My buah hati...

Kehadiran insan baru yang tentunya akan menambahkan seri sebuah kehidupan, bakal menyemarakkan rasa kasih dan sayang yang memang sudah terjalin. Welcome to the world my hero....

My Umar Mirza

Sungguh Teruja....

Memang teruja dan terpegun melihatkan aksi-aksi mereka. Kita dengan murah hati aku memberikan kredit berbintang-bintang. Dengan muzik yang memang aci buat jantung macam sama ikut nak melompat, keterkejutan tahap terperanjat tapir yang tanpa sedar menggelongsor jer latah tahap Mak Lijah yang dicucuk pinggang. Melihat mereka melompat dari satu stand ke satu stand buat aku diapung kegerunan tapi dalam waktu yang sama aku selut dengan keberanian tahap melampau yang mereka miliki.

The Lion Dance

Lately ni aku dapat habit baru. Kalau sebelum ni cukup sinonim dengan Ribena, tiba-tiba sejak dua menjak yang tah bila mulanya aku jadi makin jatuh cinta pulak dengan benda alah ni malah tak kira waktu, pagi, tengahari hatta malam sekali pun kalau tak ada yang menegur tentu ini yang aku ulit....



Nak membuat tak susah, kena pastikan bahannya ada tapi aku lebih suka buat teh tu sedikit jarang, tambah dengan masam manis laicinya cukup pulak dengan sejuk dinginnya. Peh! memang aci gerek gilozzzz lebih-lebih lagi dengan cuaca yang tak menentu sekarang ini. Walau apun aku masih lagi belum bertalaq dengan si Ribena Chenta Hati pengarang jantung pisang batu kelat aku tu dan rasa-rasa Mungkin TiDaK....

Ia datang lagi....



Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan tuan punya tarikh
Allah selamatkan kamu....


Tarikh ini hadir lagi.. macam gak tahun-tahun yang lalu, aku just sambut dengan penuh kesyukuran ke hadrat allah yang maha esa kerana masih mengizinkan untuk aku berada di bumi sementara-Nya ini. Nak tahu apa harapan aku untuk tahun ini.. well, tak banyak perubahan. Masih dengan harapan yang sama yang setiap tahun ku galas di pundak bahu ku ini. Mohon kesejahteraan ku dipertambahkan, kalau tak sihat sebagaimana aku kecil dulu pun at least aku tak sampai ke tahap yang menyusahkan orang-orang yang aku sayang. Di murahkan rezeki moga dengan kemurahan rezeki aku itu nanti, dapatlah aku membantu golongan yang memerlukan. Erm rezeki ni bukan sekadar wang ringgit aje kan, tapi dalam banyak segi yang bersegi-segi itu. Lagi aku harap 2010 ini lebih rahmat dari-Nya buat diri aku berbanding dengan tahun-tahun yang telah terdahulu. Amin....

Tak tahan...

Lately ni cuaca memang diluar dugaan betul. Panas semacam ke rumah aku yang dah ala-ala ketuhar? Malam tadi pun sama. Beberapa kali aku terjaga gara-gara tak boleh tidur.. sedar-sedar bantal dah basah, malah cadar pun basah sama... Hisy bukan terkencing ler.. tapi dek bahana berpeluh kerana panas. Tu kipas berputar gak tu, kalau aci tak ada kipas, agaknya dah boleh diperah mangkali. Bayangkan satu hari lebih dari lima kali aku mandi... because nak buat badan aku tidak berada pada suhu yang melampau malah malam tadi pun kul 03.00 pagi aku bantai mandi, tapi bukanlah beriya. Just basah badan jer walau aku tahu bukanlah satu amalan yang baik maha mulia mandi dinihari gaya gitu, tapi nak di apakan. Memang aku tak boleh bertahan. Lepas tu teguk air bertupperware-tupperware... aduh! memang haru betul...