SeLaMaT HaRiLaHiR BuAt EbRiZa

Walaupun kita berjauhan, tapi aku tetap mendoakan moga hari yang cukup bermakna buatmu ini akan menjadi hari yang lebih indah dari yang telah lalu. Moga tahun ini dirimu diberikan kesejahteraan untuk terus berkarya dan dipermudahkan segala urusan duniawimu.

Selamat ulang tahun kelahiran kak ngah. Moga uquwwah kita akan terus kekal hingga ke hujung nafas yang terakhir...

Cuba fikirkan...

Wah! Rasa cam recordlah pulak... hari ni aje aku masukkan 3 N3 dalam istana kaca aku ni... hehehehe. Wallah... sikit punya hebat ke jurus mengelat aku hari ni kan... Well, aku dapat email ni dari seorang teman. Bila aku baca dan teliti, rasa cam boleh dijadikan iktibar atau sedikit panduan dalam kemelut yang diperkatakan orang serata tempat... So check it out babe...

TENANG KETIKA GAWAT

Pelbagai kesan dirasai impak kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini. Di Malaysia, sudah 10,000 pekerja hilang pekerjaan sejak 1 Januari 2009 dan dijangkakan dalam tiga bulan pertama dalam tahun ini lebih ramai yang akan diberhentikan kerja. Dilaporkan di USA , seorang pekerja yang baru diberhentikan kerja telah bertindak nekad membunuh isteri dan 5 orang anaknya sebelum membunuh dirinya sendiri!!! Peristiwa yang tragic ini adalah sebahagian fenomena sosial akibat tekanan hidup yang berat kerana kegawatan ekonomi yang sedang berlaku.

Bagi seorang Muslim, kegawatan yang berlaku adalah satu ujian yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Muslim yang percaya kepada qada' dan qadar akan mengharungi segala ujian dengan tabah dan optimis betapa di sebalik ujian dan dugaan ini pasti menyusul kesenangan dan kemanisan. Rasulullah SAW bersabda: "Allah SWT berfirman; Aku berasa kagum terhadap hamba-hambaKu yang beriman..... apabila mereka diuji dengan kesenangan mereka bersyukur dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka dan apabila mereka diuji dengan kesusahan maka mereka bersabar dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka" (riwayat Muslim).

Antara amalan yang patut kita laksanakan dalam keadaan yang gawat ini adalah seperti berikut:
1. Berjimat cermat dan merancang perbelanjaan sebijaknya. B erbelanja hanya pada perkara yang perlu;

2.. Banyak berdoa memohon dimurahkan rezeki. Sebahagian ulama juga mengatakan bahawa solat dhuha antara amalan untuk murah rezeki. Tapi janganlah nawaitu untuk solat dhuha "kerana Ringgit Malaysia ".

3. Konsisten dalam bersedekah. Nampak pelikkan, dalam susah pun kena konsisten bersedekah??? Terdapat pelbagai hadith yang sahih yang menjelaskan betapa orang yang banyak bersedekah takkan jatuh miskin dan dilipatgandakan rezekinya. Disebutkan dalam sebuah hadith: "Setiap kali menjelang Su buh, turunlah dua Malaikat ke langit dunia. Salah satu di antara mereka berdoa: "Ya Allah kau gantikan (dengan banyaknya) kepada hambaMu yang banyak memberi (bersedekah)" manakala malaikat yang satu lagi berdoa: "Ya Allah kau hilangkan (dengan banyak) bagi orang yang menahan harta mereka (kedekut)" (riwayat Bukhari dan Muslim). Again, ikhlaskan niat kerana Allah jangan sampai sedekah kita kerana "Ringgit Malaysia";

4. Sentiasa bersangka baik kepada Allah samada ketika diuji dengan kesenangan atau kepayahan. Jangan terlintas di hati kita perasaan betapa Allah tidak adil dan tidak kasih kepada kita. Yakinlah, apa pun ujian dari Allah pasti ada hikmah yang tersirat. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hamba N ya.

5. Menjaga hubungan silaturrahim kerana menjaga hubungan silaturrahim adalah antara amalan yang menjadi punca murah rezeki. " B arangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim" (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Iyer ke...

Tak pasal-pasal aku kena tegur dek member aku gara-gara apa yang aku paste untuk N3 kena TaG tu...

“Woi, Die Hard 4 tu bukan romantic movie la. Suka ati ko je kan...” tembaknya laju.

