aku. Mana taknya bukan ratus rupiah yang mereka bayar untuk internet services yang kami tawarkan... ratus ringgit malah boleh cecah ribuan dan ada yang extra kaya puluhan ribu pun iyer. Jadi bila dah berbayar, maka kenalah pastikan setiap ketidakpuasan hati yang wujud dari clients ditangani dengan kadar seberapa segera yang boleh. Kalau tak mesti mereka akan pancung. Nak buat apa, kalau services yang ditawarkan ala-ala siput kat dalam lumpur. Lembab. Iyer tak...

Well Pesta Buku Antarabangsa just a round the conner. Tak berapa jam tak berapa hari jer lagi. Esok, lusa dah start. Erm best ke tahun ni? Kalau tanya aku, tah... mananya aku tahu sebab kejadiannya belum berlaku lagi kan. Cuma pada aku tahun ni seperti gak tahun-tahun lepas.. bestnya kerana dapat jumpa kawan-kawan dan para novelist yang selama ini menjadi idola aku. Ramai weiiii.... kalau nak senarai hisy, tak usahlah... nanti ada pulak yang aku tertinggal.

Tahun ni kalau allah izinkan dan rezeki aku ada, novel ke empat aku bersama publisher yang membuka ruang dan peluang untuk aku kenal dunia penulisan ni akan release. Covernya cukup cantik... Aku teruja giloz bila kali pertama melihat. Memang automatik jatuh cinta, jatuh suka, jatuh gemar dan segala jatuhlah... malah bila cover tu aku terbangkan di maya ke Middle East, orang di sebelah sana diapung keterujaan yang rasanya lebih dari aku. Bersetuju bahawa cover kali ini memang cantik [walaupun cover novel-novel aku yang terdahulu pun tak kurang cantiknya] yang ini lain sikit sebab lebih santai dan sweet, cute and titlenya so catchy with "hati" in red. Itu komennyalah. Erm apa pun aku setuju. Jadi harapan aku sama gak macam buah cinta aku yang telah lalu, agar yang terbaru ni pun boleh diterima oleh pembaca di luar sana dan sudi memberikan pandangan serta komen agar aku dapat memperbaiki qualiti penulisan aku agar bertambah baik.

Key kita layan sesama yer... I present to all of you:

Melangkah Dengan Hati...

Akan kubelai kesetiaan di jiwa walau dalam janji tak terungkap.

Perlanggaran demi perlanggaran yang terjadi rupanya memberi kesan kepada Hadif Raizal yang mula nanar dengan sebuah desakan hati. Keinginan untuk mengenali gadis yang zahirnya sedikit kasar bagaikan tidak terbendung. Perbagai usaha dilakukan, si gadis betah berlagak selamba maha sombong. Tidak terusik walau sekelumit dengan kesungguhan yang ditunjukkan malah semakin jual mahal. Namun Hadif Raizal tidak berputus asa. Dia merasakan apa yang terjadi di antara mereka punya hikmah dalam sebuah petanda.

Kerana budi, ku jatuh hati. Itulah yang dirasakan oleh Firyal Rifdah setelah terselamat dari kejadian ragut. Kehadiran superhero yang bertindak sebagai penyelamat segera membuatkan dia terfikir akan corak pembalasan yang setimpal untuk dihulurkan, sementelah yang menyelamat pantas bertindak menuntut sesuatu yang membuatkan gadis itu resah. Ingin namanya dimuatkan dalam senarai yang selama ini dinafikan.

Kemuculan Amanda Izaura yang tiba-tiba menagih sesuatu yang nyata bukan miliknya menghuru-harakan matlamat untuk menoktah destinasi cinta. Badai mengacah dalam panas yang tiba-tiba ditamu tsunami. Hadif Raizal terkapai-kapai dalam persimpangan penuh dilema dan duri. Pada siapa harus dia bersandar untuk mengapai kembali sebuah kepercayaan yang terbang melayang.

Apakah dia akan kehilangan Firyal Rifdah si Cinderella Cinta yang membawa hati kerana cemburu dalam kelukaan, atau mampukah Amanda Izaura menzahirkan diri sebagai penganti? Siapa dalang disebalik konspirasi tangkapan khalwat yang dihadapi oleh Hadif Raizal?

Jom... Jom.. Jom...


Jom kita kasi gegar... jangan lupa bawak kamera kalau rasa nak mengIGLAMkan diri anda bersama novelist-novelist tanahair yang bukan selalu boleh anda temui. Inilah masa. Inilah ketika. Jadikan buku santapan buat minda kita....

Lupakanlah saja....

Erm rasa cam dah lama aku tak bersukasuki dengan apa yang pernah aku lakukan dulu. Atau sekarang ni memang confirm atau akan confirm yang aku tak boleh lakukannya lagi. Dalam kata lain, lupakanlah saja kalau nak terus sejahtera....


