Apa kata Annieyss for KIMK

KIMK dari sudut pandangan seorang pembaca

Thursday, July 23, 2009

Puteri Imaneisya “Kasih Ini Milik Kita”

Dah lama aku tulis pasal ni, tapi entah kenapa hati tak tergerak untuk upload kat blog. Entah kenapa. Kejab lagi nak lari pergi KLIA untuk ke KK, jadinya...malas nak pikir panjang aku tampal je lah benda alah ni kat sini. Mana tahukan kot-kot ada orang rindu nak baca blog aku semasa tuannya entah kat dunia mana hu hu hu....

Dah lama novel ini memenuhi rak buku tanpa kubelek isinya sejak belinya semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur April 2009 lalu. Lama kan? Akhirnya aku punya kesempatan untuk menelaahnya semasa melencong (bukan melancong ya) ke Sabah untuk urusan kerja. Aku tak suka buang masa begitu sahaja. Tiap saat memang bererti dalam hidup, jadinya...ruang yang terluang aku isi dengan baca novel ni hingga selesai. Dah nak landing Kota Kinabalu semula, barulah aku tampal benda ni kat sini. Lama kan? Apa-apa pun, nikmatilah santapan minda ini seadanya...Berikut adalah ulasan aku tentang novel ini serba sedikitnya. Kalau baik jadikan panduan, kalau tak berapa nak baik...buang je dalam tong sampah (boleh ke buang blog dalam tong sampah?);

Sinopsis“Kasih Ini Milik Kita” mengisahkan tentang persahabatan 4 orang remaja (Maya, Shahiza, Eliza dan Melissa) yang mengenali antara satu sama lain di ruang perbincangan maya rehatminda.com. Mereka akhirnya menjadi teman serumah yang saling mengambil berat antara satu sama lain. Keakraban yang bermula di ruang maya rehatminda.com kemudiannya dibawa ke dunia realiti. Mereka sama-sama menjalani suka duka, gembira kecewa dan senyum tangis bersama-sama. Saling tolong menolong, bantu membantu dan bersama-sama menghadapi kehidupan remaja mereka secara positif. Mereka saling memahami dan membantu, malah sentiasa mengambil berat dengan orang di sekeliling.

Maya yang hangat bercinta dan terlalu menyayangi Joseph (berlainan agama dan bangsa) terpaksa menerima perkahwinan yang diatur oleh keluarganya tanpa mampu menolak walaupun dia sendiri tidak kenal calon suaminya itu. Biarpun begitu, dia tetap meneruskan hubungannya dengan Joseph tanpa pedulikan tunangnya. Semasa Maya kemalangan jalan raya dan terlantar di hospital, tunang misterinya itu tidak kelihatan menyebabkan dia semakin tidak ada hati untuk berkahwin. Pada masa inilah, perhatian dan kasih sayang Joseph semakin dirasainya, menyebabkan cintainya kepada lelaki itu kian menebal. Maya hanya mengetahui suaminya Muaz al-Amin (nama Islam Joseph) semasa upacara membatalkan air sembahyang, menyebabkan dia berasa sangat gembira.

Shahiza yang mencintai Aiman Rahimi sangat kecewa dengan tindakan lelaki itu yang meminta putus hanya sekadar sebab dia seorang anak luar nikah yang dibesarkan di rumah anak-anak yatim (Banyak lah pulak “yang”nya dalam ayat ni...dah lalut ni, lain tahunlah ubahsuai ya). Tidak diketahui asal usul diri dan keluarga. Cintanya yang mendalam kepada Aiman Rahimi menyebabkan dia sukar menerima lelaki lain dalam hidupnya. Walaupun begitu Akmal Hakim tetap berusaha untuk memenangi hati Shahiza. Kedatangan semula Aiman Rahimi dalam hidup Shahiza menyebabkan Akmal Hakim terpaksa menarik diri dan sentiasa mendoakan kegembiraan Shahiza. Namun, Aiman Rahimi ternyata meninggalkan Shahiza sekali lagi apabila gadis itu mengalami peristiwa dirogol semasa pulang dari kerja dan terpaksa membuang sebelah ovarinya kerana kanser. Pada saat ini Akmal Hakim sentiasa berada di sisi Shahiza. Ketulusan hati Akmal Hakim dan keluarganya menerima kekurangan diri Shahiza, menyebabkan dia akhirnya menerima lelaki itu di dalam hidupnya, setelah kembali dari mengerjakan umrah.

Eliza pula seorang gadis yang periang dan perahsia. Sifat periangnya itu memudahkan dia mesra dengan siapa sahaja termasuk Aiman Rahimi. Apabila menyedari Aiman Rahimi dan Shahiza mempunyai hubungan yang serius, Eliza mengundurkan diri. Dia rasa bersalah dengan masalah yang timbul antara pasangan itu. Semasa ke Kundasang, Sabah untuk memujuk Maya, dia telah berkenalan dengan Danish Zafran. Eliza sebenarnya telah keluar dari rumah kerana kecewa dengan sikap mamanya dan berusaha untuk hidup berdikari. Setelah kematian ayah, mamanya telah berkahwin baru dengan boss sendiri. Ayah tiri Eliza pernah cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya tetapi dia pula dimarahi mamanya. Mamanya menuduh dia cuba menggoda ayah tiri sendiri. Akhirnya konflik dua beranak itu berjaya dileraikan apabila dia yang merakamkan semua kekasaran ayah tirinya terhadap mamanya menggunakan tape tersebut sebagai bahan ugutan supaya mamanya diceraikan.

Melissa hadir sebagai watak yang ringan sahaja. Dia yang berasal dari Sabah akhirnya memeluk agama Islam. Novel ini berakhir dengan kegembiraan apabila Maya bersalin pada hari persandingan ketiga-tiga sahabat baiknya. Melissa berkahwin dengan Badrulnizam, Eliza dengan Danish Zafran, manakala Shahiza berkahwin dengan Akmal Hakim. Ketiga-tiga pasangan pengantin ini tidak sempat bersanding di dewan kerana perlu berkejar ke hospital apabila Maya tiba-tiba sakit hendak bersalin. Maya dikurniakan anak kembar tiga.

Watak dan Perwatakan

Maya merupakan watak utama dalam novel ini. Dia seorang yang periang, peramah, pelucu dan bermulut lazer. Namun, dia juga seorang yang baik hati, prihatin, penyayang dan sangat bertimbang rasa terhadap orang di sekelilingnya. Sekalipun dia begitu menyayangi kekasih hatinya, Joshep, namun, apabila melibatkan keluarga, dia sanggup melupakan hati dan perasaannya sendiri dan memenuhi kehendak ibu bapanya. Dia telah menerima pinangan Ustaz hadi dan bertunang dengan orang yang tidak dikenali kerana mengikut kehendak keluarga, walaupun pada hakikatnya hati Maya sendiri tidak dapat menerima situasi sebegitu.

