Menghitung......

Aku yakin semua yang terlibat sedang dalam perhitungan... menghitung detik-detik yang hanya berada dicelahan jari sahaja.... aku juga tak ketinggalan dan terkecuali.... Namun aku pasti, tiap dari kita semua punya persepsi berbeda dalam perhitungan yang sedang dijalankan. Ada yang rasa teruja dan tak sabar untuk mengakhirkan perhitungan itu dalam dakapan pertemuan, dan ada juga yang diselimuti resah, gundah dan kegabraan tahap gaban seperti aku ni..... apa pun aku yakin, detik perhitungan itu pasti akan tiba di destinasi akhirnya..... bertemu dengan satu paksi yang bakal mencantumkan tiap bilah rasa yang sudah lama bermukim di hati......

Menghitung hari, detik demi detik
Masa ku nanti pastikan tiba

Dah Tak Sabar......

Detik di hitung.... setiap derap larian waktu tidak pernah alpa dari pengiraan..... di dalam hati masing-masing sudah berselimut keterujaan..... berbagai persoalan datang... Bagaimanalah agaknya rupanya yer.... mesti best bila dapat jumpa.... meriah... memang meriah.... tak rugi pergadaikan cuti kerana ianya berbaloi memang berbaloi [pinjam jap slogan Kamdar] Semua ni gara-gara Pesta Buku yang sekadar di hujung perhitungan. Berdebar-debar rasa di hati, tapi kerana keghairahan sebuah pertemuan, segala gundah yang menyerang ditangkis dengan keterujaan yang tidak bertepian..... Iyer.... aku sendiri tidak tega untuk membuat penafian bahawasanya di hati ini sudah lama idamkan sebuah pertemuan lebih-lebih lagi yang hendak di temui jauhnya bukan seratus batu jarak pemisah. Ah! Tak sabar rasanya..... tapi kesabaran itu harus terus dianyam.... dianyam biarpun dipermukaan ombak yang mengalun di lautan sekeping hati.....

Bila Hati Berbisik, dalam gemersik irama yang tak terucap. Kasih Yang Satu dicanai Atas Nama Cinta yang cuba disampaikan untuk Kau yang Tercinta. Dalam Dakapan Cinta ini Rindu Milikku sukar disingkir. Ungkapan Rahsia Hati untuk Dewi Cinta meski sering tertanya Hati Ini Milik Siapa. Mampukah Kalimah Cintamu terus Bertahta Dihati biarpun Luka Sekeping Hati sudah terasa, namun Untukmu Sayang rela hadapi segalanya....

Berita Terkini......

Just untuk menyatakan pada semua yang berkunjung ke blog ku ini. Aku akan berada di Booth Fajar Pakeer pada 12hb April 2008 bersamaan hari Sabtu pada jam 12.00 tengahari. Itulah info terkini yang aku terima dari editor ku. Apapun perancangan awal bersama rakan-rakan lain tetap akan diteruskan yakni pada 5 dan 6hb aku berada juga di sana walaupun bukan tarikh untuk aku duty..... waktu itu lebih bercorak santai.... kaedah membeli belah gitu...... so kita sama-sama nantikan tarikh tersebut...... insyaAllah... Jumpa kalian di sana... di sana.... di sanaaaaaaa ;-)

2 more weeks 2 go....

Lebih kurang dua minggu lagi...... erm dua minggu lagi.... apa yang dua minggu lagi... Ko nak bertunang ke Iman... tak pun nak kawin? Isy ke situ pulak peginya..... Well lebih kurang dua minggu lagi, Pesta Buku Antarabangsa akan berlangsung bertempat di PWTC dari 04 hingga 13 March 2008. Program yang berprestaj ini bakal menghimpunkan para novelists tanahair yang sedia ada dan juga yang baru muncul. Mesti hebat kan.....