“hehehehehehe aku rasa romantic jer...” jawabku tanpa perasaan. Selamba kodok gitu dan rasanya kodok pun tak akan seselamba aku…

“La!!! Upin dan Ipin tu pun ko tengok?” tegurnya tak percaya. Aku yakin pasti dia dah bertandang ke istana kaca aku ni. Kalau tak mana dia tahu semua tu kan.

“Eh! Okey apa... Upin dan Ipin... betul... betul... betul… Aik! Telur goreng aje.. ayam goreng tak ada ke? Sempoi jer Kak Ros jawab, ayam mahal...” jawabku dalam tawa.

“Engkau ni kan….” Dia tak menghabiskan kata, atau agaknya tak ada perbendaharaan kata untuk digunakan bagi mengungkap apa yang ingin dikatakan pada aku.

“Well! Aku memang tahu tak ada satu pun movie yang aku paste kat situ boleh dikategorikan oleh orang-orang yang membaca sebagai romantik kecuali aku” ucapku sambil ketawa.

“ko memang superb in your own way. .. Ha! Perasan la tu” komennya lagi.

“Tu lah pasailah kadang-kadang orang kata otak aku tak boleh nak layanzzzzz... tapi aku tetap suka... hehehehehe. Romantik dalam konteks aku yang tersendiri... ahakzsssss

“Iyer... romantik dalam konteks orang putus fius” tokoknya tanpa bertapis.

“Apa pulak putus fius, cuma bekalan api kena potong dek TNB tanpa ehsan jer...” balasku sebelum mengakhirkan conversation.

Erm, betul ke aku putus fius dengan apa yang aku pastekan… rasa cam tak jer sebabnya Romantik tu bagi aku satu yang subjektif. Bergantung pada individu untuk menafsir dan mentafsirnya mengikut persepsi masing-masing. Betul tak??? Betul… betul… betul… gaya si Upin menjawab bagi pihak si Ipin… hahahhahahaa tapi mungkin jugak hari ini fius aku ada longgar sikit, tu yang jadi tak tentu hala tu…

kena TaG lagi

1- you have to point out 5 romantik movies that your would love to share with your loved one.
Key... aku sertakan movie yang entahlah aku tak tahu romantik ke tak, tapi aku suka dan punya memory tersendiri... ahakzsss...

2- it doesn't have to be in order... as long as you love the movies it will be fine.
Ha, tak yah susun... hehehehehee senang bebenolah keja teman...

The Bodyguard from Beijing


Die Hard 4


Geng – Pengembaraan Bermula

Transformer


Puteri Gunung Ledang – Yang ni teater, tapi kira bolehlah ekk..

3-you have to tag another 5 person to answer this tag.Jadi inilah antara yang terpilih.

Ebriza
Dina
Umiameer
Mimie afinie
Suzry

Kita lihat pulak apa filem-filem yang mereka ni suka...

TeRuK Sangat kE???

"Tak kan teruk sangat awak ni sampaikan lagu canggitu pun nak layan" aku tersentak. Erm salah ke aku layan... rasanya tak salah malah tak ada akta yang menyatakan apa yang aku buat ni salah. Aku buat muka kelam.

"Tak salah pun kalau saya nak layan... Kenapa? Sekarang dah ada akta baru ke?" aku pantas menyoal inginkan kepastian membawa kepada jawapan yang relevant.

"Ha! Layanlah… layan… mula-mula tu Mohabbatein, kemudian jadi Kabhi Khushi Kabhie Gam, lepas tu bawa pada Kuch Kuch Ho Ta Hai… pastu mulalah Kaho Na Pyar Hai lastly Dil to Pagal Hai sorang-sorang. Masa tu sapa yang susah???” jawapan yang singgah di pendengaran buat aku terkedu mengalahkan orang tertelan pucuk mengkudu kelat.

Ek'eleh! sejak bila pulak jadi seorang yang perihatin sangat terhadap apa yang aku buat. Bingun kejap aku jadinya. Kat mana yang jadi salah kalau aku layan lagu-lagu hindustan ni? Aku rasa Okey jer... best lagi ada... dah penat layan lagu melayu bersenandung dengan lenggok dan aroma romantika. Sesekali biarlah aku layan lagu hindustan pulak... Erm! aku benar-benar tak faham. Awat yang tiba-tiba petang ni dia bertukar jadi mamat poyo ala-ala skemaz gilez yang sesekali boleh aku klasifikasikan dalam kategori sengal??? Pelik... pelik...