Shahiza seorang yang simple dan perahsia walaupun dia juga seorang yang lucu dan peramah dengan orang yang mengenalinya. Pada masa yang sama, dia juga seorang gadis misteri yang tidak mudah menceritakan kehidupan pribadi dan masalahnya kepada orang lain. Namun, dia sangat prihatin dengan persekitaran, mengambil berat tentang rakan-rakannya dan seorang pendengar yang baik. Tingkah lakunya, senyum dan tawanya terpenuh dengan misteri yang sukar ditebak oleh orang lain.Shahiza adalah anak luar nikah yang dibesarkan di rumah anak-anak yatim. Dia menolak cinta Akmal Hakim kerana mengharapkan cinta Aiman Rahimi yang dikenali di rehatminda.com. Namun, apabila Shahiza diperkosa dan terpaksa membuang ovarinya kerana kanser, Aiman Rahimi telah memutuskan hubungan mereka. Ketulusan Akmal Hakim dan keluarganya menerima Shahiza membuatkan hatinya lembut. Kembali dari umrah, Shahiza bersedia menerima Akmal Hakim.

Eliza seorang yang periang, lucu dan kelakar. Setelah kematian ayah, hidupnya telah berubah. Ibunya telah berkahwin lain dengan boss sendiri. Lelaki itu cuba memperkosanya. Dia pula dituduh ibunya menggoda ayah tiri sendiri hingga mendorong dia keluar dari rumah dan hidup berdikari. Apabila mengetahui ibunya sering didera ayah tirinya, Eliza sering balik ke rumah secara diam-diam dan merakamkan semua kekerasan yang dialami ibunya. Akhirnya dia berdepan dengan ayah tirinya setelah tidak tahan lagi melihat penderitaan ibunya dan memaksa ayah tirinya itu melafazkan talak. Kehidupan mereka kembali ceria setelah itu. Perkenalannya dengan Danish Zafran di Kundasang melengkapkan lagi kegembiraannya, apabila cinta mereka membawa ke jinjang pelamin.

Melissa adalah gadis Kadazan kelahiran Sabah. Dia akhirnya memeluk agama Islam kerana tertarik dengan cara hidup dan keindahan Islam apabila melihat rakan-rakan serumahnya yang lain. Dia berkahwin dengan Badrulnizam.

Apa yang best pasal novel “Kasih Ini Milik Kita”

i. Bahasa bersahaja
Sesuai sangat dengan pembaca golongan remaja yang lebih santai, bersahaja dan mudah sahaja bahasa yang digunakan. Perkataan-perkataan atau ayat yang digunakan ini pula mampu membuatkan pembaca menghayati suasana dalam setiap situasi. Paling mengesankan adalah suasana gembira, ceria dan melucukan. Ini mampu membuatkan pembaca tidak kering gusi, paling tidakpun tersengih keseorangan sambil mengadap novel.

ii. Kelakar dan lucu
Sebagai pembaca, terus terang dikatakan yang novel ini memang terpenuh dengan kelucuan dan kelakar. Walaupun ada masanya serius, sedih, kecewa dan geram, namun tetap diselitkan dengan hal-hal lucu yang membuatkan pembaca pasti akan ketawa dan tersenyum-senyum. Sebenarnya, hampir sepanjang masa pembaca akan tersenyum dengan kelucuan yang dikemukakan. Rakan di sebelah pasti akan cemburu dengan novel ni. Sama seperti rakan-rakan dan orang di sekeliling saya semasa novel ini saya baca. Pembaca akan rasa gembira, enjoy sangat baca novel ni hingga sanggup melepaskan rancangan TV kegemaran atau mengurangkan waktu tidur semata-mata untuk menghabiskan novel tebal ini. Bagi sesiapa yang sedang stress, menghadapi masalah besar, berhadapan dengan kemurungan, dah pasti novel ini boleh menjadi alternatif mengubati minda. Tak percaya? Baik pergi beli dan baca!

iii. Banyak pengajaran boleh dikutip dalam novel ini.
Sekalipun novel ini memaparkan tentang kehidupan remaja masa kini, namun pengisiannya bukan hanya tentang cinta semata-mata. Cinta itu pula berlandaskan Islam, bukan hanya untuk keseronokan dan nafsu muda mudi. Selain itu, diterap juga tentang kasih sayang keluarga.

Nilai persahabatan menjadi inti utama dalam novel ini. Walaupun semua watak ini mengenali dan kenal di satu forum perbincangan maya yang selalu mereka kunjungi secara online, itu tidak menjadi alasan untuk mereka menjadi sahabat yang baik. Persahabatan yang ikhlas dan murni telah mereka harungi tidak kira semasa susah atau senang. Mereka juga saling membantu, memberi sokongan moral ketika berduka dan sama-sama bergembira dengan kegembiraan rakan yang lain. Namun pada masa yang sama, novel ini juga turut memaparkan tentang bagaimana setiap insan perlu bersedia untuk terima takdir dan kuasa allah dengan setiap apa yang berlaku dalam hidup mereka.

Novel ini turut menuntut pembaca supaya hati-hati dengan dunia siber, yang penuh dengan pelbagai helah, tipu daya, dan kesangsian, walaupun masih ada lagi kejujuran dan kebaikan. Sifat berhati-hati dapat mengelakkan pengguna daripada tertipu. Selebihnya novel ini telah menerapkan tentang watak-wataknya yang yang sangat patuh kepada agama, berpendirian teguh dan tahu batasan pergaulan. Keseluruhannya, sekalipun novel ini terpenuh dengan cerita yang menarik, bahasa yang mudah, ringkas dan lucu, pada masa yang sama, penulis tidak melupakan tentang tanggungjawab sosialnya. Semua inti, pengajaran dan teguran terhadap pelbagai isu ini telah digarap dan diuli oleh penulis ini dalam cerita dengan kemas hingga tidak menampakkan langsung sifat mengajar atau berkutbah. Ini menyebabkan pembaca tidak rasa bosan atau paling kurangpun melangkau bacaan untuk halaman tertentu. Syabas Puteri Imaneisya

iv. Gambaran Generasi kini yang ada jati diri
Walaupun hidup pada zaman moden. Tahniah diucapkan kepada penulis ini. Walaupun sesebuah novel itu ditulis untuk menghiburkan pembaca, namun pada masa yang sama penulis ada tanggungjawab sosialnya. Inilah yang telah dilakukan oleh penulis ini. Generasi muda kini tidak perlu hilang arah dan jati diri untuk hidup pada zaman IT dan dunia globalisasi. Remaja masih lagi boleh hidup dengan gembira, mempunyai rakan-rakan yang ramai dan melakukan pelbagai aktiviti seperti perkemahan, namun pada masa yang sama masih lagi menjaga susila ketimuran. Tidak mengabaikan nilai-nilai Islam.