Aku dan honey dah merangcang untuk jumpa masa tu. Tarikh yang dipilih adalah 5 dan 6hb March... Sabtu petang sekitar jam 03.00 manakala Ahadnya pulak mungkin aku akan berada di Booth Fajar Pakeer kalau diperlukan.... yang tu tak pasti lagi. Tertakluk pada arahan dari Boss besar ....... Jadi sesapa yang nak jumpa kami dan gengs yang lain [aku tak pasti lagi sapa, cuma yang aku terlebih pasti JN @ Arjuna Chinta dan mungkin Lara serta Pokcik Mersik bersama Dol The greates. The rest Honey yang uruskan] bolehlah turun pada tarikh yang telah dinyatakan. Boleh rujuk ke blog Honey untuk infor terkini dan sensasi......

Berdebar aku rasa..... teruja nak jumpa members dan tak sabar nak bersua muka dengan honey yang jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati.... takut nak jeling-jeling padang-pandang dengan Arjuna Chinta sebab rasa diri terlalu kerdil antara mereka yang dah sedia ada. Apapun terimalah aku seadanya....

Sneak Peek two: Ungkapan Rahsia Hati……

Ungkapan Rahsia Hati bakal menemukan kita dengan empat watak yang sama-sama menyokong di antara satu sama lain dalam sebuah perjalanan atas pentas yang sudah tersedia yakni sebuah kehidupan. Terjerat dalam rasa hati dan cinta bukan satu perkara yang boleh kita anggap enteng atau sering dirasa remeh. Ianya boleh menjadi kemelut dalam sebuah perasaan andai terus terpendam dan dibendung. Inilah yang mungkin akan dirasa dalam Ungkapan Rahsia Hati. Bagaimana Nurul Izzah yang sentiasa cuba mendominasi hati dan dirinya dalam menghadapi segala situasi dan dugaan dengan cara tersendiri. Biarpun adakala dia seakan diapung dan terapung dalam hijap luka dan pilu yang sentiasa tersembunyi disebalik sejalur senyuman. Begitu juga dengan kemelut Idham Aizuddin dan Shaiful Ikmal. Keegoan dan kealpaan dalam dhaif dan khilaf membuatkan penyesalan dan kekecewaan menjadi hadiah yang terpaksa mereka terima bila kesedaran mula menjelma di dalam diri.

‘Dalam hening dakapan malam, entah mengapa hati ditamu resah. Di pesada mana harusku humban segalanya?Gelisah dan gundah yang memalu laksana gemersik irama sebuah okestra memainkan simfoni resah mengiringi lagu yang bergema dari sekeping hati…..’

Nurul Izzah – Hati yang luka cuba dirawat. Berdiri semula digelanggang cinta biarpun keyakinan yang ada pada dirinya masih goyah untuk menggapai kebahagiaan. Namun dia tetap cuba berusaha melontar segala kenangan pahit yang pernah dirasai sejauh mungkin. Tidak mahu terus dibelenggu dan membiarkan diri terbelenggu. Moga kali ini cinta yang dipersembahkan bisa kekal selamanya. Sayangnya hati yang pernah luka, robek kembali membuakkan darah kecewa. Mengapa setia dan jujur dikhianati kecurangan… Mengapa terlalu murah harga sebuah janji pada pengucap penuh dusta milik seorang insan bergelar lelaki?

Idham Aizuddin – Aku khilaf dalam alpa keseronokan dan kenikmatan yang aku cipta dari kepalsuan padangan mata. Aku mengejar bidadari yang hanya ingin menemani dan mengulit kesenangan yang aku miliki. Aku lupa pada nilai kasih sayang dan kesucian cinta lantas tegalah aku menjadi perobek pada luka yang telah sedia ada. Maafkan aku kekasih justeru aku adalah seorang lelaki yang tidak tahu menghargai segala yang aku miliki selama ini…..

Shaiful Ikmal – kedhaifku menilai hati dan perasaan mu membuatkan aku akur pada sebuah ketentuan. Dalam ego dan keraguan aku biarkan dirimu terkontang kanting tanpa sebarang pegangan biarpun di hati sudah ada rasa yang mengacah. Benih kasih yang mula memutik tanpa ku baja akhirnya musnah.