It's My DaY... ^ _ ^

Tarikh ini hadir juga...
Dalam definasi yang berbeda
Dalam pengertian yang tak serupa

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim….
Terima kasih atas rahmat dan ehsan-Mu
Mengizinkan sekujur tubuh ini
Untuk meneruskan sebuah pengembaraan
Menyaksikan indah fajar menyinsing
Menghirup nyaman bayu yang berpuput lembut
Bimbinglah aku untuk terus berada di jalan-Mu
Permudahkanlah segala urusanku di sini
Sebagaimana Kau permudahkan buat insan-insan yang terdahulu
Tambahkan keimanan dalam amalku hanya kerana-Mu
Hindarkan aku dari segala sifat mazmudah
Tetapkanlah aku di dalam pemeliharaan-Mu

Buat semua…
Yang menitip kata ucap selamat
Yang mendoakan agar aku terus sejahtera
Yang meninggalkan kesan lipstick di tudungku
Mencium ke dua belah pipi
Yang menyenandungkan lagu Selamat Ulang tahun
Yang bermurah hati menghulurkan hadiah
Yang menyeret ke meja makan
Aku teramat menghargai
Apa jua yang kalian lakukan
Justeru aku tahu
Segalanya untuk buat segaris senyuman
Mekar di ulas bibirku….

Meski aku tidak lagi bersama insan tersayang
Tiada lagi ciuman kasih bonda tercinta
Tidak juga belaian sayang tangan ayahanda
Namun aku tetap gembira
Lantaran aku sedar dan amat yakin
Kasih sayang tetap ada
Dan akan terus ada
Tak kan pudar untuk selamanya


Dalam lafaz Syukur ke hadrat-Nya
Hari ini tetap akan terus menjadi tarikh keramat buat diriku
Menambah bilangan usia
Meneruskan langkah dalam sebuah kedewasaan
Ketabahan dan kecekalan dalam sebuah kematangan
Mengejar impian dalam cita-cita

Selamat Menyambut dan Meraikan
Ulang Tahun kelahiran
Moga tahun ini lebih menjanjikan segala sinar
Membawa diri menuju destinasi cinta
Nan satu dan abadi selama-lamanya... InsyaAllah...

SeDaPnYa... ^ - ^

Nampak sangat hari ni aku berada tahap mood yang terlalu menjuman... maknanya... hehehehe maknanya aku malas nak wat kerja... malas nak melayan... malas nak mengadap... yang membawa maksud segala benda aku MaLaS... ehheheheeee clients called, aku layan nak tak nak jer... complain itu ini aku just iyer ke aje... pastu soh shoot email to support system. Contents, aku buat dek aje... tak update pun... hehehehehee betapa teruknya aku hari ini... dalam keadaan eko yang tak tentu hala ni, sungguh berani aku wat perangai canggini kan... sekali company aku amik keputusan menyahkan aku dari sini barulah padan dengan muka aku... hehehehhe

Dalam busan menghitung detik... minda aku merewang jauh ke kampung. Kalaulah dapat makan

aduh! alangkah bestnya... happening giler... haeaven betul... cicah pulak dengan gula... Peh! Bertriplelah kesedapannya... Dulu waktu arwah Tok Mak ada selalu gak aku merasa makan juadah yang mungkin bagi sesetengah orang langsung tak ada kelas. Tok Mak rajin... rajin berbudi pada tanah. Ada aje yang ditanamnya di kebun belakang rumah. Kata Tok Mak, senang... bila rasa teringin, tak perlu ke pekan. Pi aje gali kat batas dan dah boleh di masak. Aduh! Windu seh aku pada Tok Mak...

Sambil taip apa yang melintas kat minda, aku layan benda alah ni...
Best gak... member aku jeling pun aku buat bodoh jer... bukan selalu aku layan benda-benda camni.... Wallah... akhirnya member aku pun layan sama... hahahahaaa tak tahan kena godalah tu...

Aduh!

"Awak rindu saya tak" Gulp... aku menelan liur... terkezut tahap cipan.

"Ni soalan spesis apa pulak yang tetiba awak tanyakan pada saya?" aku membalas jawapan dengan soalan juga. Memang aku bengong... dahlah aku berada di tahap busan giga, ni disajikan pulak dengan soalan kategori tahapapatah...

"Tak kan awak tak rasa rindu kat saya walau sikit pun" dia masih tak mengalah... masih dengan soal yang ada perkataan rindu dalam unsur yang sama.