Apa yang tak best “Kasih Ini Milik Kita”

i. Boleh diteka apa kesudahannya. Pada halaman 230, dah tahu Maya sebenarnya bertunang dengan Josh. Tak pastilah pula pembaca lain juga boleh teka macam tu atau tidak. Walaupun begitu, tahniah kepada Puteri Imaneisya kerana ada teknik tertentu untuk menyatakan suspen pada bahagian akhir novel. Namun, cara ini sudah terlalu kerap digunakan dalam novel, drama atau telenovela menyebabkan pembaca yang dah selalu baca novel mampu meneka.

ii. Maya lahirkan anak kembar tiga? Kan semua tu boleh kesan masa mengandung, kecualilah pembaca memang diberitahu Maya rahsiakan hal itu kepada rakan-rakannya. Masa mengandung untuk anak kembar juga tetap 9 bulan? Kebiasaannya, tak ramai wanita yang mengandung anak kembar akan bersalin sama seperti itu (9 bulan), tetapi lebih awal. Agak jarang juga wanita bersalin anak kembar melahirkan dengan cara normal kerana apabila kelahiran berlaku tak cukup bulan, bayi akan hadapi masalah kesihatan seperti perlukan bantuan pernafasan kerana paru-paru belum lagi kuat, perlu masuk inkubutor dan sebagainya. Apabila kelahiran Maya secara normal, cukup pula bilangan bulannya, kedua-dua ibu dan anak pula sihat-sihat belaka, penulis seakan memaksa pembaca untuk berasa gembira dengan semua “kegembiraan” berpakej tersebut (perkahwinan Eliza, Shahiza dan Melissa serta kelahiran kembar 3). Kat situ nampak macam tak real sikit. Tak apa kalau Maya atau kembar 3nya itu ada masalah pada peringkat awal. Kalau penulis rasa nak gembirakan pembaca pada bahagian akhir novel ini, boleh aje selesaikan masalah itu dengan gambarkan mereka semua akhirnya keluar dari hospital. Kalaupun ada masalah kesihatan, tidak semestinya akan berakhir dengan kematian kerana teknologi perubatan di negara kita pun memang dah maju dan terkini.

iii. Tak kira secergas manapun seorang wanita itu, bila sampai bab bersalin akan kehilangan banyak tenaga dan darah. Mereka tetap perlu rehat yang cukup pada tahap awal bersalin. Apalagi kalau anak pertama. Jadi, kecergasan watak Maya selepas beberapa jam bersalin nampak agak kurang realistik. Apa lagi bila kelahiran berkenaan adalah kelahiran sulong. Walaupun ada orang mengatakan terdapat sesetengah wanita “mudah” bersalin hingga bersalin sendirian (biasanya banyak kes melibatkan kelahiran anak luar nikah yang kemudiannya dibuang. Orang di sekeliling tak sedarpun dia dah bersalin), namun semudah mana pun proses bersalin itu, ia tetap merupakan proses berisiko yang menuntut seseorang wanita itu banyak berehat. Mmm nak tahu lebih lanjut lagi, kenalah tanya wanita-wanita yang dah ada pengalaman bersalin lah ya...ataupun nak gambaran yang lebih terperinci, boleh saja cari di youtube.

iv. Walau bagaimana suka berguraupun seseorang itu, namun dalam masyarakat Melayu kita, gurauan juga perlu ada masa dan tempatnya. Gurauan sesama rakan-rakan berbeza caranya dengan gurauan bersama orang yang lebih tua, tetapi dalam novel ini, kedua-dua jenis gurauan itu tidak dapat dibezakan. Gurauan yang keterlaluan di hadapan orang tua pula dianggap biadap. Kebiasaannya, golongan yang lebih muda lebih menghormati orang yang lebih tua dan menghadkan cara gurauan berkenaan. Apalagi bila melibatkan ayat-ayat lazer yang hanya sesuai untuk rakan-rakan atau orang tertentu. Kita tidak akan bergurau dengan cara yang sama untuk semua jenis orang. Keakraban dengan seseorang akan

Anugerah Bintang:
Aku bagi 8 bintang juga untuk novel ini. Memandangkan ini bukanlah novel pertama Puteri Imaniesya, dah tentulah bintang dia kurang sikit nilainya. Apapun, novel ini sudah semestinya seronok dibaca. Pengahiran yang ceria dan menggembirakan, buatkan ramai pembaca akan puas hati dan seronok.

Cadangan:
Novel ini memang dah bagus sebenarnya. Menghiburkan, kaya dengan ilmu dan pengajaran. Penuh dengan perasaan di dalamnya (lucu, gembira, suka, duka, sakit, pedih, geram, benci). Tidak banyak kelemahan yang ada, hanya sedikit kesilapan fakta yang ada masanya tak tersilau dek mata. Itu biasa berlaku kerana apabila penulis menukang sebuah novel bak membina banglo mewah. Pasti ada bahagian tertentu terlupa nak pastikan kualitinya. Walau bagaimanapun, sedikit kesilapan itu tidak mencacatkan jalan cerita, sekadar menyerlahkan yang penulis tidak double check tentang fakta berkenaan.

i. Saya memang pasti penulis telah melakukan penyelidikan yang agak sempurna untuk novel ini dari pelbagai sudut, termasuk hal-hal berkaitan kejiwaan seperti tekanan emosi seseorang yang menjadi mangsa rogol dan keterpaksaan seorang anak berkahwin tanpa rela. Begitu juga tentang tempat-tempat tertentu yang digambarkan secara terperinci seperti Kundasang. Tahniah dengan usaha keras ini. Hanya pada bahagian tertentu (rujuk Apa yang tak best “Kasih Ini Milik Kita”) penulis tak terperasan tentang fakta yang bukan dari bidang penulis. Jadi, salah satu cara untuk mengelakkan hal sebegini berlaku dalam novel akan datang, penulis manis ini patut dapatkan khidmat sesiapa (rakan baik @ sesiapa yang sesuai) untuk bacanya sepintas lalu sebelum dihantar kepada penerbit. Hal ini penting kerana, sebagai penulis yang telah menukangnya dari awal hingga akhir, menulisnya, membaca dan mengeditnya berulangkali, ada masanya sudah tidak mampu lagi mengesan kecacatan yang sebegini. Sekiranya penulis ada rakan lain yang membaca dan sudi mengkritik secara jujurnya (jalanlah pula bila kena kritik melenting pula, sebab bukan semua benda yang kita buat tu betul dan bagus semuanya. Ada kala, perlu juga kita dengar pendapat orang lain kalau rasa nak meningkatkan mutu walaupun bukan kita terima seratus peratus). Pengkritik itu pula, kritiklah juga secara jujur dan berilah cadangan yang bernas dan memberangsangkan dengan niat untuk tambahbaik nilai karya. Bukannya nak jatuhkan penulis atau sesaja je nak rosakkan novel orang. Kenalah ada asas yang kuat juga.