‘Nurul, maafkan Ikhmal di atas segala yang telah Ikhmal lakukan terhadap Nurul. Mendera perasaan dan hati Nurul dengan sikap ego Ikhmal.

I thought love was just a mirage of the mind,
it's an illusion, it's fake, impossible to find.
But the day I know you, I began to see,
that love is real, and it exists in me.’

Shaiful Zahari - ‘I love you more than yesterday… more than last week… more than last months… and more than a year. I love you more than what you think and the words mean of……’ tapi aku tersepit antara cintaku padamu dan sayangku terhadap keluarga. Aku harus mencatur keputusan, meski aku sedar satu keputusan itu adalah kekecewaan maha hebat buatmu.

‘Melukakan hati Zaza samalah seperti abang melukakan hati abang sendiri. Namun, apa daya abang? Abang berada di dua persimpangan. Antara kasih abang pada keluarga dan cinta abang pada Zaza. Abang tidak mahu menghampakan kedua-duanya, tapi untuk memilih satu di antara keduanya... abang tidak berdaya, Zaza. Kerana itulah abang fikir cara terbaik yang dapat abang lakukan adalah pergi membawa hati.’

Hidup ini indah, biarpun kita tak dapat apa yang kita mahuakan. Terkadang ditinggalkan dipertengahan jalan sebuah perhubungan. Kita terpaksa mencari arah untuk terus melangkah meski sakitnya hanya tuhan yang tahu. Namun berbekalkan redho dan pasrah dalam takdir dan ketentuan-Nya, kita tetap bangun terus berusaha untuk bertatih hingga melangkah kembali mengikut arus sebuah kehidupan justeru kita sedar dalam kita berusaha sesungguhnya hala tuju sudah tersedia dalam ketetapan. Mungkin diberi-Nya kita merasakan kesilapan dan kesalahan sebelum memberi bahagia dalam rahmat dan nikmat selamanya…..

‘Atas Nama Cinta, langkah ini ku hanyun. Mencari kemaafan dari sekeping hati milikmu yang pernah terluka di ku lukai. Biarpun aku terpaksa menghirup kemarahan dalam cangkir kebencian darimu, akan aku rela meneguknya. Sesungguhnya Atas Nama Cinta ini, aku yakin seungkap rahsia yang terpendam di hatimu adalah lirik pada lagu rahsia hatiku yang sudah siap teriring bersama melody kasih kita…’



Ucapkanlah kasih
Satu kata yang kunantikan
Sebab ku tak mampu membaca matamu
Mendengar bisikmu

Nyanyikanlah kasih
Senandung kata hatimu
Sebab ku tak sanggup
Mengartikan getar ini
Sebab ku meragu pada dirimu

Mengapa berat ungkapkan cinta
Padahal ia ada dalam rinai hujan
Dalam terang bulan juga dalam sedu sedan

Mengapa sulit mengaku cinta
Padahal ia terasa
Dalam rindu dendam
Hening malam cinta terasa ada

Inilah Buah Cintaku....

Lama aku merenung cover yang sudah menjalani make over. Bagai tak percaya dengan apa yang kini terhidang di pandangan. Benarkah ini milikku… benarkah apa yang termuat di dalamnya adalah hasil usaha ku…. aku seakan masih dikuasai rasa tidak percaya….. unbelief it walaupun sebenarnya hakikat itu sudah menjadi milikku…. Inilah BUAH CINTA yang selama ini aku nantikan….. Syukur ke hadrat Allah… atas rahmat dan keizinan yang diberikan-Nya…. Alhamdulillah….

