Kebosanan vs. Aku

Beberapa malam ni memang aku bosan tahap gaban... rasanya gaban pun tak adalah bosan gaya aku. Nak menyambung kerja... tah che mood pulak tak ada. Berout-station lagi kut, layan FB jer kerjanya aku.. membaca pastu dok gelak sorang-sorang gaya orang mereng. Sah! aku kena buat sesuatu. Maka, aku pun melakukan penyelongkaran dan selongkar punya selongkar akhirnya aku terjumpa sesuatu dan ini lah yang aku buat dan inilah yang terhasil....

Jeng... jeng... jeng.....



Actually aku makin suka dengan benda alah ni sewaktu aku tersadai di hospital beberapa tahun dulu. Mana taknya.. 15 hari jadi penghuni hospital itu buat aku jadi hafal segala menunya. Dari sarapan pagi hinggalah ke dinner... dan salah satu juadah yang disajikan pada hujung minggu untuk minum petang adalah Pai Ayam. Ha! jangan tak caya.. hospital sajikan pai ayam masa minum petang kepada pesakit yang dok merana sakit dan mungkin yang tak berapa sakit atau bukan sakit tekak. Sejak itulah aku dah mula pandai makan Pai Ayam dan tahu bahawa benda ni memang sedap kalau kena cara penghasilannya. Inti dan juga doh yang memainkan peranan penting bagi menjamin buka sekadar gaya, tapi mutu dan keunggulan rasa juga seimbang. So let's enjoy my Pai Ayam....

♥Pesta buku vs. MdH♥

Kala ini memang bosan tahap gaban... all bosses attending tax forum dan aku pulak bertapa di sini untuk attending clients so call if they facing any problem including technical issue. Ceh! semenjak dua menjak aku bantu selesaikan minor technical errors, boss dah rasa lega sebab boleh lepaskan tanggungjawab tu untuk aku handle sebabnya hanya satu, dia tahu aku akan handle clients with 200% extra responsibility. Tapi memang betul pun. Pada aku kepuasan clients adalah kejayaan aku. Mana taknya bukan ratus rupiah yang mereka bayar untuk internet services yang kami tawarkan... ratus ringgit malah boleh cecah ribuan dan ada yang extra kaya puluhan ribu pun iyer. Jadi bila dah berbayar, maka kenalah pastikan setiap ketidakpuasan hati yang wujud dari clients ditangani dengan kadar seberapa segera yang boleh. Kalau tak mesti mereka akan pancung. Nak buat apa, kalau services yang ditawarkan ala-ala siput kat dalam lumpur. Lembab. Iyer tak...

Well Pesta Buku Antarabangsa just a round the conner. Tak berapa jam tak berapa hari jer lagi. Esok, lusa dah start. Erm best ke tahun ni? Kalau tanya aku, tah... mananya aku tahu sebab kejadiannya belum berlaku lagi kan. Cuma pada aku tahun ni seperti gak tahun-tahun lepas.. bestnya kerana dapat jumpa kawan-kawan dan para novelist yang selama ini menjadi idola aku. Ramai weiiii.... kalau nak senarai hisy, tak usahlah... nanti ada pulak yang aku tertinggal.

Tahun ni kalau allah izinkan dan rezeki aku ada, novel ke empat aku bersama publisher yang membuka ruang dan peluang untuk aku kenal dunia penulisan ni akan release. Covernya cukup cantik... Aku teruja giloz bila kali pertama melihat. Memang automatik jatuh cinta, jatuh suka, jatuh gemar dan segala jatuhlah... malah bila cover tu aku terbangkan di maya ke Middle East, orang di sebelah sana diapung keterujaan yang rasanya lebih dari aku. Bersetuju bahawa cover kali ini memang cantik [walaupun cover novel-novel aku yang terdahulu pun tak kurang cantiknya] yang ini lain sikit sebab lebih santai dan sweet, cute and titlenya so catchy with "hati" in red. Itu komennyalah. Erm apa pun aku setuju. Jadi harapan aku sama gak macam buah cinta aku yang telah lalu, agar yang terbaru ni pun boleh diterima oleh pembaca di luar sana dan sudi memberikan pandangan serta komen agar aku dapat memperbaiki qualiti penulisan aku agar bertambah baik.

Key kita layan sesama yer... I present to all of you:

Melangkah Dengan Hati...

Akan kubelai kesetiaan di jiwa walau dalam janji tak terungkap.