Namun memang diakui sangat susah untuk dapatkan khidmat orang lain untuk bacakan dahulu sebelum hantar. Pertama, memang ambil masa. Ada orang boleh bacanya dalam waktu yang singkat, namun ada orang perlukan masa yang panjang untuk selesaikannya. Kedua, orang yang baca itu belum tentu mampu berikan kritikan yang membina. Ketiga, orang yang menerima kritikan juga belum tentu dapat menerima idea atau saranan rakan yang mengkritik tadi. Ada sesetengah orang, tidak berkeupayaan menerima semua kritikan secara positif. Keempat, ketebalan sesebuah novel (berbanding cerpen atau puisi) buatkan tidak ramai orang sanggup baca dan kritik dalam masa yang singkat. Kalau orang itu tidak berminat tentang penulisan kreatif, dah tentulah susah untuknya menghabiskan dalam jangka waktu yang singkat, apalagi berikan idea dan kritikan bernas untuk tambah nilaikan novel berkenaan. Andainya punya teman sebegitu, anda seorang penulis yang bertuah.

ii. Novel ni memang dah bagus, tak banyak benda yang boleh dicadangkan. Dari segi cerita, plot, mood, suspen dan penyelesaian yang digarap pengarang, memang dah bagus. Hanya ada sedikit hal sahaja yang perlu penulis ni hati-hati untuk penulisan novelnya pada masa akan datang. Secara keseluruhan, memang dah cantik! Isunya terkini, humornya ada, ceritanya best. Klimaknya pun mengembirakan. Semua itu adalah pakej yang sempurna kepada pembaca. Pembaca nak kan kegembiraan bila membaca novel. Kira macam tengok filem hindustan jugalah, kalau penyudahnya duka nestapa dan sedih, akan ada panggung kena bakar. Sebab itulah boleh dikatakan hampir 99 peratus filem Hindustan tu berkesudahan dengan kegembiraan.

iii. Penulis tidak perlu takut untuk membuai perasaan pembaca dengan meletakkan pelbagai suspen dan kejutan walaupun pada akhirnya penulis mahukan pengahiran yang mengembirakan. Contohnya, Maya mungkin menghadapi masalah kesihatan dan perlu bersalin awal kerana mengandungkan kembar tiga. Ini menyebabkan bayinya perlu ditahan di hospital. Bayinya demam kuning, atau masalah dengan paru-paru (atau lain-lain lagi yang sesuai). Ini boleh membuai emosi pembaca untuk turut sedih dan menangis bersama watak Maya. Kecanggihan teknologi, penemuan baru dalam bidang perubatan ataupun terdapat seorang hamba Allah yang membantu pulihkan keadaan. Pengakhiran tetap gembira kan?Tulisan ini bukannya nak ajar penulis. Puteri Imaneisya memang dah penulis yang hebat. Dah bagus.

Tulisan ini hanyalah pendapat pribadi yang mungkin boleh diterima pakai, mungkin juga hanya sebagai idea kiranya sesuai. Tidak ada niatpun untuk komplen. Andai tulisan ini tiada makna atau guna apa-apa, maka...silalah abaikan.

http://annieyss.blogspot.com/2009/07/puteri-imaneisya-kasih-ini-milik-kita.html

To Annieyss, thanks a lot kerana sudi berikan pandangan setelah khatam pembacaan. Terkadang sebagai penulis kita rasa kita dah lakukan yang terbaik dan habis baik dalam menghasilkan sesebuah karya. Teguran anda saya ambil dari sudut positif, mengkritik untuk memberi peluang pada saya memperbaiki kelemahan dan kealpaan untuk tulisan yang akan datang, insyaAllah. Saya hargai sangat. Saya belum hebat dan bagus malah masih belajar dan akan terus belajar. Cuma yang saya pasti, saya tak berdaya untuk memuaskan semua orang dalam lerek emosi atau tawa gaban pembaca sekelian. Apapun saya bersyukur setidak-tidak apa yang nak saya sampaikan dapat dikesan oleh pembaca yang peka seperti Annieyss. Tahniah untuk awak juga.

Adios

Story-Mory II

Aku nak buat kesinambungan kisah excident semalam. Malam tadi aku tak tido, kena buat laporan langsung terhadap apa yang telah menimpa diri aku. Segala bual bicara jarak jauh semua bermula dengan macamana, bagaimana, apa... pendek kata semuanya ayat tanya. Peh! Letih mak nak jawab... tapi nak buat camne kan. Kalau tak jawab susah gak. Apa pun sorrylah DSana kalau DSini dah bikin DSana susah hati.

Well, Lebih kurang jam 09.00 pagi aku terima panggilan dari suami kakak yang aku terlanggar semalam. Katanya nak jumpa dan dengar story apa yang terjadi. Katanya lagi dia nak buat report. Jadi aku pun set tempat untuk jumpa area McDonalds dekat gombak, dekat dengan tempat kejadian dalam tempoh masa 1 jam lagi. So aku pun bersiap, dengan mata yang serasa berpasir sebab tak tido semalamnya aku gagahkan juga. Niat nak settle sebanyak mana yang boleh.

'Lu pe hal. Tak nampak lampu merah ke? Yang lu langgar bini wa kenapa?' itulah soalan pertama yang terpacul dari mulut mamat tu sebaik sahaja melihat aku.

'Lampu merah apayer? kalau merah, dah sah-sah saya akan langgar kereta, bukannya isteri awak sebab pasti kereta dari arah yang satu lagi dah jalan,' Mamat tu nyata tak puashati. Mukannya memang dah tegang habis. Marah, bengang dan mungkin bangang jugak.

'Bini wa cakap, lampu merah. Kereta dah berhenti, lu jer yang buta driving. Dah tu lu biarkan aje bini wa. Lu tak datang pun tengok dia kat hospital. Wa tunggu sorang-sorang sampai pukul 10 malam. At least lu talifonlah tanya keadaan dia. Ini tak. Lu biar jer dia terbongkang macam tu. Lepas tangan,' marahnya lagi. Nyata, mamat ni pun dalam kategori mental. Gagal bab emosi management.

Aku masih cuba menyabarkan hati. Beristifar dalam hati agar diberi kekuatan untuk menghadapi situasi tegang ni. Aku sedar risikonya... tak mustahil penumbuk atau penampar mamat ni akan mengusap pipi ku memandangkan dia sudah mula mengikut rentak hati yang panas.