Aku terima e-mail dari editorku pagi ini sebaik sahaja aku membuka mailbox office… kandungannya cukup membuatkan perasaanku diwarnai keperbagaian warna dan rasa. Airmata berderai tanpa ku sedar… Dalam hati aku masih sempat memanjatkan Kesyukuran dalam lafaz Alhamdulillah atas rahmat dan kurniaan-Nya terhadap insan seperti diriku. Pantas ku lanjutkan perkhabaran itu pada insan-insan tersayang… Hanya ingin berkongsi kegembiraan yang mula hadir menyemarakkan diri walau aku tidak tahu apa tanggapan yang mungkin diberikan terhadap keterujaan aku. Apapun aku yakin andai nawaitu di hati betul, allah pasti memudahkan orang yang terlibat memahami niat kita yang sebenarnya, insya-Allah.

Well aku try nak kongsi apa yang aku rasa. Kalau bukan atas dorongan dan galakan dari mereka, mana mungkin ini bakal aku kecapi… mana mungkin apa yang terhidang di hadapan mata adalah sesuatu yang pernah sekadar menjadi penghias konti peribadiku…. Terima kasih semua…. Walau aku sedar ucapan itu mungkin belum cukup untuk membalas segala kebaikan yang telah dipersembahkan kepada aku….. Moga kebaikan kalian yang selebihnya akan dibalas oleh yang maha esa….

140308… satu lagi tarikh keramat [Aduh! Banyaknya tarikh keramat dalam dairy hidup seorang pu3 ni] buat aku. Ianya bakal tercatit dalam senarai yang sedia ada dan aku yakin selepas ini pasti akan hadir satu lagi tarikh istimewa buat aku…. Namun apa yang lebih pasti…aku bersyukur kerana tarikh ini jatuh pada hari JUMAAT… hari yang merupakan Penghulu segala hari… Hari yang allah janjikan keberkatan di dalamnya. Doaku moga keberkatan itu akan terus merahmati setiap usaha yang sedang dan bakal aku laksanakan nanti insya-Allah….. kalaulah arwah mama dan papa masih ada, pasti kegembiraan ini akan aku hadiahkan buat mereka… tentu mereka juga akan merasakan sepertimana yang aku rasakan. Iyer! Aku mahu mereka merasa bangga punya puteri seperti aku sama sebagaimana aku bangga menjadi permata hati mereka. Namun apa dayaku… segalanya hadir setelah ketiadaan mereka. Ah! Aku benar-benar rindukan mereka…aku sempat juga menitip khabar pada along. Menyatakan apa yang bukan lagi menjadi rahsia peribadi walau sebelum ini aku memang tidak mahu menyatakan secara terangan, tapi iyelah dan TNB berikan segala kemudahan, nak buat apa duduk dalam kesamaran… orang tak akan bersuluh di Era yang sudah mengalami perubahan ini….

Sekarang aku dalam debaran… menanti reaksi dari segenap penjuru…. Dan pastinya akan ada komen berbaur kritikan yang bakal menyusul… apa pun aku akan cuba menyediakan diri untuk menghadapi semua itu lantaran aku sedar aku bukan insan yang mampu memuaskan semua pihak, tapi aku tetap cuba lakukan yang terbaik dengan sedaya yang aku mampu…..

"mengkritik tidak bererti menentang, setuju tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci dan bertukar pendapat adalah kawan untuk berfikir dan menghasilkan sesuatu yang lebih baikk" "tegur biarlah jujur, ajar biarlah sabar, tak semua yang dikritik tiada kebaikan, tak semua kebaikan lahir tanpa kritikan".


Buah Cintaku ini akan menemui kalian semua insyaAllah pada bulan April nanti... andai segalanya dipermudahkan.......

Ungkapan Rahsia Hati……

Sneak Peek one:

Pencarian dalam penantian Cinta sejati yang sesungguhnya sudah terangkum. Sesuatu yang tersembunyi di segenap ruang yang ada pada sekeping hati. Namun satu ungkapan itu tidak pernah terzahir di pengucapan, jauh sekali dilafazkan walau seluruh perbendaharaan kata di susun. Rahsia yang ada pada sekeping hati bagaikan satu anyaman kata di lautan perasaan. Masih betah tersimpan dan tersembunyi diruang paling dalam yang payah untuk dibongkar dalam penyelaman yang tak berpanduan.