Perlanggaran demi perlanggaran yang terjadi rupanya memberi kesan kepada Hadif Raizal yang mula nanar dengan sebuah desakan hati. Keinginan untuk mengenali gadis yang zahirnya sedikit kasar bagaikan tidak terbendung. Perbagai usaha dilakukan, si gadis betah berlagak selamba maha sombong. Tidak terusik walau sekelumit dengan kesungguhan yang ditunjukkan malah semakin jual mahal. Namun Hadif Raizal tidak berputus asa. Dia merasakan apa yang terjadi di antara mereka punya hikmah dalam sebuah petanda.

Kerana budi, ku jatuh hati. Itulah yang dirasakan oleh Firyal Rifdah setelah terselamat dari kejadian ragut. Kehadiran superhero yang bertindak sebagai penyelamat segera membuatkan dia terfikir akan corak pembalasan yang setimpal untuk dihulurkan, sementelah yang menyelamat pantas bertindak menuntut sesuatu yang membuatkan gadis itu resah. Ingin namanya dimuatkan dalam senarai yang selama ini dinafikan.

Kemuculan Amanda Izaura yang tiba-tiba menagih sesuatu yang nyata bukan miliknya menghuru-harakan matlamat untuk menoktah destinasi cinta. Badai mengacah dalam panas yang tiba-tiba ditamu tsunami. Hadif Raizal terkapai-kapai dalam persimpangan penuh dilema dan duri. Pada siapa harus dia bersandar untuk mengapai kembali sebuah kepercayaan yang terbang melayang.

Apakah dia akan kehilangan Firyal Rifdah si Cinderella Cinta yang membawa hati kerana cemburu dalam kelukaan, atau mampukah Amanda Izaura menzahirkan diri sebagai penganti? Siapa dalang disebalik konspirasi tangkapan khalwat yang dihadapi oleh Hadif Raizal?

Jom... Jom.. Jom...


Jom kita kasi gegar... jangan lupa bawak kamera kalau rasa nak mengIGLAMkan diri anda bersama novelist-novelist tanahair yang bukan selalu boleh anda temui. Inilah masa. Inilah ketika. Jadikan buku santapan buat minda kita....

Lupakanlah saja....

Erm rasa cam dah lama aku tak bersukasuki dengan apa yang pernah aku lakukan dulu. Atau sekarang ni memang confirm atau akan confirm yang aku tak boleh lakukannya lagi. Dalam kata lain, lupakanlah saja kalau nak terus sejahtera....


Ni masa tahun 2006 di Frim Kepong. Main untuk IDG


Dah habis perlawanan tapi masih nak berposing walaupun penat

Tapi waktu ni memang best sangat... tengok pun dah tahu betapa seronoknya. Siap boleh jerit-jerit tu....
Tapi sekarang ni memang dah tak boleh... tidak dibenarkan sama sekali atau kena register awal-awal di hospital. Larangan yang bukan main-main dari orang-orang dan pihak-pihak yang memang aci dongki dengan aku. Ada ke suruh aku main batu seremban... Ceh! apa kelas... baik suruh main polis sentry, lagi challenging... memang saja bikin hangin jer

XtVt

Sekarang ni kat luar office aku hujan sedang mencurah-curah. Siap dengan guruh bagai. Perut aku pun dah rasa berkeroncong giloz kerana tengahari tadi aku tak keluar lunch. Just menibai biskut kerana nak menyiapkan gazette order yang silap dibuat dek staff aku. So call hari ni pulak nak kena published... mahunya boss aku tak gelabah cam tapir ilang anak. Natijahnya kala ini aku layan blues kelaparan yang sedang bersenandung dengan rasa sejuk yang dah menggigit-gigit.


Erm esok dan lusa cuti. Nak buat apa ekk... Buat nasi lemak untuk sarapan, rasa macam best jer kan... udang ada dalam peti sejuk, boleh buat sambal, kalau tak nak udang, sotong pun ada... pun boleh dibuat sambal. Kacang dengan timun, boleh je balik nanti beli kat kedai, tapi rasa cam kalau ada kangkung goreng bawang lagi best... telur pulak buat telur dadar nipis. Peh! mengancam giloz. Sure sedap kan. Bungkus pulak dengan daun pisang yang banyak berselerak kat rumah aku tu. Kira okeylah kan...




Pastu dalam kul 10.00 boleh pergi tengok Le Tour De Langkawi yang dijadualkan akan lalu di Jalan Gombak sebelum menuju ke Genting ikut jalan lama. Kiranya just tengok kat tepi Masjid Al-Syakirin Gombak dah memadai.... Mesti best... tengok dia orang pecut beskal macam mat rempit...