'Sabar bro, kalau lu pikir wa nak lepas tangan, dari awal lagi wa boleh lepas tangan. Lepas hantar bini lu kat hospital wa boleh cuci tangan. Tak payah tinggalkan telefon number wa untuk pihak hospital hubungi, tak payah susah-susah selongkar beg bini lu cari nombor2 yang wa boleh hubungi yang akhirnya wa dapat cakap dengan lu punya adik ipar. Wa jumpa adik ipar lu untuk serah barang2 bini lu. Wa jumpa mak mertua lu. Tanya keadaan bini lu. Wa called hospital tanya doktor dan doktor sahkan tiada yang serius setelah xtray di jalankan, cuma doktor nak tahan bini lu dalam 6 jam untuk lihat progress. Mana wa tahu bini lu boleh keluar malam tu juga. Lu fikir wa tak payah pergi balai buat untuk buat report ke?' aku dah mula ikut rentak gendangnya berbahasa rockers. Erm tak pasal jadi pu3 rockers aku pagi ni. Aku cuba nak tarik dia semula untuk bertenang dalam menangani permasalah ini.

Nyata dia terkejut dengar aku berWa... Lu dengan dia. Mungkin tak sangka perempuan bertudung macam aku boleh layan bahasa rock.

'Tapi wa tetap tak puas hati, bini wa cakap lampu isyarat warna merah, lu yang buta. Lu langgar dia,Kira sekarang ni lu nak salahkan bini wa lah!' tegasnya lagi.

'Hello bro! orang giler jer yang nak langgar orang, lu punya bini tengok lampu tu dari arah yang satu lagi, bukan dari arah wa.okeylah bro, wa tak mau citer banyak. Lu nak marah-marah pun bukan lu boleh dapat balik bini lu seperti sebelum kejadian berlaku dan wa pun tak akan dapat kereta wa yang dah tersadai kat balai sebelum dihantar ke bengkel. Kalau lu nak buat report, itu lu punya hal, wa no hal. Negara demokrasi. Wa dah buat report. Kalau lu berhajat sangat nak jumpa wa kat mahkamah pun, wa tak ada problem tapi wa nak tanya, lu confident ke boleh menang? lu ada saksi ke yang lihat wa memang langgar lampu merah? atau lu memang kaya nak amik peguam untuk handle kes ni. Kalau setakad lu nak gertak wa sebab marah dan nak tunjuk jantan, sorrylah, lu silap orang. Bini lu melintas dengan kepala weng problem, tak pandang kiri kanan. Dia bukan setakad menyusahkan diri dia, tapi dia dah heret wa dalam trouble. Wa tak minta lu bayar duit repair keta wa pun kira dah cukup bagus.' entah dari mana keberanian itu datang menyokong diri, aku pun tak tahu. Mungkin sejak semalam agaknya... sejak aku asyik diprovok oleh golongan yang berstatuskan LELAKi yang mungkin anggap berhadapan dengan seorang PEREMPUAN memberi peluang selebarnya untuk mereka memperlihatkan kejantanan. Sorry! hari ni lu orang silap...

Aku dah dapat lihat wajah mamat tu berubah. Terkezut, terkujat dan tak tahu 'ter' apa lagi. Akhirnya dia mula berlembut.

'Sorrylah, Wa bukan apa, tension. Wa kesian tengok keadaan bini wa, lu pegilah tengok dia,' ucapnya.

'Wa faham perasaan lu bro, tapi lu juga perlu ingat. Kemarahan tak akan bawak kita ke mana-mana. Perkara dah terjadi. Lu fikir dengan ikut rasa marah, semua perkara boleh settle ke? Releks bro. Banyakkan sabar. Musibah ni allah dah tentukan. Memanglah wa nak pergi tengok bini lu, tapi bukanlah dalam tergesa-gesa. Wa kena settle satu-satu. Bukan maknanya wa ambil ringan pasal keadaan bini lu, wa akan pergi juga tengok dia. Lu jangan takut. Macam yang wa cakap tadi, kalau wa nak cuci tangan dari awal lagi wa dah buat.' ucapku sebelum mamat tu blah.

Petangnya aku menggagau cari rumah kakak tu dan alhamdulillah, allah permudahkan segalanya. Aku jumpa kembali mak dan adiknya yang aku jumpa sebelum ini. Pakcik dan makciknya pun ada. Aku lihat keadaan kakak tu, tak teruk... sekadar luka yang tak serius. Boleh diubati dan aku yakin kosnya tak akan menjangkau hingga ke ribuan ringgit. Bercerita dengan keluarga kakak tu lebih senang dari suaminya dan seperti yang dijangka memang ada 'WeNg' PeRSoNaL MaRrIaGe PrObLeM. Aku hulurkan sedikit bantuan yang termampu aku sumbangkan bagi meringankan sedikit bebanan. Doa aku moga kakak tu akan pulih dan lebih PuLiH dari sebelumnya. Bila kita yakin dengan qado dan qadar allah, tentu kita yakin segala yang terjadi punya hikmah. Allah nak berikan sesuatu yang lebih baik dengan mengambil apa yang kita sangka terbaik untuk kita atau mungkin untuk menyedarkan kita bahawa dalam hidup ini kita tak akan lepas dari dugaan kerana itulah kasih sayang Allah terhadap semua hamba-Nya. Ya Allah... Ya Rahman Ya Rahim... tabahkan aku untuk menerima dugaan dari-Mu. Amin....

Story-Mory

Ada beberapa story yang aku nak rangkumkan dalam N3 kali ni sebabnya aku tak pasti mood aku bagaimana. Eh! Bukan... bukan pasal ianya mengout-station walaupun mungkin boleh jugalah diambil kita, tapi ahhhh malas nak citer... jadinya biar aku perturunkan di bawah ini.

Nak salahsiapa...