Ni masa tahun 2006 di Frim Kepong. Main untuk IDG


Dah habis perlawanan tapi masih nak berposing walaupun penat

Tapi waktu ni memang best sangat... tengok pun dah tahu betapa seronoknya. Siap boleh jerit-jerit tu....
Tapi sekarang ni memang dah tak boleh... tidak dibenarkan sama sekali atau kena register awal-awal di hospital. Larangan yang bukan main-main dari orang-orang dan pihak-pihak yang memang aci dongki dengan aku. Ada ke suruh aku main batu seremban... Ceh! apa kelas... baik suruh main polis sentry, lagi challenging... memang saja bikin hangin jer

XtVt

Sekarang ni kat luar office aku hujan sedang mencurah-curah. Siap dengan guruh bagai. Perut aku pun dah rasa berkeroncong giloz kerana tengahari tadi aku tak keluar lunch. Just menibai biskut kerana nak menyiapkan gazette order yang silap dibuat dek staff aku. So call hari ni pulak nak kena published... mahunya boss aku tak gelabah cam tapir ilang anak. Natijahnya kala ini aku layan blues kelaparan yang sedang bersenandung dengan rasa sejuk yang dah menggigit-gigit.


Erm esok dan lusa cuti. Nak buat apa ekk... Buat nasi lemak untuk sarapan, rasa macam best jer kan... udang ada dalam peti sejuk, boleh buat sambal, kalau tak nak udang, sotong pun ada... pun boleh dibuat sambal. Kacang dengan timun, boleh je balik nanti beli kat kedai, tapi rasa cam kalau ada kangkung goreng bawang lagi best... telur pulak buat telur dadar nipis. Peh! mengancam giloz. Sure sedap kan. Bungkus pulak dengan daun pisang yang banyak berselerak kat rumah aku tu. Kira okeylah kan...




Pastu dalam kul 10.00 boleh pergi tengok Le Tour De Langkawi yang dijadualkan akan lalu di Jalan Gombak sebelum menuju ke Genting ikut jalan lama. Kiranya just tengok kat tepi Masjid Al-Syakirin Gombak dah memadai.... Mesti best... tengok dia orang pecut beskal macam mat rempit...

My buah hati...

Kehadiran insan baru yang tentunya akan menambahkan seri sebuah kehidupan, bakal menyemarakkan rasa kasih dan sayang yang memang sudah terjalin. Welcome to the world my hero....

My Umar Mirza

Sungguh Teruja....

Memang teruja dan terpegun melihatkan aksi-aksi mereka. Kita dengan murah hati aku memberikan kredit berbintang-bintang. Dengan muzik yang memang aci buat jantung macam sama ikut nak melompat, keterkejutan tahap terperanjat tapir yang tanpa sedar menggelongsor jer latah tahap Mak Lijah yang dicucuk pinggang. Melihat mereka melompat dari satu stand ke satu stand buat aku diapung kegerunan tapi dalam waktu yang sama aku selut dengan keberanian tahap melampau yang mereka miliki.

The Lion Dance

Lately ni aku dapat habit baru. Kalau sebelum ni cukup sinonim dengan Ribena, tiba-tiba sejak dua menjak yang tah bila mulanya aku jadi makin jatuh cinta pulak dengan benda alah ni malah tak kira waktu, pagi, tengahari hatta malam sekali pun kalau tak ada yang menegur tentu ini yang aku ulit....



Nak membuat tak susah, kena pastikan bahannya ada tapi aku lebih suka buat teh tu sedikit jarang, tambah dengan masam manis laicinya cukup pulak dengan sejuk dinginnya. Peh! memang aci gerek gilozzzz lebih-lebih lagi dengan cuaca yang tak menentu sekarang ini. Walau apun aku masih lagi belum bertalaq dengan si Ribena Chenta Hati pengarang jantung pisang batu kelat aku tu dan rasa-rasa Mungkin TiDaK....

Ia datang lagi....



Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan tuan punya tarikh
Allah selamatkan kamu....


Tarikh ini hadir lagi.. macam gak tahun-tahun yang lalu, aku just sambut dengan penuh kesyukuran ke hadrat allah yang maha esa kerana masih mengizinkan untuk aku berada di bumi sementara-Nya ini. Nak tahu apa harapan aku untuk tahun ini.. well, tak banyak perubahan. Masih dengan harapan yang sama yang setiap tahun ku galas di pundak bahu ku ini. Mohon kesejahteraan ku dipertambahkan, kalau tak sihat sebagaimana aku kecil dulu pun at least aku tak sampai ke tahap yang menyusahkan orang-orang yang aku sayang. Di murahkan rezeki moga dengan kemurahan rezeki aku itu nanti, dapatlah aku membantu golongan yang memerlukan. Erm rezeki ni bukan sekadar wang ringgit aje kan, tapi dalam banyak segi yang bersegi-segi itu. Lagi aku harap 2010 ini lebih rahmat dari-Nya buat diri aku berbanding dengan tahun-tahun yang telah terdahulu. Amin....

Tak tahan...

