Perancangan

Erm memandangkan esok aku dah mula MeRdEkA, jadinya aku mula mengatur perancangan apa yang nak dibuat. Erm, rasa dah lama tak buat kek. Bila aku recall akan barang-barang yang masih elok molek tersimpan dalam peti sejuk, rasanya Keju Cheddar ada lagi dua ketul. Butter pun ada beberapa ketul, begitu juga dengan telur, chocolate rise dan chocolate chips, erm walnut pun ada juga, chocolate elmour pun ada begitu juga dengan tepung, gula halus, esen vanila, bikabonat soda dan baking powder. Pendek kata apa yang perlu untuk menghasilkan sebiji kek masih ada dalam simpanan. So! Apa kata... ;-) Erm kalau tak penat dan sakit aku ni tak menyiksakan tubuh, mungkin operasi over panas ni boleh berlangsung malam ni. Dalam layan cucu betong boleh siapkan adunan dan masuk dalam over. Lagi pun memang aku teringin nak makan kek keju... aduh! teruk betul aku ni....

Kek Keju untuk sambut tahun 2010 :-)

LaMaNyA....

Lamanya aku tak update blog aku ni. Dah bersawang sana sini... dah berhabuk situ sinun... kenapalah yang jadi malas sesangat ni pu3 ooiiii..... amboi leter pada diri sendiri nampak. Erm dah tak ada orang nak leterkan aku, jadi biarlah aku yang leterkan diri aku ni. Kalau idak... jawabnya aku pun lupa camne nak jadi seorang peleter... boleh gitu... hehehehe. Dah, stop merapu. Sat ni orang bagi penyapu.

Well, sebenarnya bukanlah aku tak sudi untuk mengupdate blog kesayangan hamba ni, tapi memang aku busy. Banyak kerja last minutes yang aku kena handle, lebih-lebih lagi bila dalam suasana suam genting ni member sebelah pulak bercuti-cutian. Jadi kehendak boss yang terkadang diluar batas kewarasan portfolio kerja aku, memang menduga kesabaran dan mencabar kesanggupan. Apapun bila it comes from the person that we call Boss, boleh ke kita kata tak nak, atau next time atau apa sahajalah yang sewaktu dan sekutu dengannya. Mesti jawapannya tak boleh kan. Jadi itulah yang terjadi pada aku. Case Law yang tah bila jadi sebahagian dari kerja aku, kena dilayan. Global Publication yang kejap ada dan kejap hilang dan bila tiba-tiba ada berkoyan mesti disegerakan untuk dimuat turun ke dalam database. Tu belum masuk bab deal dengan clients yang tiba-tiba berkehendakkan macam-macam. Cari itu tak jumpa, cari ini tak tahu kat mana, semua nak kena layan, nak kena jawab. Belum masuk part technical problem yang kadang-kadang membuak masuknya. Ni kena handle slide untuk presentation pulak. Tah bila tahun tah agaknya aku belajar buat powerpoint atau mungkin boss aku yang dah terlupa bahawasanya staff dia yang sorang ni memang tak pernah ikuti mana-mana skill membuat slide. Kalau buat slide haram tu adalah... ehhehehehehee. Akhirnya, padan dengan muka aku kan.

Erm diam tak diam, rupanya tirai 2009 dah nak berlabuh rupanya. Erm renungkan kembali apa pencapaian yang telah aku lakukan tahun ni. Dari sudut emosi erm... apa ekk... dari sudut kesihatan, malas nak ulas sebab ianya tetap sama. Dari sudut kesukaan aku, rasanya aku boleh berbangga bila tahun ini aku dapat siapkan dua manuskrip dan kedua-duanya dah ada di pasaran. Novel kedua aku Kasih Ini Milik Kita dan Mini Novela pertama Gaun Cinta. Kira okeylah kan. Kalau tahun-tahun yang lepas... [ceh! macamlah aku ni dah menulis bertahun-tahun] hanya satu sahaja novel aku berada di pasaran, tapi tahun ini dua. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas limpah rahmat dan rezeki-Mu mengizinkan segalanya. Memang aku bangga, tak kisahlah kalau ada yang nak kata aku perasan atau apa sahaja. Ni pun sebagai penutup tirai 2009, manuskrip untuk novel ketiga dan garapan ke empat dah siap. InsyaAllah dah boleh hantar pada publisher. Kiranya dalam sibuk bekerjaya, aku tak lupa pada kepuasan diri sendiri. Apa yang aku harap tahun depan 2010 akan memberikan lebih banyak sinar dalam hidup aku ni. Kalau boleh nak bersinar macam bintang kejora dalam apa sahaja yang bersangkutan dengan diri aku. Sesungguhnya 2009 banyak meninggalkan kenangan indah, manis, pahit, payau, masin, kelat dan segala perisa buat diri aku. Kehilangan, ditinggalkan, dipertemukan, semuanya ada dan aku tetap juga insan yang sama. Insan yang kerdil dalam kedhaifan yang terkadang khilaf dalam alpa tentang sebuah kehidupan. Masih terus belajar untuk memperbaiki kepincangan dalam meneruskan langkah sebuah perjalanan.

Kalau aku tak sempat update apa-apa di blog ini, kiranya inlah penutup N3 aku untuk 2009. InsyaAllah kita bertemu di 2010 dan doa aku moga kita semua akan terus maju dan sukses dengan apa sahaja yang kita lakukan.

Tengok-tengok...

Aku nak share email yang aku terima dari member office. Kiranya kaedah member aku tu pun terima dari orang lain gak, aci forward mengforwardlah ni. Tak kisahlah kan, untuk pengetahuan...

Jangan main taram je beli jajan.. contoh apollo, cadbury etc. Kalau perlu buat sikit rujukan akan kandungannya. Yg jelas nye.....pringles pun ader gak lemak menatang ni...kalau xcaya tgk ader E471 kat ingredients nya tu...mmg patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu.... Jadi tak heran lah kalau skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua..laki..pompuan. ..sama jer.....solat yg wajib main tinggal jer..doa pun byk yg tak termakbul ekoran makanan2 seperti ni yg jadi darah daging.......nauzubillah.. Camner nak lahirkan lebih ramai islam yg betul2 'muslim'... dari kecik dah disuapkan dgn makanan2 mengarut ni... yg heran nya caner leh ader tanda HALAL bg makanan2 tersebut? bijaknya org2 kafir memperdayakan org2 Islam hanya dgn makanan...... Kebijaksanaan mereka tak kan kekal lama... Tp...ingatlah suatu masa yg telah ditetapkan oleh Allah swt, org2 mukmin akan bangkit jua... Jika kita sedar dan prihatin.. Sebar-sebarkanlah untuk rakan2 seislam...semoga kita lebih berhati2 ngan tipu daya & helah musuh2 Allah swt...



Saranan : print code ni simpan dlm wallet atau henset. refer bila nak beli. Semoga Allah menghancurkan kaum2 yg zalim & musyrikin yg cuba menghancurkan Islam. wallahu a'lam