Inilah rupa kereta aku... Well, petang tadi aku terlibat dengan kemalangan. Aku langgar orang... atau dengan kata yang lebih tepat dan memang tepat TeR-LaNgGaR. Nak salah siapa... Aku yang memandu dengan kelajuan 50kmsj atau si pelintas jalan yang tersangat pasti akan ketiadaan kereta dan dengan penuh lenggang Mak Limah melintas sambil kepala mungkin tengan 'WeNg' di himpit masalah kehidupan@rumahtangga... entahlah. Kejadian berlaku di Jalan Gombak. Yang paling aku geram sikap masyarakat Malaysia khususnya KaUm MeLaYu... bukan aku nak kutuk kaum sendiri tapi korang fikirlah sendiri selepas membaca apa yang aku coretkan ini. 'Woi! Buta ke.... tak nampak lampu dah merah. Yang kau redak juga speed kenapa?' Aku yang masih separa truama... terkedu... aku langgar lampu merah? Kalau betul macamana aku boleh langgar orang bukannya kereta yang sepatutnya datang dari arah yang satu lagi? Ek Eleh.. nasib aku truama, kalau tak sah-sah mamat yang konon nak tunjuk macho tu kena sedas laser dari aku. Sorrylah bro! Lu salah tempat mau tunjuk JaNtAnlah bila ada yang menyampuk. 'Bila masa pulak kakak ni langgar lampu merah. Masih kuning apa waktu dia jalan.' Hahahahaha nak aje aku hadiahkan gelak roller-coster bila lihat muka dia dah kelat. Tulah kalau dah gian sangat nak jadi pemerhati lampu trafic, registerlah kat mana-mana badan yang memerlukan khidmat lu. Tapi memang aku panik lebih-lebih lagi bila lihat kakak yang aku terlanggar tu terbaring. Masing-masing yang jadi pemerhati tak dipanggil dah mula hubungi ambulan, tunggu punyalah lama... 'Eh! jangan usik dia. Biar dia terbaring kat situ sampai ambulan sampai,' mamat yang konon jantan tu bersuara lagi. Akulah mamat ni.. ingat ni mangsa bunuh ke... atau rogol ke... yang nak kena cari atau dapatkan cap jari sipelaku. Akal letak kan punggung, tak kan nak biar kakak tu terlentang je kat tengah jalan, at least alihkanlah sikit ke tepi. Rasanya kalau korang yang lelaki tu angkat ramai-ramai, no hal punya. Ceh! Dasar gagal sivik. Aku kian di gera untuk bawa mangsa ke hospital, dan memang aku nak buat macam tu pun tapi cuba fikir tak kan aku nak bawa dengan kereta aku yang dah ditaburi kaca akibat cermin depan yang pecah! Apalah diorang ni. 'Saya boleh tolong awak bawa dia ke hospital, tapi awak kenalah bayar duit minyak kereta saya,' Salah seorang yang berada di situ bersuara. Ya Tuhan... ini manusia ke apa... dalam situasi macam ni pun masih nak ambil kesempatan. Woi! ingat ini kes kereta sapu ke atau memang selayaknya aku yang angkat penyapu untuk sapu jer muka brother yang mengeluarkan kata-kata yang langsung tak ada rasa kemalu-maluan tu. Aku geleng kepala... Mana perginya nilai kemanusiaan dalam diri masyarakat Malaysia... MasyaAllah... akhirnya seorang brother menawarkan khidmat. Maka si kakak yang tadinya asyik mengerang di masukkan ke dalam keretanya. 'Awak pun ikut sekali pergi hospital.' 'Hello, ingat saya nak lari ke? Saya tahulah, tapi saya kena tolak kereta ke tepi dahulu dan call family saya. Tak nak biarkan kereta saya dekat sini ni jer,' kali ini aku dah bersuara. Walaupun aku perempuan dan majoriti yang mengerumuni tempat kejadian adalah lelaki, ingat aku takut sangat ke. Aku bukan jenis manusia yang tak ada hati perut mungkin macam korang. Akhirnya aku ke hospital bersama brother yang murah hati nak menolong. Lepas selesaikan urusan di hospital aku bergegas pulak ke balai Polis Jalan Tun S.H. Lee. Kemudian aku cari maklumat untuk hubungi sesapa sahaja yang mungkin kenal kakak tu. Alhamdulillah allah permudahkan, aku dapat contact adiknya dan bila aku jumpa dia yang datang dengan mak dia setelah pulang dari lihat kakak tu, barulah aku tahu kisah di sebalik sikap WeNg itu. Masalah dalam Masalah... Jadi... inilah natijah yang aku kena hadapi.. KeReTa AkU dan diri aku sendiri yang terkilis dek kaca bertaburan. Allah huakbar....


Aku nak ambil Award yang satunya dah berkurun di berikan dan satunya entah bila diberi kepada aku. Tak pasti sesungguhnya. Buat si pemberi award, terima kasih yang tak terhingga. Aku tak pasti layak ke aku menerima segala award ni... tapi orang dah bagi, aku angkut ajelah ke istana maya ni.

Yang ini datangnya dari Maira. Si comel lote yang cute


Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini :

Aku senang memanggilnya Maira, kelihatan manja berkongsi warna kegemaran. Manis senyumnya memikat pandangan, murah dengan gelak tawa yang pasti menghiburkan. Cukup pengasih berjiwa penyayang romantiknya pada si kekasih bukanlah satu kepura-puraan dalam mesra menerima kawan, teman, rakan taulan dan sahabat.

Setiap blogger mesti nyatakan 9 fakta mengenai diri sendiri :

Ha!!! 9 Fakta.... aduh! biar betul...

Menghitung hari detik demi detik dalam debar yang mencengkam jiwa, aku bukanlah sorang pujangga tapi jiwaku mudah tersentuh dengan sesuatu yang sukar untuk ku ungkap. Adatika aku lebih suka bersendirian bila insan-insan yang ada tidak mampu memahami diriku. Aku bukan seorang yang mudah mempamirkan emosi, tidak juga mudah mengutus kepercayaan dalam sesingkat waktu. Mengejar impian yang sudah sekian lama terpendam. Bersama keyakinan dan semangat aku yakin tak ada yang mustahil untuk digengam selagi usaha jadi tangga dan redo pada-Nya sebagai landasan. Aku dalam trauma...

Anda perlu memilih 10 penerima award dan describe tentang mereka


1) Ebriza Aminuddin (kerinduan mengilis perasaan. Membisu tanpa khabar buat aku tertanya-tanya akan keadaan dirinya kini)


2) Kak Mimie Afinie (Terima kasih sudi bercerita, mengizinkan aku berkongsi keceriaan dari kisah yang dibisikkan)


3) Mardina@Dina (karya pertamanya Senyum Arrisya buat aku kagun dengan bakat yang di milikinya. Keep on your good working. Moga kau berjaya)


4) Suzry (pengumpul novel yang rasanya dah melayakkan dirinya buka mini perpustakaan)


5) Teja Irzara (Gembiranya hatiku bila lihat dia kembali dengan Iris Cinta. Sweet cover seSweet pemiliknya)


6) Eny Ryhanna (Aku menanti Mentari Cinta dari mu)

7) Ifandhaluhzan (Udah lama kok Mba' nggak mendengar titipan khabar dari mu. Kayaknya kamu lagi repot mungkin. Apapun harap kamu sudi mampir lagi ke sini. Mba' kangan sama kamu)

8) AzRIN (dah lama kak pu3 tak dengar berita.)

9) Mersik (Pokcik yang tua sebelum waktu dan sering mengupdate aku untuk info Book Fair. TQSM)

10) Pada sesiapa sahaja yang mengunjungi Istana Kaca ku ini dan sudi menerima arward ini. Ambillah... kita kongsi bersama-sama.