Lately ni cuaca memang diluar dugaan betul. Panas semacam ke rumah aku yang dah ala-ala ketuhar? Malam tadi pun sama. Beberapa kali aku terjaga gara-gara tak boleh tidur.. sedar-sedar bantal dah basah, malah cadar pun basah sama... Hisy bukan terkencing ler.. tapi dek bahana berpeluh kerana panas. Tu kipas berputar gak tu, kalau aci tak ada kipas, agaknya dah boleh diperah mangkali. Bayangkan satu hari lebih dari lima kali aku mandi... because nak buat badan aku tidak berada pada suhu yang melampau malah malam tadi pun kul 03.00 pagi aku bantai mandi, tapi bukanlah beriya. Just basah badan jer walau aku tahu bukanlah satu amalan yang baik maha mulia mandi dinihari gaya gitu, tapi nak di apakan. Memang aku tak boleh bertahan. Lepas tu teguk air bertupperware-tupperware... aduh! memang haru betul...

Puas...

Ya tuhan, kenapa dengan aku ni... banyaknya yang aku teringin nak makan. Erm nak mati ke dah aku ni? Tahlah... tahun 2010 ni baru je beberapa minggu, dan umur aku pun tak tahu hingga bila.. perjanjian aku dengan allah masa azali pun tak tahu bagaimana... Hisy! Apa yang aku merepek ni... Sabar pu3... sabar.. bawa beristifar banyak-banyak.
Sebelum masuk waktu lunch tadi, aku ajak member pergi makan makanan Jepun. Tak kenapa tempura tu macam macam sedap jer, walau hakikatnya aku masih berada di meja aku di office aku. Jadi tempat paling dekat dengan office adalah Sushi King di Sooka. Maka inilah juadah aku pada tengahari ni. Puas giler, walaupun aku memang rasa nak giler untuk menghabiskan makanan yang ada di depan mata. Tak termasuk dalam perut aku kerana rasa kenyang walaupun baru suku yang aku makan. Apapun memang sedap. Kena dengan soya source dan wasabinya... Peh! Gerek giler. Gandingkan pulak dengan green tea yang cool... lagilah bertriplex sedapnya. Kawan aku makan Udon sup aje dengan tempura. Erm teringat kat orang jauh yang suka giler makan makanan Jepun... ermmmm


This is my lunch for today with Japanese Green Tea


Member aku pulak makan udon soup with tempura

Terasa...

Dalam kesibukan aku dengan Finance Act 2010 - Laws of Malaysia Act 702 dan juga Technical Error dalam system dicampur dengan melayan kerenah dan ragam pertanyaan yang datangnya dari clients, minda aku tiba-tiba melayang pada sesuatu. Terasa dan memang rasa nak merasa sangat-sangat yang macam tak dapat nak dibendung bedung lagi.. Hisy! Gawat... Aku terbayangkan....


Kalau dapat makan dengan




Ada pulak



Ada juga



Dengan ini juga



Peh.. tentu gerek giler... Nasi impit yang dimakan dengan kuah kacang, rendang ayam minang, sayur lodeh dan serunding udang kering. Memang jangan harap aku nak toleh sesapa yang lalu kat belakang aku. Giloz sedap betul. Teringat aku pada serunding udang kering yang aku makan masa raya tahun lepas, yang Wawa isteri kepada Abang Din buat.. memang sedap. Secukup rasa, pedas, manis, masin dan segala ramuannya cukup mesra alam. Teringat juga pada ketupat palas Chik Anim, isteri Pak Omar... adui!!! tak kan nak suruh mereka buat... hisy.. hisy... tak boleh jadi. Cadang hujung minggu ni aku nak buat sendiri... Tak sabarnya nak menunggu hujung minggu....

Tahun baru

Wah! lama dah aku tak update blog ni... nak make over kulitnya pada yang baru erm rasanya tah kurun ke berapalah kut. Walaupun rata-rata kawan-kawan dah make up blog mereka dengan yang cantik menawan, aku ni gak setia dengan page bagai dah naik cendawan, uhuhuuu nak buat camne. Masa tak ada. Cewah! Alasan ke cik Pu3 ooiiii.

Erm 2009 dah berminggu pergi meninggalkan kita. Kini dah lebih dua minggu dalam tahun baru 2010. Mesti ramai yang menyulam azam kan. Erm aku bagaimana... rasanya tak ada kut, bukan tak berazam tapi idaklah beriya. Pada aku azam aku tetap seperti tahun-tahun yang lalu. Aku nak perbaiki apa yang kurang dalam diri. Melaksanakan apa yang aku mampu lakukan untuk diri sendiri dan juga orang lain. Kalau boleh aku mahu jadi seorang yang lebih baik dari tahun lepas dan tahun-tahun yang telah lalu. Kesihatan aku bertambah-tambah baik walaupun mungkin untuk sihat seperti sebelumnya entahlah. Maklum kita ni bukan muda lagi... Moga allah kurniakan limpah rahmatnya untuk kesejahteraan yang terbaik untuk diriku ini. Amin...