"Apa hal pulak saya nak rindu kat awak?" aku bertanya kembali.

"Saya out-station sebulan bermula Isnin ni." Oh! Itulah punca soal rindu disebut... erm...

"Sebulan, bukan setahun... lagi pun awak belum pergi. Manalah saya tahu akan rindu atau tak." selamba aku memberikan jawapan. Kira kalau masuk ujian lisan, sure score punyalah.

"Hai! Tak kan nak tunggu saya pergi dulu baru nak tahu perasaan," statement tak puas hatilah tu...

"Jadi... kiranya nak macam ala-ala Tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan... intai kami antara nampak... esok jangan rindu-rinduanlah yer... Erm tak cukup masa nak layan semua tu..."

"Awak memang tak punya perasaan?" Tap.... terdengar telefon diletakkan agak keras...

Gulp... sekali lagi aku menelan liur... Erm apa yang terjadi... aku ke yang salah??? muka mula blank... blur... hati tertanya-tanya....

Apa???

Erm… Apa nak masak malam ni ekk… Aku rasa cam nak buat kari telur since tadi Kak Lynn ada hantar rempah yang dia buat sendiri… segala jenis rempah untuk masak dia buat sendiri… homemade dan baunya pun lain dari yang beli kat kedai. Kat rumah pun memang ada telur… so boleh jer kalau nak buat dan bukanlah mengambil masa yang lama pun… tapi dah beberapa hari tekak aku terasa bagai meminta sesangat nak makan dua benda ni…


Kari Ikan Tenggiri dengan Pajeri Terung… Aduh! Bestnya… kuah kari ikan tu boleh cicah ngan roti kalau kehabisan nasi dan bila terbayangkan terung yang telah masak bersalut segala bagai rempah ratus, buat air liur aku kecur aje… tapi tulah… kat umah tak ada terung… tak ada jugak ikan tenggiri... jadi kena pulak pi pasar malam malam ni… tapi kalau dah pergi pasar malam, jawabnya tak adanyalah aku beli barang-barang tu dan tentu-tentu aje apa yang aku nak tu tak ada yang dah siap sedia… kalau ada pun rasanya belum tentu lagi menepati citarasa aku… adat orang berniagalah katakan, tentu ada yang kurang di sana sini lebih-lebih lagi dalam pasaran barang yang tak tentu hala ni… dari pada tekak aku tersiksa menelan rasa yang tak apa-apa, baik tak payah... tapi kat luar office aku sekarang ni sedang bersenandung irama hujan... cukup dengan rebana guruhnya bagai... jadi bagaimana aku nak pi pasar malam...
Erm agak-agak umur aku panjang tak untuk beberapa hari lagi ni supaya aku leh gak buat apa yang aku nak tu??? Tak pastilah pulak… bab panjang-panjang umur ni bukannya kita boleh check…Iya tak… jadi apa yang aku nak buat????

Hari ini....

Sebelum cuti hari tu, member aku meminta sesuatu dari aku... Uhuuuu sekali fikir, rasa cam ngeri pun ada... seram lebih lagi... aku renung dan diam-diam aku tanya pada diri sendiri... erm boleh ke... mampu ke... isy... ghisau gak aku dibuatnya... tapi bila memikirkan itu adalah hasrat dan keteringinan yang pasti bukan dibuat-buat, aku jadi tak sampai hati lebih-lebih lagi teringat pesan dan kata-kata arwah mama... kalau dapat dan mampu, jangan hampakan keteringinan orang... tak baik.... Waduh! mahu terduduk aku dihimpit rasa serba salah dan ketidak sampaian hati...

Pagi ini aku sampai office bersama senyuman... senyuman yang tak lengkang dari bibirku. Namun senyuman itu membawa maksud dan pengertian yang mungkin berbeda dari persepsi si pemandang dan aku yang memberi... Mungkin orang yang melihat akan kata... Budak ni demam ke hapa... tersenyum macam terlebih dose aje... sedang aku pulak sebenarnya nak menyedapkan hati menanti reaksi... Kenapa yer... Semuanya adalah kerana....


HASIL BUATAN KU LEWAT MALAM SEMALAM...

Ha! Itulah yang keteringinan member aku tu... Cup Cake... dan aku berusaha untuk memenuhi hasrat yang telah diluahkannya padaku... Harap dia berpuashati... So pagi tadi, department aku pun bersarapan dengan juadah yang sama begitu juga dengan beberapa orang members ku...