Tepukan Amal Islam - dari mamat yang punya senyuman semanis gula tebu

Rehal Nuharis

Terima kasih dik... cumanya minta maaflah banyak-banyak. Tak daya nak senaraikan penerima. Apapun akak panjangkan pemberian adik ni pada sesiapa sahaja yang sudi untuk mengambilnya dari istana kaca akak dan bawa ke rumah mereka. Jadi buat pengunjung Istana Kaca ku, jangan malu jangan segan. Kita kongsi bersama-sama yer...

Story si Pengat Pisang



Saya teringin nak makan pengat pisang. Dekat sini mana nak cari... Itulah awal perbualan kami beberapa hari yang lalu. Ah! Haru mamat ni, aci mengadu aje kerjanya. Tulah, yang gatai pi jejauh tu awatnya... omel hatiku tapi tidak pulak ku zahirkan di ucapan. Iyerlah tak kan nak melesar, sat ni ada pulak yang terjun di Middle East tu. Erm, apa kata saya ajar awak buat dan awak buat sendiri di sana. Aku bagi cadangan yang entah boleh diterima pakai atau semanis gula di reject. Saya tak nampakpun pisang setelah hampir sebulan saya berada di sini. Adunya lagi. Dah gaya budak lima tahun nak makan ice-cream malaysia jer. Ah! Sudah... Tak kan awak maksudkan suruh saya post ke sana. Biar betul... Pitching suaraku tanpa sedar sudah naik. Dia tertawa. Tak apalah... awak buat dan niat makan untuk saya. Ujarnya perlahan. Boleh ke? aku bertanya bodoh. Dah sah-sah yang rasa sedap aku... yang rasa kenyang aku gak. Bukannya di takdirkan kami berkongsi tekak jauh sekali perut. Apada... Awak nak dengar satu cerita tak? tiba-tiba dia bertanya. Masa saya rasa teringin sangat nak makan pengat pisang tempohari, saya dapat satu idea. Saya buat pengat buah tamar, dia bercerita dengan bersulam tawa dan aku dah ternganga. Biar betul mamat ni... Dan untuk tidak menghampakan dia aku buat juga pengat pisang walau hakikatnya aku bukannya suka sangat makan benda ni tapi dah sah-sah aku yang kena makan dan nikmatinya....

Syiuk bangat...

Ya Ampun!!! Ngapain dengan aku ini… Tega-tega aja tekak ini meminta itu dan ini. Kemarin, pulang dari kantor, aku tu pingin bangat mau mangan bubur kacang yang punya durian. Jadinya sampai aja di rumah, gesain kakak yang sedang enak beristirehat untuk sama-sama mencari durian. Untung aja aku kok tinggalnya di kawasan yang nggak sukar untuk dapatkan buah tersebut. Jadi mudah aje, nggak perlu repot-repot ke sana ke mari. Malamnya, aku mulakan operasi. Kacangnya ku rebus dahulu mentara lagi mandi juga aku belum. Ku biarin kacangnya enak-enak empuk sendirian. Selesai mandi, ku jengah kembali ke dapur. Lihat kacangnya udah sedang… maka ku campurin gula pasir dan juga gula kabung, biarin lagi hingga hancur sebelum ku masukkan santan dan secubit garam. Akhir sekali ku masukkan ulas-ulas durian. Biarin lagi hingga semuanya mesra dan sebati gitu. Makanya… siaplah apa yang ku idamkan… Enak bangat kalau di cicah sama roti.

Yahuuuu bestnya malam ni...

Alhamdulillah... akhirnya aku berjaya. Berjaya memenuhi apa yang aku hajati selama ini. Balik dari office tadi, aku pergi gak cari segala ramuan dan bahan-bahannya. Tak susah juga kerana supermarket yang aku tuju punya segala yang aku cari. Sampai di rumah, lepas bersihkan diri, aku mulakan operasi. Ikan dikeluarkan dari peti sejuk, timun dan carrot aku potong lantas rendam dengan air garam. Kalau ikut petua arwah mama dulu, rendam dengan air kapur, tapi mana aku nak cari kapur. Kapur kasut adalah. Jadi aku rendam dengan air garam. Kemudian rebus teluh puyuh. Sementara itu aku sediakan ramuan untuk masak asam pedas. Bawang merah, bawang putih dan cili di kisar bersama kunyit hidup. Bendi dan tomat, daun kesum dan bunga kantan. Tak pula juga air asam jawa. Kemudian bahan-bahan untuk acar rempah telur puyuh. Timun dan carrot yang telah di potong, aku tambah dengan lada banggala, sedikit rempah, udang kering, kerisek, sos tomato, cuka dan juga gula. Jadi inilah hasilnya dan menjadi hidangan makan malam ku. Trang.... Opsss tak lupa juga Ice Lemon Honey. Peh... tambah dua kali aku makan ni. Syukur....






My cook again

Tengah aku bersukasuki memanjakan diri berlaypark sakan di bilik, telefon ku berlagu menandakan satu sms kini berada di dalam inbox. Adik, Mak Nah on the way pi rumah. Depa mai dengan Farid dan Fiza. Mak Nah pesan soh adik masak mee rebuih. Terkezut aku. Kelam kabut jadinya. Mak Nah otw... dengan Farid dan Fiza.... Mee rebus... zuppppp berdesup aku berkejar ke dapur macamlah ada chaplos... aku selongkar peti sejuk... cari dan lihat apa yang ada. Ya tuhan... tak ada apa... erm maksudnya bahan untuk masakan menu yang dihajati oleh Mak Nah. Tengok jam dah pukul 12.30, dah sah-sah brother jual ikan tu dah blah tah ke mana. Waduh! Gawat. Pantas saja tangan mencapai kunci kereta dan pastinya destinasi yang ku tuju adalah Giant. Maka, aku pun jalankan sessi beli dan cepat-cepat belah. Sampai di rumah aku buka langkah... pesiang ubi keledek + ubi kentang. Rebuih sampai empuk. Pastu tumbuk bawang putih + bawang merah + udang kering. Than tumis sampai naik bau. Masukan rempah + daging untuk rencah. Pastu masukkan ubi keledek yang dah dilenyek. Pastu tambah ayaq, garam dan gula secukup rasa. Biaqlah mendidih atau kata lain sampai masak. Maka masa Mak Nah dan angkatannya sampai, inilah yang aku hidangkan... Alhamdulillah, Mak Nah and angkatan berpuashati dengan apa yang terhasil.