Mainan emosi watak utamanya Nurul Izzah akan membawa pembaca menyelami sejalur perasaan bila tiba-tiba kekasih yang dicintai pergi tanpa sepatah kata. Bagaimana perit melalui hidup bagai pengemis yang setiap detik menadah harapan agar ditamu berita dari insan tersayang. Malangnya harapan yang dianyam memamah sekujur kekuatan dan kudrat gadisnya. Dia tewas dilambung ombak kegagalan. Akhirnya Nurul Izzah berpaut pada pasrah atas sebuah ketentuan. Dalam dia merancang, allah juga merancang dan dia sedar sebaik-baik perancangan dalam sebuah ketentuan dan ketetapan datang dari-Nya jua. Percaturan hidup yang sudah tertulis dalam sebuah perjanjian mana mungkin diingkari. Nurul Izzah melangkah jua…. Satu ketika dia dipertemukan dengan sebuah bahtera cinta yang membawa dirinya berlayar bersama seorang nakhoda. Malangnya tiba-tiba dia terhumban ke lautan duka. Badai kecurangan meranapkan layar setia hingga menyukarkan kemudi kasih untuk terus bertahan. Dia hampir-hampir kelemasan.

Tika terkapai-kapai ada yang hadir tanpa disangka. Menyelimuti dan menghangatkan kedinginan hati yang hampir membeku. Nurul Izzah kembali melihat jaluran pelangi tapi malangnya pelangi indah tetap bersifat sementara. Ia tetap hilang dari pandangan lantas Nurul Izzah kembali mencatur hidup yang kian suram. Mungkinkah akan ditemunya mentari yang akan memercikkan sinar kebahagiaan….. atau dia sememangnya telah ditakdirkan untuk selamanya berada dalam gerhana sebuah perasaan……. Mampukah Nurul Izzah bertahan…. Dapatkah ditemui kekasih yang sudah sekian lama menghilang…. Tersingkapkah hijap Ungkapan Rahsia yang sudah sekian lama terpatri pada sekeping hati….
.

‘Kenangan itu walau teramat pahit untuk diredah, tapi terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan yang akan menemani dikala rindu datang bertandang’


Apa kata aku: Syukur alhamdulillah... akhirnya apa yang selama ini sekadar menjadi penghias konti peribadi akan turut menjadi tatapan semua... [samada ada yang sudi membeli dan membaca atau sebaliknya, aku tidak pasti...] Sebenarnya rasa malu hatta segan untuk memuatkan N3 ini benar-benar aku rasakan, tapi atas desakan insan yang rapat denganku akhirnya aku beranikan jua. Katanya 'Kalau orang tak tahu, bagaimana orang nak nilai dan lagi bukan hak awak untuk menghakimi apa yang dah awak lakukan. Bukan lagi tugas awak kerana tugas awak sebenarnya dah selesai untuk assignment yang ini, so jangan fikir sangat....' Amboi! Senangnya cakap jangan fikir... dia tak tahu aku dah tak boleh nak tidor malam walaupun memang aku ni suka jadi burung antu, tapi kali ini memang aku rasa keresahan dan kebimbangnya.... Apa pun aku tetap sedar, aku masih terlalu baru dalam dunia yang memang aku kenali ini. Banyak yang perlu aku pelajari dan mohon minta ditunjuk ajar.... malah yang paling aku maklum, aku tak mungkin mampu untuk memuaskan selera semua pihak..... tapi aku sekadar mencuba untuk memberi yang terbaik dan sebaik mungkin...... jadi nantikan kemunculan Buah Cinta aku ni di pasaran... insyaAllah andai segalanya dipermudahkan oleh-Nya mungkin di awal bulan April ini nanti.... moga teman-teman yang aku sayangi dapat memberikan sokongan.... Belilah barangan buatan MALAYSIA.... :-) Promosi yang tak perlukan bayaran...... ;-)