From M.E to Malaysia


"Panas sangat kat sini. Telinga I menggelupas. Kulit muka pun dah macam kering. Bibir dah mula pecah-pecah. Dah bergelen-gelen air I minum tiap hari. Badan I rasa lesu. Petang tadi, I pi farmasi cari losyen dan lip gloss." pengaduan yang diluahkan dah menarik segaris senyum memarking di pinggir bibirku. Tak dapat membayangkan dia dengan losyen dan lip gloss. Namun tercetus juga rasa belas di hati mendengar apa yang diluahkan. Iyelah, sedangkan panas di sini pun adakalanya tak tertanggung dek tubuh kita, inikan pula di Middle East, lebih-lebih lagi sekarang ni musim summer. Panasnya dah sah-sah berganda-ganda. "Erm kalau dah camtu panasnya, bawaklah payung bila keluar untuk lindung diri. Kalau dapat cari barli di sana, rebus than minum airnya. Barli boleh menyejukkan kepanasan dalam tubuh. Kalau ada gula batu lagi bagus. Rebus sekali. Jangan terus mandi bila balik dari luar rumah. Biar badan sejuk dulu. Takut nanti panas masuk ke dalam. Lagi susah. Dah lah you sorang-sorang di sana. Apa-apa jadi payah pulak nanti." Seungkap nasihat ku berikan dengan ikhlas. Faham dengan apa yang dirasanya tika ini. Berada sendirian di negara asing pasti membuatkan dirinya digelangi keperbagaian rasa. Dia sekadar membisu. Tidak dapat ku canai apa yang ada di mindanya tika itu. Menyesalkah dia... erm rasanya tidak kerana dia bukanlah seorang yang mudah mengalah dengan cabaran dan tidak pernah menyesal dengan keputusan yang telah di ambilnya. "So, bagaimana suasana di tempat kerja baru?" tanyaku bila situasi beku bagai menyelubungi kami. "Semuanya okey. Boss I baik. Rakan sekerja pun berbagai bangsa. Teringat waktu I belajar di UIA dulu. Tadi I masak. I buat sayur campur, telur dadar dan sambal ikan tuna. Rasa dah muak asyik pekena briyani jer. Malam ni I nak makan nasi putih. Lepas ni I nak iron baju untuk ke office esok. Nak buat macamanakan. Kenalah berdikari bila dah duduk sendiri." Ceritanya lagi. Aku dah sengih. Dapat bayangkan bagaimana kelam-kabutnya dia dengan segala tugasan yang baru disampaikan. Tapi aku bangga justeru dia tetap berusaha. "Apa citer you sekarang? Tak nak update I expecially pasal penulisan you?" tanyanya penuh keterujaan. "Menghitung hari jam dan detik..." kami sama-sama gelak. Aku yakin dia faham dengan apa yang aku maksudkan. "I suka apa yang you hantar hari tu, like it so much. Very catchy. Janji dengan I you tak akan berhenti menulis and will continue with ur good effort. I nak buku you berada di setiap pesta buku dan bukan sekadar pesta buku but more than that. Remember, we define our own destiny. Remember again, no one will change our life except our ownself... we are the prople who make good changes to ourselves n society...we are the one and we are the best. Always have that belief in yourself. It's not meant to be arrogant coz you are not going to declare it to others, it's meant to motivate ourselves. Macam I ni lagi la, tempat baru, culture baru, serba serbi baru. Being alone here, tak de sapa nak support I emotionally by talking face to face, but i know i can go thru this adaptation process coz i believe in myself. Though kekadang terasa gabra sangat but I believe I can fly and everybody should believe that they can fly n touch the sky. I nak you ingat tu," seperti lazim panjang berjela motivasi yang dihulurkannya. Dia masih belum berubah dan aku berdoa Middle East tak akan mengubah dan mengambil dirinya. "InsyaAllah, Iakan ingat pesan you tu dan insyaAllah I tetap akan terus menulis selagi allah izinkan dan memberi ilham pada I. Apa-apa I akan update you key," tanpa sedar aku sudah menyimpul janji. Janji yang entah mampu entah tidak aku tunaikan. "Esok I keja, banyak lagi benda I kena buat such as converting my driving licence, opening bank account, preparing residence permit bla bla bla etc... Belum settle down in full but the progress is there. Hope i can get thru all these smoothly. Mir, I ngantuklah. I nak lelap sat. You take a very gook care key. Jaga kesihatan. Will chat with you next time yer," pintanya mengundur diri. Aku terdiam tapi akur jarak kami bukannya dekat. Pasti cuaca di sana memberi impak yang bukan sedikit buatnya dan tentu dia cepat letih. "You take care too. Jaga diri, jaga perilaku, jangan nakal-nakal. Nanti allah tak sayang dan hidup baik-baik. Assallamualaikum." Ya Tuhanku... pelihara dan lindungilah diri hamba-Mu itu dari segala kesukaran. Permudahkan urusannya Ya Allah

Dah ok ke?

Mood aku tak tahulah tah ke mana perginya. Nak kata out-station, erm pi station manalah pulak. Tak kan station minyak kut... atau station ketapi... atau station bas... station kapalterbang... isy... tahlah. sukasuki hatiparu jer pi memana tinggalkan jasad aku sendiri. Tapi rasa cam dah balik jer baru kejap tadi bila aku buka mailbox ada yang menanti di situ. Perutusan dari jauh... erm memacam cerita yang ada... dari jawapan pada pengaduan@luahan rasa yang aku titipkan beberapa hari lalu sampaikan motivasi versi baru. Melebar juga senyum aku bila baca kisah yang dipaparkan. Cerita yang dikongsi bersama lebih-lebih lagi bab losyen... nak buat aku gelak gaban rollercoster je kat sini. Erm... sejak bila belajar pakai losyen... hahahahaha lawak... lawak...

TaG lagi

Dah lama aku tak update istana maya aku ni. Dah bersawang sana sini pun... tahlah... malam dapat pulak message suruh aku ke weblog dia kerana ada sesuatu yang menanti. Erm dah betullahtu... kenalah aku sewa kren nak angkut benda alah ni... Terima kasih Suzry... Now, giliran aku pulak untuk buat seperti mana yang disuruh.



Syarat-syarat untuk terima arward ini


1. Sila copypast arward ni di blog anda.
Erm dah buat dah pun.

2. Sila copy paste award ini di side bar blog anda
Erm nantilah aku buat sebab sekarang mood menjuman tah ke mana

3. Pass award ni pada 5 teman anda

i. Aryati - si concern tentang apa yang aku buat
ii. Umiamer - teman sehari berdansa aku setiap hari Rabu
iii. Umairah - Penulis comel yg tak berapa sihat. Harap dia cepat semakin sihat dengan hadiah ni
iv. Ebriza - Kak Ngah yang semakin menyepi dan tak ada berita
v. Kak Mimie Afinie - Lama tak dengar khabar kakak sorang ni